Friday, March 4, 2016

JIKA TIDAK DIPECAT, SEJARAH TEAM A TEAM B AKAN BERULANG.


muhyiddin-shafie-mukhriz

Pada pandangan penulis, mungkin ramai yang menyangka Tan Dri Muhyiddin, Dato’ Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir akan mengisytihar diri keluar UMNO seperti yang dimahukan pihak pembangkang. Tapi jangkaan itu meleset.

Sebaliknya sejak dari awal lagi, penulis menjangka mereka bertiga itu tidak akan mengikut jejak langkah Dr Mahathir. Pada penulis, mereka lebih gemar memilih beberapa opsyen yang lebih radikal dan bijak.

Pada pandangan penulis, dari sudut politik dalaman, tindakan Dr Mahathir keluar UMNO kerana beliau sudah tiada kepentingan. Beliau tidak lagi berhajat untuk menjadi Presiden UMNO. Sebaliknya, beliau mungkin hanya berhasrat untuk menjadi ‘Puppet Master’ selagi ada hayat.

Dr Mahathir mungkin lebih sesuai untuk menyerang dari ‘luar’. Beliau tidak perlu parti lagi kerana beliau tiada apa yang perlu diperjuangkan untuk politik dirinya. Beliau boleh berada di luar parti dan berjuang untuk ‘geng-geng beliau’ di dalam parti.

Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz kekal di dalam parti sudah tentu ada sebabnya. Antara opsyen yang mereka ada ialah bermati-matian menyerang Presiden UMNO sehingga jatuh sehingga dipecat. Mereka sudah tidak pedul sama ada dipecat atau tidak disebabkan mereka memang sudah tersungkur pun.

Bagi opsyen ini, mungkin mereka lebih suka dipecat dari parti. Jika dipecat, mereka mungkin akan bertambah agresif. Menyeluk pekasam biar hingga ke pangkal lengan, alang-alang sudah jatuh, mungkin mereka mahu jatuhkan Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama mereka.

Tapi, mungkin mereka tidak sedar bahawa kaedah itu amat berisiko kerana mereka bukan saja akan melihat Najib jatuh, tapi UMNO sendiri akan hilang kuasa. Ia bagai pepatah, marahkan nyamuk habis kelambu dibakar. Tindakan itu orang Melayu gelar sebagai ‘bebal’.

Opsyen lain ialah mereka akan bergabung dengan semua penyokong mereka di dalam UMNO dan mencabar kem Najib pada pemilihan agung UMNO nanti. Jika keluar UMNO, mana mungkin mereka dapat mencabar kedudukan Najib nanti, bukan?

Jika keluar UMNO, mereka akan hilang kelayakan bertanding kerana mereka bukan ahli UMNO. Untuk diterima masuk, mereka perlu mengisi borang dan membuat permohonan. Penulis optimis permohonan mereka menyertai UMNO setelah mengkhianati parti akan diterima dengan mudah.

Kerana itulah mereka terpaksa tebalkan muka untuk kekal menjadi ahli UMNO. Dalam erti kata lain, mereka sebenarnya mahukan kerusi Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Hanya jawatan itu saja yang akan membuat mereka menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kanan.

Jika itu perancangan mereka, maka jelaslah mereka memang gilakan jawatan dan bukan berjuang demi parti. Berjuang demi parti lain kaedahnya. Apabila berdepan dengan krisis dalaman parti, seorang pejuang parti tidak akan bertindak seperti Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz, atau Dr Mahathir sendiri.

Penulis teringat sewaktu Dr Mahathir cuba membuat ‘recovery’ atas kemusnahan parti yang beliau lakukan setelah menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu. Kata beliau, biar bagaimana pun tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan, perlu gunakan saluran yang betul dan bukannya menyerang secara terbuka di khalayak umum.

Ketika itu, terlintas di hati penulis tentang apa yang beliau lakukan terhadap Pak Lah. Sampai ‘tersungkur’ Pak Lah beliau hentam di khalayak ramai dan selepas itu baru beliau kata guna saluran yang betul dan tidak menyerang di khalayak ramai?

Pada pandangan penulis, sekiranya Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz tidak dipecat dari parti, berkemungkinan insiden Team A dan Team B yang berlaku pada 1987 akan berulang sekali lagi. UMNO akan berpecah lagi dan kali ini ia didalangi oleh ‘pemuda bermasalah’ itu lagi…

- mykmu.net

det genyit mta

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik