Saturday, January 30, 2016

MELAYU DAN DISEBALIK MAKSUDNYA.

Oleh kerana hati merasakan ramai saudara-saudara kita yang kurang memahami maksud "orang Melayu" dan di sebalik maksudnya, maka izinkan saya terangkan disini dengan jelas. Sila ambil perhatian saya menaip bukan dengan tujuan politik. Sila buangkan tanggapan dan pengaruh politik anda sebelum membaca penerangan saya. Saya hanya mahu berkongsi ilmu dengan saudara/saudari. Maafkan saya jika tulisan saya tersentuh hati kecil saudara/saudari. Harap maklum.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 160(2):
"orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu, dan-

(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) zuriat seseorang yang sedemikian

Penerangan:
Oleh itu, tidak kira dia berbangsa melayu, cina atau pun india, asalkan dia MEMELUK AGAMA ISLAM, boleh bertutur Bahasa Melayu, pernah tinggal di Persekutuan atau di Singapura sehingga mengikut adat2 tempatan dan lahir di Persekutuan atau di Singapura seperti yang dinyatakan di atas, maka dia digelar "orang Melayu". Izinkan saya menjelaskan bahawa adat Melayu berbeza di setiap daerah dan negeri. Oleh itu syarat ini tidaklah begitu mempengaruhi untuk menjadi "orang Melayu".
Yang penting ialah beragama islam, boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan kewarganegaraan Persekutuan Malaysia atau Singapura. Perbezaan bangsa tidak menafikan syarat-syarat ini.

Walaupun label "orang Melayu" mungkin dianggap remeh bagi segelintir orang, tetapi sebenarnya ia sangat menguntungkan "orang Melayu".

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 153(1):
"Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini."

"orang Melayu" mendapat kedudukan dan hak ISTIMEWA berbanding kaum-kaum lain yang mendapat kedudukan SAH. Kepentingan ISTIMEWA ini termasuklah dalam mendapat biasiswa, rizab tanah, permit, perkhidmatan, keistimewaan pendidikan dan latihan, dsb.

Sebagai kesimpulan, kepentingan ISTIMEWA ini TIDAK DIPENGARUHI DENGAN BANGSA tetapi DIPENGARUHI DENGAN AGAMA ISLAM seperti yang saya terangkan di atas. Hanya orang Islam yang mendapat kepentingan ini. Bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India juga boleh mendapat kepentingan ISTIMEWA ini jika memeluk agama Islam. Andai kata seseorang itu telah murtad, maka kepentingan ISTIMEWAnya pun DIGUGURKAN.

Saya harap penerangan ini cukup memuaskan hati yang membaca. Segala pertanyaan dan komen amat dialu-alukan - Falasafahminda.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik