Thursday, February 4, 2016

ALKISAH POLITIK KEDAH.



Negeri Kedah jelapang padi
Hijau kuning cukup hebat
Kecoh politik menjadi jadi
Habih rakyat pening lalat

Kuah rojak resepi Mak Bee
Daun palas buat ketupat
Berebut kerusi nak jadi MB
Kita tengok sapa yg dapat

Kerusi empuk wisma negeri
Pakat dok idam nak pi
Sorang ada title degre
Sorang lagi cuma SRP 

Ada sijil walau SRP
Ada degree belum tentu ori
Rakyat kalut dalam wasap dan fb
Pakat cerita reka sendiri

Bakaq bata, aloq semadom
Jerlun, dulu bawah langkawi
Raja panggil jumpa adun
Nak pasti ada sokongan tak lagi

Orang kedah banyak lori
Utk isi beras dan padi
Raja bijak memang bestari
Buat keputusan rakyat puashati

Menara Aloq Staq memang gayat
Gayat2 pun ramai yang panjat
Mukhriz pemimpin berjiwa rakyat
Md Bashah pemimpin peringkat pusat

Makan nasi gulai seratik
Kopi janda cukup berhantu
Suka duka dlm politik
Takdir tuhan adalah penentu

Buah nyok banyak santan
Makan pulut dgn ubi
Mukhriz kalah letak jawatan
Bashah naik jd MB

Pergi mendaki gunung senyum
Buka mulut tak dak gigi
Rakyat kedah boleh senyum
MB baru belajaq tak tinggi

Bawa senapang pi berburu
Dalam hutan kena hati2
Syabas dan tahniah MB baru
Tunggu PRU rakyat nak uji.

- Mykmu.net

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik