Monday, August 31, 2015

MELAYU JANGAN JADI KELDAI TUNGGANGAN DAP.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi kuda tunggangan DAP seperti yang berlaku di negeri ini ketika pembangkang memerintah selama 11 bulan pada 2008.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ketika itu DAP menjadikan orang Melayu sebagai boneka disebabkan undang-undang yang menghalang kaum lain menjadi Menteri Besar, selain pelantikan ketua negeri perlu mendapat perkenan Sultan.

“Mula-mula mereka (DAP) tarik orang India, tetapi akhir-akhir ini mereka mula tarik orang muda Melayu.

“Niat mereka untuk menjadikan ADUN Melayu ini sebagai kuda tunggangan sahaja. DAP tarik orang Melayu sebagai ADUN sebab mereka tidak boleh jadi Menteri Besar, jadi mereka cari ADUN-ADUN Melayu yang dilantik sebagai pemerintah boneka,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Osman.

Ahmad Zahid seterusnya mengingatkan ahli UMNO tidak mudah terpedaya dengan mainan parti lawan yang melaga-lagakan sesama ahli parti sehingga UMNO dilihat begitu lemah.

Beliau berkata, sebaliknya semua ahli parti harus mempunyai daya juang dan daya tahan yang tinggi untuk berdepan cabaran yang cukup hebat dalam perjuangan atau menghadapi kemungkinan UMNO akan berkubur.

Kata beliau, setelah Barisan Nasional (BN) gagal meraih majoriti dua pertiga di Parlimen dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, kegagalan yang sama jika berulang dalam PRU akan datang mungkin akan menyebabkan UMNO hanya tinggal sejarah.

“Banyak parti politik yang kini hanya tinggal sejarah, hanya tinggal nostalgia dan menjadi bahan kajian pada hari ini. UMNO tidak mahu menjadi seperti itu, kita mahu terus menjadi kerajaan yang memerintah.

“Untuk itu, setiap ahli UMNO harus ada daya juang yang tinggi dalam menghadapi cabaran politik yang cukup hebat hari ini,” katanya.

Beliau juga meminta ahli parti supaya kembali kepada ajaran agama dalam perjuangan politik dan menterjemahkan perjuangan tersebut dengan penuh keikhlasan.

Kata beliau, keikhlasan akan datang apabila semua ahli parti bekerja dan berjuang kerana Allah.

“Kembalilah kepada agama. Islam untuk orang Islam, kepada yang bukan Islam (dalam BN) kembali kepada ajaran agama masing-masing kerana tiada agama yang mengajar perkara yang tidak elok,” katanya.

Utusan.

TUN M TIDAK LAGI RELEVAN.

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama peserta perhimpunan haram Bersih 4 semalam dan hari ini menunjukkan beliau tidak lagi relevan sebagai pemimpin yang dihormati oleh kerajaan dan UMNO.

Mantan Perdana Menteri itu tidak menghiraukan permintaan beberapa pihak yang masih menghormati beliau supaya tidak terbabit perhimpunan haram itu selepas kehadirannya petang semalam berhampiran Dataran Merdeka.

tun m Bersih 4 2

Bagaimanapun, gesaan beliau supaya lebih ramai menyertai Bersih 4 hari ini gagal menarik orang Melayu turun ke jalanan sebaliknya peserta keturunan Cina terus menguasai perhimpunan hari ini.

Memanglah angka kehadiran hari kedua melebihi angka 35,000 pada perhimpunan semalam, jumlah peserta Melayu terlalu kecil berbanding 85 peratus kaum Cina.

Dr Mahathir patut malu apabila beliau gagal mempengaruhi orang Melayu menyertai demo hari ini.

Barangkali, rakyat sudah bosan dengan karenah dan tindak tanduk Dr Mahathir yang semakin tidak relevan sebagai Perdana Menteri yang pernah dihormati rakyat terutama ahli-ahli pemimpin UMNO.

Sedikit Melayu yang hadir itu hanyalah penyokong PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) – serpihan PAS.

Malah, GHB pimpinan Mohamad Sabu juga gagal menarik orang Melayu menyertai demo tersebut.

mat sabu berucap

Dalam sidang media di sebuah restoran di Pasar Seni, beliau bangga kononnya blog beliau diakses 30 juta orang yang mendakwa mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

“Saya tak tahu (BERSIH) ini game changer, saya di sini untuk bersolidariti dengan rakyat, sekarang 30 juta rakyat akses blog saya mereka mahu Najib berundur”.

“Dulu tak perlu (demo) ada undang-undang, kita buat laporan polis, AG ambil tindakan, oleh itu saya terpaksa sertai demonstrasi seperti ini,” katanya untuk menghalalkan kehadiran beliau menyertai Bersih 4.

Jelas Dr Mahathir penuh sarat dendam terhadap Najib walapun pelbagai tohmahan dan dakwaan sudah dilemparkannya terhadap Perdana Menteri itu.

Beliau sekali lagi meminta ahli-ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen.

“Kita nak singkir Najib sahaja, BN biar kekal.

bersih4 3

“Jika Najib tidak akan letak jawatan, dia perlu berhadapan dengan  Mahkamah dan mungkin ke penjara, jika undi tak percaya mahu berjaya dan diterima di Parlimen, MP UMNO yang setia kepada parti perlu sokong undi tidak percaya.”

“Lepas itu kerajaan pimpinan Najib akan jatuh, kerajaan selepas itu perlukan BN kerana BN ada majoriti,” ujarnya.

Menilai kenyataan beliau, sudah jelas Dr Mahathir semakin hilang tokoh sebagai pemimpin yang sebelum, ini amat benci pada perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan terutama ketika zaman reformasi selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara pada kali pertama.

Sebelum ini, beliau juga menggunakan media asing untuk menjatuhkan Najib sedangkan dahulu beliau amat membenci media asing yang didakwanya mempunyai agenda jahat terhadap negara.

Kini, beliau ibarat meludah ke langit. Der Mahathir  bukan sahaja mudah lupa tetapi tidak lagi relevan dan melanggar prinsipnya yang terdahulu.

Dari: BNBBC.

5 PETUNJUK EKONOMI MALAYSIA DIJAJARAN KUKUH.

Ekonomi Malaysia yang masih berkembang pada masa berlaku ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global merupakan antara petunjuk utama bahawa ekonomi negara masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ia adalah antara lima petunjuk utama ekonomi negarayang menyokong hakikat itu. Sebagai contoh, katanya, pada tahun lepas ekonomi Malaysia berkembang padakadar enam peratus dan tahun ini ia dijangka mencapai lima peratus.

image

“Tidak seperti pada tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomiAsia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif tujuh peratus,”katanya dalam Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Ahad malam.

Perdana Menteri berkata petunjuk kedua ialah fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini lebih kukuh lagi kerana Malaysia telah mempelajari daripada kesan krisis 1998 itu.

“Antara contohnya seperti defisit fiskal kerajaan yang telah dapat dikurangkan daripada negatif 6.7 peratus pada 2009, kepada 3.2 peratus pada tahun ini.

“Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuhdan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal,” katanya di hadapan hampir 3,000 jemputan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Plenary, KLCC itu.

Amanat Hari Kebangsaan 2015 oleh Perdana Menteri disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh stesen RTM saluran TV1.

image

Acara Amanat Hari Kebangsaan olehPerdana Menteri yang berlangsung bagi tahun kedua dikendalikan KementerianKomunikasi dan Multimedia menerusi Bernama.

Dalam ucapan selama kira-kira 40 minit itu, Najib berkata petunjuk ketiga ialah kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional yang telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada1970 kepada hanya 0.6 peratus pada 2014.

“Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014, manakala sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010,” katanya.

Petunjuk keempat ialah Malaysia masih kekal diiktiraf di mata dunia kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi dengan begitu baik sekalipun negara terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran dan peringkat global.

“Ini terbukti melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang telah memberikan gambaran sebenar tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

Rakyat, kata perdana menteri, hendaklah faham bahawa segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka dan penaraf antarabangsa yang memberi penarafan itu adalah pengabsah yang berwibawa tinggidan tidak boleh dipertikaikan kerana hasil kajian serta pandangan mereka diterima pakai di seluruh dunia.

Najib berkata Malaysia juga berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

image

“Namun saya sedar bahawa telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, penguncupan ekonomi dunia, termasuk negara China sebagai rakan dagang terbesar Malaysia,” katanya.

Ke arah itu, Najib berkata beliau telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

“Apa yang penting…saya beri jaminan bahawa kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata bagi petunjuk kelima, banyak usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan kerajaan seperti penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat1Malaysia dan sebagainya yang telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Jelas terbukti bahawa Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bankrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan fundamental yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing,” katanya.

image

Najib berkata beliau mahu membetulkan keadaan dan beberapa salah faham sertamenerangkan dan menjelaskan isu-isu berbangkit supaya rakyat dapat mendengar terus daripadanya, sebagai pemimpin, agar lebih rasional, faham dan tenang.

“Kita boleh bahagikan maklumat dan sumber yang kita peroleh kepada dua. Pertama, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai.

Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata,” katanya.

Beliau berkata sewaktu kegawatan ekonomi 1998, kerajaan yang mentadbirketika itu telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa keadaan ekonomi pada waktu itu adalah di luar kawalan kerajaan.

Dari: BNBBC.

TRANSKRIP PENUH UCAPAN PM SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 58.


BismillahirRahmanirRahim,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in,
Allahhumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Saidina Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,
1. Sebelum memulakan ucapan, saya difahamkan bahawa, yang dijemput hadir dalam dewan ini, terdiri daripada para menteri dan anggota pentadbiran kerajaan, kakitangan serta penjawat awam, ahli-ahli korporat, wakil-wakil NGO, para pensyarah dan golongan pendidik, budayawan, mahasiswa serta individu-individu perseorangan mewakili tokoh-tokoh juga golongan masyarakat.


2. Makanya, Saya berasa yakin, bahawa setiap seorang daripada kita berada di sini kerana, ingin sama-sama memperingati satu peristiwa amat penting dalam perjalanan negara, yakni, kemerdekaan Malaysia tercinta, tanggal 31 Ogos 1957.
3. Justeru, sebelum dilanjutkan sebarang kata-kata, saya pinta kepada semua, terutamanya dalam dewan ini, sama ada yang sedang duduk, mahupun saudara-saudara yang masih berdiri.
4. Tanpa membuang masa lagi, marilah, kita sama-sama menumpukan seluruh perhatian, berdiam dan bertafakur, sambil memejamkan mata masing-masing sebentar, tunduk, dengan rasa keinsafan.
5. Renungkanlah sejenak sedalam-dalamnya, dan tanyalah di sanubari masing-masing, apakah setiap daripada kita ini, benar-benar mengerti serta mampu menghayati maksud kemerdekaan.
Saudara dan saudari sekalian, kini, bukalah kembali mata kita masing-masing.
6. Satu hal lagi yang tidak boleh dilupakan, apabila kita dapat berkumpul dengan aman sebegini, tidak ada orang yang boleh menafikan bahawa, adalah berkat jasa dan bakti para perajurit serta anggota keselamatan tanah air, yang selama ini, tidak pernah kenal erti penat lelah, berkorban apa saja, bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta sentosa.
7. Kerana itulah, kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara berdemokrasi.
8. Seperti diketahui, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sungguh tidak wajar. Oleh sebab ia mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.
9. Waima, Mufti Kelantan sendiri telah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan dan perhimpunan Bersih 4.0 tersebut adalah hukumnya Haram di sisi agama Islam.
10. Oleh itu, segala susah payah anggota keselamatan akan sentiasa kita beri penghargaan dan penghormatan yang tinggi kerana bakti merekalah, keharmonian serta kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.
11. Lantaran, marilah kita beramai-ramai merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah serta memberikan tepukan gemuruh kepada kesungguhan Anggota Tentera Malaysia dan ucapan syabas pula di atas keberanian dan ketegasan pasukan Polis Diraja Malaysia, demi mendaulatkan negara!
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
12. Sebetulnya, kemerdekaan hanya datang sekali. Ia bukanlah barang mainan mahupun timbul berulang-ulang. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.
13. Hakikatnya, kemerdekaan adalah sebuah anugerah yang besar lagi tidak ternilai. Ia mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, mendewasa, dan mematangkan diri.
14. Dalam hal negara ini, Alhamdulillah, satu titik persefahaman telah pun kita capai sepertimana saya sebutkan pada hari Malaysia yang lalu bahawa, kini, tidak timbul lagi polemik, dan menetapkan bermula tahun lepas, semua rakyat Malaysia akan menyambut hanya satu tarikh kemerdekaan sebagai simbolis solidariti, sehati sejiwa, bagi seluruh Malaysia.
Saudara dan saudari,
15. Di satu sudut, Sabah dan Sarawak, dari penghujung Ulu Lachau membawa ke Lahad Datu, nun jauh di pinggir sana,
16. Pada sisi yang lain, bermula dari Arau Perlis hingga ke Tanjung Piai di penamat Tanah Semenanjung, bahkan untuk pengetahuan semua, Tanjung Piai itulah pengakhirnya Tanah Besar Asia.
17. Selanjutnya, bumi Malaysia yang bertuah dan langit pertiwi yang kita junjung ini, sekarang didiami oleh hampir 30 juta penduduk, dengan ratusan etnik dan suku, antaranya, orang Melayu, Cina, India, Iban, Orang Ulu, Melanau, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, orang Siam keturunan Malaysia, Punjabi dan orang-orang Serani dan lain-lain lagi.
18. Lantas, pada malam ulangtahun kemerdekaan ini, saya berdiri di sini, bukan sekadar sebagai seorang Perdana Menteri, tidak juga hanya menjadi pemimpin parti,…
19. Tetapi, saya berdiri di sini, sebagaimana saudara dan saudari semua, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa,…
20. …negara serta tanahair ini, adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapapun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.
Hidup Malaysia, Hidup Malaysia!
Rakyat Malaysia Yang Dikasihi,
21. Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba, meski apapun akan berlaku,… biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, bak pesan orang lama-lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati.
22. Oleh yang demikianlah, malam ini, buat kali kedua, sejak menjadi Perdana Menteri, saya memilih untuk berdiri secara langsung di hadapan saudara dan saudari sekalian, tidak seperti perutusan biasa, supaya saya dapat berucap dari hati ke hati kepada semua yang mendengar.
23. Sebelum itu, adalah molek kita mengimbau sedikit tentang dari mana kita datang,… di mana kita kini, dan ke manakah arah tuju negara selepas ini.
24. Pokoknya, kita wajar, terus menghitung syukur ke hadrat Ilahi kerana, selama lebih 50 tahun, telah sama-sama mengharungi dan melalui suka duka, pembinaan sebuah negara bangsa.
25. Oleh itu, jangan sesekali dilupa, semasa meraih kemerdekaan, dunia umumnya, sangsi dan ragu-ragu akan kemampuan sebuah negara kecil ini, dengan penduduk yang berbilang bangsa bahawa, mampukah kita untuk mencipta dan menempa kisah kejayaan.
26. Sebaliknya, setelah dinaungi lebih 170 tahun oleh pentadbiran British, istilah yang digunakan ramai ketika itu adalah, pihak British sendiri ‘mengangkat tabik’ atas kesanggupan orang-orang Melayu, khususnya perjuangan UMNO, dan parti Perikatan, yang cekal dan tabah untuk mengambil tanggungjawab serta berani untuk bernegara sendiri.
27. Oleh yang demikian, kalau ada sesiapa pun mempersoal, mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, begitu dekat dengan UMNO dan Barisan Nasional, jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, kerana, kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan, dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, UMNO dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa.
28. Malah, telah tercatat pada hari kemerdekaan disebutkan bahawa, sebuah bintang baharu telah bersinar di Timur, kata orang, sama ada naik atau turunnya bintang itu, yakni Malaysia tercinta, kitalah, kitalah, yang menentukan nasibnya.
Saudara dan Saudari,
29. Syukur, terbukti dan ternyata, selama puluhan tahun ditunjangi pentadbiran kerajaan yang cekap dan sistematik, untung nasib sebuah bintang di Timur ini telah digilap dengan sungguh bersinar serta kini mampu diperbanggakan.
30. Kita telah bertatih daripada sebuah negara pertanian, menjadi sebuah negara perindustrian dan kini dengan deras memacu ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Syabas kepada kebijaksanaan para pimpinan terdahulu sehingga kini, para kakitangan awam dan tentunya, tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia!
Saudara dan saudari,
31. Kenapa saya sorot dan imbaukan kembali sedikit sebanyak kisah kemerdekaan negara. Sebabnya, mahu tidak mahu, tawarikh perlu sentiasa dibugar dan diperingatkan, bukan sahaja kepada generasi umum, yang barangkali mudah lupa asal-usul dan pastinya, seperti kata para cerdik pandai, kita tidak mahu kemudiannya dihukum pula oleh sejarah itu sendiri.
32. Bahkan dalam pidato ketika dimasyhurkan kemerdekaan, disebut bahawa, kita telah menjadi sebuah negara berdemokrasi, yang merdeka lagi berdaulat, berdasarkan kepada kebebasan dan keadilan serta mengekalkan keamanan di antara segala bangsa.
33. Manakala, mencecah lebih 50 tahun kemerdekaan sesudah itu, ditakdirkan pula saya mengambil alih tampuk pentadbiran.
34. Bermula 3 April 2009, Kerajaan telah melakarkan Dasar Transformasi Nasional, sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara.
35. Sekiranya hampir 60 tahun lalu, Tunku telah menzahirkan beberapa kriteria asas tersebut kepada sebuah watan yang baru menempa kemerdekaan, kini, kita sedang melangkah lebih jauh berasaskan kriteria-kriteria itu, sepertimana saya telah simpulkan ketika membentang Rancangan Malaysia Kesebelas bahawa, falsafah pembangunan negara, mestilah lebih tuntas dan konkrit.
36. Antaranya, untuk mencapai pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable, growth with equity, kompetitif, progresif, rakyat yang bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu, mengamalkan pula kesederhanaan yakni wasatiyyah, berpaksikan kepada prinsip 1Malaysia.
37. Makanya, di persimpangan ini, benarlah kata-kata Almarhum Tunku bahawa, cabaran lebih besar adalah pengisian kemerdekaan.
38. Ertinya, dalam meniti permatang kejayaan negara, kita tidak akan sunyi daripada dihadapkan oleh pelbagai situasi dan kemelut, sama ada berbentuk siasah mahupun ekonomi serta kini ternyata, kita dihadapkan dengan cabaran domestik, ekonomi, di kala negara sedang bergerak pantas dan menuju gerbang menjadi entiti sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
39. Pada malam ini, seperti yang saya nyatakan, adalah elok saya perjelaskan dalam bahasa yang lebih mudah, agar difahami oleh rakyat teramai, seperti pakcik-pakcik dan abang-abang yang bersembang di kedai-kedai kopi, sambil minum teh tarik, para surirumah, anak-anak kita Generasi Y, para mahasiswa di kolej dan universiti, kawan-kawan kita yang aktif di alam siber serta yang pentingnya masyarakat keseluruhan, akan apa yang sebenarnya sedang berlaku.
40. Pertama, kita mendengar kisah-kisah, yang berlegar-legar di sekeliling masyarakat, misalannya, tentang kemerosotan nilai ringgit berbanding nilai dolar Amerika, kejatuhan harga minyak dunia, naik turun harga komoditi yang tidak menentu, seperti minyak sawit, yang sebenarnya semua ini adalah berada di luar kawalan kita.
41. Bahkan, sejak beberapa bulan lalu, rakyat telah disogokkan dengan bermacam-macam maklumat dan cerita-cerita yang tidak menyenangkan.
42. Hatta, ramai di antara kita yang sampai telah percaya, kononnya Malaysia akan menjadi bangkrap seperti negara Greece. Katanya lagi, ekonomi negara pula semakin meruncing dan gawat serta pelbagai lagi andaian atau spekulasi yang disebarkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, atas agenda-agenda tertentu masing-masing.
43. Lantas, jika selama beberapa bulan ini, saya hanya banyak berpeluang dan bertemu dengan kelompok-kelompok yang lebih khusus, berkaitan penyelesaian isu-isu ekonomi di peringkat-peringkat tertentu sahaja.
44. Makanya, pada majlis malam ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk seboleh mungkin, dalam ruangan yang terhad, bagi memperbetulkan keadaan, beberapa salah faham dan menerangkan serta memperjelaskan isu-isu berbangkit, supaya rakyat dapat mendengar terus dari saya, sebagai pemimpin, agar menjadi lebih rasional, lebih faham serta lebih tenang.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
45. Secara ringkasnya, kita boleh bahagikan maklumat dan sumbernya yang kita sering perolehi, kepada dua, pertama sekali, berasaskan kepada fakta-fakta yang benar dan bersifat realiti atau sahih lagi boleh dipercayai.
46. Keduanya pula, adalah maklumat dan sumbernya yang didapati atas dasar dengar-dengar khabar sahaja, persepsi dan tekaan serta bersifat propaganda semata-mata.
47. Misalnya, sewaktu kegawatan ekonomi 1998, Kerajaan yang mentadbir ketika itu, telah berjaya menerangkan kepada rakyat, dengan memperbetulkan persepsi bahawa, keadaan ekonomi pada waktu tersebut, adalah di luar kawalan Kerajaan, malah berupaya meletakkan segala kesalahan, kepada penyangak matawang iaitu George Soros.
48. Seringkali pula semua maklumat berbentuk sebegini, begitu cepat dihidang dan disebarkan melalui media sosial, hingga menjadi viral tidak menentu dan disensasikan sesuka hati.
49. Makanya, saudara saudari sekalian, saya ingin menerangkan dengan jelas bahawa, apa yang rakyat perlu faham adalah, sekurang-kurangnya, lima petunjuk utama ekonomi negara sebagai petanda sebenar bahawa, Malaysia pada realiti dan hakikatnya, masih berada di atas jajaran kukuh serta landasan yang betul.
50. Petunjuk pertama; Di sebalik segala ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global, saya ingin maklumkan kepada rakyat sekalian, usahlah menjadi terlalu bimbang, hakikatnya ekonomi semasa Malaysia masih berkembang, contohnya tahun lepas, kita berada pada kadar 6 peratus dan tahun ini pula insyaAllah, akan mencapai 5 peratus.
51. Tidak seperti tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif 7 peratus.
52. Petunjuk kedua; Sebetulnya, fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini, lebih kukuh lagi kerana kita telah mempelajari dari kesan krisis tersebut.
53. Antara contohnya seperti defisit fiskal Kerajaan yang telah dapat dikurangkan dari negatif 6.7 peratus pada tahun 2009, kepada 3.2 peratus yang dijangka akan dicapai pada tahun ini.
54. Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal.
Saudara dan saudari,
55. Petunjuk ketiga; kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional, telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014.
56. Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014. Manakala, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.
57. Petunjuk keempat; Sekalipun Malaysia terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran domestik dan di arena global, kita masih kekal diiktiraf di mata dunia, kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi negara dengan begitu baik.
58. Ini terbukti, melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s, IMF, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.
59. Di sinilah, saya mahukan rakyat sekalian faham bahawa, segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka, jauh sekali dipetik dari awan nan biru.
60. Senarai penaraf-penaraf peringkat antarabangsa yang saya sebutkan tadi, merupakan pengabsah-pengabsah berwibawa tinggi yang tidak boleh dipertikai dan diperentengkan kerana hasil kajian dan pandangan merekalah yang diterima pakai di seluruh dunia.
61. Antara lain lagi, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.
62. Namun, saya sedar bahawa, telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, pengucupan ekonomi dunia, termasuk negara China, sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.
63. Bagi maksud ini, saya perakui ada faktor-faktor dalaman yang masih berada dalam kawalan kita untuk dilakukan penambahbaikan.
64. Maka, beberapa hari lalu, saya telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat, yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.
65. Apa yang penting,… saya beri jaminan bahawa, Kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat.
66. Kerajaan komited untuk melaksanakan agenda-agenda pembangunan yang dekat di hati rakyat, seperti projek perumahan mampu milik, penambahbaikan projek kesihatan, meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan serta kemahiran, seterusnya menangani kos sara hidup rakyat.
67. Akhirnya, petunjuk kelima; jangan sesekali kita lupa bahawa, sekian banyak lagi usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan oleh Kerajaan seperti penubuhan UTC, RTC, BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia dan sebagainya selama ini, telah berjaya membantu meringankan beban sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Saudara dan saudari,
68. Jelas terbukti bahawa, Malaysia bukan negara yang gagal, seperti yang didakwa, bukannya nak bangkrap, malah kita pada hakikat sebenarnya masih berada dalam keadaan yang stabil, dengan ‘fundamental’ yang kukuh dan akan terus mampu bertahan serta berdaya saing.
69. Jadinya, rakyat sekalian, hakimilah Kerajaan melalui peti undi pada pilihanraya kelak. Sehingga itu, berilah peluang kepada Kerajaan ini untuk terus memikul amanah dan berbuat sehabis baik.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,
70. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora. Justeru, berbekalkan pengertian surah Al-Insyirah bahawa, bagi setiap kesusahan, akan datangnya kesenangan dan bahagia yang bakal menanti.
71. Manusia merancang, Tuhan jua merancang, tentunya rancangan Allah adalah yang terbaik,…
72. Merujuk hal ini, pada 28 Julai yang lalu, dengan hati yang bertawakal, saya telah membuat keputusan untuk merombak semula kabinet Persekutuan, buat julung-julung kalinya, setelah mendapat mandat daripada Pilihanraya Umum ke-13.
73. Semestinya, saya dan rakan-rakan yang setia dalam anggota pentadbiran dan Barisan Nasional berjanji dan menjamin akan terus berikhtiar gigih dan komited dalam memakmurkan Malaysia serta mensejahterakan rakyat, bahkan tidak sesekali menoleh ke belakang.
74. Suka saya ulangi disini…Sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.
Saudara dan Saudari,
75. Lalu…saya menyeru, ambillah semangat dan ceduklah roh kemerdekaan 1957, seolah-olah bendera Union Jack baru turunkan dan besok paginya kita mula bernegara baru.
Ladies and gentlemen,
76. Indeed, we will never allow anyone from within or from outside, to simply walk in and steal, ruin or destroy all that we have built so far.
77. Akan tetapi, sayang seribu kali sayang, pada ambang kemerdekaan yang penuh bermakna ini, ada segelintir pihak yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan dan api bermusuhan.
78. Dari itu, beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur dan musnah begitu sahaja.
79. Pastinya, walau apapun cabaran yang melintang, meski apa dugaan yang melanda, saya, secara peribadi yang lahir dari leluhur kepimpinan negara dan tentunya bersama rakan-rakan, Dato’ Sri Zahid Hamidi dan yang lain-lain dalam anggota pentadbiran, tidak mungkin akan membiarkan Malaysia sebagai bintang yang telah lahir di Timur hampir 6 dekad lalu, jatuh,.. bahkan, kita akan terus menggilap dan membangun tanahair tercinta ini hingga muncul makmur di gelanggang dunia sampai bila-bila. InsyaAllah.
80. Semoga Pencipta Yang Maha Berkuasa, kekal memayung-mayung dan merahmati Negara bertuah ini. Dijauhkan dari segenap mara bahaya zahir dan batin.
Saudara dan saudari sekalian,
81. Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita bangun dan bersamalah kita bangkit, dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, memandang masa depan dengan jiwa yang gagah dan merdeka dalam satu solidariti, senada seirama, sehati sejiwa, kita gemakan,…
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Dari: KL CHRONACLE.

HAKIMI KERAJAAN BILA SAMPAI MASANYA - PM.

Kalau puak yang berkampong dengan geng Bersih 4.0 dekat Dataran Merdeka merasa Datuk Seri Najib Tun Razak goyang dengan gempak dan pesta 'hura-hura' mereka selama dua hari sila dengar Amanat Merdeka 2015 beliau.

Mesej beliau cukup jelas.Tak payah susah payah nak memekak di jalanan segala macam.

Perdana Menteri dengan penuh yakin kata bila sampai masanya hakimilah kerajaan melalui peti undi pada pilihanraya umum.

"Sehingga itu berilah kerajaan peluang untuk terus memikul amanah,"katanya pada ucapan pada malam Merdeka yang disampaikan di dewan KLCC,Kuala Lumpur.

Sebelum itu beliau menolak sebarang andaian dan dakwaan bahawa Malaysia kini adalah ' failed state'.

Beliau kata gambaran seumpama itu ditonjolkan oleh spekulasi dan mainan di media sosial tanpa berasaskan fakta sebenar.

Serentak dengan itu Perdana Menteri memberi lima petunjuk untuk membuktikan bahawa ekonomi Malaysia masih kukuh dan berada di jajaran yang betul.

Katanya kejatuhan nilai Ringgit dan harga minyak dunia serta harga komoditi yang tidak menentu adalah sesuatu yang di luar kawalan kerajaan.

Petunjuk pertama,katanya,"di sebalik segala ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi serantau dan global, saya ingin maklumkan kepada rakyat sekalian, usahlah menjadi terlalu bimbang, hakikatnya ekonomi semasa Malaysia masih berkembang, contohnya tahun lepas, kita berada pada kadar 6 peratus dan tahun ini pula insyaAllah, akan mencapai 5 peratus.

"Tidak seperti tahun 1998, ketika berlakunya krisis kegawatan ekonomi Asia, di mana ekonomi kita telah menguncup sebanyak negatif 7 peratus.

"Petunjuk kedua; Sebetulnya, fundamental atau asas ekonomi negara pada hari ini, lebih kukuh lagi kerana kita telah mempelajari dari kesan krisis tersebut.

" Antara contohnya seperti defisit fiskal Kerajaan yang telah dapat dikurangkan dari negatif 6.7 peratus pada tahun 2009, kepada 3.2 peratus yang dijangka akan dicapai pada tahun ini.

"Seterusnya, sistem perbankan dan kewangan yang kekal mempunyai modal kukuh dan kecairan yang mencukupi. Kadar pinjaman tidak berbayar dan inflasi yang rendah serta terkawal.

"Petunjuk ketiga; kejayaan dasar-dasar negara khususnya melalui Dasar Transformasi Nasional, telah membawa kepada penurunan kadar kemiskinan, daripada 49.3 peratus pada tahun 1970, kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014.

"Bagi Keluaran Dalam Negara Kasar pula telah meningkat sebanyak 47.7 peratus dari 2009 hingga 2014. Manakala, sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.

"Petunjuk keempat; Sekalipun Malaysia terus dihadapkan dengan sekian banyak cabaran domestik dan di arena global, kita masih kekal diiktiraf di mata dunia, kerana masih mampu mengawal pengurusan ekonomi negara dengan begitu baik.

"Ini terbukti, melalui penarafan dan laporan daripada agensi-agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch Ratings, Moody’s, Standard & Poor’s, IMF, yang telah memberi gambaran sebenar, tentang keadaan serta pengurusan ekonomi semasa.

"Di sinilah, saya mahukan rakyat sekalian faham bahawa, segala kajian dan dapatan terhadap pencapaian Malaysia, bukanlah direka-reka, jauh sekali dipetik dari awan nan biru.

"Antara lain lagi, Malaysia telah berjaya menduduki tangga ke-12 daripada 60 negara dalam World Competitiveness Yearbook 2014.

"Namun, saya sedar bahawa, telah timbul keresahan akibat kejatuhan nilai matawang. Harus disedari bahawa ini merupakan fenomena global dan hampir kesemua negara tidak terkecuali daripada menerima kesan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi, pengucupan ekonomi dunia, termasuk negara China, sebagai rakan dagang terbesar Malaysia.

" Bagi maksud ini, saya perakui ada faktor-faktor dalaman yang masih berada dalam kawalan kita untuk dilakukan penambahbaikan.

"Maka, beberapa hari lalu, saya telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi, dianggotai 10 pakar ekonomi dan tokoh korporat, yang akan bertindak segera menimbang segala perancangan dan tindakan bersifat serta-merta sehingga kemelut ekonomi menjadi reda.

"Apa yang penting,… saya beri jaminan bahawa, Kerajaan tidak akan hilang fokus, malah akan terus membela untung nasib dan mendahulukan kepentingan, juga kesejahteraan rakyat.

Merujuk kepada gelagat himpunan haram Bersih 4.0,beliau  melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.

Menurutnya apa yang berlaku sehari dua ini amat tidak wajar, serta mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan, kata Najib yang jelas merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching.

"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi.

"Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.

"Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja," katanya.

Najib berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia.

Perdana Menteri mengingatkan kemerdekaan yang mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, hanya datang sekali dan bukanlah barang mainan, justeru ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

"Saya berdiri di sini, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa negara serta tanah air ini adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapa pun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

"Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba meski apapun akan berlaku, biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua... persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung bak pesan orang-orang lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati," katanya.

Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, Perdana Menteri turut menjelaskan mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional.

"Kerana kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, UMNO dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda.

Ke arah itu, Najib berjanji bahawa beliau dan anggota pentadbiran serta Barisan Nasional akan terus berikhtiar gigih dan komited dalam memakmurkan Malaysia serta mensejahterakan rakyat.

"Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

"Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita bangun dan bersamalah kita bangkit dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, memandang masa depan dengan jiwa yang gagah dan merdeka dalam satu solidariti, senada seirama, sehati sejiwa kita gemakan Merdeka! Merdeka! Merdeka!" katanya.

Dari: Agendadaily.

NAJIB IKRAR AKAN TERUS MEMBANGUNKAN NEGARA DAN KEKAL MAKMUR.

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berikrar beliau dan barisan pentadbirannya tidak akan membiarkan Malaysia jatuh, malah akan terus membangunkan tanah air supaya kekal makmur di persada dunia. 

Perdana Menteri berkata beliau dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta rakan-rakan yang lain akan meneruskan usaha itu walau apa pun cabaran yang mendatang serta dugaan yang melanda.

Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.

“Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.

“Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja,” katanya.

Ini merupakan kali kedua Najib menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa. Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam ini.

Majlis itu dikelolakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Perdana menteri turut mengajak para hadirin merenung dan menghayati sedalam-dalamnya erti kemerdekaan, serta jasa bakti para parajurit dan anggota keselamatan yang telah berkorban bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

“Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi,” kata Najib.

Menurutnya apa yang berlaku sehari dua ini amat tidak wajar, serta mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan, kata Najib yang jelas merujuk kepada perhimpunan Bersih 4 di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ke arah itu, beliau terus mengajak rakyat Malaysia memberi penghargaan dan penghormatan kepada susah payah anggota keselamatan dalam memastikan kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.

Tegas Najib, kemerdekaan yang mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, hanya datang sekali dan bukanlah barang mainan, justeru ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya. 

“Saya berdiri di sini, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa negara serta tanah air ini adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapa pun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

“Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba meski apapun akan berlaku, biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua…persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung bak pesan orang-orang lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati,” katanya.

Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, perdana menteri turut menjelaskan mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, UMNO dan Barisan Nasional.

“Kerana kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, UMNO dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa,” katanya. – Bernama

Sunday, August 30, 2015

MAHATHIR JUAL AGAMA DAN BANGSA KEPADA DAP.


Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya terbaca satu pandangan seorang penulis di Facebooknya (Ab Jalil Backer) yang menyatakan, “Kehadiran Tun Mahathir Mohamad di Himpunan Bersih 4 semalam menunjukkan bekas Perdana Menteri tersebut akhirnya bersedia “menjual” UMNO, Melayu dan Islam kepada DAP kerana kroni-kroni perniagaannya yang berbangsa Cina.”

2. Sungguh saya bersetuju dengan pandangan penulis terbabit. Ahli-ahli perniagaan Cina yang mahu menjatuhkan Mohd Najib dengan menyokong DAP tahu bahawa kehadiran puluhan ribu orang tidak mungkin menggoyahkan kerajaan kerana ia sudah menjadi agenda kaum Cina DAP semata-mata. Beberapa hari lagi kumpulan Bersih akan dikecam sebagai kumpulan cauvinis Cina yang cuba mengganggu sambutan hari kebangsaan dan hari Malaysia.

3. Jalan terbaik membersihkan Bersih 4 dari menjadi agenda Cina semata-mata ialah dengan menurunkan pemimpin-pemimpin Melayu besar yang didokongi oleh mereka. Mereka tidak boleh meminta Timbalan Presiden UMNO turun kerana ia akan menyebabkan beliau dipecat dari jawatan. Ini sekaligus membahayakan kepentingan mereka dalam UMNO dan kerajaan.

4. Justeru orang yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu dan boleh meneutralisasikan imej cauvinis Cina DAP dalam Bersih 4 ialah Tun Mahathir Mohamad. Bayangkan bekas Ultra Melayu turun ke perhimpunan Bersih 4. Ia sudah tentu menunjukkan Bersih ialah agenda orang Melayu juga.

5. Kecewa saya bukan kepalang apabila Tun mengambil keputusan hadir dalam himpunan terbabit.

Yang Berbahagia Tun,

6. Adalah tidak masuk akal untuk Tun kata “saya hadir tetapi tidak menyokong Bersih. Saya hanya menyokong usaha menjatuhkan Mohd Najib Razak.”

7. Agaknya Tun lupa bahawa Bersih bukan agenda menjatuhkan Mohd Najib Razak. Bersih ialah agenda untuk menghakis hak-hak bumiputera dan Islam di negara ini. Kumpulan-kumpulan yang ada dalam Bersih ialah penyokong kesamarataan kedudukan semua agama di negara ini dan penghapusan hak istimewa bumiputera.

8. Saya percaya Tun tidak minat bola kerana Tun tidak suka kalah. Tapi saya suka melihat kenyataan Tun dalam konteks permusuhan penyokong bolasepak. Penyokong fanatik Manchester United akan menyokong mana sahaja pasukan yang menentang Liverpool kerana benci mereka kepada pasukan merseyside tersebut. Demikian juga penyokong fanatik Liverpool akan menyokong apa sahaja pasukan yang menentang Manchester United.

9. Kata mereka, “The enemy of my enemy is my friend”. Musuh kepada musuh saya ialah kawan saya.

10. Tapi Tun, hadir dalam Bersih 4 tidak sama seperti penyokong Manchester United menyokong Chelsea hanya kerana tidak mahu Liverpool menang. Ia jauh lebih besar impplikasinya. Ia soal agama, bangsa dan negara.

11. Sampai hati Tun mengkhinati agama Islam, Melayu dan UMNO hanya kerana dendam politik dan kepentingan anak beranak Tun dan kroni Cina yang semuanya sudah bertaraf laksawan (billionaire).

Amin Yatim
Petaling Jaya.

BERSIH 4.0: TUN M MUNCUL KALI KEDUA.

Selepas muncul sejenak di kawasan himpunan Bersih 4.0 dekat Dataran Merdeka pada 7.30 petang Sabtu...Tun Dr Mahathir Mohamad buat kemunculan kedua dekat lokasi perhimpunan itu petang Ahad.

Pada jam 4.30 petang beliau tiba menaiki LRT dan berjalan-jalan sambil menemui peserta himpunan itu yang mundar mandir sekitar Pasar Seni.

Di situ beliau ditemani oleh bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Zaid Ibrahim yang juga bekas pemimpin PKR.

Bekas Perdana Menteri itu yang bercakap pada wartawan di situ mendakwa beliau muncul bukan untuk ikut kehendak tuntutan atau sokong Bersih 4.0 tetapi hendak menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Sementara itu kemunculan Dr Mahathir di lokasi himpunan itu telah mencetuskan rasa kecewa dikalangan pimpinan UMNO.Malah ada kalangan ahli parti dan pemerhati yang kebelakangan menyokongnya mempersoal tindakan terbarunya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam kenyataannya mengulas hal berkenaan berkata mungkin Tun Mahathir tidak bersetuju dalam beberapa isu, tapi janganlah sampai merobohkan apa yang beliau sendiri telah sama-sama bina selama ini.

"Jangan kerana seekor nyamuk, habis kelambu dibakar,"katanya.

Kata Menteri Pertahanan itu beliau kecewa dengan tindakan Tun Mahathir, tokoh yang amat beliau hormati, kerana telah turun ke pentas pembangkang semalam.

" Bagi saya, beliau telah melanggar prinsip perjuangan yang beliau pegang selama ini. Tindakan beliau jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang beliau ketengahkan kepada pejuang UMNO dan rakyat kesuluruhan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Nilai-nilai inilah yang kita dan institusi kita pertahankan selama ini.

"Ketika demonstrasi besar-besaran pada tahun 1998, iaitu ketika zaman pentadbiran beliau, beliau secara jelas menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukanlah pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, apatah lagi menjatuhkan kerajaan.

"Kita semua tahu bahawa Bersih merupakan perhimpunan yang salah di sisi undang-undang. Malah, lebih teruk, Bersih kali ini telah menggugat keharmonian negara kerana diadakan di saat negara bersiap sedia menyambut kemerdekaan.

' Selama ini, kita tidak pernah menyekat Tun Mahathir untuk menyuarakan pandangan beliau di mana-mana platform sekalipun.

"Tetapi tindakan beliau bersekongkol di pentas pembangkang semalam tidak boleh diterima sama sekali. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara,"katanya.

Menurut Hishamuddin Tun Mahathir pasti sedar kesan keselamatan dan bahayanya jika demonstrasi jalanan dibiarkan berleluasa.

"Banyak negara di dunia tumbang bila mana pemimpin dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Inikah matlamat yang ingin dicapai oleh seorang negarawan yang disanjung?,"katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditemui wartawan di Sandakan menyifatkan kehadiran bekas Perdana Menteri pada perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur semalam sebagai mengecewakan dan dikesali.

Ini kerana, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu, Dr Mahathir merupakan individu yang paling lantang menentang demonstrasi jalanan terutama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan reformasi.

Katanya bekas perdana menteri itu menganggap kumpulan melakukan demonstrasi jalanan adalah jahat.

“Kehadiran Mahathir pada perhimpunan Bersih 4 semalam sangat mengejutkan dan mengecewakan.

“Akhirnya Tun (Dr Mahathir) sendiri dahulunya penentang kuat kepada demonstrasi jalanan akhirnya dia sendiri terlibat," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beluran di situ.

Ismail Sabri menegaskan, sebagai ahli UMNO, Dr Mahathir sepatutnya menghormati parti itu.

Katanya, alasan bahawa beliau bersama rakyat untuk hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh diterima sedangkan UMNO mempunyai 3.7 juta ahli yang boleh beliau wakili.

"Jumlah orang ramai yang hadir di perhimpunan Bersih 4 tidak boleh dianggap mewakili suara majoriti rakyat," katanya.

Beliau berkata sebagai anggota UMNO, Dr Mahathir perlu jelas bahawa perhimpunan Bersih didokong pemimpin parti pembangkang dan beliau sepatutnya mempertahankan kerajaan dan bukannya bersama-sama dengan kumpulan yang mahu menggulingkan kerajaan secara tidak demokrasi menerusi perhimpunan haram.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang ditanya mengenai hal berkenaan selepas satu majlis di Sungai Besar Selangor juga menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri amat mengecewakan.

Beliau berkata Tun Mahathir telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan ketika krisis pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998 ketika Dr Mahathir memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara.

"..tetapi disebabkan benci Presiden UMNO (Datuk Seri Najib Tun Razak) dia (Dr Mahathir) sanggup bersekongkol dengan DAP yang berniat nak hancurkan parti.

"Walaupun kehadirannya ke perhimpunan itu sekejap tetapi beliau suruh peserta perhimpunan teruskan dan menggalakkan mereka terus berada di sana," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar.

Salleh berkata dalam setiap organisasi hanya terdapat seorang ketua dan apabila Najib telah dipilih sebagai presiden UMNO seharusnya semua anggota parti memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau.

"Tidak semestinya semua kita (pemimpin) lakukan betul dan dipersetujui tetapi prinsipnya bila nombor satu (presiden) buat keputusan kita kena ketepi pandangan peribadi untuk laksana apa yang diputuskan oleh presiden.

"Dahulu, Dr Mahathir lakukan perkara sama di Sabah mengenai penggiliran jawatan Ketua Menteri di mana beliau putuskan setiap dua tahun ketua menteri Sabah perlu ditukar. Walaupun ketika itu seluruh UMNO Sabah tidak setuju tetapi kita beralah dan akur dengan keputusan beliau kerana beliau presiden parti (ketika itu)," katanya yang juga bekas Ketua Menteri Sabah.

Sehubungan itu, Salleh berkata Tun Mahathir perlu mengekalkan prinsip berkenaan tetapi tindakan bekas perdana menteri itu yang tetap berterusan 'menyerang' Najib sangat bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini.

"Saya hormati Tun (Dr) Mahathir yang turut berkongsi tarikh lahir dengan saya dan saya juga pernah dilantik Ketua Menteri Sabah tetapi kita tidak boleh paksa pendapat kita diterima orang lain dan mengatakan pendapat kita sahaja betul.

"Kita dengar semua pendapat tetapi yang buat keputusan tetap nombor satu (Najib). Dulu tidak ada media sosial tetapi sekarang media biasa bersaing dengan media sosial...sebab itu penting kita sokong Najib bukan secara peribadi tetapi sebagai presiden parti," katanya.

Dari: Agendadaily.

ALLAH TENTUKAN REZEKI MANUSIA, BUKAN PASARAN SAHAM ATAU KADAR TUKARAN MATAWANG.



Kita telah mengetahui bahawa Allah sahajalah satu-satunya pemberi rezeki. Rezeki disini sifatnya umum, iaitu segala sesuatu yang dimiliki seseorang manusia, baik berupa makanan atau selain dari itu. Dengan kehendak-Nya, kita boleh merasai pelbagai nikmat rezeki samada dalam bentuk makanan, harta benda atau selainnya. Namun mengapa sebahagian orang masih sukar untuk menyedari nikmat yang Allah berikan ini sehingga hatinya itu bergantung kepada selain Allah. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Bagaimana sebahagian orang mengharapkan agar kedai atau gerainya laku dengan memasang pelbagai jenis 'pelaris'. Ini boleh terjadi kerana kurangnya kesedaran akan kepentingan aqidah dan tauhid. Terutama sekali disebabkan tidak merenungkan dengan baik makna disebalik nama Allah :- “Ar Rozzaq” (Maha Pemberi Rezeki).

Allah Sahajalah Yang Maha Pemberi Rezeki 



Sesungguhnya Allah adalah satu-satunya pemberi rezeki, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam hal itu. Kerana Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi."  (Fatir: 3)

قُلْ مَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ قُلِ اللَّهُ
“Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah.” (Saba’: 24)

Tidak ada yang setara dengan Allah dalam memberi rezeki. Oleh kerana itu, adalah satu keburukkan apabila kita menyekutukan Allah dalam ibadah. Dalam lanjutan surat Fathir, Allah Ta’ala berfirman,

لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ
Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” (Fathir: 3)

Selain Allah sama sekali tidak dapat memberi rizki. Allah Ta’ala berfirman,

وَيَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَهُمْ رِزْقًا مِنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ شَيْئًا وَلَا يَسْتَطِيعُونَ
“Dan mereka menyembah selain Allah, sesuatu yang tidak dapat memberikan rezeki kepada mereka sedikitpun dari langit dan bumi, dan tidak berkuasa (sedikit juapun).” (An Nahl: 73)

Seandainya Allah menahan rezeki manusia, maka tidak ada selain-Nya yang dapat membuka pintu rezeki tersebut. Allah Ta’ala berfirman,

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Fathir: 2). 

Itu memang benar, tidak mungkin ada yang dapat memberikan makan  dan minum ketika Allah menahan rezeki tersebut.

Allah Memberi Rezeki Tanpa Ada Kesulitan 

Allah memiliki berbagai hikmah dalam pemberian rezeki. Ada yang Allah jadikan kaya dengan banyaknya rezeki dan harta. Ada pula yang dijadikan miskin. Ada hikmah berharga di sebalik itu semua. Allah Ta’ala berfirman,

وَاللَّهُ فَضَّلَ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الرِّزْقِ
“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebagian yang lain dalam hal rezeki.” (An Nahl: 71)

Dalam ayat lain disebutkan,

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا
“Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya.” (Al Isra’: 30)

Dalam ayat kedua di atas, di akhir ayat Allah berfirman (yang ertinya), “Sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha melihat akan hamba-hamba-Nya”. Ibnu Katsir menjelaskan maksud perenggan ayat terakhir tersebut, “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat manakah di antara hamba-Nya yang cepat kaya dan cepat miskin.” Sebelumnya beliau rahimahullah berkata, “Allah menjadikan kaya dan miskin bagi siapa sahaja yang Allah kehendaki. Di sebalik itu semua ada hikmah.”[3]

Di tempat lain, Ibnu Katsir menerangkan firman Allah,

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
“Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.” (As Shuraa: 27)

Beliau rahimahullah lantas menjelaskan,“Seandainya Allah memberi hamba tersebut rezeki lebih dari yang mereka perlukan, tentu mereka akan melampaui batas, berlaku kurang ajar antara satu dengan lainnya, serta akan bertingkah sombong.”

Selanjutnya Ibnu Katsir menjelaskan lagi, “Akan tetapi Allah memberi rezeki pada mereka sesuai dengan pilihan-Nya dan Allah selalu melihat manakah yang maslahat untuk mereka. Allah tentu lebih mengetahui manakah yang terbaik untuk mereka. Allah-lah yang memberikan kekayaan bagi mereka yang Dia nilai layak menerimanya. Dan Allah-lah yang memberikan kefakiran bagi mereka yang Dia nilai layak menerimanya.”[4]

Dalam sebuah hadis disebutkan,

إن من عبادى من لا يصلح إيمانه إلا بالغنى ولو أفقرته لكفر، وإن من عبادى من لا يصلح إيمانه إلا الفقر ولو أغنيته لكفر
“Sesungguhnya di antara hamba-Ku, keimanan barulah menjadi baik jika Allah memberikan kekayaan padanya. Seandainya Allah membuat dia miskin, tentu dia akan kufur. Dan di antara hamba-Ku, keimanan barulah baik jika Allah memberikan kemiskinan padanya. Seandainya Allah membuat dia kaya, tentu dia akan kufur”.[5] 

Hadis ini dinilai dho’if(lemah), namun maknanya adalah sahih kerana memiliki dasar sahih dari surah Asy Syuraa ayat 27.

Kaya Bukan Tanda Mulia, Miskin Bukan Tanda Hina 



Ketahuilah bahawa kaya dan miskin bukanlah tanda orang itu mulia dan hina. Kerana jika kita melihat orang kafir sahaja, bagaimana Allah memberikan rezeki, begitu pula dengan orang yang bermaksiat pun Allah beri rezeki. Jadi rezeki tidak dibatasi pada orang beriman saja. Itulah lathif-nya Allah (Maha Lembutnya Allah). Sebagaimana dalam ayat disebutkan,

اللهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ القَوِيُّ العَزِيزُ
“Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” (Asy Syura: 19)

Sifat orang-orang yang tidak beriman adalah menjadikan kayu ukur kaya dan miskin sebagai ukuran mulia ataukah tidak. Allah Ta’ala berfirman,

وَقَالُوا نَحْنُ أَكْثَرُ أَمْوَالًا وَأَوْلَادًا وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ (35) قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (36) وَمَا أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ بِالَّتِي تُقَرِّبُكُمْ عِنْدَنَا زُلْفَى إِلَّا مَنْ آَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ لَهُمْ جَزَاءُ الضِّعْفِ بِمَا عَمِلُوا وَهُمْ فِي الْغُرُفَاتِ آَمِنُونَ (37)
"Dan mereka berkata lagi: "Kami lebih banyak harta benda dan anak pinak, dan kami pula tidak akan diseksa". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). Dan bukanlah harta benda kamu dan tidak juga anak pinak kamu yang mendampingkan kamu di sisi Kami walau sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan beroleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang mereka telah kerjakan; dan mereka pula ditempatkan dalam mahligai-mahligai (di Syurga) dengan aman sentosa." (Saba’: 35-37)

Orang-orang kafir berfikir bahawa banyaknya harta dan anak adalah tanda cinta Allah pada mereka. Perlu diketahui bahawa jika mereka, yakni orang-orang kafir diberi rezeki di dunia, di akhirat mereka akan sengsara dan diazab. Allah subhanahu wa ta’ala telah menyanggah pemikiran rosak orang kafir tadi dalam firman-Nya,

نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَلْ لَا يَشْعُرُونَ
"(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar)." (Al Mu’minun: 56)

Ketahuilah bukan disebabkan banyaknya harta dan anak itu tanda betapa dekatnya diri pada Allah, namun yang mendekatkan kita kepada Allah adalah iman dan amal soleh. Sebagaiman dalam surah Saba’ di atas disebutkan,

وَمَا أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ بِالَّتِي تُقَرِّبُكُمْ عِنْدَنَا زُلْفَى إِلَّا مَنْ آَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا
“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikit pun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh.” Penjelasan dalam ayat ini senada dengan sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam,

إِنَّ اللَّهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian” (HR. Muslim no. 2564, dari Abu Hurairah)

Kaya boleh saja sebagai istidroj dari Allah, iaitu hamba yang suka bermaksiat akan dibiarkan terus terlena dengan maksiatnya lantas ia dilapangkan rezeki. Miskin pun boleh jadi sebagai azab atau siksaan. Semoga kita boleh merenungkan hal ini.

Ibnu Katsir rahimahullah ketika menerangkan firman Allah,

فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ (15) وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ (16)
(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!"(Al Fajr: 15-16)

Beliau rahimahullah berkata, “Dalam ayat tersebut, Allah Ta’ala mengingkari orang yang keliru dalam memahami maksud Allah meluaskan rezeki. Allah sebenarnya menjadikan hal itu sebagai ujian. Namun dia menyangka dengan luasnya rezeki tersebut, itu bererti Allah memuliakannya. Sungguh tidak demikian, sebenarnya itu hanyalah ujian. Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لا يَشْعُرُونَ
“Apakah mereka mengira bahwa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa), Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar.” (Al Mu’minun: 55-56)

Sebaliknya, jika Allah menyempitkan rezeki, dia merasa bahawa Allah menghinangkannya. Sebenarnya tidaklah sebagaimana yang dia sangkakan. Tidaklah seperti itu sama sekali. Allah memberi rezeki itu boleh jadi pada orang yang Dia cintai atau pada yang tidak Dia cintai. Begitu pula Allah menyempitkan rezeki pada pada orang yang Dia cintai atau pun tidak.  Sebenarnya yang menjadi penanda kepada seseorang itu dekat kepada Rabbnya adalah ketika seseorang dilapangkan dan disempitkan rezeki, yang mana dilihat dari ketaatannya pada Allah dalam dua keadaan tersebut. Jika dia adalah seorang yang diberikan kesenangan, dia lantas bersyukur pada Allah dengan nikmat tersebut, maka inilah yang benar. Begitu pula ketika dia serba kekurangan, dia pun bersabar.”[6]

Sebab Bertambah dan Barakahnya Rezeki 

Takwa kepada Allah adalah sebab utama rezeki menjadi barakah. Allah subhanahu wa ta’ala menceritakan mengenai Ahli Kitab,

وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ مِنْ رَبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِنْ فَوْقِهِمْ وَمِنْ تَحْتِ أَرْجُلِهِمْ مِنْهُمْ أُمَّةٌ مُقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ
“Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.” (Al Maidah: 66)

Dalam ayat lain, Allah Ta’ala berfirman,

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ القُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا , وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),” (Ath Talaq: 2-3)

وَأَنْ لَوِ اسْتَقَامُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَاهُمْ مَاءً غَدَقًا
“Dan bahawasanya jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).” (Al Jin: 16)

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu,” (Ibrahim : 7)

Sebab Berkurang dan Hilangnya Barakah Rezeki 




Berbalik kepada isu utama, rezeki boleh berkurang dan hilang barakahnya kerana maksiat dan dosa. Mungkin saja hartanya banyak, namun hilang barakah atau kebaikannya. Kerana rezeki dari Allah tentu saja diperolehi dengan ketaatan. Allah Ta’ala berfirman,

ظَهَرَ الفَسَادُ فِي البَرِّ وَالبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar Rum: 41). 

Yang dimaksudkan kerosakan di sini—menurut sebahagian ulama–  adalah kekeringan, kesulitan, hilangnya barakah (rezeki). Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma berkata, “Yang dimaksudkan kerusakan di sini adalah hilangnya barakah (rezeki) kerana perbuatan hamba. Ini semua supaya mereka kembali pada Allah dengan bertaubat.” Sedangkan yang dimaksud dengan kerosakan di laut adalah susahnya mendapat hasil (ikan) di laut. Kerosakan ini semua boleh terjadi kerana dosa-dosa manusia.[7]

Yang Penting Berusaha dan Tawakkal 



Bila bercakap mengenai rezeki, ianya tidaklah bermakna kita tidak melakukan sebarang usaha. Tentu saja harus ada usaha dan tawakkal, iaitu bersandar pada Allah. Dari Umar bin Al Khatab radhiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
“Seandainya kalian betul-betul bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kalian rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada petang harinya dalam keadaan kenyang.”[8]

Ibnu ‘Allan mengatakan bahawa As Suyuthi mengatakan, “Al Baihaqi mengatakan dalam Syu’abul Iman:

Hadis ini bukanlah dalil untuk duduk-duduk santai, enggan melakukan usaha untuk memperoleh rezeki. Bahkan hadis ini merupakan dalil yang memerintahkan untuk mencari rezeki kerana burung tersebut pergi di pagi hari untuk mencari rezeki. Jadi, yang dimaksudkan dengan hadis ini –wallahu a’lam-: Seandainya mereka bertawakkal pada Allah Ta’ala dengan pergi dan melakukan segala aktiviti dalam mencari rezeki, kemudian melihat bahawa setiap kebaikan berada di tangan-Nya dan dari sisi-Nya, maka mereka akan memperolehi rezeki tersebut sebagaimana burung yang pergi pagi hari dalam keadaan lapar, kemudian kembali dalam keadaan kenyang. Namun ingatlah bahawa mereka tidak hanya bersandar pada kekuatan, tubuh, dan usaha mereka saja, atau bahkan mendustakan yang telah ditakdirkan baginya. Kerana ini semua menyelisihi tawakkal.”[9]

Rezeki yang Paling Mulia 




Sebahagian kita menyangka bahawa rezeki hanyalah berputar pada sekitar harta dan makanan. Setiap dari kita meminta dalam doa mungkin saja seperti itu. Perlu kita ketahui bahawa rezeki yang paling besar yang Allah berikan pada hamba-Nya adalah syurga (jannah). Inilah yang Allah janjikan pada hamba-hamba-Nya yang soleh. Syurga adalah nikmat dan rezeki yang tidak pernah disaksikan oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga, dan tidak pernah tergambarkan dalam benak fikiran. Setiap rezeki yang Allah sebutkan bagi hamba-hamba-Nya, maka umumnya yang dimaksudkan adalah syurga itu sendiri. Hal ini sebagaimana maksud dari firman Allah Ta’ala,

لِيَجْزِيَ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
“Supaya Allah memberi Balasan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Mereka itu adalah orang-orang yang baginya ampunan dan rezeki yang mulia.” (Saba’: 4)

وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللهِ وَيَعْمَلْ صَالِحًا يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا قَدْ أَحْسَنَ اللهُ لَهُ رِزْقًا
“Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang soleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezeki yang baik kepadanya.” (Ath Tholaq: 11)[10]

Jika setiap kita memahami hal ini, yang Allah sahajalah satu-satunya pemberi rezeki dan sesungguhnya Allah sahajalah yang benar-benar terbaik bagi kita, maka tentu sahaja kita tidak akan meletakkan harapan pada sesuatu selain dari Allah. Allah Ta’ala sesungguhnya Maha Mencukupi. Allah Maha Mengetahui manakah yang terbaik untuk hamba-Nya, sehingga ada yang Dia jadikan kaya dan miskin. Setiap hamba tidak perlu bersusah payah mencari solusi rezeki dengan meminta selain dari-Nya. Tidak perlu lagi bergantung pada azimat dan penlaris. Gantilah dengan banyak memohon dan meminta kemudahan rezeki dari Allah.

Wallahu'alam


****************

Oleh : Muhammad Abduh Tuasikal.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik