Wednesday, March 2, 2016

UMNO PERLU MEMBERSIHKAN DIRI DARI PETUALANG.



Sudah menjadi lumrah, sesebuah parti yang memerintah tidak akan kalah dalam pilihanraya, jika semua pemimpin bertautan dan berkerja sebagai sebuah pasukan. Parti hanya kalah, kalau ada pemimpin yang bertindak tikam belakang, gunting dalam lipatan serta bertindak sebagai pembangkang.

Sabah mempunyai pengalaman dalam soal ini. Kerajaan Parti Usno tumbang kerana perbuatan segelintir pemimpinnya yang bertindak sebagai pembangkang, tikam belakang dan gunting dalam lipatan. Demikian juga kekalahan Kerajaa Parti Berjaya, kerana tindakan para pemimpin parti itu. Kerajaan Parti Bersatu Sabah juga tumbang, kerana tindakan para pemimpinya.

Mungkin Parti Umno telah mengambil iktibar apa yang berlaku dalam Parti Usno, Parti Berjaya dan Parti PBS. Atas sebab itu, parti tunjang kerajaan itu, bertindak mendahului masa, dengan mencantas beberapa pemimpin parti yang berpotensi sebagai katalis kepada kehacuran parti.

Pengalaman Umno semasa memecat Dato Seri Anwar Ibrahim, pra-matang tindakan beliau untuk menjatuhkan Presiden Parti, telah menyebabkan kemarahan sebahagian ahli Umno, malah ramai rakyat yang turut sama. Sehingga kini Umno berdepan dengan Anwar Ibrahim, malah semasa PRU-13, meskipun Bn menang pilihanraya, akan tetapi kehilangan undi popular.

Menyedari keadaan yang dihadapi Umno, maka Ahli Majlis Tertinggi berpendapat, bahawa parti perlu dibersihkan daripada unsur-unsur sokongan membawa rebah, pemimpin yang bertindak seperti pembangkang, pemimpin yang bertindak tikam belakang serta pemimpin yang bertindak seperti gunting dalam lipatan.

Memang dikaca mata politik, terlihat, bahawa pemecatan para pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden, merupakan tindakan tidak menghormati perbezaan pendapat, namun, di mata rakyat, rakyat lebih cenderung kepada parti yang mana semua pemimpinnya kompak, sehati sejiwa, sehaluan dan bergerak sebagai satu pasukan. Kerana hanya melalui cara itu, parti yang memerintah akan dapat membantu, membela rakyat, kerana tidak disibukkan dengan percakaran, pergaduhan dan perbalahan semasa sendiri, sehingga pembelaan dan membantu rakyat terabai.

Bagaimana membela rakyat, kalau sesama pemimpin bercakaran, jika seorang pemimpin mencadangkan itu dan ini, asyik dibangkang, maka kalau dilaksanakan juga cadangan itu, maka dilakukan tindakan tikam belakang, dengan menyalurkan maklumat kepada pembangkang, untuk tujuan putar belit dan seterusnya mengecam kerajaan.

Ini yang berlaku, terhadap Isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion serta CRS SRC International. Pemimpin parti yang ada dalam kerajaan memberikan maklumat kepada pihak-pihak musuh untuk diputar belit, semata-mata untuk menjahanamkan kawan.

Pembersihan parti Umno oleh AMT parti, nampaknya disokong oleh para ahli parti dan umumnya diterima rakyat. Tindakan AMT menggantung jawatan jawatan Timbalan Presiden daripada Tan Sri Muhiyiddin Yassin, hanya dibantah oleh Bahagian Umno Pagoh yang di Ketuai Oleh Muhyiddin sendiri dan Bahagian Jerlun yang diketuai oleh Dato Seri Mukhriz Mahathir. Umno mempunyai 191 Bahagian seluruh negara. Jika ada yang membantah dalam jumlah yang sangat kecil, itu namanya acah, bukannya bantahan serius apatah lagi mendapat sokongan.

Jika ada yang mengatakan, bahawa pembersihan parti daripada pemimpin yang tidak setia, akan berimpak negatif kepada Parti khususnya berdepan dengan PRU-14, AYT merasakan, ianya tidak berlaku, jtermasuklah jika mereka-mereka yang digantung itu menyertai parti pembangkang berlawan dengan Umno. Kata orang, patah tumbuh hilang berganti. Umno akan terus ke hadapan, kerana Umno bukan bergantung kepada sosok tubuh seseorang pemimpin. Umno telah buktikan, apabila tokoh Umno meninggalkan parti, parti tetap kukuh, sementara para pemimpin yang bertindak curang itu, dibiarkan terjun dengan labuh-labuhnya.
 - Apa Yang Tersirat.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik