Friday, February 26, 2016

JAWATAN MUHYIDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO DIGANTUNG SERTAMERTA.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tan
Sri Muhyiddin Yassin digantung serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata keputusan itu diambil selepas ahli Majlis Tertinggi (MT) berbincang selama lebih dua jam untuk usul penggantungan berkenaan.

"MT mengambil maklum UMNO menyokong prinsip bersuara tetapi perlulah mengikut saluran yang betul. Dalam kes Muhyiddin ini, apa yang dilakukannya adalah sangat serius dan MT mengambil keputusan menggantung jawatannya serta-merta.

"Keputusan itu diambil selepas mengambil kira suasana politik semasa. Muhyiddin seharusnya membantu dalam usaha mengukuhkan parti.

"Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Spekulasi pemecatan Muhyiddin semakin kuat selepas ahli MT Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden jika tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.
   
Semasa membuat gesaan itu, Mohamed Nazri berkata Perlembagaan UMNO menyatakan dengan jelas bahawa tugas Timbalan Presiden parti itu adalah untuk membantu presiden.

Dalam pada itu, kata Tengku Adnan, Muhyiddin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal sudah dimaklumkan untuk hadir ke mesyuarat MT berkenaan namun tidak menghadirkan diri.

"Hanya jawatan Timbalan Presiden yang dipegang Muhyiddin digantung dan jawatan lain yang ada kekal seperti biasa," jelasnya.

Muhyiddin sebelum ini dilapor mengingatkan Majlis Tertinggi parti itu supaya jangan sekali-kali berani untuk mengambil tindakan terhadapnya jika tidak mempunyai bukti.

Ia susulan ucapannya di Kampung Baru pada 7 Disember yang dilaporkan akan dirujuk ke Lembaga Disiplin Parti dan Majlis Tertinggi.
-AstroAwani.



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik