Sunday, March 13, 2016

147 KETUA UMNO BAHAGIAN HADIR SOLADIRITI NAJIB.


Seramai 147 orang Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara hadir menyatakan sokongan padu kepada Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis khas.

Sokongan solidariti itu diadakan pada pertemuan khas ‘Deklarasi Ketua-Ketua UMNO Bahagian Seluruh Malaysia’ di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang Sabtu.

Deklarasi itu antaranya, membuat desakan agar kerajaan bertindak memecat mana-mana pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan pihak-pihak pembangkang dipecat dari sebarang jawatan yang disandang dalam kerajaan atau mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC).

Pertemuan yang bermula pada jam 4.45 petang itu berakhir sejam kemudian juga mengambil ketetapan mendesak kerajaan bertegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

Deklarasi itu dibacakan oleh veteran UMNO Datuk Wira Yusof Kassim yang juga Ketua Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusof Kassim bagi mewakili solidariti Ketua-ketua UMNO Bahagian itu.

Mereka menyatakan sokongan penuh kepada Najib dan bertindak mengutuk tindakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed bersekongkol dengan parti pembangkang..

Berikut adalah deklarasi penuh:

DEKLARASI KETUA-KETUA UMNO BAHAGIAN SELURUH MALAYSIA
Putra World Trade Centre (PWTC)
Sabtu, 12 Mac 2016 (5:00 PTG)

Kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia hari ini, Sabtu 12 Mac  2016, mencapai satu ketetapan dan kesepakatan berhubung isu 'Deklarasi Rakyat' yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamed, yang dilakukan bersama dengan pemimpin DAP, PKR dan PAN pada Jumaat, 4 Mac 2016.

-------------------------------

Menginsafi bahawa Sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, keluhuran PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  dan kemuliaan RUKUN NEGARA, wajib dipertahan oleh setiap warganegara, bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian; MAKA kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia bersepakat menyatakan DEKLARASI berikut;

1. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengambil ketetapan, bersatu berikrar memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional serta menyokong penuh dan mempertahankan YAB  Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai PERDANA MENTERI Malaysia, untuk terus memimpin negara.

2. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga bersepakat, MENGUTUK sekeras-kerasnya dan amat kesal dan kecewa dengan tindakan mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, yang sanggup bersekongkol dengan PEMBANGKANG (DAP, PKR dan PAN) serta mengepalai "Deklarasi Rakyat“, bersama Lim Kit Siang yang bertujuan untuk menjatuhkan YAB Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak, selaku PERDANA MENTERI  Malaysia, yang jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi negara, tanpa mempedulikan kesan dan implikasi terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat.

KAMI mendesak Kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

3. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian MENDESAK Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), bertindak tegas dan menghalang segala "road show" dan Perhimpunan Haram, yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya Pembangkang, bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat,  berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia secara TIDAK DEMOKRATIK.

4. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersetuju dan bersepakat mendesak Kerajaan agar menamatkan serta merta segala perjawatan yang dipegang oleh mana-mana pemimpin atau bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, di dalam Kerajaan atau GLC, yang secara jelas melanggar dan menghasut untuk mempersenda dan merosakkan  sistem pemerintahan DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, menggugat dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, memperlekeh KEDAULATAN  UNDANG-UNDANG dan tidak menghormati RUKUN NEGARA.

5. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya  tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan, khususnya YB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohamad Yassin dan YB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat  dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokrasi.
KAMI MENDESAK Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO, mengambil TINDAKAN DISIPLIN yang tegas kepada ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan "Deklarasi Rakyat" dan bersekongkol dengan pembangkang.

6. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian BERIKRAR dan BERJANJI akan berusaha keras memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama, memimpin rakyat Malaysia di kawasan masing-masing dan MENDOKONG dan MEMPERTAHANKAN sepenuhnya SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dan RUKUN NEGARA.

- Agendadaily.


2 comments:

  1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

    ReplyDelete
  2. Ketua2 bahagian tu kan pemakan dedak...kalau tak sokong nanti tak ada peruntukan untuk bahagian. Kalau tak ada peruntukan macamana nak sebat pulak ya...kalau 50k dapat kurang2 40k masuk poket tok ketua..lebih tu barulah beri kat pencacai2. Kaut lah selagi boleh kaut sementara Najib masih ditampok kuasa..Bukan lama lagi pun nak PRU. Lepas tu barulah tahu langit tu tinggi ke rendàh. Nak jadi Jkkk pun pihak lawan dah ambil. Kalau Najib turun sekarang masih ada peluang Umno BN untuk membetulkan keadaan dan memenangi hati rakyat. Kalau tidak bye2 lah Umno.

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik