Thursday, July 30, 2015

RUSSIA GUNA KUASA VETO HALANG PENUBUHAN TRIBUNAL.


NEW YORK - Seperti dijangka, Rusia menggunakan kuasa vetonya dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu untuk menghalang cadangan lima negara, yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian menembak jatuh Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine pada 17 Julai 2014.

Malaysia mengambil inisiatif itu bersama-sama empat negara lain – Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine - yang menganggotai Pasukan Penyiasatan Bersama mengenai nahas itu. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang mengemukakan draf resolusi mengenai mahkamah tribunal itu, memberitahu Bernama seperti empat negara lain yang rakyatnya terbunuh dalam kejadian itu, Malaysia 'amat,amat kecewa' dengan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang cadangan itu. 

Resolusi berkenaan menggesa penyiasatan teknikal antarabangsa yang sedang dijalankan, supaya menyiapkan dan memuktamadkan dengan segera hasil siasatannya tentang punca nahas itu yang mengorbankan 298 orang, disusuli dengan siasatan jenayah mengenainya.



Ketika membentangkan cadangan itu, Liow berkata 'satu siasatan penuh' telah dilakukan oleh para pakar Belanda dengan bantuan negara-negara lain, dan PBB berpuas hati bahawa ia dijalankan mengikut standard antarabangsa.

Menurutnya walaupun Rusia menghalang cadangan itu melalui kuasa vetonya, Malaysia tetap bertekad memastikan mereka yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu dihukum dan memastikan kesemua anak kapal dan penumpang Penerbangan MH17 mendapat keadilan. 

“Walaupun kini terlalu awal untuk bercakap secara konkrit mengenainya, tetapi kami akan menimbang dan mencari opsyen serta mekanisme pendakwaan lain yang sesuai untuk memastikan keadilan dilaksanakan dan pihak terbabit dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka itu," katanya.

Penyiasatan kejadian itu dibantu oleh para pakar dari pelbagai negara termasuk Australia, Perancis, Jerman, Rusia, Indonesia, Itali, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. - Bernama 

Wednesday, July 29, 2015

MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ MENIPU MAHATHIR DAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK FITNAH NAJIB?

Kini terbongkar kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Rakaman video perbualan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir yang disiarkan oleh Malaysiakini menunjukkan Muhyiddin yang mendakwa wang sebanyak USD 700 juta milik 1MDB masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. 

Muhyiddin mendakwa Perdana Menteri mengakui wang 1MDB sebanyak RM 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau merupakan satu pembohongan dan mungkin dirancang oleh kumpulan ini sendiri. Video tersebut dirakam ketika perbualan beberapa orang sahaja, mustahil mereka tidak menyedari siapa yang merakamnya. 

Pada awal video iti sendiri jelas menunjukkan Perdana Menterti tidak menyatakan jumlah yang masuk apabila Muhyiddin berkata,

“Saya tanya beliau wang siapa? Beliau tidak nyatakan. Hanya dari Timur Tengah.”

“lepas tu saya tanya berapa banyak… Susah nak kiralah, ‘dia cakap (najib) a lot, a lot'”

Kemudian Muhyiddin menyebut, “Kenapa masuk akaun personal Najib Razak?”

Kemudian dalam babak seterusnya, Muhyiddin sendiri yang menyebut jumlah tersebut dan cuba menjadikan ia pengakuan Mohd Najib.

Muhyiddin sambil melihat kepada Kadir Sheikh Fadzir berkata, “Berapa? 700 million dollar! Kalau kali 3 points something RM 2.6 bilion… goes to his personal account. Ini dia sebut, he admitted, so i said why put into your personal account?”

Video tersebut terhenti di situ sahaja. Menunjukkan perakam dan pembocor video tidak mahu jawapan Mohd Najib diketahui orang.

Muhyiddin sendiri tanya dan dia sendiri jawab. Bukannya Perdana Menteri kata USD 700 juta tersebut.

Sebenarnya pada bulan lalu beberapa ahli MKT telah pun MENAFIKAN bahawa Mohd Najib Abdul Razak memberitahu Umno bahawa wang sejumlah RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk pilihan raya umum lalu.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyangkal dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa ahli Umno diberitahu bahawa wang itu digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya.

“Najib hanya berkata, wang itu bukan dari 1MDB dan beliau tidak pernah guna untuk kepentingan peribadi beliau. Saya dengar sendiri,” kata Reezal yang juga MP Kepala Batas.

Turut bersetuju dengan beliau, Tajuddin pula mencabar Dr Mahathir untuk menyenaraikan butiran bahawa Najib didakwa mengaku wang 1MDB digunakan untuk pilihan raya.

“Bagaimana Mahathir tahu? Bila beliau bercakap dengan perdana menteri?” soal Tajuddin, timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

“1MDB tidak pernah membiayai pilihan raya kami. Kami mempunyai sumber dana untuk parti,” kata MP Pasir Salak tanpa mendedahkan dengan lebih lanjut.

Dr Mahathir sebelum itu mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

“Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati,” kata Dr Mahathir.

Jadi siapa sumber Majlis Tertinggi UMNO yang membohongi Mahathir bahawa Najib mengakui sejumlah RM 2.6 Bilion wang 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau untuk tujuan pilihan raya?

Dalam video ini menunjukkan kemungkinan besar maklumat palsu kepada Mahathir ini merupakan komplot oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Jika Mukhriz tidak berkomplot mengapa beliau tidak membantah pun apabila Muhyiddin memberitahu Kadir Sheikh Fadzir bahawa sejumlah USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Mohd Najib. – MYKMU.NET

Tuesday, July 28, 2015

GERAKAN POST ISLAMISM SEDANG MENGKHIANATI PAS.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah menyebut bahawa telah wujud satu kumpulan yang cuba membawa satu aliran pemikiran baru dalam PAS yang disebut gagasan Post-Islamism, juga dikenali sebagai Progressive Muslim, American Islam dan Liberal Islam. 

Gagasan pemikiran global yang bermula dekad 1990 an ini telah menyerap dalam PAS khususnya semasa era reformasi, seterusnya cuba melakukan ‘grand design’ terhadap tampuk kepimpinan PAS termasuklah dalam Muktamar PAS kali ke 61 yang terkini, cuba menjatuhkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. 

Semenjak itu, berlaku perpecahan di dalam PAS dan semakin memuncak pada hari ini.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah menjangkakan kumpulan ini berusaha untuk menubuhkan sebuah entiti politik baru sekiranya usaha mereka untuk menguasai PAS dalam Muktamar PAS ke 61 baru-baru ini gagal. 

Menjelang Muktamar PAS tahun 2014 yang lalu, satu pertiga dari ‘bongkah ais’ kumpulan ini muncul atas nama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), manakala dua pertiga lagi masih tenggelam bawah permukaan. 

Bagaimanapun, di ambang Muktamar PAS baru-baru ini, dua pertiga dari ‘bongkah ais’ itu semakin kelihatan sehingga menjadikan pertembungan dalam muktamar tersebut umpama pertembungan antara satu blok dengan satu lagi blok yang lain.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya menyatakan DAP begitu mesra dengan gagasan pemikiran yang dibawa oleh kumpulan ini sehingga tokoh-tokoh luar negara yang cenderung kepada gagasan pemikiran ini telah ditaja untuk datang ke Malaysia bagi mengukuhkan kumpulan ini. 

Gagasan pemikiran ini yang membawa pendekatan keadilan Islam tanpa pelaksanaan syariah, mengabaikan polisi moral yang dianggap menerjah hak asasi individu dan meminggirkan amar maaruf nahi munkar yang dikatakan oleh mereka tidak tasamuh, sememangnya menyenangkan DAP berbanding dengan PAS yang asal. 

Dapat dilihat DAP dengan penuh mengharap jaluran ini menang dalam Muktamar PAS baru-baru ini.

Lama sebelum ini dalam wacana tulisan dan lisan, saya telah meramalkan entiti politik baru yang terbentuk selepas kumpulan ini kalah dalam Muktamar PAS akan bergabung dengan PR untuk mengambil tempat PAS, dan PAS akan terpelanting daripada gabungan itu. 

Gabungan ini nekad tidak memerlukan PAS, kerana mereka khususnya DAP mengunjurkan menawan Putrajaya hanya dengan sokongan segmen pengundi bukan Melayu, segmen pengundi pribumi bukan Islam Sabah/Sarawak dan sedikit peratusan segmen pengundi Melayu. 

Unjuran seperti ini begitu ditentang oleh PAS sebelum ini, kerana menjadi politik negara tidak stabil, disebabkan menguasai segmen pengundi Melayu adalah teras kepada mana-mana gabungan.

Selepas Muktamar PAS ke 61 yang menyaksikan kumpulan ini kalah, PasMa telah membuat satu kenyataan bahawa mereka sedang mengusahakan penubuhan sebuah parti politik baru seterusnya membentuk gabungan, yang akan diumumkan selepas Eidul Fitri. 

Rentetan daripada itu, DAP mengumumkan PR telah terbubar dan mereka sedang mengusahakan sebuah gabungan baru yang didasarkan atas semangat muafakat PR. 

Serentak dengan itu pula, satu roadshow ke seluruh negara yang bermula di Parlimen Bakri, Johor, malam tadi telah mewarwarkan keperluan kepada sebuah wadah baru sebagai wahana untuk kumpulan yang kalah dalam Muktamar PAS baru-baru ini. 

Berikutan dengan itu, beberapa pimpinan kawasan dan cawangan mula mengisytiharkan keluar PAS. Adakah semua ini kebetulan?

Saya percaya usaha sedang dilakukan secara besar-besaran membawa 20% daripada sejuta ahli PAS untuk mendukung entiti baru politik yang bakal ditubuhkan nanti. 

Peratusan 20% diunjurkan kerana dalam Muktamar PAS yang lepas, undi teras yang diperolehi oleh kumpulan ini ialah sekitar 20%. 

Selain daripada itu, dipercayai kawasan-kawasan PAS tertentu yang mencalonkan kumpulan ini sebelum muktamar lepas, akan mengsytiharkan keluar PAS secara kolektif untuk menggambarkan PAS sudah hilang sokongan. 

Bersyukur kepada Allah, kesemua senario ini dapat saya telaah dan telah saya kemukakan kepada umum sebelum ini. 

Malah saya sering ulangi selepas Muktamar PAS, situasi perpecahan yang berlaku kepada Fazilet Party di Turki pada tahun 2002 akan berlaku kepada PAS.

Dari: AIDCNews.


ZAHID HAMIDI MENGGANTIKAN MUHYIDDIN SEBAGAI TPM.



Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal menjadi Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal turut digugurkan dari barisan kabinet yang baru.

Datuk Seri G Palanievel dan Hassan Malek turut digugurkan sebagai Menteri.

Kota Belud mendapat dua menteri apabila Datuk Seri Panglima Senator Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru. Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dipecah dua semula kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kabinet Penuh:

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan

YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan

YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II

YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM

YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia

YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi

YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM

YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM

YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM

YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan

YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II

YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM

YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan

YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATO’ SRI DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia

YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan

YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan

YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia.

Dari: MYKMU.NET.

MASIH ADAKAH SINAR RAMADAN.

RAMADAN dan Syawal merupakan bulan serta hari yang begitu bermakna bagi umat Islam. Rasa berkobar-kobar untuk menjalani ibadah puasa dan menunaikan solat tarawih. Suasana bertambah seronok apabila dapat bersama keluarga mahupun rakan ketika berbuka puasa dengan pelbagai juadah di hadapan mata. 

Suara takbir yang bergema pada malam hari raya menandakan kejayaan sebulan berpuasa. Bertambah sibuk golongan wanita menghias rumah, memasang langsir, memasak ketupat dan rendang. Balang siap diisi dengan pelbagai jenis biskut di atas meja. Di luar rumah kedengaran suara kanak-kanak keriangan bermain bunga api. 
 
Namun tidak semua insan beruntung dapat berkongsi suasana kegembiraan tersebut bersama. Ada insan yang hidup sebatang kara, tanpa waris. Ada juga yang perlu tabah dan bersabar menjaga orang tersayang yang kurang upaya, warga emas mahupun menghadapi masalah kesihatan. Tidak kurang juga bakti mereka yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu golongan tersebut.

Sempena bulan mulia ini, isu kali ini menukilkan kisah insan istimewa dalam melalui kehidupan mereka. Apakah masih ada keseronokan dan keterujaan di hati mereka dalam meraikan Ramadan dan Syawal? Mungkinkah sambutan kali ini yang terakhir? Mungkinkah kenangan lalu bersilih ganti menjadi pengubat rindu tatkala bersendirian? 

Sebagai insan yang sihat dan berkemampuan, kita seharusnya bersyukur dengan nikmat kurniaan ALLAH SWT ini. Ramadan inilah masa untuk kita bermuhasabah diri dan menghayati nasib golongan yang kurang mampu seperti fakir miskin, warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya.

Pernahkah mereka makan seenak kita, tidur lena di hamparan kaku, rasa dikasihi dan dihargai oleh keluarga dan orang tersayang?

Ternyata Islam mengambil berat mengenai kepentingan umat Islam bersilaturahim dan saling menyayangi seperti saudara sendiri. Ini disebut dalam hadis sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”. (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Mas'ud, Uqbah bin 'Amral Anshari al-Badri RA berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu.” (Riwayat Muslim).

Sebagai insan yang bersemangat kental dan yakin dengan ALLAH SWT, pasti kedatangan Ramadan dan Syawal tetap disambut dengan melakukan kebaikan sepanjang masa. Ujian yang mendatang dijadikan pemangkin semangat untuk teruskan kehidupan walaupun bersendirian. Ini  kerana sesungguhnya ALLAH yang Maha Pengasih sentiasa ada bersama kita. 
Oleh: Fouziah Amir.

MUDAHNYA KITA DIBELI.

MELAYU dalam parti ultra kiasu mahukan orang Melayu bertolak ansur supaya isu sekolah vernakular tidak dibangkitkan lagi. Biarkan ia beroperasi bebas tanpa gangguan. Manakala golongan liberal Melayu mahukan Bahasa Inggeris (BI) digunakan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Hebat sungguh Melayu. Bangsa lain sibuk mempertahankan dan mempromosikan bahasa ibunda mereka. Manakala, bangsa Melayu tidak yakin dengan bahasa sendiri.

Apakah kedudukan BM selaku bahasa kebangsaan dalam perlembagaan? Siapakah yang akan memperjuangkan bahasa anak watan ini? Siapa pula yang akan memastikan semua rakyat boleh bertutur dan faham BM? Tidak mustahil BM dan bangsanya bersekali akan merempat di bumi sendiri suatu masa nanti.

Amat bodohlah saya jika menolak kepentingan BI sebagai bahasa antarabangsa. Tetapi janganlah sampai BM dianaktirikan. Apatah lagi tidak merasakan ia penting. Biarlah tidak tahu bertutur BM tak apa, asalnya boleh berbahasa BI dan ibunda yang lain. Inilah pemikiran liberal Melayu.

Masuklah hari ini ke syarikat GLC kerajaan, boleh dikatakan bahasa Melayu langsung tidak didaulat. BM hanya ada pada tanda pintu sahaja iaitu KELUAR. Hak lain semua telah diinggeriskan.

Apa sudah jadi dengan Bank Bumiputera yang sudah bertukar nama? Apakah agenda Bumiputera masih diutamakan? Berapa ramai Bumiputera berada di dalamnya membuat keputusan? Teringat saya kepada saudara Dato’ Henry S Barlow, yang masih kekal menjadi ahli lembaga pengarah GLC Sime Darby. 

Sebuah GLC hasil usaha ahli keluarganya dahulu. Barlow tidak pernah lupa agenda Bumiputera dalam Sime Darby, walaupun setelah sekian lama negara merdeka. Inilah orang putih yang tidak pernah lupa sejarah. Kenapa tidak ramai rakyat Malaysia yang telah dibantu kerajaan dan telah berjaya tidak seperti Barlow? Kenapa mereka menjadi ultra kiasu setelah berjaya? Lupa diri? Lupa bangsa? Lupa agama? Jati diri entah ke mana?

Paling kurang, belajarlah daripada ultra kiasu. Misalnya, selepas insiden Plaza Low Yat. Hari ini mereka sibuk hendak mengadakan sambutan hari raya. Sedangkan sambutan ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Lagipun ia perayaan ibadah umat Islam. Saya tidak kata salah, tetapi pelik.

Bayangkan selepas ini orang Melayu jadi hos sambutan Tahun Baharu Cina. Kenapa tiba-tiba ultra kiasu mahu lakukan perkara terbalik di Low Yat? Apa muslihat di sebalik? Nampak sangat ultra kiasu hanya mementingkan agenda peribadi mereka akibat perniagaan terjejas gara-gara insiden yang terjadi.

Sekalipun anak muda Melayu itu yang bersalah. Insiden ini sepatutnya membuka mata kita. Antara agenda perut, bangsa dan negara. Mana lebih utama?

Pada saya, tidak perlu diadakan sambutan hari raya di sana. Berikan wang tersebut kepada kami untuk kami membuat kajian secara akademik. Apakah di sebalik insiden tersebut dan punca-puncanya? Saya pasti, ahli akademik akan dapat memberikan jawapan yang tulus dan amat berguna kepada kerajaan, bukan hipokrit. Mahu menutupi bara yang sentiasa menyala, tidak pernah padam. Menunggu masa untuk meledak.

Saya amat mengharapkan kita tidak mudah dijual beli dengan juadah air sirap, lemang dan ketupat. Hina sungguh umat Islam, jika mereka boleh dicairkan hanya dengan jamuan makan.

Jika mereka ikhlas, sudah sekian lama ia dilakukan. Kenapa begitu beria-ia hendaklah melakukannya di Low Yat pada kali ini, tidak di tempat lain?  

Nampak sangat selama ini, kita menjadi alat untuk mereka menjana dan mengaut keuntungan sebanyak mungkin. Inilah akibatnya apabila kita hanya menjadi pengguna bukan pengeluar.

Sebenarnya kuasa boikot kita amat besar, jika kita pandai menggunakannya. Tetapi agak malang, jika kita mudah dibeli dengan segelas air sirap.

Mengimbau kembali bantuan mereka kepada surau masjid ketika bulan puasa. Molek sungguh mereka berpakaian Melayu, berselendang menyampaikan bantuan RM2,000. Sehingga ada yang mengusik “Amoi pakai baju kurung sangat comel”.

Saya tidak nafikan akulturasi ini amat baik dan patut digalakkan. Tetapi mengenali mereka, semua ini hipokrit. Pada masa sama, merekalah menentang etika berpakaian.

Jika mereka hormat kepada negara, perlembagaan dan rukun negara, sudah tentu mereka akan sentiasa mengenakan cara hidup bersopan, bertatasusila dan berbudaya. Ini tidak, mereka pejuang tegar hak asasi manusia, sehingga menenggelamkan identiti negara tercinta ini.

Apakah orang sebegini boleh dipercayai? Apakah jamuan hari raya yang mereka hoskan itu benar-benar ikhlas atau sekadar mahu menjaga perut? Hina sungguh kita jika mudah tergoda!.

By: Dr Ridhuan Tee.

MEDIA SOCIAL ALAT SEBAR FITNAH.



Media sosial kini dilihat menjadi platform pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah.

Apa yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi viral sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.
    
Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada 12 Julai lepas misalnya, hanyalah berpunca daripada insiden mencuri telefon bimbit tetapi menjadi viral kononnya melibatkan isu pergaduhan kaum.   

Penolong Setiausaha Kluster Teknologi Maklumat dan Komunikasi Majlis Profesor Negara, Prof Madya Dr Azlina Ahmad berkata pihak berkuasa perlu melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius dan ditangani secara bijak.
    
"Tindakan pantas perlu sama ada terhadap pengguna yang menghantar berita palsu atau menyelesaikan situasi jika didapati berita yang dihantar tidak
sahih," katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat itu baru-baru ini turut meminta satu kajian mendalam dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap kebebasan media sosial.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Pengerusi Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Normah Mustaffa berkata SKMM perlu mempunyai pelan tindakan tersendiri dalam menangani isu itu.
    
"Kita ingin mendengar lebih banyak tindakan berani yang diambil oleh SKMM dan dilaporkan dalam media sebagai ingatan kepada rakyat agar lebih berhati-hati dalam menyampaikan maklumat di media sosial," katanya.
    
Beliau berkata media sosial kini juga dilihat menjadi antara platform oleh pihak tertentu memburukkan kerajaan dan negara.

"Ini kerana media sosial adalah medium paling berkesan dan cepat untuk menyebarkan maklumat dan tohmahan.
    
"Kebetulan pula banyak isu dalam negara ketika ini dan pihak tertentu memberikan maklumat yang kelihatan seolah-olah sahih," kata Normah.
    
Sehubungan itu Normah berkata urus tadbir kerajaan yang lebih telus dan cekap amat diperlukan supaya tidak ada ruang untuk pihak tertentu terutamanya parti pembangkang mengkritik.
    
Jika dikritik, kerajaan perlu mengambil langkah agresif dengan menggunakan media sosial sebagai medium untuk menjawab segala tohmahan pembangkang, katanya.
    
"Jangan hanya berdiam diri. Menjawab melalui akhbar atau televisyen agak lambat hasilnya kerana sumber daripada pembangkang sentiasa dimuat naik secara berterusan," katanya. - Bernama

TRBIAH PASCA RAMADAN.

Tarbiah pasca Ramadan

SUDAH seminggu lebih kita menyambut Aidilfitri. Beraneka juadah dihadam sehingga perut meragam.

Manakan tidak, bayangkan apabila ketupat, rendang ayam, daging, nasi minyak berlauk ayam masak merah bersatu dengan wajik, dodol, lemang dan ketupat palas kemudian bercampur-baur bermacam warna air, ada yang masam, manis, pastilah kekenyangan merajai hati tanda 'hasil' berpuasa selama sebulan.

Tidak terceritakan lagi dengan banyaknya pilihan warna dan jenis rekaan baju yang diperagakan pada hari raya. Indah sungguh detik itu. Namun, hati mula berbicara: "Inikah hasilnya selepas sebulan menahan diri berlapar dahaga, melawan nafsu?" Tepuk dada tanyalah iman.

Didik hati  yang beriman

Kebaikan dan keberkatan yang ada dalam Ramadan bukan sahaja nampak pada zahirnya tetapi dihayati dengan mempraktikkan pada bulan yang lain. Kuncinya hanya satu iaitu istiqamah (berterusan).

Pendakwah, Ustaz Mohd Khairul Azman Md Daud berkata, mukmin lahir dari madrasah Ramadan bakal menjadi mukmin bertakwa, demikian juga bapa yang lahir dari sekolah Ramadan menjadi bapa bertakwa dalam mendidik keluarga.

Mendidik hati menjadi hamba bertakwa sewajarnya tidak terhenti sebaik berakhirnya Ramadan. Amalan mentadabur al-Quran wajar diteruskan di samping melakukan penambabaikan seperti mengkaji isi kandungannya. Sayangnya ramai mengatakan motivasi membaca al-Quran dalam bulan biasa tidak sama seperti Ramadan.

"Bagi mengekalkan motivasi membaca al-Quran, saya cadangkan supaya adakan program One Week One Juzuk (OWOJ) atau One Day One Juzuk (ODOJ).

Caranya wujudkan satu kumpulan (maksimum 30 orang) yang terdiri daripada sahabat dan rakan taulan untuk masing-masing membaca al-Quran mengikut juz pilihan masing. Setelah selesai juz pertama, esok bacalah pula juz kedua.

Begitulah seterusnya. Insya-ALLAH jika dilakukan dengan terancang dan istiqamah, kita mampu khatam sebulan sekali tidak hanya pada  Ramadan tetapi juga bulan lain.  

"Jika kita ingin menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup di dunia dan menjadi syafaat di akhirat, ia perlu melalui beberapa proses. Ibarat hendak membina sebuah rumah.

Seseorang perlu ada ilmu mengenai al-Quran termasuk dalam segala aspek. Fahamilah ayat ini makin mengkaji semakin bertambah ilmu di dada," katanya kepada Rehal.

Kongsinya, ada yang bertanya, kenapa apabila berlalunya Ramadan, hati dan jiwa langsung tidak terkesan dengan didikan Ramadan? Jawapannya, Ramadan hanya memberi kesan kepada orang yang menyediakan anggota tubuh dan jiwanya untuk beribadah kepada ALLAH. Inilah orang yang benar-benar beriman.

Tiada langsung dalam hatinya untuk melakukan maksiat kepada ALLAH, malah memberi tumpuan terhadap peningkatan ibadah wajib dan sunat. Sentiasa beristighfar memohon keampunan daripada ALLAH dan berdoa moga-moga amalannya diterima.

Beliau menambah, Ramadan tidak akan memberi kesan jika seseorang itu berpuasa tetapi masih mengumpat, masih berdendam, dedahkan aurat, bergaul bebas, buang masa dan melakukan banyak maksiat.

Walaupun syaitan diikat, namun nafsu amarah yang ada dalam diri manusia sentiasa mendorong melakukan kejahatan. Begitulah keadaan manusia khasnya Muslim pada bulan Ramadan.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi ALLAH selain daripada lapar dan dahaga sahaja." (Riwayat Bukhari)

Sahabat Nabi Muhammad SAW, Jabir bin ‘Abdillah turut menyatakan: "Seandainya kamu berpuasa maka hendaknya pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu turut berpuasa daripada dusta dan hal haram serta janganlah kamu menyakiti tetangga. Bersikap tenang dan berwibawalah di hari puasamu. Janganlah kamu jadikan hari puasamu dan hari tidak berpuasamu sama sahaja."

Hamba Ramadan @ ALLAH?

Beliau yang juga dikenali sebagai Ustaz MK Azman berkata, kita berpuasa untuk menjadi hamba ALLAH bukan hamba Ramadan. Hamba Ramadan adalah orang yang melakukan kebaikan dan amal ibadah hanya pada bulan Ramadan.

Contohnya bersolat bulan Ramadan, tetapi meninggalkan solat pada bulan-bulan yang lain.

Memang besar amalan yang dilakukan pada Ramadan, cuma janganlah dilakukan secara touch & go. Sepatutnya amal ibadah tetap dilakukan pada 11 bulan lain secara beristiqamah. Al-Hassan Al-Basri selepas membaca al-Quran Surah Al-Fussilat ayat 30, beliau akan berdoa: "Allahumma anta robbuna, farzuqna istiqamah,".

Istiqamah dalam mengejar ganjaran ALLAH

ALLAH  SWT sudah sebutkan dalam al-Quran pada ayat 183 dalam Surah Al-Baqarah iaitu perintah berpuasa ini sebagai satu dorongan kepada orang yang benar-benar beriman agar mereka bertakwa.

MK Azman berkata, jika seruan ini disahut oleh orang yang belum beriman, maka puasanya tiada nilai di sisi ALLAH. Contohnya sekarang sudah menjadi trend rakan kita yang belum memeluk agama Islam berpuasa kerana menyertai kita yang berpuasa.

"Manakala bagi orang yang imannya ada keraguan, misalnya dia berpuasa tetapi tidak solat baginya hanya lapar dahaga kerana amalan puasa itu hanya bernilai jika dia mengerjakan solat fardu.

"Bukankah soalan pertama yang akan ALLAH tanya ialah solat, bukannya ibadah lain. Bagi orang yang imannya tahap waham, misalnya dia berpuasa tetapi tidak menjaga tujuh anggota badannya daripada melihat perkara yang sia-sia seperti mata.

"Ralit menghabiskan masa menonton drama, jari pula asyik melayan Facebook dan WhatsApp, dia juga sebenarnya menjadi hamba Ramadan kerana lebih suka menghabiskan masa dengan sia-sia sehingga waktu berbuka.

"Saranan saya, jika kita mahu terus menjadi hamba ALLAH SWT sepanjang masa, tinggalkanlah perkara yang sia-sia dalam hidup. Tingkatkan amal ibadah dan jadi orang yang bermanfaat pada orang lain," ulasnya panjang.

Puasa sunat, ganti

Orang yang mengerjakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal akan memperoleh pahala seperti berpuasa selama setahun.

Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan menyambungnya dengan puasa enam di bulan Syawal, pahalanya adalah seperti seumur hidup." (Riwayat Muslim)

Beliau menjelaskan, hadis ini adalah sahih dan ia bukanlah hadis yang lemah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam melalui kitabnya Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maram menjelaskan hadis ini nyata kesahihannya.

"Timbul dua isu yang popular iaitu yang pertama puasa yang mana satu perlu diutamakan sama ada puasa sunat Syawal atau puasa qadak (ganti). Isu yang kedua ialah perihal penggabungan antara puasa sunat Syawal dengan puasa ganti.

"Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat Syawal dan puasa qadak? Jawapannya sudah tentu adalah puasa qadak.

"Ini terbukti daripada hadis Qudsi yang sahih bermaksud: "...dan tidaklah hampir kepada-Ku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya..." (Riwayat Bukhari)," katanya.

Menurutnya, hadis tadi sebagai asas keutamaan, bagaimanapun daripada segi pelaksanaan, jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Beliau membawakan contoh, jika seseorang itu perlu qadak puasanya sebanyak 15 hari atau 30 hari kerana nifas atau haid yang lama pada bulan Ramadan, malah tubuhnya juga sihat dan kuat, adalah lebih baik baginya untuk puasa sunat Syawal terlebih dahulu kerana waktu sunat puasa Syawal singkat berbanding masa untuk qadak puasa Ramadan iaitu sepanjang tahun.

 "Namun kita harus ingat meskipun waktu untuk qadak puasa panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita sempat atau tidak.

Seseorang yang mati sebelum sempat menggantikan puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal pasti bermasalah kerana dia dikira masih berhutang dengan ALLAH.

Gabung puasa

"Jika seseorang itu mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, ia tidak menanggung sebarang dosa atau hutang, malah mungkin ia mendapat pahala sunat Syawal itu sekali.

Dalam konteks ini, harus difahami darjat puasa qadak lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar daripada sunat Syawal.

Ini kerana puasa qadak adalah puasa wajib dan 'hutang' dengan ALLAH sedangkan puasa Syawal yang hanyalah puasa sunat untuk menambah pahala.

Isu yang kedua ialah boleh atau tidak puasa sunat Syawal digabungkan dengan puasa qadak. Secara ringkasnya beliau berkata, tidak elok untuk menggabungkan kedua puasa tersebut bagi mereka yang mampu yakni sihat tubuh badan dan ada kelapangan masa.  

"Ini kerana sepanjang pengetahuan saya tiada dalil yang membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada sahabat untuk menggabungkannya.

"Dalam kalangan ulama As-Syafie ada berpendapat ganjaran puasa enam Syawal tetap diperoleh apabila seseorang berpuasa qadak meskipun dia tidak berniat menggabungkan keduanya. Namun pahala diperoleh itu adalah kurang berbanding seseorang yang berpuasa secara berasingan," jelasnya.

Menurutnya, pandangan ulama yang membolehkan 'puasa dua dalam satu' ini tidak disandarkan kepada nas al-Quran ataupun As-Sunnah yang sahih.  

Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadak pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyatul masjid dengan solat fardu (orang yang terus mengerjakan solat fardu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyatul masjid).

Oleh: Syahidatul Akmal.

MANUSIA SELEPAS RAMADAN.

Manusia selepas Ramadan

SEGALA puji bagi ALLAH SWT yang menggerakkan masa, hari dan bulan. Segala sesuatu dengan ketentuan-Nya. Hari dan malam silih berganti dan Dialah Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati.

Bulan Ramadan sudah pun meninggalkan kita. Bulan penuh keberkatan. Siangnya dipenuhi dengan puasa, malamnya dihidupkan dengan qiamullail dan berbagai ibadah dengan harapan memperoleh pahala dan pengampunan. Hari-hari tersebut telah pun berlalu. Yang pastinya ia tidak akan kembali.

Apa yang tinggal adalah apa yang dilakukan dalam bulan tersebut sama ada yang baik ataupun yang buruk. Begitulah hari-hari yang dilalui dalam kehidupan dalam menuju ke akhirat. Semakin lama semakin bertambah umur kita dan semakin dekat dengan ajal. Hasil amalan kita dijaga dan dipelihara untuk hari pembalasan.

Harapan Ramadan

Perginya Ramadan dengan harapan kita kembali kepada ALLAH dengan taubat dan amalan soleh. Di samping jiwa kita dididik dengan melakukan amalan ketaatan dan meninggalkan hal yang haram, belajar erti sabar dan menundukkan nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan.

Semoga Ramadan meninggalkan diri dalam keadaan terbiasa dengan kebaikan, bencikan maksiat, jiwa terdidik dengan akhlak mulia, bangkit sesudah lama dalam kelalaian dan akhirnya kenal erti kehidupan serta kepentingan beribadah.

Sesudah berlalunya Ramadan, jangan pula kita kembali melakukan kemaksiatan. Jangan kita runtuhkan apa yang dibina sebulan ini. Antara tanda amalan kebaikan kita diterima ALLAH ialah amalan kebaikan itu dilakukan secara berterusan.

Adapun jika kita kembali melakukan maksiat sesudah kita bertaubat, perbuatan tersebut akan mengundang lebih dosa dan dikira jenayah yang besar berbanding keadaan kita  sebelumnya. Perlunya kita ingat di hadapan kita akan ada penimbang yang menimbang amalan baik dan buruk.

Ladang ibadah

Perlu kita ingat, bulan yang mendatang adalah ladang untuk kita beramal. Ia juga menjadi penentu kedatangan ajal.

Walaupun Ramadan sudah pergi, tetapi di hadapan kita musim beribadah yang berulang setiap hari dan malam iaitu ibadah mengerjakan solat fardu lima waktu yang ALLAH fardukan ke atas hamba-Nya untuk dikerjakan di masjid.

Ia adalah kesempatan kita untuk menghadap Tuhan kita, berdoa, dan meminta keampunan serta kurniaan daripada-Nya.

Ayuh kita sahut panggilan ILAHI dengan beriman dengan-Nya agar dosa kita diampunkan dan dihindarkan daripada api neraka. Adapun mereka yang tidak menyahut panggilan ini, dia tidak akan dapat melepaskan dirinya daripada balasan azab walau ke mana sekalipun cuba berlindung di bumi.

Dia tidak akan beroleh sesiapapun selain ALLAH sebagi pelindung dan pembelanya. Mereka yang demikian sifatnya jelas dalam kesesatan nyata. Kita juga memiliki musim ibadah yang berulang setiap minggu iaitu solat Jumaat.

Solat Jumaat adalah ibadah yang ALLAH khususkan buat Umat Nabi Muhammad SAW. Hari Jumaat adalah waktu mustajab kabulnya doa. Begitu juga solat malam dan solat di hujung malam itu secara khasnya. Waktu mustajab doa di penghujung malam berulang setiap hari.

Kita dianjurkan untuk berdoa dan memohon segala kebaikan dunia dan akhirat daripada ALLAH pada waktu mustajab ini. Ini kerana tiada kuasa dan tiada upaya bagi kita tanpa ALLAH walaupun sesaat.

Kebergantungan kita dengan ALLAH bukan hanya di bulan Ramadan. Menyedari hakikat ini, mengapa pula sebahagian kita di bulan Ramadan beribadah tetapi apabila Ramadan berlalu mereka berubah.

Sebahagian ulama Salaf ditanya perihal golongan ini dan jawab mereka: "Seburuk-buruk orang yang mengenali ALLAH hanya di bulan Ramadan.

Golongan ini memenuhi ruang masjid ketika solat fardu dan di waktu yang lain tetapi setelah Ramadan berakhir mereka pun menghilang dan tidak lagi dilihat di masjid.

Seolah-olah mereka sudah berasa cukup dan tidak lagi perlu kepada ALLAH atau tuntutan pergi ke masjid sudah terhenti."

Kita berlindung dengan ALLAH daripada kesesatan sesudah mendapat hidayah, kegelapan sesudah mendapat cahaya dan kekufuran sesudah memperoleh iman.

Harus kita sedar, sebagaimana kebaikan boleh menghilangkan keburukan, begitu juga keburukan boleh menghilangkan kebaikan yang dilakukan.

Sebagaimana kata hikmah yang berbunyi: "Satu dosa sesudah bertaubat lebih buruk daripada tujuh puluh dosa sebelumnya."

Seorang ulama Salaf menangis sedih ketika hendak mati, sesudah ditanya kenapa, dia berkata: "Aku menangis kerana malam yang aku tidak bangun (qiamullail) dan hari yang aku tidak puasa."

Jika seseorang itu di kala berdepan ajal akan menyesali perkara sunat yang ditinggalkan, bagaimana pula dengan perkara fardu yang dilalaikan.

Sewajarnya kita meninggalkan bulan Ramadan dalam keadaan beristighfar dan meminta daripada ALLAH  agar dikabulkan amalan kita.

Golongan Salaf pada setiap tahun di sepanjang enam bulan pertama mereka berdoa agar dipanjangkan umur mereka untuk merasai bulan Ramadan.

Sesudah Ramadan tiba dan mereka bermujahadah beramal di bulan tersebut, baki enam bulan berikutnya mereka berdoa agar dikabulkan amalan mereka itu.
Ternyata Ramadan diingati dan dirindui sepanjang tahun.

Adapun manusia zaman sekarang, ramai yang mengucapkan selamat tinggal terhadap bulan Ramadan dengan melakukan maksiat, meninggalkan kewajipan dan melakukan yang haram.

Hal ini bercanggah dengan apa yang ALLAH perintahkan agar kita mengakhiri bulan Ramadan dengan takbir membesarkan ALLAH serta mensyukuri-Nya  atas nikmat yang disempurnakan buat kita. Nabi Muhammad SAW menganjurkan kita menyusuli Ramadan dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa berpuasa Ramadan lalu berpuasa enam di bulan Syawal, ia seperti berpuasa sepanjang tahun." (Riwayat Muslim)

Hikmah puasa enam

Adapun puasa Ramadan yang disusuli dengan puasa enam hari di bulan Syawal dikira menyamai puasa sepanjang tahun, ini kerana satu kebaikan akan dilipat gandakan sepuluh kali.

Maka, puasa satu bulan Ramadan menyamai puasa sepuluh bulan manakala puasa enam hari di bulan Syawal menyamai puasa dua bulan.
Membiasakan diri berpuasa selepas Ramadan akan membawa banyak faedah.

Antaranya, puasa enam hari di bulan Syawal seperti solat sunat yang dilakukan selepas solat fardu. Ia akan menyempurnakan kekurangan yang ada pada puasa Ramadan.

Membiasakan diri berpuasa selepas Ramadan juga menjadi tanda terkabulnya puasa Ramadan di sisi ALLAH. Ini kerana jika ALLAH memakbulkan amalan seseorang hamba, ALLAH akan memberi taufik dan hidayah-Nya untuk hamba itu terus beramal soleh sesudahnya. Ramadan menghapuskan dosa yang lalu.

Meneruskan puasa selepas Ramadan menjadi tanda kita syukur kepada ALLAH atas nikmat ini.

Kita mohon kepada ALLAH supaya memakbulkan puasa dan solat kita di sepanjang Ramadan dan semoga tergolong dalam kalangan mereka yang terus istiqamah beribadah selepas Ramadan.

By: USTAZ IDRIS SULAIMAN.

Monday, July 27, 2015

PAS-ULAMAK BERPISAH TIADA.

SEJARAH Pas menyaksikan kebangkitan golongan ulamanya tidak dicapai dengan air mengalir deras. Atau bak sekadar hanya menubuhkan sebuah parti baharu dengan waktu ini sibuk diperkatakan kemunculan Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Jika orang Pas kembali kepada sejarah, beberapa fenomena berlaku dalam parti dan luar Pas sekitar tahun 70-an yang menuntut parti itu melakukan perubahan kepimpinan yang lebih dinamik dan sesuai dengan tuntutan zaman.

Ini terutama tercetusnya bibit-bibit perpecahan dalam Pas di bawah kepimpinan Datuk Mohd. Asri Muda berikutan keputusannya membawa Pas menyertai kerajaan campuran pada 1972/73 dan kemudian kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1974. Tindakan itu menyebabkan Pas terbahagi kepada dua puak, pro dan kontra.

Hal ini telah menggerakkan Pas untuk mewujudkan kepimpinan ulama bagi mengembalikan fungsi kewujudan Pas sebagai parti politik dan gerakan Islam. Faktor-faktor kesedaran terhadap Islam sejak tahun 1970 sebenarnya menggalakkan munculnya pertubuhan-pertubuhan yang bergerak atas nama Islam dalam menjalankan aktiviti dakwah di seluruh negara.

Badan dakwah yang lahir seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dianggotai pelajar dalam negeri dan luar negeri untuk merealisasikan cita-cita perjuangan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, terdapat pergerakan seperti tabligh dan al-Arqam.

Penglibatan tokoh-tokoh ABIM ke dalam Pas ketara selepas kekalahan Pas di Kelantan pada Mac 1978 ekoran surat Muhammad Natsir (Ketua Umum Masyumi) kepada Mohd. Asri supaya ABIM menyelamatkan Pas.

Hubungan akrab itu boleh dilihat ketika pilihan raya umum 1978 yang mana beberapa tokoh besar ABIM seperti Fadzil Nor (waktu itu Timbalan Presiden ABIM) dan Nakhaei Ahmad (Naib Presiden ABIM), Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman (Bendahari ABIM), Abdul Hadi Awang (Yang Dipertua ABIM Negeri Terengganu) dan Ustaz Yahya Othman (Ahli Syura ABIM) bertanding atas tiket Pas. Pembabitan mereka secara langsung dalam Pas telah membawa satu pembaharuan dalam jentera dan fikrah perjuangan untuk merealisasikan Pas sebagai sebuah gerakan Islam.

Apabila Mohd. Asri mendapat mandat untuk masuk BN pada 1974 melalui muktamar Pas, dengan daripada 352 yang hadir, 143 menyokong, 19 berkecuali dan 190 menentang, ramai dari kalangan orang penting telah meninggalkan parti seperti Abu Bakar Hamzah (Setiausaha Agung), Amaludin Darus dan Ahmad Fakhruddin (bekas Ketua Pemuda Pas Kelantan). Malah, ada kalangan mereka mengundi calon Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM) atau calon bebas bagi menentang calan BN.

Kemenangan revolusi Iran waktu itu turut mempengaruhi ahli Pas untuk menolak kepimpinan Mohd. Asri sebagai Yang Dipertua Agung dalam muktamar Tahunan ke 28. Pembabitan mereka (yang hari ini muncul tokoh utama Pas, antaranya Allahyarham Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Abdul Hadi) dalam Pas menyebabkan pengaruh Mohd. Asri semakin merosot, terutama selepas jatuh Kelantan ke tangan BN pada 1978.

Bibit-bibit awal ke arah kepimpinan ulama sudah nampak kelihatan apabila pada 1978, Dewan Pemuda Pas meluluskan satu usul supaya pemilihan kepimpinan parti dilakukan secara syura dengan ulama diberikan kedudukan yang lebih penting. Usul itu dilihat seperti menyindir Mohd. Asri yang mengamalkan demokrasi terpimpin kerana dalam kepimpinannya, ulama duduk di kelas dua.

Usul itu dikemukakan oleh Nakhaei dan diluluskan oleh Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat. Maka Dewan Pemuda Pas Pusat telah membentuk Jawatankuasa Penapis yang dianggotai oleh Nik Abdul Aziz, Fadzil, Abdul Hadi dan Mustafa Ali selaku lembaga penapis kelayakan calon. Mereka yang akan bertanding dalam Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat mestilah memenuhi kriteria keperibadian Islam, adil dan boleh berijtihad.

Golongan muda dalam Pas telah memperakui bahawa Pas diasaskan oleh para ulama dan seharusnya para ulama berkemampuan mewarnai gerakan dan haluan Pas dalam meneliti liku-liku politik negara. Mereka melihat Mohd. Asri yang memimpin Pas ketika itu gagal menunjukkan kemampuan untuk bergerak sebagai sebuah parti Islam.

Kemuncak dalam tindakan untuk mengetepikan kepimpinan Mohd. Asri secara drastik muncul apabila Dewan Pemuda Pas mengadakan Muktamar tahunan Ke-23 secara berasingan dengan Muktamar Pas Pusat. Ini suatu tindakan luar biasa.

Dengan itu, Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat tidak dirasmikan oleh Mohd. Asri, sebaliknya oleh Fadzil yang ketika itu menyandang Naib Presiden Pas. Sehingga hari ini peraturan itu diguna pakai, iaitu Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat diadakan secara berasingan dengan diawalkan sehari daripada Muktamar Pas Pusat.

Tindakan yang dibuat oleh Dewan Pemuda Pas itu telah menimbulkan kemarahan kepada kepimpinan lama tetapi mendapat sanjungan daripada order baru (golongan yang menyokong perubahan).

Apabila muktamar Pas Pusat pada 1982 berlangsung, perwakilan Dewan Pemuda Pas telah menolak cadangan Jawatankuasa Agung Pas untuk melantik Sudin Wahab, seorang penyokong kuat Mohd. Asri sebagai Pengerusi Tetap. Sebaliknya mencadangkan Kasim Ahmad sebagai pengerusi tetap.

Mohd. Asri yang menyedari kemarahan perwakilan terhadapnya telah bertindak untuk tidak menyampaikan ucapan dasar pada hari pertama muktamar, tetapi berbuat demikian pada hari kedua. Ini menyebabkan terdapat khabar angin bahawa perwakilan daripada Terengganu akan mengemukakan undi tidak peraya terhadapnya.

Para perwakilan melaungkan slogan “Murakbar Asri” sebelum beliau menyampaikan ucapan Dasar. Pada 22 Oktober 1982, Dewan Pemuda Pas Pusat mengemukakan usul tentang kepimpinan ulama dan penubuhan Majlis Syura Ulama Pas.

Dewan Pemuda Pas telah mengemukakan usul supaya ucapan dasar Yang Dipertua Agung Pas ditolak. Ketiga-tiga usul itu diterima oleh muktamar dan menjadikan ucapan dasar Yang Dipertua Pas yang pertama ditolak dalam sejarah Pas.

Mohd. Asri dan rakannya kemudian menghantar surat peletakan jawatan dan menyerahkan kembali kepada muktamar pada petang 22 Oktober 1982.Dan Yusuf Rawa dilantik sebagai Yang Dipertua Agung Pas dengan laungan Allahu Akbar oleh perwakilan.

GHB tidak akan menyamai kepimpinan ulama dalam Pas. Macam langit dan bumi. GHB hanya pengkhianat kepada jemaah Islam Pas, kuda tunggangan DAP dan memperjuangkan ‘prinsip matlamat menghalalkan cara’, kata beberapa pemimpin kanan Pas.

Dari: Zulkifli Jakil.

FITNAH SENJATA KAFIRUN MUSNAHKAN PERPADUAN ISLAM.

Sebagai muqadimah, marilah kita bermuhasabah diri ini dalam kedudukan kita yang mengaku sebagai seorang Islam. Pernahkah kita bertanya apakah buktinya pengakuan ini? Apakah sudah sempurna Islam kita dengan menunaikan 5 rukun Islam sahaja tetapi masih tidak lekang dengan perbuatan memfitnah, tidak jujur, iri hati, malas, pengotor, dll.

Islam itu syumul dan bukan agama ritual semata-mata. Setiap dan segala perbuatan pada setiap hari, jam, minit dan saat, jika dilakukan mengikut batasan agama adalah dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Balasan bagi segala perbuatan di dunia ini akan ditentukan oleh Allah SWT di akhirat melalui timbangan perbuatan baik dan tidak baik kerana setiap satu perbuatan samada kecil atau besar akan dicatit oleh 2 malaikat, seorang bagi setiap perbuatan baik dan seorang lagi bagi yang tidak baik. Tidak ada satu pun perbuatan kita akan tercicir atau terlepas pandang daripada catitan malaikat kerana mereka ini mempunyai sifat berlainan daripada manusia, iaitu tidak tidur.

Destinasi kita ialah ke syurga tetapi masa untuk sampai ke syurga banyak bergantung kepada buku catitan 2 malaikat ini. Jika timbangan buku perbuatan baik lebih berat daripada yang tidak baik maka peluang dan masa untuk ke syurga adalah lebih baik dan cepat dan sebaliknya. Oleh itu, Allah SWT melalui Al-Quran dan RasulNya telah memberi banyak sangat peringatan kepada kita supaya menjaga setiap perbuatan harian kita supaya kita dapat sampai ke destinasi dengan mudah.

Namun sebagai manusia, kita kerap termakan, tertipu dan kalah dengan bisikan amarah, nafsu dan iblis yang sentiasa berikrar untuk menyusahkan keadaan kita di akhirat nanti. Tidak kira samada kita seorang agamawan, ahli professional, guru, pemimpin, miskin atau kaya, dll, selagi kita ini manusia, gangguan daripada unsur-unsur ini akan sentiasa mendampingi kita pada setiap saat. Hanya manusia yang beringat dan takut akan balasan Allah SWT sahaja yang akan berhati-hati dengan setiap perbuatan harian.

Di kebelakangan ini dengan adanya media sosial dan alam siber, maklumat telah dapat disebarkan dengan begitu pantas sekali dan tanpa batasan sempadan. Kemudahan ini baik jika ianya digunakan bagi tujuan dan niat yang baik. Sebaliknya, ianya juga boleh menjadi alat pembinasa, pemusnah dan perosak pemikiran manusia atas penyebaran maklumat yang mungkin tidak benar. Maklumat yang diterima dan dibaca akan membentuk persepsi, dan perkara inilah yang Allah SWT telah tekankan dalam Surah Al-Hujarat ayat 6, “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Sebagai Pencipta, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia dan sebab itu peringatan ini dibekalkan kepada manusia dalam Al-Quran untuk menyelamatkan mereka. Nabi SAW telah bersabda yang diriwayat oleh Ibnu Abbas, “Ku tinggalkan kepada mu 2 pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.”

Dewasa ini banyak maklumat yang kita perolehi daripada luar bukan yang kita sendiri saksikan sendiri kelihatan seperti benar, khususnya daripada media Barat seperti tuduhan terdapatnya “Weapon of Mass Destruction” di Iraq yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan rejim Sadam Hussin, yang akhirnya merupakan satu tuduhan rekaan dan meleset.

Begitu juga dengan trajedi “September 11” yang menghancurkan World Trade Center di New York. Ianya masih menimbulkan banyak tanda tanya berhubung kapal terbang yang dirampas oleh ekstremis Islam. Trajedi ini adalah rancangan musuh Islam untuk memberi imej buruk kepada Islam, kebencian kepada Islam dan ketakutan kepada ekstrimisme dalam Islam (Islamfobia) kepada masyarakat dunia. Kejatuhan kerajaan Mursi di Mesir, Muammar Gadafi di Libya dan banyak lagi juga adalah akibat fitnah yang dimomokkan melalui alam siber dan media sosial Barat. Kesemua ini adalah propaganda dan alat yang digunakan oleh Barat dan Yahudi untuk menyekat kebangkitan Islam atau negara Islam di dunia.

Kita sering mendengar istilah “fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”. Namun apakah pengertian fitnah itu sebenarnya? Dalam Bahasa sehari-hari, kata “fitnah” diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, di mana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa kerana ia membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.

Sejarah Islam sendiri telah menyaksikan betapa kejamnya kesan fitnah yang mengakibatkan ke-empat-empat Khalifah Islam mati dibunuh akibat fitnah. Maka, memang benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang ertinya: “… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” Mengikut undang-undang manusia pula, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak ada bukti dia bersalah (a person is innocent until proven guilty).

Namun demikian manusia Islam khususnya, masih tidak mengindahkan samada ajaran agamanya atau pun undang-undang ciptaan manusia dalam perkara menilai kesahihan maklumat yang diterima khususnya daripada media maya. Neraca penilaian mereka banyak berdasarkan sentimen, kebencian, irihati dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, “Di akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah diri mu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.

Dalam satu hadits lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menggambarkan era penuh fitnah di akhir zaman yang juga sangat sesuai dengan kondisi dunia dewasa ini, di dalamnya Rasulullah SAW menjelaskan bahwa pada masa itu sulit sekali menemukan orang yang istiqomah. Yang ada ialah orang-orang yang di pagi hari masih beriman kemudian di waktu sore ia menjadi kafir. Demikian pula ada yang di waktu sore beriman namun keesokan hari di waktu pagi ia telah menjadi kafir. Sikap tidak istiqomah kata

Nabi SAW disebabkan kerana orang pada masa itu lebih mengutamakan kepentingan atau kemaslahatan dunia (ideologi materialism) daripada memelihara keutuhan dien-nya (agama) alias imannya. Berdasarkan hadits-hadits di atas bererti kita dapat simpulkan bahawa seseorang yang telah mengucapkan dua kalimat syahadat atau mengaku muslim haruslah bersikap sangat waspada ketika ia menjalani era penuh fitnah di akhir zaman untuk banyak mengelak diri daripada terjerat dalam permainan musuh Islam yang tidak senang melihat kebangkitan Islam di akhir zaman ini. Sebagai orang yang mengaku Islam sudah tiba kita sedar akan senjata halus (fitnah) yang digunakan oleh musuh Islam untuk memecah-belahkan kekuatan dan memporak-perandakan keharmonian dalam masyarakat Islam di dunia hari ini. Bukan mudah untuk meninggalkan perbuatan yang sudah menjadi tabiat sejak sekian lama tetapi demi masa depan di akhirat yang menguntung, kita perlu berhijrah.

Presiden PAS TGHA pun berhati-hati dalam hal ini yang mengatakan ianya perlu ada saksi. Dalam tuduhan penyelewengan wang 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri, walaupun beliau telah menafikan tuduhan tersebut dan tidak menjawab segala tuduhan namun tidak semestinya beliau telah tersabit kesalahan. Pertuduhan itu datang secara menggunung sama seperti satu pertarungan “David versus Goliath”. Beliau telah dengan jelas mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengatasi kemelut yang membelenggu dirinya dan sudah tentu ianya mengambil masa untuk mencari kebenarannya.

Kesimpulannya, janganlah kita menuduh mengikut lagu mainan pihak-pihak tertentu. Ini hari beliau, mungkin hari kita tak tahu lagi. Persoalan kepada kita ialah, dengan persepsi yang telah dibina dari pemikiran awal, sanggup kita mengubahnya sekiranya hasil siasatan mendapati tuduhan tersebut meleset?

Kita dapati sumber berita-berita yang menjadi isu sensasi hari ni kesemuanya datang daripada luar seperti Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, Bloomberg, Forbes, dll. Siapa sebenarnya yang memiliki syarikat-syarikat media ini? Jadi benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 6 supaya kita berhati dengan berita yang di bawa oleh orang FASIQ (orang kafir bisa disebut fasiq) dalam konteks ini. Jadi tidak hairanlah jika semua berita yang menimpa PM datangnya daripada sumber orang-orang yang FASIQ. Kita sebagai pihak yang menerimanya perlulah menyelidik kesahihan berita tersebut untuk mengelak buku catitan kita yang mendaftar perbuatan tidak baik menjadi lebih berat dari yang baik.h, marilah kita bermuhasabah diri ini dalam kedudukan kita yang mengaku sebagai seorang Islam. Pernahkah kita bertanya apakah buktinya pengakuan ini? Apakah sudah sempurna Islam kita dengan menunaikan 5 rukun Islam sahaja tetapi masih tidak lekang dengan perbuatan memfitnah, tidak jujur, iri hati, malas, pengotor, dll.

Islam itu syumul dan bukan agama ritual semata-mata. Setiap dan segala perbuatan pada setiap hari, jam, minit dan saat, jika dilakukan mengikut batasan agama adalah dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Balasan bagi segala perbuatan di dunia ini akan ditentukan oleh Allah SWT di akhirat melalui timbangan perbuatan baik dan tidak baik kerana setiap satu perbuatan samada kecil atau besar akan dicatit oleh 2 malaikat, seorang bagi setiap perbuatan baik dan seorang lagi bagi yang tidak baik. Tidak ada satu pun perbuatan kita akan tercicir atau terlepas pandang daripada catitan malaikat kerana mereka ini mempunyai sifat berlainan daripada manusia, iaitu tidak tidur.

Destinasi kita ialah ke syurga tetapi masa untuk sampai ke syurga banyak bergantung kepada buku catitan 2 malaikat ini. Jika timbangan buku perbuatan baik lebih berat daripada yang tidak baik maka peluang dan masa untuk ke syurga adalah lebih baik dan cepat dan sebaliknya. Oleh itu, Allah SWT melalui Al-Quran dan RasulNya telah memberi banyak sangat peringatan kepada kita supaya menjaga setiap perbuatan harian kita supaya kita dapat sampai ke destinasi dengan mudah.

Namun sebagai manusia, kita kerap termakan, tertipu dan kalah dengan bisikan amarah, nafsu dan iblis yang sentiasa berikrar untuk menyusahkan keadaan kita di akhirat nanti. Tidak kira samada kita seorang agamawan, ahli professional, guru, pemimpin, miskin atau kaya, dll, selagi kita ini manusia, gangguan daripada unsur-unsur ini akan sentiasa mendampingi kita pada setiap saat. Hanya manusia yang beringat dan takut akan balasan Allah SWT sahaja yang akan berhati-hati dengan setiap perbuatan harian.

Di kebelakangan ini dengan adanya media sosial dan alam siber, maklumat telah dapat disebarkan dengan begitu pantas sekali dan tanpa batasan sempadan. Kemudahan ini baik jika ianya digunakan bagi tujuan dan niat yang baik. Sebaliknya, ianya juga boleh menjadi alat pembinasa, pemusnah dan perosak pemikiran manusia atas penyebaran maklumat yang mungkin tidak benar. Maklumat yang diterima dan dibaca akan membentuk persepsi, dan perkara inilah yang Allah SWT telah tekankan dalam Surah Al-Hujarat ayat 6, “Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Sebagai Pencipta, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk manusia dan sebab itu peringatan ini dibekalkan kepada manusia dalam Al-Quran untuk menyelamatkan mereka. Nabi SAW telah bersabda yang diriwayat oleh Ibnu Abbas, “Ku tinggalkan kepada mu 2 pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnahku.”

Dewasa ini banyak maklumat yang kita perolehi daripada luar bukan yang kita sendiri saksikan sendiri kelihatan seperti benar, khususnya daripada media Barat seperti tuduhan terdapatnya “Weapon of Mass Destruction” di Iraq yang dipropagandakan oleh Amerika Syarikat untuk menjatuhkan rejim Sadam Hussin, yang akhirnya merupakan satu tuduhan rekaan dan meleset.

Begitu juga dengan trajedi “September 11” yang menghancurkan World Trade Center di New York. Ianya masih menimbulkan banyak tanda tanya berhubung kapal terbang yang dirampas oleh ekstremis Islam. Trajedi ini adalah rancangan musuh Islam untuk memberi imej buruk kepada Islam, kebencian kepada Islam dan ketakutan kepada ekstrimisme dalam Islam (Islamfobia) kepada masyarakat dunia. Kejatuhan kerajaan Mursi di Mesir, Muammar Gadafi di Libya dan banyak lagi juga adalah akibat fitnah yang dimomokkan melalui alam siber dan media sosial Barat. Kesemua ini adalah propaganda dan alat yang digunakan oleh Barat dan Yahudi untuk menyekat kebangkitan Islam atau negara Islam di dunia.

Kita sering mendengar istilah “fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”. Namun apakah pengertian fitnah itu sebenarnya? Dalam Bahasa sehari-hari, kata “fitnah” diertikan sebagai penisbatan atau tuduhan suatu perbuatan kepada orang lain, di mana sebenarnya orang yang dituduh tersebut tidak melakukan perbuatan yang dituduhkan. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa kerana ia membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.

Sejarah Islam sendiri telah menyaksikan betapa kejamnya kesan fitnah yang mengakibatkan ke-empat-empat Khalifah Islam mati dibunuh akibat fitnah. Maka, memang benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 217 yang ertinya: “… fitnah itu besar (dasyat) dari melakukan pembunuhan……” Mengikut undang-undang manusia pula, seseorang itu tidak bersalah selagi tidak ada bukti dia bersalah (a person is innocent until proven guilty).

Namun demikian manusia Islam khususnya, masih tidak mengindahkan samada ajaran agamanya atau pun undang-undang ciptaan manusia dalam perkara menilai kesahihan maklumat yang diterima khususnya daripada media maya. Neraca penilaian mereka banyak berdasarkan sentimen, kebencian, irihati dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga telah bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, “Di akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah diri mu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.

Dalam satu hadits lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad menggambarkan era penuh fitnah di akhir zaman yang juga sangat sesuai dengan kondisi dunia dewasa ini, di dalamnya Rasulullah SAW menjelaskan bahwa pada masa itu sulit sekali menemukan orang yang istiqomah. Yang ada ialah orang-orang yang di pagi hari masih beriman kemudian di waktu sore ia menjadi kafir. Demikian pula ada yang di waktu sore beriman namun keesokan hari di waktu pagi ia telah menjadi kafir. Sikap tidak istiqomah kata

Nabi SAW disebabkan kerana orang pada masa itu lebih mengutamakan kepentingan atau kemaslahatan dunia (ideologi materialism) daripada memelihara keutuhan dien-nya (agama) alias imannya. Berdasarkan hadits-hadits di atas bererti kita dapat simpulkan bahawa seseorang yang telah mengucapkan dua kalimat syahadat atau mengaku muslim haruslah bersikap sangat waspada ketika ia menjalani era penuh fitnah di akhir zaman untuk banyak mengelak diri daripada terjerat dalam permainan musuh Islam yang tidak senang melihat kebangkitan Islam di akhir zaman ini. Sebagai orang yang mengaku Islam sudah tiba kita sedar akan senjata halus (fitnah) yang digunakan oleh musuh Islam untuk memecah-belahkan kekuatan dan memporak-perandakan keharmonian dalam masyarakat Islam di dunia hari ini. Bukan mudah untuk meninggalkan perbuatan yang sudah menjadi tabiat sejak sekian lama tetapi demi masa depan di akhirat yang menguntung, kita perlu berhijrah.

Presiden PAS TGHA pun berhati-hati dalam hal ini yang mengatakan ianya perlu ada saksi. Dalam tuduhan penyelewengan wang 1MDB yang melibatkan Perdana Menteri, walaupun beliau telah menafikan tuduhan tersebut dan tidak menjawab segala tuduhan namun tidak semestinya beliau telah tersabit kesalahan. Pertuduhan itu datang secara menggunung sama seperti satu pertarungan “David versus Goliath”. Beliau telah dengan jelas mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengatasi kemelut yang membelenggu dirinya dan sudah tentu ianya mengambil masa untuk mencari kebenarannya.

Kesimpulannya, janganlah kita menuduh mengikut lagu mainan pihak-pihak tertentu. Ini hari beliau, mungkin hari kita tak tahu lagi. Persoalan kepada kita ialah, dengan persepsi yang telah dibina dari pemikiran awal, sanggup kita mengubahnya sekiranya hasil siasatan mendapati tuduhan tersebut meleset?

Kita dapati sumber berita-berita yang menjadi isu sensasi hari ni kesemuanya datang daripada luar seperti Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, Bloomberg, Forbes, dll. Siapa sebenarnya yang memiliki syarikat-syarikat media ini? Jadi benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat ayat 6 supaya kita berhati dengan berita yang di bawa oleh orang FASIQ (orang kafir bisa disebut fasiq) dalam konteks ini. Jadi tidak hairanlah jika semua berita yang menimpa PM datangnya daripada sumber orang-orang yang FASIQ. Kita sebagai pihak yang menerimanya perlulah menyelidik kesahihan berita tersebut untuk mengelak buku catitan kita yang mendaftar perbuatan tidak baik menjadi lebih berat dari yang baik.

Untuk itu, sama-samalah kita memahami perasaan Perdana Menteri yang sedang melalui perang persepsi samada dari dalam dan luar negara. Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersimpati dengan saudara seislam yang ditimpa musibah bukan membebankannya lagi kerana tuduhan tersebut belum dapat dibuktikan lagi.

By: Ir Hj Yusof Mohd. Sani.


Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik