Friday, February 12, 2016

PENGEMIS: TIADA YANG MEMBERI, TIADA YANG BERANI MEMINTA.

ke_01.1









Bagaikan tiada kesudahan malah semakin berleluasa itu yang dapat di gambarkan tentang kemunculan semakin banyak pengemis atau orang papa di negara kita terutama dalam kalangan warga asing.

Isu pengemis ini bukanlah sesuatu yang baru, ia telah lama bertapak di negara kita sejak berpuluh tahun lalu, jika dahulu hanya orang tempatan yang menjadi pengemis tetapi sekarang kegiatan itu kini di kuasai oleh warga asing, sikap pemurah rakyat Malaysia yang suka menderma menyumbang kepada fenomena ini.

Tidak di nafikan bersedakah dan menderma adalah sifat yang mulia dan di tuntut oleh agama, namun biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya jangan sampai ia mengujudkan ruang untuk sang parasit mengambil peluang dan kesempatan atas kebaikkan kita.

Percaya atau tidak seoarang pengemis di Kuala Lumpur mampu meraih pendapatan lumayan mencecah ribuan ringgit sebulan malah sindikit yang mengawal pengemis-pengemis ini turut hidup mewah hasil memerah keringat pengemis.

Paling kesihan adalah gulungan lemah yang di ekplotasikan seperti warga emas, orang kurang upaya, kanak-kanak dan bayi, kelompok ini sering di peralatkan oleh sindikit tertentu yang memaksa mereka mengemis di jalanan.

Pelbagai kaedah dan cara digunakan bagi meraih simpati orang ramai, terbaru mereka semakin berani meminta wang daripada pemandu kenderaan yang berhenti di lampu isyarat, perbuatan yang lazimnya kita lihat di negara-negara seperti India dan Indonesia itu kini semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Lebih malang apabila ada yang mendakwa kanak-kanak dan bayi pengemis diberikan dadah dan alkohol untuk menjadikan mereka tidak aktif, dakwaan itu mungkin ada benarnya, sebagai masyarakat yang pihatin kita sepatutnya melaporkan keadaan itu kepada berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Tindakan kita mungkin boleh menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan.

Yang pasti kehadiran pengemis warga asing yang berkeliaran di kawasan tumpuan utama menimbulkan rasa gelisah dan kegusaran dalam kalangan masyarakat dan pelancung, jika tidak di bendung segera dikhuatiri satu masa nanti negara kita akan menjadi lokasi utama golngan pengemis dari serata dunia.

Sudah tiba masanya masyarakat di didik supaya menyampaikan sumbangan terus kepada rumah-rumah anak yatim, pertubuhan bukan kerajaan dan rumah-rumah beribadah berdaftar dan bukannya kepada pengemis jalanan.

Masyarakatlah yang harus memainkan peranan jika tiada yang memberi tiadalah yang berani meminta.

- OB21.net

1 comment:

  1. Dah memanda menteri pun mengemis bilion2 katanya..ràkyat pun ikut mengemis juga la...manalah tàhu kot2 dapat 2.6B

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik