Friday, April 22, 2016

SUDAH TIBA MASANYA KERAJAAN AMBIL JALAN KELUAR DALAM ISU SEKOLAH VERNAKULAR.


Perpaduan nasional akan menjadi impian yang tidak tercapai selagi sekolah vernakular kekal di negara ini. Generasi muda Malaysia akan sentiasa terperangkap dalam polarisasi kaum akibat kewujudan aliran pendidikan yang berasingan.

Seharusnya  kerajaan sudah mengambil tindakan drastik dalam memikirkan kewujudan sekolah  vernacular dari terus memisahkan hubungan etnik diantara kaun dalam negara ini. Sekolah vernacular yang berasaskan kaum sudah dilihat tidak relevan untuk diamalkan lagi.

Oleh yang demikian kerajaan seharusnya bersikap lebih tegas  dalam mengendalikan isu ini. Jika DAP menjadi penghalang  kewujudan sekolah satu aliran, ini secara jelas bahawa DAP adalah sebuah parti yang hanya mementingkan bangsa dan bersifat perkauman.

Peranan sekolah jenis kebangsaan, mewujudkan subjek bahasa Cina dan Tamil diberi penekanan di sekolah kebangsaan agar semua pelajar tanpa mengira kaum dapat berada di bawah satu bumbung di sekolah yang sama.

Jika kita lihat di sekolah vernacular penggunaan bahasa kebangsaan amat rendah sekali dalam pergaulan seharian, Ini dengan tidak secara langsung akan mewujudkan satu kelompok  warga yang tidak memahami bahasa kebangsaan yang disifatkan sebagai bahasa perantaraan.

Jika kita lihat secara dasarnya  di negara jiran  kita Singapura tiada sekolah Cina, seluruh negara dalam dunia tiada sekolah Cina dibiaya kerajaan kecuali di Malaysia. China pun tiada. Singapura tidak utamakan pelajaran Cina, padahal 80 peratus penduduknya Cina.

Jadi untuk memansuhkan sekolah vernacular ini seharusnya kerajaan menggunakan peruntukan perundangan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang mana kedudukan sekolah jenis kebangsaan yang menerima peruntukan kerajaan boleh dibantah melalui saluran undang-undang kerana perkara tersebut tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M. Kula Segaran.terlalu dangal  dalam menyatakan pandangan bahawa punca perkauman dalam negara ini adalah disebabkan politik yang mengamalkan perkauman. Sedar atau tidak bahawa politik perkauman yang paling dasyat sekali  telah menjadi amalan  sekarang ialag DAP.

Cuba kita lihat bagaimana kejamnya DAP dalam menindas rakyat berbangsa lain dalam  mengekalkan kuasa politik dan sikap mengambil tindakan yang berpilih kasih.  Semua ini adalah hasil didikan yang menjadi amalan  sejak disekolah lagi.

Kita telah melihat bagaimana sebilangan pelajar sekolah berbangsa Cina  terus mengkritik negara ini dan pada kebanyakannya tidak fasih berbahasa  Kebangsaan. Betapa rasisnya mereka sehingga  ada satu ketika dahulu  terdapatnya cadangan untuk menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan dan bahasa wajib untuk mendapatkan perkerjaan.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini disedari bercanggah dengan kepentingan terhadap perpaduan.

Perlu diingatkan kembali bahawa kewujudan sekolah vernacular ini adalah bermula apabila sekolah ini digunakan oleh parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920-an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Pada tahun1920, kerajaan telah meluluskan enakmen pendaftaran sekolah untuk mengawal sekolah-sekolah Cina. Menurut enakmen ini,semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan

Penyebaran dakyah oleh parti komunis China telah menggunakan sekolah vernacular sebagai tempat untuk memastikan fahaman  fahaman ideology disebarkan sejak dibangku sekolah lagi. Jadi sekarang tidak hairanlah bagaimana sebilangan besar daripada bekas murid sekolah vernacular ini adalah penentang kerajaan.

Justeru itu  Kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem sekolah satu aliran dengan mengambil semangat 1Malaysia bagi mengatasi masalah rasisme di negara ini. Semangat perpaduan yang kian lama menyimpang jauh dalam kehidupan kepelbagaian etnik seharusnya dibentuk semula  dalam satu pendekatan sekolah satu aliran.

Kula Segaran sebenarnya gagal melihat secara menyeluruh kerana penghapusan sekolah aliran vernakular akan dapat membantu menyelesaikan masalah rasisme di kalangan rakyat, dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi perpaduan kaum dengan budaya kerjasama yang diamalkan.

Bukan itu sahaja penguasaan pelbagai bahasa dikalangan pelajar juga akan dapat dipertingkatkan dengan mudah melalui pergaulan bercampur dan bukan hanya  untuk satu kaum sahaja.

Bahawa hak untuk mempelajari dan mengamalkan bahasa ibunda adalah dilindungi Perlembagaan, justeru itu untuk menghormati hak setiap rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini dan terus mengamalkan budaya kerjasama serta kehidupan yang harmoni dalam kepelbagaian kaum, sekolah vernacular sememangnya sudah tidak relevan lagi diamalkan di Malaysia.

Sebagaimana yang dikatakan oleh pemimpin DAP bahawa politik perkauman adalah punca wujudnya sikap rasis. Tetapi DAP lupa bahawa parti tersebut sudah tidak menghormati  sensitivity kaum lain dalam mengamalkan politik perkauman  mereka.

PRU14.tv


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik