Tuesday, September 29, 2015

VAPE: KEJAHILAN MASYARAKAT DALAM MENOLAK KEMUDARATAN.

VAPE

Pada hari ini ramai yang sibuk berkata akan kejahilan pimpinan kita berkenaan agama, bagi saya lemahnya pemimpin-pemimpin negara kita dalam memahami konsep Islam yang sebenar bukanlah suatu perkara yang pelik, ianya sudah dimaklumi semua. Lebih utama bagi saya adalah kita juga hendaklah sedar bahawa kejahilan akan kefahaman Islam yang benar hakikatnya bukanlah hanya melanda golongan politikus kita sahaja, ianya bermula daripada bawah iaitu masyarakat itu sendiri. Pemimpin yang wujud adalah cermin kepada wajah masyarakat kita pada hari ini.

Penyakit kronik yang melanda masyarakat kita ini semakin jelas dalam isu baru-baru ini berkaitan vape atau pun rokok elektronik. Saya tidak bercadang membicarakan soal ini pada perspektif syarak secara mendalam kerana saya yakin banyak pihak bahkan mufti-mufti sendiri telah menyatakan secara jelas akan keharamannya. Akhirnya terserah kepada kita sama ada ingin benar-benar mencari kebenaran atau benar-benar mencari alasan untuk berterusan melakukan suatu maksiat.

Yang merisaukan saya adalah hujah sesetengah pihak yang menyebut kononnya antara kebaikan rokok elektronik ini adalah ianya menjadi ubat kepada perasaan ketagih terhadap perbuatan menghisap rokok. Lalu dengan ini boleh membawa kepada seseorang itu meninggalkan rokok keseluruhannya. Walaupun mereka akui rokok elektronik itu membawa mudharat cumanya kurang daripada rokok katanya.

Kenyataan seperti ini jelas berkait dengan konsep kefahaman masyarakat kita berkenaan kaedah meninggalkan sesuatu maksiat atau menolak sesuatu kemudaratan. Bagi saya kefahaman ini adalah lebih asas untuk masyarakat kita insafi dan ambil iktibar daripada isu ini.  Kerana gagal dalam memahami hal ini akan menyebabkan rosaknya kefahaman kita akan seluruh perkara yang berkaitan maksiat, bukan sekadar berkaitan rokok.

Dalam Islam, konsep berkaitan pelakuan sesuatu maksiat itu jelas lagi terang iaitu:Ia hendaklah ditinggalkan dan ditolak serta digantikan dengan amalan kebaikan!Konsep ini disebut dalam firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

إن الحسنات يذهبن السيئات ذلك ذكرى للذاكرين

Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (Surah Hudd: 113)

Juga konsep ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Rasulullah SAW:

عن أبي ذر ومعاذ بن جبل رضي الله عنهما ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها ، وخالق الناس بخلق حسن رواه الترمذي

Daripada Abi Zarr dan Muaz bin Jabal Radiallhuanhuma: Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada serta iringilah setiap kejahatan itu dengan perbuatan baik yang akan menutupnya, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik (riwayat Termizi)

Imam At Tobari menyebut didalam tafsirnya berkenaan ayat Al-Quran diatas:Sesungguhnya dengan kita taat kepada Allah serta melakukan amalan yang diredhaiNya akan menolak perbuatan dosa maksiat terhadapNya serta menghapuskan dosa-dosa yang lalu.

Maksiat hanya akan hilang apabila kita mula lakukan kebaikan! Atau dalam bahasa mudah boleh kita katakan adalah dengan berhenti melakukan perbuatan hina tersebut.

Menangani sesuatu maksiat bukanlah dengan kita melakukan maksiat yang lain. Kerana ianya terus meletakkan kita berada dalam lembah dosa dan maksiat tanpa kita sedikit pun dapat keluar daripadanya. Ianya tak ubah seperti seseorang yang ingin berhenti melakukan zina lalu dia memuaskan nafsunya dengan menonton video-video lucah, atau seseorang yang ingin berhenti mengambil dadah lalu dia meminum arak. Orang berfikiran sebegini akan terus berada dalam dunia kemaksiatan kerana telah dipermainkan oleh syaitan itu sendiri.

Dia merasakan apa yang sedang dilakukannya adalah rawatan bagi dirinya, tetapi hakikatnya dia sedang pergi semakin dalam ke arah kegelapan maksiat. Syaitan terus menghiasi perbuatan maksiatnya itu seolah-olah ianya adalah amalan kebaikan hinggalah sampai suatu masa dia keliru antara kebaikan dan pahala serta kemaksiatan dan dosa.

Terdapat satu kaedah fiqh yang digariskan ulama-ulama fuqaha’ terdahulu jelas memberi panduan pada kita dalam hal ini:

الضرر لا يزال بالضرر

Sesuatu mudarat tidak boleh dihilangkan dengan mudarat yang lain

Secara asalnya, kemudaratan itu hendaklah ditolak, dicegah serta dibuang ! Pada rokok itu ada doror juga pada vape itu ada doror, pada dadah itu ada doror juga pada arak itu ada doror. Bukanlah cara menghadapi kemudaratan itu dengan gantikan dengan kemudaratan yang lain. Ini bertentangan dengan antara ruh maqasid syariat itu sendiri iaitu memberi maslahat dan menolak kemudaratan.

الضرر يزال

Kemudaratan hendaklah dihilangkan

Konsep dalam Islam itu mudah dan jelas untuk kita ikuti, iaitu kebaikan hendaklah kita lakukan dan maksiat hendaklah kita tinggalkan. Tiada ubat bagi perokok melainkan dia hendaklah tinggalkan perkara tersebut secara bersungguh, tiada ubat bagi pelaku zina melainkan dia membuang tabiat buruk tersebut serta segera kembali kepada Yang Maha Pengampun.

Maksiat selamanya adalah suatu maksiat serta selamanya tidak akan pernah menjadi suatu ubat. Juga mudarat selamanya akan bawa kerosakan serta tidak akan memberi maslahat (kebaikan).

Dari: Ismaweb.

PBB MENCATUR KEHANCURAN MUSLIM MALAYSIA.

peace symposium 2015

SAYA telah menyertai Peace Symposium KL 2015, selasa yang lepas. Pada simposium tersebut telah diadakan perbincangan bertajuk, “Understanding Shariah from the Religious and Rights Perspectives”.

Sebagai peserta yang berdaftar seawal seminggu sebelum hari kejadian, tetap tidak memberi apa-apa kelebihan untuk saya mengetahui symposium itu dianjurkan oleh siapa. Hanya berhubung dengan koordinator simposium tersebut di whatsapp dan hanya mewakilkan diri mereka sebagai Peace Loving Society. Sehinggalah sewaktu hari kejadian di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur, terpampang logo International Human Rights Committee, Ahmadiyya Muslim Community dan Projek Dialog.

Ajaran Ahmadiyya telah difatwakan haram sejak 1998 (rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-tentang-ajaran-ahmadiahqadiani dan http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/kempen-kesedaran-tentang-fitnah-ahmadiyah-qadiani ). PBB bijak menggunakan suara minoriti (Ahmadiyya) juga platform media liberal Projek Dialog di Malaysia demi menyebarkan Islam baharu tafsiran Barat.

Ini bukan kali pertama kami melihat dengan mata kepala kami sendiri tangan-tangan licik PBB menyelinap masuk ke Malaysia dan memberi public education kepada rakyat Malaysia mengenai Islam.

PBB kononnya dikenali sebagai ibu keamanan, pemegang tongkat keadilan dan hakim rujukan masyarakat dunia hakikatnya hanya membawa masyarakat dunia khususnya Islam, tunduk dengan agama tafsiran mereka. Modus Operandi ini merupakan taktik yang amat bijak. Kerana dengan menukar fahaman Muslim mengenai Islam, akan menukar cara hidup Muslim tersebut.

Hal ini bertepatan dengan pernyataan daripada Angel Rabasa, RAND senior policy analyst:

“The struggle in much of the Muslim world today is a war of ideas..

This is not a war of civilizations; it’s not Islam versus the West. It’s a struggle within Islam to define the character of Islam. We cannot come in as outsiders, as a non-Muslim country, and discredit the radicals’ ideology. Muslims have to do that themselves. What we can do is level the playing field by empowering the moderates.”

Secara ringkasnya Angel Rabasa menerangkan strategi bermain dengan negara-negara Muslim iaitu dengan cara mewujudkan peperangan idea. Mencairkan Islam melalui tangan-tangan muslim sendiri. Barat tidak perlu bermain di medan tersebut, cukup dengan memberi sokongan dan dokongan yang kuat kepada Moderate Muslim di dalam negara muslim tersebut.

Research ANd Development (RAND) diwujudkan pada 1946 oleh the United States Army Air Forces as Project RAND. Pada asalnya digunakan untuk mengkaji stategi ketenteraaan US. Tetapi kini menjadi badan pemikir bagi US dan sekutunya dalam strategi menguasai dunia. Didanai oleh kerajaan US, dana-dana peribadi dan korperat.

Kembali kepada Peace Simposium tersebut, panelis terdiri daripada individu dari pelbagai bidang Hak Asasi Manusia dan kebanyakannya peguam dan pengamal undang-undang di Malaysia; Aston Paiva, Dr  Aziz Bari, Syahredzan Johan, Dr Farouk Musa (IRF), Mr Sardar Jagir Singh mewakili Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST), dan Sir Iftikhar Ahmad Ayaz yang mewakili Ahmadiyya Communiti.

Simposium ini didakwa sebagai wacana intelektual mengenai ” memahami syariah ” , tetapi nampaknya tidak ada sesiapa yang pakar atau layak untuk mewakili bidang syariah atau perundangan Islam sebagai penceramah. Sebaliknya, wacana tersebut banyak berlegar pada pendapat peribadi dan bukan kajian akademik bidang syariah.

Bijak. Inilah ‘war of ideas’ yang mahu diwujudkan oleh badan PBB sendiri. Mereka tidak mahu Muslim di Malaysia berfikir dalam kerangka yang sebenar tetapi mahu Muslim berfikir dalam kerangka persepsi.

Apabila PBB menafsirkan Islam untuk Muslim Malaysia. “We need secular state!”Bagai hendak gila para panel mendoktrin para pendengar. Sehingga panel mengajak semua rakyat menghormati hak lgbt yang juga punya hak atas dasar cinta. Gemuruh dewan bertepuk dan bersorak.

Apakah kegilaan yang dibawa PBB  ini? Membawa ‘ulama-ulama’ liberal menafsirkan syariah. Konon bertema ‘love for all hatred for none’.

Mengatakan bahawa Islam yang ditafsir mengikut disiplin ilmu selama ini adalah kebencian dan punca ketegangan antara manusia di dunia. Juga mengatakan bahawa Malaysia tidak memerlukan JAKIM, kita tidak perlukan golongan agama.

Rakyat yang perlu menentukan undang-undang yang mereka mahu. Malah, Undang-undang Islam sepatutnya boleh dikritik dan ditolak oleh setiap rakyat. Hebatnya PBB menafsir syariah untuk Muslim Malaysia laksanakan.

Antara ucapan ahli panel, Farouk Musa, wakil IRF dan seorang rasionalis:

“..to endorse interpetation of syariah that minimize contradiction with international human rights norms.”

Kita perlu menafsir semula syariah agar bertepatan dgn hak asasi manusia? Hak asasi manusia beracuankan barat yang memberi hak memberi pendapat tanpa batas. Hak kebebasan tanpa batas, hak golongan LGBT, liberal dan sebagainya. Menghalalkan hak yang bertentangan norma Islam.

Dan PBB semakin hari semakin menekan Malaysia melaksana undang-undang berteraskan hak asasi Barat ini. Lihatlah kita antara negara Muslim yang masih belum tunduk sepenuhnya kepada 18 perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Kita perlu menjaga kedaulatan agama dan unsur Islam di Malaysia. Tekanan yang datang dari dalam dan luar negara mengajar kita betapa musuh Islam itu sentiasa terdesak untuk menjatuhkan Islam. Umat Islam di Malaysia perlu sepakat, sedar dan bangkit mempertahan kedudukan Islam yang mulia.

Modus Operandi yang berulang kali digunakan oleh musuh Islam ini perlu diperhati dan diambil tindakan supaya fahaman Islam Liberal tidak terus bercambah dalam pemikiran Muslim Malaysia. PBB mungkin melaungkan Free from fear and free from want (bebas dari ketakutan dan bebas bertindak) namun, satu yang PBB tidak akan pernah beri kebebasan iaitu, kebebasan menjadi muslim sebenar.

By: Sharifah Abdul Samad.

TERSIRATNYA DALAM AGENDA KONSPIRASI MENJATUHKAN KERAJAAN MELAYU ISLAM PIMPINAN NAJIB RAZAK.

mahathir lim kit siang

Saya mahu memberikan tumpuan kepada gerakan gerakan agenda tersirat yang terancang untuk menjatuhkan Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak yang dilakukan  dengan penuh terperinci dari pelbagai sudut.

Apa yang amat jelas melalui  demonstrasi yang telah dilancarkan oleh pembangkang sejak  1998 lagi semunya menjurus kepada untuk menjatuhkan kerajaan. Jika dahulu  pembangkang telah diketuai oleh Anwar Ibrahim,

Namun setelah Anwar  bertapa dalam penjara, DAP  telah mengambil alih demontrasi dengan lebih rasis lagi . Banyak diantara orang Melayu masih lagi terperangkap dengan dakyah yang dilemparkan oleh DAP kepada kerajaan.

Matlamat  demontrasi yang dilakukan semuanya  bertopengkan kononnya membersihkan sistem pilihan raya, kebebasan sistem kehakiman, penggunaan dakwat kekal dan pelbagai alasan bodoh lain.

Tetapi apa yang benar ialah demontrasi yang dilakukan adalah untuk menumbangkan kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO atau dalam erti kata lain  kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu. Bertopengkan agenda yang tersurat tersebut telah menghalalkan perbuatan yang tersirat iaitu menumbangkan kerajaan.

Tekanan demi tekanan diberikan terhadap kepimpinan negara iaitu Dato seri Najib dengan hebatnya, bermula dengan  Sarawak Report, The Edge, Malaysiakini, The Malaysian Insider semuanya menggunakan isu fitnah yang dibuat oleh Tony Phua dan Rafizi sebagai modal.

Bukan itu sahaja,  setelah  beberapa media digital  dalam negara tidak lut untuk memberikan impak kepada Dato seri Najid, kini mereka telah bersekongkol mengajak  kuasa asing  masuk kekancah politik negara.

CNN, Wall Street Journal telah digunakan melalui proksi yang terlatih oleh US di Malaysia untuk meranapkan negara ini melalui serangan media. Masihkah kita ingat lagi bagaimana fitnah yang dilakukan keatas Iraq oleh CNN dan Wall Street Journal mengenai kewujudan WMD .

Tetapi sehingga tumbangnya  kerajaan Saddam Hussien dan hancurnya Iraq namun WMD masih lagi tidak dijumpai sehingga sekarang. Tetapi yang pasti CNN dan WSJ telah berjaya memperngaruhi rakyat Iraq  menumbangkan negara mereka dan mempercayai fitnah yang disebarkan oleh CNN dan WSJ.

Begitu lah yang sedang berlaku di Malaysia sekarang, Khairuddin bersama Martias Chang dengan sehebatnya telah menjemput tangan tangan ghaib dari barat untuk bersama sama menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

Alasan yang amat kukuh sebagaimana berlaku di Iraq dimana ada diantara rakyatnya menjemput  campurtangan asing menumbangkan kerajaan pimpinan Saddam. Tidak banyak perbezaannya yang dilakukan oleh pembangkang  di Malaysia sekarang.

Bukan itu sahaja proksi Israel dan US kini iaitu Singapura juga telah mula  menyiarkan  dokumentari yang bersifat fitnah terhapa kepimpinan  negara ini. stesen Singapura, Channel NewsAsia (CNA) menerusi program Insight  juga telah mengambil bahagian memutar belitkan cerita berkaitan Himpunan  Bersatu  yang telah dibuat baru baru ini.

Masihkah kita tidak dapat melihat agenda si Dajjal untuk meruntuhkan kerajaan Melayu Islam yang terakhir di Asia Tenggara ini? Apakah Melayu Islam dalam negara ini hanya melihat politik semata mata tanpa melihat agenda yang tersembunyi?

Bermula dengan Bersih 01, 02, 03, 04 yang telah dlancarkan semuanya gagal untuk menjatuhkan Dato Seri Najid dengan demontrasi jalanan. Tetapi orang melayu jangan alpa , ini adalah kerana jalan jalan terakhirnya ialah campurtangan asing yang tidak boleh dihalang jika ianya terdapat sokongan dari sebilangan dari rakyat Malaysia.

Seperti media asing lain yang tidak pernah berhenti memburukkan Malaysia, CNA telah mengeluarkan semula cerita basi yang sudah dijawab berkali-kali oleh kita.

Bermula dengan saman Anina yang tidak pernah dilantik oleh UMNO untuk mewakilinya, isu siasatan FBI berdasarkan dokumen palsu yang digunakan oleh WSJ, isu USD 700 juta dalam akaun Najib yang SPRM sendiri sudah sahkan bukan dari 1MDB dan pelbagai fitnah lain yang terbukti telah gagal menjatuhkan Najib.

Fitnah ini akan berterusan sehingga pada satu tahap mereka akan mendesak menggunakan  ketetapan PBB  melalui proksi US sebagaimana yang dilakukan terhadap negara negara telok yang telah hancur atas nama demokrasi.

Demokrasi yang menghancurkan ini lah yang dilaungkan oleh pembangkang dan  ianya juga demokrasi yang menetapkan kepimpinan boneka yang mana akan memberikan kuasa memilih oleh US untuk meletakkan troop ketenteraan mereka  sebagaimana yang diidamkan selama ini.

Bukan itu sahaja melalui proksi ini juga mereka akan terus  dapat menguasai Sabah yang mana didalam  dasarnya Laut sulu tertanama mutiara hitam yang menyamai  pengeluaran negara Kuwait.

Bukan sekadar desakan  yang dilakukan oleh Anwar proksi US untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia dan juga apa yang berlaku di Lahat Datu.

Masih ingat penghujung tahun lepas kapal perang canggih berteknologi tinggi Amerika USS John C. Stennis ada berlabuh di Sabah?Rasanya kedatangan kapal itu ke Sabah sebenarnya bukan sekadar ‘lawatan biasa’,

Amerika telah menggunakan kesempatan lawatan itu untuk mengintip rahsia sulit pertahanan Sabah dan mengatur strategi untuk ‘covert operation’ Lahad Datu ketika itu.  Dengan menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk kepada kumpulan ini, maka dapatlah Amerika mencapai matlamat mereka.

Sebahagian besar proksi dan juga pembangkang  memang pandai berurusan dengan Amerika.Walaupun secara logiknya, soal memisahkan Sabah dari Malaysia adalah sesuatu yang boleh dikatakan sebagai ‘mission impossible’, tetapi menawarkan Sabah sebagai pengkalan tentera kepada Amerika bagi mengantikan pengkalan Clark di Cebu Filipina adalah sesuatu tidak mustahil untuk terjadi.

Konspirasi dalam menjatuhkan kerajaan mElayu Islam dan juga kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam telah  banyak berlaku. Apakah semua ini tidak dapat membuka mata bahawa apa yang sebenarnya berlaku sekarang adalah  didalangi oleh barat.

Sanggup atau tidak kita berhadapan dengan apa yang telah berlaku di negara Telok masakini. Kedailan demokrasi yang dilaungkan hanya lah  sisa sisa kedamaian yang dikecapi sebelum ini  dan selebihnya adalah kemusnahan.

Tersiratnya BERSIH 4 telah menyatukan semula orang Melayu dan melenyapkan harapan kolusi DAP untuk memerintah negara ini dengan menggunakan fitnah dan juga menggunakan agenda asing serta memusnahkan harapan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang enggan mengikut telunjuknya

Apa lagi yang Mahathir mahu?  Tidak cukupkah kekayaan yang telah dipunggah selama 22 tahun memerintah?  Apa guna jika Najib dapat dijatuhkan tapi proksi kamu mewarisi kerajaan yang terlalu lemah akibat serangan-serangan dari kamu yang bertalu-talu ini.

Masih belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan.  Gunakanlah pengalaman memerintah selama 22 tahun itu untuk bantu mengukuhkan negara, bukan untuk menghancurkannya.

  • – PRU14.tv

Monday, September 28, 2015

KHOTBAH AIDILADHA YANG MENJADI PANAS TELINGA SESETENGAH PEHAK.



Sila baca teks penuh di bawah. Maaf, saya mempunyai kesulitan untuk salin teks Arab dari ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang dipetik (dari format pdf).

**************

Marilah pada hari yang penuh berkat ini, kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Mudahmudahan kita tergolong di kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala,

Pada 10 Zulhijjah adalah hari raya Aidil-Adha yang disambut oleh segenap lapisan umat Islam seluruh pelusuk dunia. Termasuklah jutaan saudara mara kita yang berada di tanah suci Mekah yang sedang menunaikan ibadah haji. Allah Subhanahu wa Taala telah menjadikan dua hari raya dalam setahun, iaitu hari raya aidil-fitri dan hari raya aidil-adha sebagai satu kegembiraan bagi umat Islam. Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari

Yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kaum mempunyai hari raya, dan inilah hari raya kita”

Hari raya Aidil-Adha dirayakan sempena umat Islam menunaikan ibadat Haji di Makkah al-Mukarramah. Ibadat Haji yang dilaksanakan oleh setiap jemaah Haji pada setiap tahun membawa bersamanya seribu satu unsur pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikan ibadat haji, mereka disunatkan berkorban dengan menyembelih binatang ternakan seperti unta, kerbau, lembu dan kambing.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Marilah kita bersama-sama dengan penuh kesedaran dan keinsafan mengambil iktibar dan pengajaran daripada rentetan peristiwa bersejarah lagi agung tentang pengorbanan dan juga ujian keimanan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Ujian keimanan yang amat sukar dan sangat mencabar untuk dilaksanakan, bahkan tidak mampu dibayangkan dari segi kemanusiaan.

Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam surah Al-Shoffat, ayat 104 hingga 107:

Yang bermaksud: Lalu Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim!” Engkau telah membenarkan mimpimu itu.” Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berbuat baik. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

Dalam melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Taala itu, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail AS telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya kepada Allah SWT. Dengan kurniaan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Allah telah mengirimkan seekor kibas untuk menggantikan Nabi Ismail AS. Kesetiaan dan kesabaran baginda dan puteranya menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Taala biarpun terpaksa menyerahkan nyawa sekalipun. Peristiwa ini dirakam oleh Allah Subhanahu wa Taala dalam surah As-Shoffat ayat 102:

Yang bermaksud: “Anaknya menjawab (Nabi Ismail): “Wahai ayah”, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya’ Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang yang sabar.”

Peristiwa bersejarah ini juga mengandungi pengajaran bahawa anak-anak yang soleh yang terbina budi pekerti dan akhlak biasanya muncul daripada zuriat keturunan dan lingkungan keluarga yang soleh laksana ungkapan pepatah Melayu menyebut “jatuhnya daun tidak akan jauh dari pohonnya”. Malahan peristiwa tersebut mengajarkan kita bagaimana menjadi hamba Allah Subha nahu wa Taala yang taat dan patuh melalui amalan hidup bersyariat. Melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa Taala
dengan penuh keihklasan, sabar, redha dan rela berkorban harta mahupun nyawa.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Persoalannya, sejauh manakah kita dapat memahami falsafah korban seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS itu? Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa agung tersebut?

Sempena hari raya korban ini, umat Islam janganlah mementingkan kepentingan diri sendiri dengan mengetepikan hak orang lain. Umat Islam hendaklah mengasihi sesama saudara seislamnya seperti mengambil berat terhadap keluarga yang daif dan yang memerlukan bantuan seperti pendidikan serta yang terlantar sakit tanpa kita sedari dalam masyarakat kita. Kita dapati juga belia-belia kita ramai yang terjebak dalam gejala maksiat, maka hendaklah mewujudkan sifat berkorban dengan melahirkan sifat bertimbang rasa dan berkasih sayang sesama kita untuk membantu mereka, janganlah ada perasaan hasad dengki, dendam sehingga berlakunya perpecahan dan pergeseran yang boleh melibatkan kacau bilau atau lebih teruk lagi pertumpahan darah dalam keluarga dan masyarakat seperti berlaku baru-baru ini.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah Subhanahu wa Taala

Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti parti Umno, Pas, PKR dan ditambah parti baru yang di namakan Gerakan Harapan Baru (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terangterang menentang Islam. Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka. Ingatlah Firman Allah Subhanahu wa Taala yang mewajibkan kita bersatu dan melarang kita dari berpecah belah kerana ia membawa kelemahan dan kehilangan kuasa pemerintahan umat Islam di negara ini.

Firman Allah Subhanahu wa Taala, Surah Al- Anfal ayat 46.
                        Yang bermaksud : dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Ayat yang dibaca tadi jelas melarang kita berpecah belah dan bersatu padu tanpa bergantung pada orang bukan Islam. Ingatlah kita masih diberi peluang oleh Allah Swt untuk mempertahankan kuasa memerintah di tangan orang Islam. Marilah kita bersatu padu hindarlah perkara-perkara merugikan negara dan umat Islam.

Yang bermaksud: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.

Dari: AIDCNews.

Sunday, September 27, 2015

LIM KIT SIANG SILA ANJURKAN BERSIH 5.0


MESEJ TERSIRAT NEGARA IMPIAN CINA MALAYSIA AKA DAP, BAHASA KEBANGSAAN DIHINA, JATA NEGARA DIBUANG 
Orang-orang Melayu, orang-orang Islam, orang-orang India, Orang-orang Kadazan, Iban, Dayak dan lain-lain semuanya aman bahagia, perasaan senang dan tenang, tidak stress, tiada apa-apa yang mereka bimbang!

Tetapi kenapa Cina Malaysia ketakutan, bimbang, stress, ketar lutut. Kenapa Cina Malaysia tension, pengecut (Cina Malaysia sekarang minta bantuan sesiapa sahaja dari luar negara kerana ketakutan). Kenapa takut?. 

1. CINA MALAYSIA SOMBONG 
Itulah kamu Cina-Cina Malaysia, mula-mula kamu sombong, buat Bersih 1, 2, 3, 4...apabila orang Melayu baru tunjuk sikit taring kamu sudah ketakutan, ketar lutut, satu ekor ganster Cina pun tiada yang keluar mempertahankan Petaling Street dan Low Yat! Itu belum lagi Merah 2, 3, 4... Silakanlah buat Bersih 5.0!!! Ada Berani?

2. MELAYU PANTANG UNDUR 
Biar kamu tahu satu perkara, bagi orang Melayu tidak akan berundur...pantang berundur. Biar putih mata jangan putih tulang. Agi idup Agi ngelaban!

3. RASALAH KESANNYA 
Sekarang kamu Cina malaysia, kamu rasa lah kesan nya apa yang kamu sudah buat! Inikan yang kamu mahukan? Nextime, dengar lagi cakap Lim Kit Siang!

4. KEADAAN SUDAH BERUBAH 
So now, kamu orang Cina sudah buat silap besar! Keadaan sudah berubah! Jangan terperanjat kalau Malaysia sudah tidak lagi seperti dulu. Kamu Cina yg nak mcm ini, terimalah habuannya!!!. 

5. TAMAK DAN LANGGAR SOCIAL CONTRACT 
Inilah angkara orang tamak, orang yang mungkir janji social contract!!! Segala-galanya mahu dikaut kekayaan ekonomi, kuasa politik dan segala-galanya.

6. DATO JAMAL 
Dato Jamal boleh dipenjarakan, tetapi tunggulah akan datang akan muncul 1001 Dato Jamal...masa akan menentukannya!

7. BERSIH 5.0 
Kepada Cina Malaysia yang tamak, orang Melayu menunggu Bersih 5.0... Silakan buat Bersih 5.0!!!

8. SOCIAL CONTRACT PERKARA 151, PERKARA 152, PERKARA 153 
Perkara 151 Hal kuasa-kuasa Khas menentang perbuatan subversif dan kuasa-kuasa Darurat
Perkara 152 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu, bukan bahasa Mandarin! Lim Kit Siang patut ajar Cina DAP belajar bahasa Kebangsaan dengan betul. Kamu kata kamu rakyat Malaysia tetapi bahasa kebangsaan pun tak pandai !!! 

Perkara 153 Raja-raja Melayu dan kedudukan-kedudukan Istimewa orang Melayu pun kamu nak kebas semuanya, kamu nak hapuskan semuanya dengan alasan keadilan, tetapi keadilan apa yang kamu katakan jika kamu sendiri tidak pernah berlaku adil kepada negara Malaysia!

Kamu Cina Malaysia telah diberikan pelbagai perkara, dan kamu nak lagi dan nak lagi dan nak lagi, rakus, tamak haloba!

Perkara 3 Agama Islam adalah agama Rasmi Persekutuan Malaysia. Hormatilah.Tunjukkan dan buktikan dalam perbuatan kamu, kata-kata kamu, dalam akhbar Cina kamu. 

Adakah kamu ingat orang Melayu tidak tahu membaca surat khabar Cina kamu! Jika setiap hari kami membaca surat khabar kamu bagaikan setiap hari kamu mahu pertumpahan darah!!! kerana kamu menghina orang Melayu setiap hari, kamu menghina Islam setiap hari! Kamu sangat gembira dengan penghinaan Alvin dan Namewee kepada orang Melayu dan orang Islam!

9. DULU LAIN SEKARANG LAIN ! 
Keadaan sudah berubah kerana kamu Cina Malaysia yang menyebabkannya! Satu kali lagi kamu Cina Malaysia kurang ajar, sombong, lupa diri dan tidak sedar diri, jangan hairan padang jarak akan jadi padang tekukur !!!

Silakan buat Bersih 5.0...!!!


APA CINA MALAYSIA MAHU DI PETALING STREET? KEAMANAN? BISNES BAGUS? ATAU PERTUMPAHAN DARAH ? SIAPA MEMULAKANNYA? BERSIH 1 2 3 4... SILAKAN BUAT BERSIH 5.0 !


Orang Melayu Pantang Berundur, Tidak Seperti Cina Malaysia Lari Bersembunyi Apabila tengok baju Merah, Gangster Cina semua lari sembunyi tidak nampak di Petaling Street tidak nampak batang hidung di Low Yat !
 
Malaysia sudah berubah, berani buat berani tanggung, berani mulakan berani tanggung risiko !..silakan Cina Malaysia buat Bersih 5.0!
Dari: Mymassa.

MEDIA ASING DAN SIKAP KITA.

SUATU ketika dahulu rakyat di negara ini, diperingatkan berkali-kali supaya berhati-hati dengan mainan media asing yang sentiasa berusaha memburuk-burukkan Malaysia. Apa sahaja isu yang berlaku akan dieksploitasikan habis-habisan bagi menjejaskan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.


Malah penulis masih ingat seorang pemimpin utama negara membidas laporan majalah antarabangsa Far Eastern Economic Review mengenai suasana politik Malaysia dan secara sinis mencadangkan supaya media antarabangsa itu menukar sahaja namanya kepada Far Eastern Political Review.


Itu dahulu tetapi sekarang seolah-olah sudah wujud ‘perubahan sikap’ dalam kalangan kita sendiri mahu menjadikan media asing sebagai senjata bagi menggugat kepemimpinan negara dengan pelbagai serangan.


Kenyataan bekas Ahli Dewan Negara, Mohamad Ezam Mohd. Noor yang mendakwa serangan bertubi-tubi tanpa fakta oleh media asing terutamanya Amerika Syarikat (AS) terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didalangi oleh kumpulan zionis perlu diberi perhatian.


Ini memandangkan kita memahami bagaimana sentimen media barat terhadap ketegasan Malaysia dalam berhadapan dengan isu berkaitan umat Islam khususnya melibatkan rakyat Palestin.


Sejak dulu lagi media asing tidak pernah berniat baik terhadap negara ini walaupun ada dalam kalangan kita sendiri menganggap tindakan media tersebut mendedahkan segala kepincangan mengenai Malaysia adalah wajar kononnya atas alasan media tempatan tidak bebas.


Penulis akui ada pelbagai isu yang perlu ditangani dan ada banyak masalah yang harus diselesaikan oleh kerajaan Malaysia tetapi persoalannya apakah wajar kita menjadikan media asing sebagai ‘senjata’ untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku?


Kalau mahu bercakap soal media arus perdana tidak bebas dan dikongkong, bagaimanakah dengan media-media khususnya portal propembangkang? Apakah mereka tidak bebas? Tidakkah selama ini pelbagai laporan negatif mereka siarkan mengenai kepemimpinan negara?


Namun begitu itu hak mereka yang kononnya berpegang kepada kebebasan media untuk membuat laporan apa sahaja dirasakan wajar tetapi janganlah antara kita terlalu teruja apabila ada media asing dari semasa ke semasa terus melakukan serangan ke atas kepemimpinan negara.


Percayalah media asing mempunyai agenda tersendiri. Usah bercakap soal kononnya mereka mahu memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Agenda itu tidak ada dalam kamus kewartawanan media berkenaan apabila melibatkan Malaysia dan negara-negara Islam.


Sebab itulah, kita perlu berhati-hati dengan media asing. Perbuatan bersekongkol dengan mereka semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan sedia ada adalah tindakan tidak bijak dan hanya akan meletakkan negara dalam bahaya serta bersikap seperti ‘marahkan nyamuk kelambu dibakar’.


Media asing tahu bagaimana dan bila masa mereka boleh mengambil kesempatan. Malah mereka juga amat memahami siapa yang boleh dijadikan sumber untuk melaksanakan agenda tersembunyi bagi mera-napkan kepemimpinan negara ini.


Perlu difahami media asing tidak akan melaporkan yang positif mengenai Malaysia. Apa sahaja isu yang berlaku di negara ini ibarat ‘bulan jatuh ke riba’ kepada Malaysia. Soal sama ada sesuatu isu benar atau tidak, palsu atau tidak ia bukanlah menjadi perhitungan utama, apa yang penting selagi ada ruang, selagi ada kesempatan dan selagi ada peluang mereka akan mengasak habis-habisan.


Mungkin bagi mereka yang tidak sehaluan dengan kepemimpinan negara akan timbul perasaan puas hati kerana media asing telah ‘memenuhi impian’ mereka, tetapi dengan fikiran yang tenang dan hati yang bersih, fikirkanlah wajarkah tindakan seumpama itu dilakukan.


Jika Malaysia dipandang negatif di peringkat antarabangsa, apakah ia akan menguntungkan rakyat negara ini secara keseluruhannya? Tidakkah kita terfikir bahawa ia hakikatnya menjemput ‘penjajahan baru’ yang tentunya lebih bahaya daripada sebuah peperangan?


Kalaupun ada masalah atau perasaan tidak puas hati, biarlah rakyat negara ini yang membuat perhitungan dalam pilihan raya bukannya orang luar termasuklah media asing. Malaysia bukannya dipe-rintah oleh parti kerajaan sahaja, malah kita juga ada pembangkang dan mereka turut mempunyai media sendiri.

Dalam bahasa mudahnya, perhitungan mengenai pentadbiran dan kepemimpinan negara, biarlah kita sebagai rakyat Malaysia tentukan bukannya mana-mana orang asing yang cukup bijak mengambil kesempatan bagi melemahkan negara ini.


Apa yang menjadi kebimbangan sudah ada kecenderungan pihak tertentu untuk bersekongkol dengan media asing bagi mencapai tujuan politik mereka. Kononnya ia bagi menyelamatkan Malaysia dan kerajaan sedia ada, tetapi persoalannya apakah media asing benar-benar mempunyai niat yang tulus ikhlas seumpama itu?


Tidak terfikirkah kita siapakah selama ini yang mengucar-kacirkan negara-negara Islam khususnya di rantau Arab? Bukankah media asing yang bertanggungjawab melaporkan pelbagai keburukan mengenai kepemimpinan orang Islam tetapi membutakan mata terhadap penindasan yang dilakukan oleh negara barat terhadap orang Islam?


Justeru sebelum terlambat, hentikanlah perbuatan yang dianggap mengkhianati negara dengan bersedia menjadi alat kepada media asing. Fahamilah, negara ini diperintah oleh orang Melayu beragama Islam. Kerajaan yang ada ditunjangi oleh parti Melayu dan beragama Islam.


Jangan sampai kerana kemarahan yang menyala dan dendam membara menyebabkan kita tenggelam punca sehingga tidak melihat bahaya yang menanti melalui permainan media asing tersebut.


Percayalah apa yang mereka lakukan bukanlah sekadar mahu menjatuhkan seorang pemimpin seperti mana dihasratkan oleh sesetengah dalam kalangan kita sendiri tetapi jauh daripada itu mampu menyebabkan orang Melayu dan umat Islam Malaysia merempat di tanah air sendiri.

Dari: Zulkifle Bakar.

ORANG MELAYU TAK PEDULIKAN PAKAIAN TRADISI DI HARI RAYA.....

Kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak masih diselubungi jerebu. Entah bila akan berakhir. Nampaknya keadaan jerebu turut melanda fikiran orang Melayu.


Semasa umat Islam, khususnya orang Melayu berpusu-pusu ke masjid atau surau untuk mendirikan solat sunat Hari Raya Aldiladha, pelbagai ragam pakaian lelaki dapat disaksikan. Ada yang berpakaian baju Melayu lengkap, tapi lebih banyak saya lihat berpakaian baju Melayu tanpa mengenakan samping – nampak macam berbogel sahaja.


Ada juga berbaju Melayu dengan berkain palikat sahaja. Banyak juga yang langsung tak mahu memakai songkok. Mereka lebih gemar letak kopiah di atas kepala. Nasib baik tak ramai yang memakai baju kemeja atau jersi, kalau tidak sama seangkatan dengan pekerja Bangladesh.


Semasa Aidiladha kita nampak orang Melayu tak kisah pakaian tradisionalnya berbanding semasa merayakan Aidilfitri. Pada ketika itu macam ada perasaan tidak peduli tentang pakaian tradisional semasa menyambut Hari Raya Aidiladha. Yang penting pada mereka ialah asalkan ia identiti seorang Islam yang menutup kepala. Jadi dapatlah kita lihat ada yang memakai songkok, kopiah, sarban dan semutar dengan pelabagai warna dan corak.


Kenapa orang Melayu tidak mahu berpakaian baju Melayu lengkap sebagaimana dilakukan sepanjang bulan Syawal. Bukankah selepas memakai pakaian hari raya sama ada berjubah, berkain palikat, berkopiah atau semutar, bila selesai solat sunat hari raya mereka akan pulang ke rumah untuk menukar pakaian lain kerana hendak melaksanakan acara korban haiwan secara gotong-royong.


Pakai baju Melayu lengkap atau berjubah dan sebagainya tetap kena tukar pakaian selepas solat sunat itu. Jadi kenapa tak mahu mengekalkan tradisi pakaian Melayu seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu berbeza orang, berlainan pandangannya.


Kalau begini lama kelamaan, ada orang yang tak mahu berpakaian baju Melayu lengkap lagi. Mungkin datang dengan seluar biasa dan baju-T serta memakai kopiah – ringkas sahaja. Jadi mana nikmat untuk merayakan Hari Raya Korban.


Berbeza sungguh cara kita merayakan Hari Raya Aidiladha yang disambut selama tiga hari – 10, 11 dan 12 Zulhijjah. Selepas selesai majlis korban, daging korban diagih-agihkan – yang kebanyakan tempat selesai pada hari pertama, kehidupan kembali seperti biasa.


Pada saya, suasana Hari Raya Korban jadi begini sebab pada awal-awal lagi kita sudah tetapkan minda tidak mahu berpakaian cantik dan lengkap. Kita anggap kedatangan 10 Zulhijjah sebagai hari biasa-biasa dengan acara solat sunat Aidiladha dan majlis sembelih binatang korban. Itu sahaja dan bila semua selesai, tamatlah sambutan hari raya.


Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri majlis rasmi seperti upacara perkahwinan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kopiah pula kian banyak dipakai orang Melayu untuk solat Jumaat, majlis agama dan sewaktu menyambut Hari Raya Korban.


Songkok dilaporkan berasal dari zaman Kerajaan Ottoman, Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular dalam kalangan India Muslim dan kemudiannya beransur-ansur menyerap menjadi budaya di Alam Melayu menggantikan tanjak atau dastar. Apakah amalan orang Melayu sekarang yang lebih gemar memakai kopiah itu akan menukar pula peranan songkok sebagai salah satu pakaian tradisional Melayu?


Slogan "Satu Bahasa, Satu Bangsa" mungkin sudah basi untuk didengari. Tidak siapa yang peduli pada slogan yang begitu popular semasa peringkat awal kemerdekaan negara ini dahulu.


Punca impian ini tidak tercapai antaranya kerana pemimpin bukan Melayu dan ibu bapa murid sekolah-sekolah aliran Cina dan Tamil tidak berminat menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana suasananya kurang menarik serta bimbang anak-anak mereka terpengaruh dengan adat resam orang Melayu dan agama Islam.


Akibat pemisahan mengikut aliran sekolah jenis kebangsaan dengan menggunakan bahasa pengantar yang mengikut bahasa ibunda kaum-kaum itu, kesan hubungan antara kaum kian renggang dan kita rasai bahangnya sekarang.


Silap pihak pentadbiran sekolah kebangsaan juga kerana terlalu kuat menonjolkan sikap dan fahaman agama hingga menakutkan bukan Melayu. Sebab itu masyarakat Cina dan India bermati-matian mempertahankan kewujudan sekolah jenis kebangsaan.


Tetapi sampai bila isu sistem persekolahan di Malaysia ini hendak diperkatakan. Selagi tiada kata sepakat dan hanya mementingkan kelompok kaum masing-asing sahaja, maka perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat majmuk ini tidak akan berkesudahan. Saban tahun ada perasaan syak wasangka timbul dan bermain dalam minta kaum-kaum di negara ini.


Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia termaktub perkara bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini, tetapi kenapa sukar untuk kaum bukan bumiputera untuk menerima semangat satu bahasa satu bangsa. Kita sudah ada bahasa untuk menyatukan semua kaum, tetapi sampai sekarang tak siapa yang peduli dengan bahasa Melayu. Apakah mereka tidak percaya pada bahasa Melayu atau mereka teramat benci pada perkataan 'Melayu.'


Sesungguhnya, mana-mana negara pun mahu menyatupadukan rakyatnya, kerana perpaduan adalah asas bagi menjamin kestabilan sosial, ekonomi dan politik.


Tembok perkauman mesti diruntuhkan untuk memberi laluan kepada kehidupan satu bangsa Malaysia yang lebih harmoni. Tempat terbaik untuk memulakan usaha mencambah rasa harmoni ini ialah melalui sekolah satu aliran di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.


By: Azman Anuar.

ADA KIRA-KIRA PAKATAN PEMBANGKANG TANPA PAS......

September akan diingati oleh Pas sebagai bulan pengkhianatan. Selepas 16 September yang menyaksikan pemimpin serpihan Pas membentuk parti sendiri Parti Amanah Negara (Amanah), pada 22 September lalu mereka membentuk sebuah pakatan pembangkang baharu yang menyisihkan Pas.


Dari awal desas-desus pembentukan pakatan baharu, Pas memang menunjukkan sikap berbeza.

Mereka bertegas tidak mahu menjalin kerjasama dengan pengkhianat dan juga DAP, parti yang sejak lama dicurigai.


Dalam keadaan begitu hanya PKR yang kelihatan bersungguh-sungguh mahu membawa Pas ke dalam bahtera baharu kononnya untuk menyelamatkan Malaysia itu.


Perbincangan pun diatur untuk mempertemukan parti-parti pembangkang dan NGO sealiran dalam satu perbincangan meja bulat.

Beberapa hari sebelum pertemuan meja bulat diadakan, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengadakan pertemuan khusus dengan pimpinan Pas.


Yang umum tahu tentulah PKR akan sedaya upaya memujuk Pas menyertai pakatan baharu itu, sekurang-kurangnya agar tidak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya kelak.


Tetapi seperti ada sesuatu yang disembunyikan, Pas tidak dimaklumkan tentang agenda sebenar meja bulat 22 September itu. Jadilah pertemuan PKR dengan pimpinan Pas umpama wayang penglipurlara sahaja.


Pas merasakan firasat mereka terbukti benar. Mereka betul untuk tidak menyertai pakatan baharu. Kemusykilan Pas itu diumumkan melalui satu kenyataan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Pas mengesan ada pihak tertentu yang tergesa-gesa mengumumkan kelahiran gabungan baharu itu, Pas melihat dakwaan mereka itu lebih terserlah dan seolah-olah dibenarkan melalui pengisytiharan serta-merta kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan oleh DAP Pulau Pinang.


"Tindakan sepantas kilat itu telah menambat persepsi di minda rakyat mengenai siapa sebenarnya perancang utama di dalam pakatan yang baharu ini," kata pemimpin Pas ini yang selalunya menunjukkan sikap diplomasi apabila berhadapan dengan DAP dan PKR.


Apakah maksud kias Tuan Ibrahim ini? Tuan Ibrahim menjelaskan Pas langsung tidak dimaklumkan tentang adanya persidangan meja bulat pembangkang dalam pertemuan dengan PKR pada 15 September lalu.


Persidangan meja bulat pembangkang dimaklumkan kemudian, dan pada awalnya diberi gambaran sekadar perbincangan isu melibatkan kepentingan rakyat.


"Namun apa yang berlaku tenyata persidangan itu mempunyai agenda lain," kata Tuan Ibrahim. Kenyataan Pas itu disusuli dengan dakwaan wujudnya konspirasi terancang menyisihkan Pas dalam pakatan baharu.


DAP yang dilihat menakhoda pakatan itu bersama PKR dan Amanah seperti sengaja mahu menyisihkan Pas.


Belum pun bersama, Pas sudah merasa mereka dikhianati. Sentiasa ada agenda dalam agenda. Entah apa lagi agenda tersirat yang belum terdedah kepada umum.


Tidak berprinsip.


Masalahnya, Pas juga yang kelihatan terhegeh-hegeh dan boleh diterjemah sebagai tidak berprinsip. Hanya Pas yang menganggap Pakatan Rakyat belum musnah.


Hujahnya, masih ada kerjasama dengan PKR sedangkan parti itu terang-terangan bermain kayu tiga.


Malangnya Pas merelakan sahaja pasangannya, PKR berlaku curang dengan DAP dan Amanah. Hari ini berkasih-kasih dengan DAP dan Amanah, esok bermanja-manja di riba Pas.


Yang ternampak menaruh harapan tinggi dengan pakatan baharu ini ialah DAP dan parti baharu asuhan mereka, Amanah.


PKR masih ragu-ragu walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sekali lagi, digula-gulakan dengan jawatan Perdana Menteri.


Pakar strategi DAP, Liew Chin Tong dalam kenyataannya menegaskan bahawa tanpa Pas, pakatan baharu itu masih mampu menarik sokongan pengundi Melayu.


Ahli Parlimen Kluang itu malah melihat Pas tidak berupaya untuk menarik minat orang Melayu bandar dan pengundi bukan Melayu jika tidak kerana kumpulan progresifnya yang kini telah keluar daripada parti Islam itu.


Jadi, kehadiran Amanah akan dipergunakan untuk menawan 30 hingga 40 kerusi marginal yang selama ini dikuasai UMNO.


Kerusi itu kebanyakannya separa bandar di pantai barat Semenanjung dan bercampur-campur dari segi komposisi etniknya.


Inilah kira-kira DAP. Mereka tak peduli pun soal pertembungan tiga penjuru. Nampaknya PKR lebih yakin bersama dengan DAP dan Amanah dalam mengharungi pilihan raya umum kelak.


Maka, berterusanlah PKR bermain silap mata dengan Pas kerana tujuannya mahu mengekalkan kekuasaan kerajaan PKR di Selangor. Percayalah; lambat-laun Pas akan ditinggal jua oleh PKR.


Kini, setelah tertubuhnya pakatan baharu itu mereka akan lebih fokus untuk menggerakkan gelombang antikerajaan. Hasrat mereka mahu membenamkan UMNO untuk selama- lamanya.


Gelombangnya telah dirasai. Kita kini seakan-akan berada dalam mood pilihan raya. Rakyat juga yang terjebak hinggakan apa juga usaha pemulihan ekonomi mahu disabotaj.

Dar: Utusan.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik