Sunday, May 31, 2015

1MDB: SIAPA SURUH PERCAYA SARAWAK REPORT???


Memanglah portal pembangkang akan menyiarkan apa sahaja bahan yang berimpak negatif kepada kerajaan, demikian juga para pemimpin pembangkang terutama Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), pasti akan putar belit luar biasa sebarang isu.

2. Siaran bersiri Sarawak reports kononnya mempunyai dokumen bertimbun-timbun berkaitan urusniaga antara PetroSaudi International (PSI) yang membabitkan pelaburan USD1bilion dengan 1MDB, di mana menurut portal yang didaftar di UK tersebut, USD700 milion telah dipindah ke sebuah akaun di Swiss yang dikawal Tauke kontraversial Jho Low- Good Star Ltd.

3. Apabila siaran itu dimuat naik Sarawak reports, 1MDB memberi penjelasan, bahawa tiada wang yang disalurkan kepada Jho Low, manakala pelaburan melalui JV antara PSI dan 1MDB telahpun dibayar balik, malah 1MDB mendapat keuntungan lebih RM400 juta melalui transkasi tersebut.

4. 1 MDB semakin mendapat sorotan suku akhir tahun lalu, apabila berdepan dengan kekurangan aliran tunai bagi maksud membayar hutang jangka pendek, atas sebab, aset yang diperolehi belum mendatangkan aliran tunai.

5. Memang menurut perancangan perniagaan syarikat itu, bagi mengatasi aliran tunai, maka akan menerbitkan IPO yang boleh mendatangkan tunai sekurang-kurangnya RM8 bilion, namun perancangan tersebut tidak menjadi, ekoran gambaran negarif yang diberikan kepada syarikat tersebut, bagaikan dunia mahu kiamat.

6. Rentetan laporan Sarawak reports dan tokok tambah pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terikut-ikut, dan mempercayai bahawa laporan-laporan tersebut adalah benar belaka.

7. Malah Tun Dr Mahathir melalui blog beliau, memperinci jumlah wang yang telah lesap, kononnya berjumlah RM27 bilion, atas sebab hanya RM15 bilion sahaja daripada hutang RM42 dapat dikesan.

8. Sejumlah aset yang dibeli 1MDB bernilai RM15 bilion, apabila dicampur dengan pengurusan, kos guaman, kos mendapatkan pinjaman apakah berbentuk sukuk atau bon maka sejumlah hampir RM20 bilion telah dibelanjakan.

9. Oleh kerana hutang terakru 1MDB adalah RM42 bilion, maka RM22 bilion kononnya diselewengkan.
10. Setakat Mei 2015, 1MDB telah membayar hutang jangka pendek sejumlah RM4bilion, maka hutang berbaki RM18bilion.

11. Pada Jumaat, Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukakan rancangan rasionalisasi 1MDB, Melalui rancangan tersebut bermula pada Jun, sekurang-kurangnya RM16 bilion hutang syarikat tersebut akan terselesaikan. Ertinya hanya RM2 bilion baki hutang syarikat tersebut yang perlu dirungkai oleh Ketua Audit Negara dan PAC.

12. Juga melalui rancangan rasionalisasi 1MDB, syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

13. Pada jumaat juga kabinet diberitahu, bahawa ikatan kerjasama antara IPIC dan anak syarikatnya Aabar yang telah dirancangkan sejak Feruari 2015, akan menyalurkan pelabuaran pertamanya pada 4 jun sejumlah USD1 bilion, manakala sejumlah lagi akan disalurkan melalui 1MDB secara berperingkat yang berjumlah RM16 bilion. Juga melalui rasionalisasi tersebut, aset yang disimpan di BSI Singapura akan diambilalih oleh syarikat Abu Dhabi tersebut. Bercanggah dengan dakwaan, termasuk daripada Tun Dr Mahathir, kononnya aset tersebut tidak bernilai.

14. Saluran kewangan IPIC dan Aabar, bukan bail out atau menyelematkan 1MDB, akan tetapi FDI ke dalam negara, samalah dengan FDI daripada negara-negara lain ke Malaysia.

15. Oleh kerana kemelut 1MDB semakin terungkai, maka melalaklah pemimpin seperti Tony Pua, kerana tidak menyangka, bahawa 1MDB mempunyai perancangan perniagaan yang menguntungkan negara. Pemimpin DAP tersebut terkejut, kerana rupanya 1MDB menguntungkan, bukan seperti mana dakwaan mereka sebelum ini.

16. Bagi pembangkang, adalah satu kelemahan jika gagal menarik FDI, demikian juga, satu kesalahan jika 1MDB mampu menarik FDI. Tony Pua mengelar FDI daripada Abu Dhabi kononnya seperti ahlong, akan tetapi apabila FDI daripada Negara China ke negeri-negeri yang dikawal Pakatan Rakyat, khususnya Pulau Pinang, bukan ahlong akan tetapi pelaburan sebenar. (lihat bagaimana double standardnya mereka).

17. Bagi pembangkang, jika aset yang dibeli 1MDB seperti TRX, Bandar Malaysia dan Tanah di Pulau Pinang, syarikat tersebut tidak boleh membuat keuntungan, kerana menurut mereka, adalah salah, kerana 1MDB membeli tanah tersebut pada harga premium daripada kerajaan. Sifir apa yang mereka pakai? Sebab itulah apabila TH Property membeli sebidang tanah TRX, semua pihak berteriak, seolah-olah esok akan kiamat.

18. Pada Jumaat juga, kabinet diberitahu, bahawa harta yang dibeli 1MDB berharga RM2 bilion, akan dijual antara RM7 ke RM8 billion, ertinya 1MDB akan mendapat keuntungan kasar RM5-RM6bilion. Bagi pembangkang, 1MDB tidak boleh membuat keuntungan, kerana harta yang dibeli hanya RM2bilion tidak boleh dijual lebih tinggi. Memanglah, kalau sudah fikiran negatif yang ditanam, apapun perkara baik yang dijalankan, semua salah!!!!. Hakekatnya, mereka yang anti 1MDB kini tertelan kahak sendiri, kerana dakwaan mereka, bahawa syarikat milik MOF itu akan mengalami kerugian yang luar biasa. Malah telah menguar-uarkan, kononnya kerajaan akan menggunakan dana awam seperti KWAM, KWSP, LTAT dan terkini wang SPAD, kononya untuk bailout.

19. Melihatkan rancangan rasionalisasi 1MDB sepertimana dikemukakan kepada kabinet, DS Najib boleh sahaja berkata, semua dakwaan yang mengelilingi 1MDB adalah auta. Malah, melalui fakta yang dikemukakan, anggota kabinet yang memandang serong syarikat tersebut, kini, termasuk juga mereka yang terpaksa menelan kahak sendiri.

20. Malah ada laporan, semasa Mesyuarat Kabinet pada Jumaat, DS Najib memberi isyarat, sesiapa anggota kabinet yang masih memandang serong berkaitan 1MDB dan beliau sendiri, dengan sukarela meletakkan jawatan.

21. Kini, melalui kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa kabinet beliau yang hanya berpura-pura menyokong, dan siapa-siapa yang ikhlas.

22. Benarlah tindakan Ketua Menteri Sabah, pada mesyuarat Umno pada hujung minggu, bahawa semua pemimpin Umno Sabah yang hadir berdiri teguh dibelakang DS Najib.
Dari: ApaYangTersirat.

PAS SAMA PAS BERBALAH, UMNO JADI SASARAN.....

UMNO terus jadi sasaran PAS apabila kumpulan Anwarinas yang kini diketuai Datuk Ahmad Awang mahu mencari sokongan menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu hujung minggu ini.

Bekas Naib Presiden PAS itu mengaitkan UMNO dengan budaya fitnah dan kini  budaya tersebut berleluasa dalam PAS melalui ‘pembunuhan watak’ dengan serangan peribadi terhadap calon yang merebut jawatan.

umnopas1

“Dulu orang UMNO yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula,” katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Beliau mendakwa saingan atau kumpulan lawannya tidak ada idea lain kecuali melakukan pembunuhan watak untuk menolak kempimpinan beliau diterima ahli-ahli PAS.

Ahmad bukan sahaja dianggap ketua kumpulan Anwarinas tetapi kepimpinan PAS juga menyifatkan beliau yang condong kepada DAP.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum imi turut menyindirnya dengan  memberikebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut mengaitkan UMNO dalam perbalahan jawatan PAS adalah bekas Menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Katanya, UMNO kena buat sesuatu, kalau tidak imej UMNO akan merudum.

“Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

“Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

“Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) UMNOlah,” katanya.

Beliau mendakwa UMNO tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

Muhammad bekas Naib Presiden UMNO baru-baru ini menyatakan kecewa dengan kepimpinan PAS dan bercadang meninggalkan parti itu, bergantung kepada keputusan muktamar parti itu minggu ini.

Dari: BNBBC.

BUKAN MUDAH BERGELAR HAJI DAN HAJJAH.....

KEPULANGAN para tetamu Allah ke tanah air sudah tentu dinanti oleh seluruh sanak saudara dan sahabat sekerja. Setelah lebih 40 hari bermastautin di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji, kini kembali kepada realiti kehidupan yang penuh pancaroba di tanah air sendiri. Pastinya segala pahit manis berada di Tanah Suci menjadi kenang-kenangan yang abadi buat haji dan hajah. Malah ia sering kali menjadi seperti oleh-oleh Tanah Suci yang akan diceritakan buat renungan dan tatapan bersama. 


Segala pengalaman yang diperoleh pastinya sukar dilupakan malah ada yang sudah mula memasang niat untuk kembali semula ke bumi yang dilimpahi keberkatan dan kemuliaan dek kerana seronoknya bertandang ke Tanah Suci.


Namun begitu apa yang lebih sukar untuk dilaksanakan oleh haji dan hajah ialah bagaimana untuk melestarikan segala tarbiah haji dan kerja-kerja ibadah yang rutin dilaksanakan ketika di Tanah Haram. Ia sememangnya satu cabaran yang besar buat golongan baharu bergelar haji dan hajah, sehingga segala gerak-geri dan perlakuan mereka menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Situasi dan keadaan di sekeliling juga sering kali menjadi hambatan untuk berubah jika tidak bersungguh-sungguh untuk mempraktikkan segala pendidikan yang pernah ditimba.


Tanggungjawab yang dipikul oleh golongan baharu bergelar haji dan hajah bukan sekadar berkopiah putih dan mengenakan tudung labuh apabila keluar rumah. Ia meliputi semua lapangan kehidupan baik dari segi tutur kata, pergaulan dan yang lebih penting adalah peningkatan nilai ubudiyyah dan peribadatan kepada Ilahi. Malah ia antara indikator penerimaan ibadah haji di sisi Allah SWT sebagaimana yang pernah dikatakan oleh ulama terdahulu.


Jika sebelum ke Tanah Suci biasa bersembang dan membuang masa kepada perkara-perkara yang kurang berfaedah kini diganti dengan banyak mendekatkan diri, berzikir dan beribadah kepada Allah.


Jika dahulu kurang solat berjemaah di masjid, kini setelah berhari-hari dilatih berjalan kaki, berulang alik setiap waktu ke Masjidil Haram tiba masanya untuk berulang alik ke masjid berdekatan. Pendek kata selayaknya haji dan hajah berhijrah daripada segala perlakuan yang kurang baik kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.


Kesibukan seharian tidak patut dijadikan alasan kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan yang terbuka luas. Perkara yang lebih penting untuk diperhatikan ialah setiap manusia perlu berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah, bukan mengharap pujian dan sanjungan sesama makhluk.


Usah pula seperti hangat-hangat tahi ayam, ke sana ke mari berkopiah dan memegang tasbih mungkin kerana aura Mekah dan Madinah yang masih menebal, namun kemudiannya kembali mengenakan seluar pendek, tidak bertudung dan berpakaian menutup aurat setelah berlalu beberapa masa walaupun sudah bergelar haji dan hajah.


Perlu juga di difahami betapa segala ibadat dan perlakuan baik di Tanah Suci tidak terhad kepada masa dan tempat tertentu malah ia sepatutnya berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Dua Tanah Haram merupakan institusi pendidikan terulung buat tetamu Allah yang kemudiannya memerlukan semangat jihad, pengorbanan dan komitmen yang tinggi untuk merealisasikannya di tanah air sendiri. Jika tidak segala pengorbanan wang ringgit, masa dan tenaga yang dicurahkan untuk menunaikan fardu haji boleh jadi sirna dan sia-sia tanpa balasan yang setimpal di sisi-Nya.


Bagi yang belum bergelar haji dan hajah pula, kepulangan ibu bapa, sanak saudara dan rakan sekerja setelah selesai menunaikan fardu haji seyogianya menjadi sumber inspirasi dan tekad untuk bersungguh-sungguh menyediakan segala prasyarat dan komitmen kewangan untuk ke Tanah Suci.


Usah dijadikan alasan perangai kurang elok segelintir golongan yang sudah bergelar haji dan hajah sehingga melengah-lengahkan tuntutan wajib menunaikan haji dalam keadaan sudah berkemampuan. 


Ini kerana masa yang ada semakin terhad, umur juga semakin meningkat malah faktor kesihatan dan kecergasan tubuh badan semasa di usia muda sangat ditagih ketika terpilih menjadi tetamu Allah.


Perlu juga diingatkan agar setiap Muslimin khususnya di Malaysia perlu mendaftarkan diri di mana-mana Pejabat Tabung Haji berdekatan bagi mendapatkan kuota terpilih menunaikan haji apabila tiba masanya. Jika tidak berbuat demikian, keinginan untuk ke Tanah Suci kemungkinan sukar dan tinggal angan-angan sahaja, malah permohonan yang sedia adapun sudah menjangkau tempoh berpuluh-puluh tahun untuk dinanti.


Elakkan daripada sering mencari alasan dan berkira-kira untuk menunaikan tuntutan ibadat kepada Allah kerana kegagalan berbuat demikian akan dipertanggungjawabkan pada hari kemudian.


Usah pula seronok menuding jari mencari kesalahan orang lain, kerana berkemungkinan ada yang tidak diterima hajinya oleh Allah. Ia selayaknya dijadikan iktibar oleh semua agar ketika terpilih menjadi tetamu Allah, setiap Mukmin berusaha beribadah sehabis baik bagi mengelak menerima nasib yang serupa.


Lebih daripada itu sempena ketibaan tahun baharu hijrah 1436 ini, kaum Muslimin diajak untuk memuhasabah diri dan berusaha sedaya upaya memperbaiki segala kekurangan dan kesilapan lalu.


Jadikanlah tahun baharu yang bakal menjelang tiba sebagai indikator perubahan dalam diri lalu berhijrah secara total dari sudut amal ibadah, pergaulan seharian, tutur kata dan perangai manusiawi kepada yang bersesuaian dengan kehendak Ilahi.


Ia sebaik-baiknya dimulakan dengan amalan baik membaca doa awal tahun sama ada secara sendiri atau beramai-ramai di masjid dan surau berdekatan. Para ibu bapa diseru untuk mengajak seluruh keluarga termasuk anak-anak remaja memulakan tahun baharu dengan bertasbih, bertahmid dan berdoa sebagai tanda bersyukur atas nikmat panjang umur, sihat tubuh badan dan diberi peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya.


Ambil peluang untuk saling mengingati antara satu sama lain, terutama bagi anak-anak yang sudah bekerjaya dan tinggal berjauhan daripada ibu bapa.


Ia penting agar segala amalan baik setahun yang lalu dikira dan dinilai sebagai amalan yang sempurna di sisi Allah manakala segala amalan buruk dipohon agar mendapat keampunan daripada-Nya.


Pada tahun yang baharu pula doa dipanjatkan agar terpelihara daripada musibah, gangguan syaitan, dipelihara iman dan dipanjangkan umur dalam ibadah kepada-Nya.

Dari: Utusan.

MUKTAMAR PAS KE 61 : CALON IKUT PAS VS. CALON IKUT DAP......

Muktamar PAS pada 4, 5 dan 6 Jun ini tentunya menyaksikan pertembungan menarik antara calon-calon yang ingin memegang tampuk kuasa menerusi kedudukan dalam hieraki parti itu.

Yang pasti, ada calon yang mahu terus dengan idealogi perjuangan parti yang didokongi sejak sekian lama dan tn ibrahim vs mat sabu

tegas tidak mahu PAS sekadar dipergunakan demi untuk menguasai Putrajaya, yang bagaimanapun belum tentu.

Pun begitu, ada juga calon yang bersedia menjual maruah parti kerana mendakwa bahawa itulah perubahan yang perlu dikorbankan PAS demi menguasai tampuk pemerintahan negara berbilang bangsa ini dengan menjadi keldai tunggangan parti sekongkol dalam pakatan pembangkang yang belum pasti kesudahannya.

Nilai sendiri kenyataan-kenyataan yang dibuat dua calon kerusi Timbalan Presiden PAS yang tentunya menjelaskan pendirian perjuangan yang mahu dibawa sekiranya memenangi pemilihan itu nanti.

“Seperti sekarang, pimpinan DAP seolah-olah cuba campur tangan dalam pemilihan Pas yang akan berlangsung Jun ini. Antaranya ialah DAP sering menyebut mengenai keperluan untuk Pas menukar kepimpinan.

bendera pas lagi

“Apabila ada kenyataan daripada DAP, ia seolah-olah mencerminkan wujud situasi begitu (golongan yang menyokong DAP). Sepatutnya tiada orang luar yang menentukan hala tuju Pas,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, terlalu banyak campur tangan pimpinan DAP dalam pentadbiran Pas membuatkan seolah-olah wujud kumpulan dalam Pas yang suka mengikut nasihat DAP.

“DAP pernah menyatakan tidak menerima kepimpinan Abdul Hadi, tetapi masih kerjasama dengan Pas. Ini sesuatu yang pelik.

“DAP tidak perlu tunggu sehingga selepas muktamar ini untuk melihat dasar dan polisi Pas. Ini kerana, bagi kita, terutamanya golongan ulama dalam Pas, sama ada sebelum atau selepas muktamar, perjuangan kita tetap sama dan tidak berubah,” katanya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula secara terbuka mengkritik dan menyindir Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal membolehkan PAS menguasai Terengganu dalam ceramah di Tumpat, Kelantan.

hududdappas

“Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramah, kuliahnya di Rusila kereta ‘parking’ berbatu… jadi macam pekan hari, tapi bila pilihan raya tetap tidak boleh ambil Terengganu daripada BN.

“Sehinggalah pada tahun 1999 kita berpakat dengan PKR, dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat,” katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu turut menyanggah pegangan sesetengah pemimpin Pas yang tidak mementingkan kemenangan pada pilihan raya.

“Sekarang ini ada istilah baharu (dalam kalangan pemimpin Pas) masuk pilihan raya tidak menang tidak apa, asal dapat reda Allah. Ini ilmu politik dari mana? Ini pelik, kita masuk pilihan raya hendak menang, kalau keputusan sebaliknya itu soal lain. Kita kena cari jalan capai kemenangan, bila dapat keputusan, baharu terima ketentuan Allah, jangan sebelum bertanding mengaku kalah,” katanya.

pas n ahli

Yang pasti, kenyataan kedua-dua tokoh PAS itu cukup jelas memaklumkan masyarakat mengenai amalan pegangan agama dan politik yang diamali mereka.

Lantaran itu, sebagai Melayu Islam tentunya ahli-ahli PAS lebih arif untuk menentukan siapa calon yang mereka mahukan sebagai Timbalan Presiden parti yang akan terbabit mencorakkan perjalanan PAS mulai minggu depan.

PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam menerusi politik sepertimana yang didakwa atau sekadar PAS yang harus menguasai tampuk kuasa politik negara dengan apa sahaja cara.

Tepuk dada, tanyalah selera.

Dari: BNBBC.

KITA BUKAN LAGI JAGUH KAMPUNG....

Menteri Pertahananan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Malaysia yakin penggubalan kod tata laku (COC) adalah cara terbaik untuk menangani persaingan tuntutan terhadap wilayah perairan di samping menggesa agar rundingan mengenainya dipergiatkan.

Beliau berkata langkah itu perlu diambil bagi mempercepatkan penggubalan satu COC berkesan untuk menjadi alat utama dalam memastikan laluan laut utama dapat diurus dengan sewajarnya.

Beliau juga memberi amaran bahawa isu laut China Selatan boleh mencetuskan konflik paling berbahaya dalam sejarah dan oleh itu menggesa pihak yang membuat tuntutan supaya mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan atau keburukan.

Sambil menyifatkan isu itu seperti ‘bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru’, Hishammuddin berkata: “Isu Laut China Selatan adalah satu masalah lama.

“Ia melibatkan maruah serta ‘air muka’ negara terbabit. Jika kita tidak berhati-hati, ia pasti boleh bertukar menjadi antara konflik paling berbahaya pada zaman kita, kalau pun bukan dalam sejarah.”

Hishammuddin berkata demikian ketika berucap pada Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia IISS ke-14 – Sidang Pleno Ketiga bertajuk Mencegah Peningkatan Konflik, di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia amat menyedari kepentingan yang menjadi rebutan di Laut China Selatan.

“Sebab itulah kami sentiasa menganjurkan agar diplomasi diberi keutamaan dalam menangani pertikaian ini.

“Seperti yang dinyatakan dengan tepat oleh Menteri Pertahanan Indonesia Jen (B) Ryamizard Ryacudu pada sesi sebelum ini, mekanisme dan amalan ASEAN adalah bertujuan menggalakkan dialog secara aman diadakan.

“Sesuatu resolusi keamanan perlu diterima semua negara terb bit dan ASEAN perlu dikekalkan sebagai prinsipnya dan sebagai satu-satunya forum bagi negara Asia Tenggara untuk mencari sesuatu penyelesaian,” katanya.

Ketika menegaskan bahawa dialog dan kerjasama rapat antara negara adalah sangat penting, Hishammuddin berkata terdapat banyak contoh bagaimana rundingan mengenai kawasan yang menjadi pertikaian boleh diselesaikan tanpa campur tangan ketenteraan.

Beliau menyebut tentang pertikaian antara Malaysia dan Indonesia berhubung kepulauan Sipadan dan Ligitan yang berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Katanya lagi, pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung Pulau Batu Putih juga diselesaikan melalui kaedah serupa dan ini menunjukkan bahawa diplomasi dan pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa boleh dan perlu dipelihara.

Hishammuddin seterusnya berkata: “Kita perlu berwaspada dengan kejadian yang tidak dijangka atau yang berlaku dengan tiba-tiba di perairan berkenaan.

“Seperti yang sering saya tegaskan, retorik berapi-api dan perbuatan saling melemparkan tuduhan, tidak akan membawa kebaikan kepada mana-mana negara.

“Isu ini memerlukan satu resolusi yang dipacu oleh sikap saling menghormati dan saling mempercayai. Ia akan memakan masa, tetapi saya yakin bahawa berkat kesabaran, kebijaksanaan dan kekentalan semangat kita bersama, kita boleh maju ke hadapan.”

Hishammuddin berkata semua negara bebas untuk bertindak di kawasan kedaulatan masing-masing seperti yang mereka rasakan wajar, tetapi mereka juga patut sedar tentang akibat dan kesan daripada tingkah laku mereka.

“Kita bertanggungjawab memelihara keamanan dan kestabilan, bukan sahaja untuk kita pada hari ini, tetapi juga untuk generasi akan datang,” katanya.
Dari: SalatusSalatin.

MENANTI GELOMBANG ULAMAK.....

Harapan mereka untuk melihat Pas mengajar kebiadapan DAP akan menjadi kenyataan. Aememangnya ahli-ahli Pas sudah menyampah, benci dan bosan dengan tingkah laku DAP yang sudah terbukti sama sekali tidak menghormati Pas.

Menjelang Muktamar Pas kali ke 61 bermula Rabu ini, majoriti ahli-ahli dan penyokong Pas di peringkat akar umbi menaruh harapan berikut:

Dalam pemilihan mereka mahukan keputusan,
Presiden: DS Abdul,Hadi Awang, Timbalan Presiden: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden: Idris Ahmad, Datuk zmohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad, manakala Ketua Pemuda: Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Satu lagi yang mereka mahukan ialah Pas membuat keputusan KELUAR dari Pakatan Pembangkang sekali gus menamatkan perbuatan dibuli secara berterusan oleh DAP dan PKR. Dua harapan ini bukanlah sengaja direka-reka tetapi itulah impian ahli-ahli peringkat akar umbi Pas. Mereka mahukan "gelombang" golongan ulamak mencetuskan perubahan dalam parti itu.

Bagi jawatan Presiden, mereka melihat tiada apa-apa kepincangan yang dilakukan oleh Abdul Hadi untuk diturunkan dan digantikan oleh pencabarnya, Ahmad Awang. Namun begitu pertembungan antara "dua anak Awang" ini tetap menarik perhatian kerana ramai ingin mengetahui sejauh manakah Abdul Hadi mampu mempertahankan kedudukkannya dan jumlah undi yang akan diterima.

Dari segi pemilihan, jika Abdul Hadi mahu dikekalkan sebagai Presiden, beliau juga perlu mempunyai baridan pembantu yang sentiasa bersama beliau ketika susah dan senang. Keupayaan Tuan Ibrahim memperolihi 90% pencalonan dari kawasan-kawasan Pas membuktikan, ahli-ahli Pas diperingkat akar umbi mahukan perubahan bagi jawatan nombor dua itu yang kini disandang Mohamad Sabu ataunMat Sabu.

Mereka inginkan perubahan tersebut kerana berpandangan ketika Abdul Hadi diasak kiri dan kanan bukan oleh musuh politik tetapi sekutu Pas sendiri, beliau bagaikan sendirian. Mat Sabu yang dikatakan lebih cenderung menjaga hubungan dengan DAP dan PKR dilihat teragak-agak untuk senada dengan Presiden dalam sesuatu isu.

Tuan Ibrahim pula biarpun menjadi Naib Presiden tetapi sentiasa kehadapan samada ketika "berperang" dengan musuh politik Pas atau sekutu Pas. Beliau berdiri diatas dasar yang benar itu benar yang batil itu batil. Malah demi perjuangan Pas Tuan Ibrahim bersedia menempuh apa sahaja biarpun kadang-kala terpaksa bertegang-leher dengan peminpin-pemimpin parti itu sendiri. Apatah lagi  dengan berpegang kepada konsep kepimpinan ulamak, sudah tentulah Tuan Ibrahim dilihat calon paling sesuai diletakkan sebagai pemimpin pelapis bagi menggantikan Abdul Hadi.

Ahli-ahli Pas diperingkat akar umbi juga mahu melihat "gelombang" penguasaan golongan ulamak turut melanda jawatan Naib Presiden. Mereka mahu kerusi tersebut diduduki oleh pemimpin-pemimpin yang sentiasa bersama Abdul Hadi ketika susah dan senang. Mereka juga mahukan pemimpin yang senada dengan Presiden Pas itu dan bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja bagi mempertahankan pendirian dan keputusan Presiden.  

Justru mereka melihat Idris, Mohd Amar dan Iskandar sebagai calon paling sesuai. Dua daripada mereka, iaitu Idris dan Iskandar kali pertama bertanding manakala Mohd Amar pernah mencuba sebelum ini tetapi gagal. Tiga penyandang jawatan itu ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa. Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda pula, Suhaizat Kaiat yang baru sepenggal menduduki kerusi tersebut akan dicabar oleh pemimpin muda berkelibar Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sebenarnya, sejak dulu lagi ramai yang berpendapat Nik Abduh patut mengetuai Dewan Pemuda tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Kali ini, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima secara terbuka pencalonan yang diterima dan aka. Masuk ke gelanggang bagi memperluaskan penguasaan ulamak diperingkat sayap.

Bagaimanapun "gelombang" penguasaan ulamak bagi jawatan-jawatan utama damam parti itu tidak akan membawa apa-apa erti jika diperingkat ahli jawatankuasa  (AJK) Pas Pusat hanya terdapat beberapa kerat sahaja wakil golongan tersebut. Justru sepertimana dizahirkan oleh ahli-ahli Pas peringkat akar umbi melalui pencalonan kawasan-kawasan, mereka juga mahukan golongan ulamak menguadai sepenuhnya kerusi AJK Pas Pusat, Penguasaan itu penting bagi mengelakkan "gelombang 
Ulamak" yang berlaku bukan ibarat ombak yang menghempas bongkah batu ditengah lautan sebaliknya ia perlu menjadi bagaikan air bah yang mengubah wajah pantai.

Ahli-ahli Pas sudah belajar daripada pengalaman terdahulu, bagaimana biarpun Presiden mereka ulamak, ada dewan ulamak dan ujud Majlis Syura tetapi mereka bagaikan tidak berfungsi apa-apa. Kenyataan atau keputusan mereka hanyalH sekadar "minit mesyuarat" sahaja. Tiada siapa yang akur atau patuh, apatahlagi melaksanakannya. Keadaan itu berlaku kerana kerusi AJK Pusat dikatakan dikuasaai oleh golongan yang dianggap tidak sehaluan dengan golongan ulamak. Sebab itulah kata-kata atau arahan Presiden, pendirian Dewan Ulamak dan keputusan Majlis Syur ibarat pidato politik sahaja. Oleh itu ahli-ahli Pas tidah mahu semua itu berulang. Mereka mahu menyaksikan golongan Ulamak kembali berkuasa, menjadi penguasa dan memeggang tampuk kekuasaan dalam parti tersebut.

Apabila itu berlaku sudah pasri harapan mereka untuk melihatvPas mengajar kebiadapan DAP akan menjadi kenyataan. Sememangnya ahli-ahlinPas sudah menyampah, benci dan bosan dengan tingkah laku DAP yang sudah terbukti sama sekali tidak menghormati Pas. Mereka melayan Pas bagaikan parti picisan dalam pakatan pembangkang. Pas dipaksa tunduk dengan kehandak politik mereka, malah tanpa sedikit pun rasa hormat kepada Abdul Hadi yang bertaraf ulamak, mereka memutuskan hubungan dengan Presiden Pas itu.

Itu belum lagi mengambil kira bagaimana DAP lebih bersedia menyerahkan kerusi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat kepada Presiden PKR, Darptin Sri Dr Wan AzizahbWan Ismail berbanding membuka laluan kepada Abdul Hadi menduduki jawatan tersebut. Kalau mahu dilihat dari segi rekod politik, beza diantara Wan Azizah dan Abdul Hadi ibarat "langit dan bumi".

Rekod itu tidak menjadi perhitungan DAP kerana mereka sudah benci dengan Abdul Hadi, namun yang anehnya mereka mahu bekerjasama dengan Pas. JelaslahvDAPNtidak menghormatinAbdul Hadi sebab itulah mereka boleh membuat pendirian politik songsang seumpama itu. Berikutan itulah ahli-ahli Pas mengharapkan muktamar kali ini akan membuat keputusan yang benar-benar menunjukkan Pas - parti bermaruah dengan menamatkan hubungan dengan DAP. 

Sesungguhnya, muktamar kali ini menjadi tumpuan arena politik negara. Apakah benar-benarvakan berlaku perubahan dalam Pas, iaitu golongan ulamak kembali berkuasa manakala DAP diajar supaya "faham bahasa" - sama-samalah kita tunggu "episod" yang bermula pada Rabu ini dengan muktamar Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. "SELAMAT BERMUKTAMAR".
Dari : Utusan/31.5.15

1MDB: SERAH PADA PAC.....

Sebarang pandangan berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sewajarnya diberikan hanya selepas pengauditan yang dijalankan Jabatan Audit Negara selesai dan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).


TENGKU RAZALEIGH


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau sendiri tidak dapat mengulas mengenai isu tersebut memandangkan tidak mempunyai maklumat sahih yang mencukupi.


“Apa yang kita peroleh adalah daripada blog Sarawak Report yang kita tidak tahu benar atau tidak dan apa yang dijelaskan oleh pengurusan 1MDB yang kita tidak pasti memberi gambaran sepenuhnya.


“Kita perlu tunggu PAC yang akan mengkaji laporan Ketua Audit Negara, kemudian baru kita boleh berbincang. Buat masa sekarang ini terlalu sukar dan tidak adil,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan persidangan ‘Perjalanan Malaysia Kita-Masih Dalam Pembentukan’ anjuran Persatuan Promosi Harmoni Malaysia di Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) di sini hari ini.


Yang turut hadir, Presiden Persatuan Promosi Harmoni Malaysia, Adam Mohd. Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif IAIS, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.


Kenyataan Jabatan Audit Negara sebelum ini memaklumkan laporan awal pengauditan terhadap 1MDB bakal diserahkan kepada PAC selewat-lewatnya akhir Jun ini.


Menjawab satu soalan, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju dengan desakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan bagi memulihkan kembali UMNO.


“Adakah ia mampu menyelesaikan masalah? Beliau (Dr. Mahathir) letak jawatan pun tidak selesaikan masalah, beliau kata Abdullah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) masalah, Abdullah letak jawatan pun lagi banyak masalah,” katanya.


Sementara itu, mengulas mengenai ucaptama beliau dalam majlis perasmian persidangan itu, Tengku Razaleigh berkata, pelaksanaan dasar gaji minimum sahaja tidak mencukupi sekiranya isu kos sara hidup tinggi tidak ditangani dan kadar gaji tidak dinilai dari segi produktiviti.


“Katakan gaji minimum sebanyak RM1,000 untuk bertahan selama sebulan, ia mungkin tidak mencukupi kerana kos sara hidup yang tinggi tetapi katakan gaji yang sebenar bersandarkan produktiviti, seseorang itu mungkin akan mendapat lebih.


“Segala cakap-cakap mengenai masyarakat berpendapatan tinggi dan status negara maju, tetapi apa gunanya kalau pendapatan hanya RM100 sebulan, kita mahu sebuah masyarakat maju yang mampu menyara keluarga mereka dan bebas (dari kekangan kewangan),” katanya.


Dalam pada itu, Tengku Razaleigh turut membayangkan negara pada masa hadapan memerlukan sebuah parti politik yang terbuka dan tidak berasaskan kepada kaum atau agama.


“Sistem politik kita sekarang ini diwariskan oleh British, mungkin ini tidak sesuai lagi kepada anak muda kita yang mahukan perubahan, saya berpendapat kita tidak boleh meneruskan parti berasaskan bangsa (kaum), bagi UMNO, kita mempunyai tiga juta ahli tetapi ada 16 juta pengundi di luar sana,” katanya.

Dari: Utusan.

UMNO MESTI PERTAHANKAN WASIAT DATUK NENEK.....

Ahli UMNO terutamanya barisan kepimpinan di setiap peringkat diingatkan supaya tidak sesekali mendahulukan kepentingan diri dan menggadaikan maruah agama, bangsa dan tanah air sehingga sanggup menggelapkan masa depan generasi akan datang.


Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata, semua ahli termasuk pemimpin harus sedar bahawa perjuangan UMNO ditunjangi dengan niat kepada Allah demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanah air, selain terikat dengan wasiat yang ditinggalkan pemimpin parti terdahulu.


“Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar akan wasiat ini tetapi kepemimpinan parti terdahulu telah mewasiatkan bahawa UMNO ini telah ditubuhkan atas penderitaan, pengorbanan dan keringat mereka yang sanggup bergolok, bergadai demi agama, bangsa serta tanah air.


“Pemimpin terdahulu yang juga datuk, nenek kita juga mewasiatkan bahawa mereka telah menuntut kemerdekaan dan berjaya mempertahankan maruah agama, bangsa serta tanah air ini,” katanya dalam sesi ceramah khas di sini malam semalam.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah sempena majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-69, Anugerah Pejuang Melayu 2015 peringkat UMNO Bahagian Bukit Glugor di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Sungai Glugor, Glugor di sini.


Tambah Badruddin, pemimpin UMNO lampau turut mewasiatkan yang mereka telah mewakafkan perjuangan, amanah dan obor kemerdekaan yang berjaya dicapai kepada semua anak dan cucunya supaya kuasa yang ada tidak terlepas ke tangan orang lain.


Malah katanya, demi mempertahankan kekuatan dan kekebalan UMNO sebagai payung agama, bangsa serta tanah air sentiasa terjamin, pemimpin parti terdahulu mewasiatkan tiga pesanan keramat iaitu bersatu, bersedia dan berkhidmat yang harus dipegang semua pewaris parti.

Dari: Utusan.

DAP MAHU KUASAI PAS SAYU FITNAH.....

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Abdul Samad, tampil mempertahankan DAP dengan menganggap tuduhan bahawa parti cauvinis Cina itu cuba menguasai parti Islam tersebut melalui muktamar kali ini adalah fitnah semata-mata.


Khalid Abdul Samad


Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Shah Alam bertegas bahawa sikap DAP terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiada kena-mengena dengan pemilihan Pas.


Kenyataan Khalid itu jelas bertentangan dengan ‘pengesahan’ Abdul Hadi sendiri apabila Presiden Pas tersebut dalam kenyataan terbaharunya berkata terpulang kepada ahli Pas untuk memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP pada pemilihan kali ini.


“Saya tidak nampak adanya apa-apa usaha DAP untuk menguasai Pas. Sikap DAP terhadap Presiden tiada kena-mengena dengan muktamar. Ia adalah hasil dari salah faham berpanjangan sejak isu Menteri Besar Selangor,” kata Khalid menerusi blognya hari ini.


Khamis lalu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, tindak-tanduk pemimpin DAP kebelakangan ini jelas menunjukkan adanya perancangan parti itu untuk menguasai Pas melalui pemilihan muktamar Pas bulan depan.


Tegasnya lagi, sikap DAP yang keterlaluan campur tangan terhadap urusan dalaman Pas serta cubaan untuk mencorakkan organisasi kepemimpinan parti itu bakal menjadi punca kepada keretakan dalam pakatan pembangkang.


Dalam pada itu, Khalid bertindak menyelar Mohd. Zuhdi dengan menuduh, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas tersebut mahu memecahbelahkan Pas dengan DAP dan PKR apabila mengeluarkan kenyataan DAP mahu mencorakkan Pas.


“Mesej di sebalik tulisan Mohd. Zuhdi adalah jelas. Mesejnya adalah DAP musuh Pas sebenar. Menuduh DAP ingin menguasai Pas dan adanya proksi DAP dalam Pas merupakan usaha untuk menanamkan kebencian dalam kalangan ahli Pas terhadap DAP,” katanya.

Daru: utusan/1.6.15

1MDB: RM 42 BILLION TIDAK HILANG, KENAPA PERLU NAJIB LETAK JAWATAN?


ADA hikmah juga kenapa isu berkaitan 1MDB ini meletup.  Sedar atau tidak sedar, ia menyerlahkan sisi bodoh segelintir orang yang disangka bijak dan ada yang layak digelar negarawan/manusia agung, hanya beberapa tingkat bawah dari Tuhan.

1MDB dituduh menghilangkan wang negara sebanyak RM 42 billion.  Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dituduh bertanggungjawab dan kerana wang ini telah hilang dan tidak mungkin boleh dikembalikan semula, Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan.

Kempen demi kempen dijalankan, gerakan demi gerakan digerakkan.  Nama 1MDB dan Perdana Menteri dibusukkan sehingga Tabung Haji yang sudah membeli tanah 1MDB di TRX pun terpaksa mahu menjual tanah itu semula kerana kononnya wang penyimpan Tabung Haji boleh lesap kerananya.

Tak cukup dengan itu, ada ahli parlimen yang dihasut untuk mengadakan undi tidak percaya, soal Speaker (untuk meluluskan usul) juga diuruskan, kalau tak dengar cakap, diminta letak jawatan dan ganti dengan orang lain yang boleh meluluskan usul tersebut.

Semua ini berpaksi kepada tajuk yang sama – PERDANA MENTERI PERLU DITURUNKAN KERANA 1MDB KONONNYA TELAH MENGHILANGKAN WANG  RAKYAT SEBANYAK RM 42 BILLION.

Ada segelintir rakyat pun nampaknya sudah menerima hakikat bahawa Perdana Menteri perlu meletak jawatan sebab RM 42 billion dah hilang.  Dikatakan beribu-ribu yang datang dengar road tour (100 datang sambut balik umrah), semuanya mahu dipercayakan bahawa RM 42 billion ini sudah hilang.

Sehinggalah road tour terakhir di Perak, dimana yang dikatakan RM 42 billion hilang itu, sebenarnya adalah hutang – yang boleh diperolehi semula.  Ironinya, yang menuduh pulak sendiri mengaku.

Tapi yang jadi anehnya, Perdana Menteri masih diminta meletakan jawatan.  Duit tak hilang pun kena letak jawatan juga, dimana  logiknya?

Kita perlu ingat, tidak ada dalam sejarah negara ini, seorang Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana menghilangkan wang negara.  Tun Mahathir dituduh bertanggungjawab menghilangkan wang negara sebanyak RM 30 billion dalam perjudian matawang asing dekad 90-an dulu, tak letak jawatan pun.

Entah berapa billion lagi dihilangkan ketika krisis matawang 1997 untuk menstabilkan ringgit.  tak letak jawatan pun.  Berpuluh bilion lagi dibelanjakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat, membeli hutang tak berbayar (NPL) dan sebagainya, tak letak jawatan pun.

Yang Datuk Najib tak hilangkan wang seperti yang dituduh pulak kena letak jawatan, apahal pulak?  Jadi jangan terkejutlah kalau ada orang lain lepas ini yang akan dibuang jawatan.
Dari: MYKMU.NET

Saturday, May 30, 2015

BERHUJAHLAH SECARA BERHEMAH.....

DALAM Islam apabila kita berselisih pendapat atau berbeza pandangan, ia seharusnya dilakukan secara berhemah dan harmoni. Tidak boleh mengikut emosi dalam melemparkan hujah apatah lagi apabila sampai pada tahap menuduh dan merendah-rendah sesama Islam.


Bagaimanapun sepanjang laporan khas berhubung tarekat baru yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia sejak Jumaat hingga Selasa lalu, pelbagai kecaman diterima. Penulis tidak kisah kalau hujah-hujah disampaikan secara ilmiah dan tatatertib Islam. Tetapi malangnya, apa yang diperhatikan ia boleh dianggap sudah terkeluar daripada adab-adab Islam.


Sesuatu mengecewakan apabila golongan yang berbuat demikian, kononnya amat memahami soal tarekat dan mampu menghujahkan kembali apa yang diputuskan ha-ram oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.


Tidak salah untuk mereka membentangkan hujah tersebut bagi mempertahankan diri. Tetapi janganlah sampai menuduh orang yang bukan-bukan seperti jahil, berfahaman Wahabi dan buta hadis. Semua itu perkataan tidak elok dan satu tuduhan yang dibuat secara membuta tuli.


Sebenarnya, apa pun tuduhan yang dilemparkan ia tidak menjadi kudis, cuma apa yang difikirkan penulis, apakah itu cara dan adab orang yang mengaku memahami dan mendalami tarekat?


Begitu juga apabila penulis menerima satu rakaman video yang memaparkan dalam satu sesi kuliah atau tazkirah, seorang invidu bergelar ‘ustaz’ melemparkan pelbagai kecaman kepada Utusan Malaysia. Meneliti satu demi satu hujahnya, jelaslah beliau sudah sampai melakukan fitnah.

Antaranya menuduh wartawan Utusan Malaysia tidak solat Jumaat, akhbar ini hanya menyiarkan gambar-gambar wanita seksi dan memaparkan keputusan nombor ekor. Apa yang menarik ketika begitu seronok berbuat demikian dia sendiri mengaku, sudah berpuluh tahun tidak membaca Utusan Malaysia. Jika itulah alasannya layakkah dia mengulas apa yang dipaparkan oleh akhbar ini?


Sebenarnya, penulis tidak hairan pun dengan reaksi yang dikategorikan dilakukan dalam keadaan emosio-nal. Reaksi seumpama ini sudah dijangkakan dalam isu berkaitan agama apatah lagi melibatkan mereka yang dianggap ‘ulama-ulama besar’ dan ‘Sheikh besar’.


Tidak apalah itu hak mereka, tetapi berhemahlah dalam berhujah. Ini memandangkan tindakan membuat hujah secara emosional, hanya akan menyebabkan tata susila kita sebagai umat Islam tergugat dan Islam itu tercemar.


Kalau benar kita memegang teguh kepada al-Quran dan sunnah serta berusaha mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mendekatkan diri atau bergabung dalam mana-mana kumpulan dakwah mahupun tarekat maka patuhilah adab berhujah dalam Islam.

Perlu diingatkan apabila mereka berhujah secara emosional dan begitu mudah melemparkan tuduhan dengan saudara seagama yang tidak sehaluan dengan mereka maka ia akan menyebabkan orang akan mengaitkan dengan perangai orang Islam.


Itulah juga menjadi punca kepada perpecahan orang Islam. Masing-masing menegakkan hujah masing-masing, walaupun penulis dapati ada hujah-hujah dipetik mengikut kepentingan mereka sahaja. Tetapi itu hak mereka berbuat demikian kerana merekalah yang bertanggungjawab terhadap apa yang diperkatakan.


Apa yang lebih penting ialah menjaga ukhuwah sesama Islam dan menjaga budi pekerti sebagai orang Islam. Jangan berhujah seolah-olah kita sahaja yang betul, puak-puak kita sahaja yang benar. Mana mungkin untuk menjadi seorang Islam yang dihormati kalau kita begitu mudah melemparkan tuduhan, dakwaan, tohmahan kepada pihak lain yang tidak sealiran dan sefahaman dengan kita.

Namun penulis tidak kisah, kalau mereka merasakan apa yang dilakukan itu betul dan mampu melempiaskan kemarahan yang terbuku, teruskanlah. Ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan. Sebaliknya, usaha tetap diteruskan bagi menghalang Tarekat Nasyabandiah Alliyah yang diharamkan di negara ini kembali berkembang supaya tarekat-tarekat lain tidak menerima tempiasnya.

Dari: Utusan.

BETULKAH KAKITANGAN AWAM CULAS???


Kenyataan terbuka Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai sikap tidak berdisiplin 5,000 kakitangan awam pada Sabtu lalu, dianggap pendedahan berani walaupun terpaksa mengkritik sistem perkhidmatan awam yang dipimpinnya.

Ini dilakukan walaupun sedar ia akan menyebabkan beliau tidak popular dalam kalangan pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam. Walaupun bilangan mereka ini kecil berbanding lebih sejuta kakitangan perkhidmatan awam, kesannya sangat besar jika tindakan sewajarnya tidak diambil.

Namun, atas dasar ingin melakukan transformasi terhadap perkhidmatan awam, beliau terpaksa menyuarakannya walaupun ia boleh menjejaskan reputasinya. Untuk melakukan transformasi perkhidmatan awam, ia tidak boleh dibuat mengikut panduan naluri, cita rasa dan kata hati semata-mata.

Ia memerlukan maklumat, fakta dan angka bagi membolehkan sebarang tindakan, tidak dipersoalkan. Sebarang tuduhan terhadap pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam tidak boleh dibuat tanpa sandaran fakta dan bukti. Jika sebelum ini ada kakitangan perkhidmatan awam dikatakan lewat atau tidak datang bekerja, ia mestilah disertakan bukti.

Rekod kehadiran setiap individu sangat penting bagi membuktikan dakwaan itu. Tanpa rekod, ia dianggap tuduhan melulu. Jika terbukti kesalahan itu benar-benar dilakukan, mereka yang berkenaan perlu menilai semula perbuatan mereka. Mereka sepatutnya memikirkan tanggungjawab yang diamanah supaya berkhidmat kepada masyarakat dan negara berlandaskan slogan bersih, cekap dan amanah.

Mereka juga perlu memiliki sikap bertanggungjawab kepada rakan setugas yang terpaksa menanggung tugas yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika tidak hadir kerja sehingga 200 hari, lebih separuh daripada jumlah hari dalam setahun, ia adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan hadir bekerja begitu lama itu mestilah disertakan dengan rekod dan bukti. Gaji diterima setiap bulan juga tidak berkat, tambahan pula jika ia digunakan untuk perbelanjaan makan minum keluarga. Persoalannya, siapakah mereka?

Adakah mereka bekerja di kementerian atau jabatan kritikal atau di pejabat yang sering berurusan dengan rakyat. Jika berkhidmat di pejabat yang membabitkan kepentingan orang ramai, mereka sebenarnya menganiaya rakyat. Rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mereka untuk memudahkan urusan.

Akibat tindakan buruk segelintir kakitangan ini, seluruh perkhidmatan awam menerima tempiasnya, malah kerajaan dipersalahkan. Apakah kategori mereka? Jika kumpulan pegawai yang membuat keputusan, perbuatan mereka akan menyebabkan banyak keputusan tergendala.

Disebabkan mereka sering tiada di pejabat, banyak keputusan tidak dapat dibuat dan dilaksanakan. Jika mereka pekerja pada peringkat bawahan, banyak kerja tidak dapat diselesaikan akibat kekurangan kakitangan. Ia melewatkan urusan rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan yang sepatutnya.

Jika selama ini kerajaan mahu setiap urusan diselesaikan dalam tempoh yang paling singkat, ia sekadar kata-kata janji semata-mata. Jika kerajaan meletakkan matlamat dengan memberi keutamaan mendahulukan rakyat, kakitangan seperti ini membantutkan urusan dan matlamat berkenaan.

Jika rakyat merungut akibat layanan yang tidak memuaskan, merekalah yang menjadi punca kepada masalah itu. Agak menghairankan bagaimana kesalahan disiplin seperti itu dibiarkan berlaku sekian lama. Sepatutnya, kesalahan mereka dapat dikesan lebih awal. Apabila mereka didapati melakukan kesalahan pada peringkat awal, ketua jabatan perlu menasihat seterusnya memberi amaran.

Membiarkan perbuatan itu berterusan, ia seolah-olah menggambarkan ketua jabatan dan kakitangan lain bersubahat dengan perbuatan itu.

Mengikut Peraturan Am kerajaan, ketua jabatan boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar disiplin dengan mengikut syarat ditetapkan.

Disebabkan amalan itu sudah berlarutan sekian lama dan bilangan mereka juga dianggap agak membimbangkan, langkah memperbaiki keadaan perlu dijalankan dengan sistematik.

Setiap mereka perlu diberikan khidmat nasihat dan motivasi baharu supaya memperbaiki diri untuk menjalankan kerja dengan ikhlas, gigih dan bertanggungjawab. Jika mereka memilih berhenti kerja, tindakan sewajarnya boleh dilakukan.

Selama ini pun ada antara mereka yang bekerja pada waktu pejabat dan berniaga pada waktu luar pejabat. Realitinya, ia bukanlah ganjil di negara ini, malah digalakkan. Ramai kakitangan perkhidmatan awam yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Tidak salah bekerja kuat untuk menampung perbelanjaan keluarga secara halal tetapi usahlah mengabaikan tugas hakiki di jabatan kerajaan.

Bagi pegawai dan kakitangan yang prestasi mereka sudah dinilai dan mendapat markah skor pencapaian di bawah 60 peratus, tidak bermakna mereka dianggap penumpang.

Sebaiknya, mereka perlu menjadikannya cabaran untuk memperbaiki diri. Mereka tidak boleh menyalahkan majikan mengadakan sistem untuk menilai prestasi kakitangan kerana setiap perkhidmatan mesti ada ukurannya.

Tanpa penilai terhadap kakitangan dan pegawai bermakna ia diibaratkan kapal belayar tanpa haluan. Hanya dengan cara penilaian seperti ini kelemahan dapat dikesan dan diperbaiki.

Dari: AzmyKJ.

6 LALUAN TIKUS RENTAS SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND DIKESAN....

Enam laluan tikus rentasi sempadan Malaysia- Thailand dikesan

Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Syed Omar Nor Mahizan Kasim berkata laluan tersebut telah diguna pakai ejen sindiket untuk pemerdagangan manusia yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun lepas.

"Laluan merentasi sempadan Malaysia-Thailand ini telah disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan sindiket yang asalnya digunakan oleh penduduk tempatan berikutan perhubungan persaudaraan ketika itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Antara laluan pintas bagi merentasi sempadan adalah Felcra Lubuk Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Kampung Syed Omar/Kampung Puju dan Bukit Batu Putih.

Tidak menafikan kekurangan kawalan keselamatan di sempadan, Nor Mahizan bagaimanapun berkata kekurangan itu bukan kelemahan pihak berkuasa tetapi kelonggaran yang diberikan atas faktor talian persaudaraan yang akrab antara kedua-dua negara.

"Bukan sahaja perhubungan antara penduduk tempatan dan warga Thailand tetapi juga perniagaan yang diusahakan penduduk kedua-dua negara di kawasan sempadan, jadi kelonggaran itu diberi.

"Namun pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan terhadap kelonggaran itu dan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia yang kejam," jelasnya.

Nor Mahizan berkata laluan sulit di Kampung Syed Omar-Kampung Puju di Thailand adalah antara laluan digemari sindiket penyeludupan manusia sekitar tahun 1980-an.

"Laluan pintas merentasi sempadan itu adalah antara yang popular ketika itu ekoran keadaan pokok bakau yang tebal dan kebanyakan penduduk kampung memiliki dusun di situ.

"Jadi kawalan di situ memang tidak seketat laluan lain kerana kelonggaran diberikan kepada penduduk kampung yang memiliki dusun malah ada antara dusun mereka terletak dalam sempadan Thailand," katanya.

Menurutnya, laluan pintas itu juga antara laluan yang digunakan pada tahun 1970-an untuk penyeludupan binatang ternakan yang ketika itu Malaysia amat ketat dalam keselamatan makanan import. 
Dari: astroawani.

19 TANDA KEMATIAN YANG MULIA (KHUSNUL KHOTIMAH)....,


Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
 
Ke-2: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
 

Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah melindunginya daripada seksa kubur.”

 Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama; diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya.”
 
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid dan orang yang tenggelam syahid.”

Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”
 
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadis di atas.
 
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”
 
Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?” Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata: “Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid, mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
 
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
 
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
 
Ke-14: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”

Ke-15 dan ke-16: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
 
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya: Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
 
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
 
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan disahihkannya, dan Al Khatib.
Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan kematian di dalam Suul Khotimah. Amien, Ya Rabbal ‘Alamin…
Dari: Mega Channelz.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik