Sunday, January 17, 2016

TINDAKAN TUN DR MAHATHIR SELEPAS BERSARA.


Tun Dr Mahathir Mohammad bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meskipun telah bersara, beliau pada masa itu, masih juga memberi pandangan, apa yang seharusnya boleh dilakukan dan apa yang tidak, kepada penggantinya. Masa itu, ramai yang beranggapan, bahawa Malaysia cukup beruntung kerana seorang negarawan yang telah bersara, masih juga perihatin kepada negara.

Tun Dr Mahathir sebelum dilantik ke jawatan Perdana Menteri, beliau telah menjadi perhatian rakyat apabila menulis buku Dilemma Melayu (The Malay Dilemma) serta tindakan beliau mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, kerana mendakwa bahawa Perdana Menteri pertama itu lebih condong kepada kaum cina berbanding kaum melayu. Kenyataan beliau itu, telah mengakibatkan beliau turut kalah dalam pilihanraya, kerana pengundi cina tidak mengudi calon parti perikatan bagi parlimen Alor Setar di mana calonnya adalah beliau sendiri.

Tindakan Tun Dr Mahathir menulis buku Dilemma Melayu, bagaikan menyapu garam ke luka yang belum sembuh, kerana peristiwa 13 May, pergaduhan antara melayu dan cina. 

Tahun 1981 Tun Dr Mahathir dilantik ke jawatan Perdana Menteri, kerana pengunduran diri Tun Hussien Onn, kononnya kerana faktor kesihatan, walaupun terbukti kemudian, kesihatan bukanlah penyebab PM ke-3 itu meletakkan jawatan, kerana mantan PM ke-3 itu sempat menyertai S-46, walaupun berpatah balik kemudiannya.

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang menduga bahawa perang saudara akan berlaku, kerana beliau adalah pencetus idea itu melalui buku beliau Dilemma Melayu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kaum cina dan india yang jutawan, berubah kepada multi jutawan.

Mempergunakan kaum cina dan bukan melayu sebagai punching bag terus digunakan apabila Tengku Razalegh Hamzah bertanding Jawatan Presiden Umno tahun 1987. Dengan propaganda, jika KULI menang, maka Malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang bertindak sebagai proxi kaum cina. Akibat kempen itu, KULI tewas dalam pertandingan itu.

Benarlah kata orang, apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan perkara sebenar yang berlaku, akan tetapi perhatikan kepada tindakan beliau. Selepas KULI kalah kerana kononnya jika KULI jadi PM, maka kaum lain akan bertambah kaya, namun apa yang berlaku, kaum yang digunakan mengalahkan KULI diperkayakan seterusnya, sehingga beliau bersara.

Tun Dr Mahathir pakar sangat mempergunakan sentimen perkauman. Sebagai bukti pada PRU 1999, sebenarnya di atas kertas BN akan tumbang, ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada Tahun 1998. Kepintaran PM ke-4 itu mempergunakan kartu perkauman, membuatkan kaum cina dan india mengundi Bn pada tahun PRU itu, kerana kempen yang dahsyat yang mengatakan, jika Bn kalah, maka 13 May akan berulang. Pergaduhan atau kedudukan negara yang kacau adalah musuh utama orang-orang kaya, dan orang-orang kaya itu adalah bukan melayu. Oleh kerana melayu bukan golongan kaya, atas sebab itu kempen 13 may bakal berlaku tidak dipedulikan, sebab itu kaum melayu mengundi pembangkang, sehingga Negeri Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Pada 15 Januarii, Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc yang membicarakan soal-soal keyakinan kepada kerajaan Bn. Kononnya, ketidak yakinan kepada kerajaan hari ini, hanya kerana seorang individu- DS Najib Razak. Apa yang cuba dinafikan oleh mantan PM itu, ketidakyakinan kepada kerajaan sebenarnya bermula sejak Tahun 2008, apabila beliau mengecam Tun Abdullah Badawi.

Selain itu, mantan PM itu mendakwa bahawa pemecatan bebebarpa pemimpin daripada kabinet, para pegawai kerajaan termasuk peguam negara, adalah punca kepada ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan Bn pimpinan DS Najib. Apa yang beliau lupa, bahawa beliau pernah memercat hakim, ketua hakim dan pemimpin kerajaan kerana tidak sehaluan dengan beliau semasa beliau menjawat Perdana Menteri. Kini beliau bercakap pula, memecat orang-orang tertentu, walaupun boleh menjahanamkan pentadbiran negara, adalah salah, dan menurut beliau pemecatan itu, mengambarkan bahawa dakwaan terhadap DS Najib adalah benar, namun bagaimana pula pengertian semasa beliau bertindak serupa pada masa lalu??? tepuk dada tanya selera.
Dari: AYT.
 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik