Sunday, March 6, 2016

DIMANA NILAI SEORANG NEGARAWAN?

Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar ‘Selamatkan Malaysia’ semalam tidak mencerminkan sifat-sifat beliau sebagai seorang negarawan yang dihormati.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Dr. Mahathir juga seperti lupa bahawa beliau telah bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang selama ini bermati-matian cuba menjatuhkan kerajaan, malah menggelar beliau sebagai ‘Firaun’.


Katanya, kesanggupan Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO melakukan perkara tersebut turut menunjukkan mereka tidak lagi menghormati sistem demokrasi, cintakan perpaduan dan tidak mementingkan kesejahteraan rakyat.


“Saya tidak faham bagaimana Dr. Mahathir serta beberapa pemimpin UMNO ini boleh duduk semeja dengan pemimpin PKR, Pas, DAP, PAN serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain semata-mata untuk menumbangkan Perdana Menteri.


“Lupakah mereka bahawa NGO-NGO inilah yang bermati-matian mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini melalui beberapa siri demonstrasi jalanan. Lupakah mereka bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang ini satu ketika dulu yang menggelar Dr. Mahathir sebagai Firaun?” soal beliau.


Semalam, Dr. Mahathir mengambil langkah janggal apabila beliau sanggup duduk semeja dengan musuh-musuh politiknya semata-mata mahu merealisasikan hasratnya menjatuhkan Perdana Menteri.


Sidang akhbar berkenaan turut dihadiri beberapa tokoh pemimpin seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.


Hishammuddin berkata, kehadiran pemimpin-pemimpin itu seolah-olah cuba mengambil alih peranan pembangkang yang selama ini melangkaui amalan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan.


“Di saat kita sedang bertungkus-lumus memastikan ekonomi dan keselamatan awam dijamin demi kesejahteraan rakyat, Dr. Mahathir, beberapa pemimpin UMNO dan pihak pembangkang terlalu rakus dengan agenda menjatuhkan Perdana Menteri,’’ tegasnya.

- Utusan Online.

1 comment:

  1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik