Wednesday, March 2, 2016

MAHATHIR JUMPA KIT SIANG SEBELUM UMUM KELUAR UMNO....

Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang percaya bahawa tidak ada musuh dan kawan yang kekal dan politik, baginya ada kawan yang berlagak macam musuh dan musuh yang perangai macam kawan... atau kata mudahnya prinsip beliau matlamat menghalalkan cara.

Dalam usaha hendak menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Mahathir sanggup untuk menemui seteru politiknya berpuluh tahun Lim Kit Siang semata-mata meraih sokongan demi mencapai matlamatnya.

Jika kita renung balik, dari era Mahathir jadi PM pada awal tahun 1980-an, apa yang Kit Siang tak kata pada Mahathir.

Boleh buka balik hansard Dewan Rakyat sepanjang tempoh Dr Mahathir jadi PM apa yang Kit Siang tak pernah kata kat dia dan apa yang Dr Mahathir tak pernah kata pada Kit Siang.

Tapi macam kata pepatah Cina, "musuh baru menyatukan musuh lama," Mahathir dan Kit Siang boleh jadi kawan.

Yang ini sudah pasti akan buat ramai gelek kepala... siapa yang korbankan prinsip hanya untuk mencapai kuasa.

Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Kit Siang agak mengejutkan apabila mengambil kira beliau adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui UMNO dan negara selama 22 tahun.
 
Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP parti chauvinis dan Kit Siang sebagai pemimpin yang tamak kuasa.

Buku tulisan Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa lagi pimpinan DAP jelas menunjukkan era pemerintahan Dr Mahathir merupakan era paling korup, bagik dari segi wang mahupun salahgunakuasa.

Kini DAP dan Mahathir boleh bekerjasama macam tak ada apa-apa... soalannya apakah pengikut fanatik Dr Mahathir boleh terima DAP dan pengikut DAP boleh terima Dr Mahathir.

Lebih menarik untuk diperhatikan lagi... apakah rakyat Malaysia boleh menerima gabungan baru dua musuh politik ini dan melupakan semua kata-kata mereka terhadap satu sama lain hanya untuk menumbangkan Najib...?

Dr Mahathir mengadakan rundingan dengan Kit Siang untuk mencari kesepakatan dengan DAP untuk menjatuhkan Najib. 
 
Lim mengesahkan pertemuan itu sebelum Mahathir mengumumkan beliau keluar untuk kali kedua daripada UMNO.
 
Kit Siang menyifatkan pertemuannya dengan Mahathir sebagai “positif’ dalam merungkai kemelut politik negara namun enggan menghurai lanjut hasil perjumpaan itu.
 
"Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan Mahathir mengenai keadaan negara,” kata Lim.
 
Lim sekali lagi menegaskan usaha DAP adalah tertumpu kepada gerakan Selamatkan Malaysia dan bukan setakat menjatuhkan Najib.
 
Pendirian itu dilihat bertentangan dengan agenda Mahathir iaitu hanya menggulingkan Najib.
 
Semalam, Mahathir berkata beliau dan isteri keluar daripada UMNO kerana tidak sehaluan dengan Najib. Beliau juga mahu gerakan merentasi politik kepartian dilancar untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
 
Bagaimanapun tindakan Mahathir itu di lihat sebagai satu lagi cubaan untuk memecah-belahkan UMNO namun tidak akan berjaya.
 
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa keputusan Mahathir itu hanya langkah strategik untuk menjatuhkan Najib namun yakin UMNO tetap utuh menyokong Perdana Menteri.
 
Kesediaan Mahathir untuk bekerjasama dengan DAP, khususnya Lim agak mengejutkan apabila mengambil kira Lim adalah pengkritik utama Mahathir semasa beliau menerajui UMNO dan negara selama 22 tahun.
 
Sebelum ini, Lim kerap merujuk Mahathir sebagai dikator yang menyalah guna kuasa manakala Mahathir melihat DAP parti chauvinis dan Lim sebagai pemimpin yang tamak kuasa.

- Agendadaily.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik