Friday, July 1, 2016

SOLIDARITI BERSAMA MUFTI PAHANG....

mufti pahang

Perkembangan yang berlaku hari ini, siasatan (dan kemungkinan pendakwaan) terhadap Mufti Pahang.

Tanpa cuba untuk masuk campur dalam urusan siasatan pihak polis, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk sama-sama menjayakan Kempen Solidariti Bersama Mufti Pahang, Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, angkara berita yang diputarbelit dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau atas satu kenyataan yang menyentuh isu penentangan terhadap kedaulatan Islam dan kepentingan umat Islam oleh golongan kuffar.

Manakala media yang bertanggungjawab dan terawal mencetuskan kekeliruan ini terselamat pula dari jangkauan undang-undang.

Sahibus Samahah Mufti Pahang telah menunjukkan keberaniannya menyuarakan kebenaran yang dimaklumi semua orang, bahawa terdapat siri-siri penentangan dan campurtangan terhadap Islam dan urusan umat Islam di negara ini. Suatu hakikat yang begitu nyata secerah matahari, tetapi tidak ramai manusia Muslim yang memegang jawatan tinggi di dalam negara, sama ada tidak berani menzahirkan pendirian mereka, atau memilih jalan selamat dengan berdiam diri lalu menolak kemungkaran dan perancangan jahat ini di dalam hati mereka sahaja.

Insiden ini mengingatkan saya kepada peristiwa yang berlaku ke atas Al Marhum Datuk Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor satu masa dahulu yang dipecat/dipaksa meletak jawatan ekoran tindakan beliau mengarahkan pihak penguatkuasa ugama Islam Selangor menangkap 3 orang wanita Melayu Islam yang menyertai satu pertandingan ratu cantik di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang pada 13 Jun 1997.

Dato’ Ishak ketika itu baru sahaja disambung perkhidmatannya berkuatkuasa 16 Ogos 1997 hingga 15 Ogos 1999, tetapi dipaksa meletak jawatan oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Abu Hassan Omar (selepas Tun Dr Mahathir mengkritik tindakan beliau) pada 19 Julai 2007. Beliau dibayar sebulan gaji dan diperintahkan mengosongkan pejabat dalam masa 10 hari.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas ruh Al Marhum dan menempatkan beliau bersama para Sodiqin, Solihin dan Amilin.

Akan tetapi, “nasib” yang mungkin menunggu Mufti Pahang adalah berbeza. Ia akan menempa sejarah negara apabila seorang Mufti akan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menjalankan tugas dan amanah sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dengan urusan ugama Islam di sebuah negeri.

Hakikat penentangan dan keceluparan parti rasis cauvinis DAP (serta kuncu-kuncunya) terhadap islam akan tenggelam di sebalik pendakwaan ke atas Mufti Pahang. Seolah-olah parti itu sentiasa “kebal” bilamana terdapat dari kalangan umat Islam yang cuba membongkarkan dan me”londeh”kan sikap dan wajah sebenar DAP berhubung isu-isu kepentingan Islam dan ummatnya di dalam negara.

Seolah-olah juga satu mesej ingin disampaikan oleh mereka: Jangan usik kami!

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan ini, terselit juga satu perasaan bangga – bangga kerana Mufti Pahang jujur dan berprinsip ketika menjalankan tugas, mengenali musuh sebenar lalu mengingatkan ummat supaya berwaspada terhadap mereka erta berpegang teguh dalam mempertahankan pendirian.

Siapa lagi selepas beliau yang akan mengikuti jejak langkah mulia ini?

Akan adakah di kalangan umat Islam negara ini bergembira terhadap dakwaan ke atas Sahibus Samahah Mufti Pahang sebagaimana DAP dan kuncu-kuncu mereka “berpesta” dan bergembira?

Barangkali mereka yang mempertikaikan kenyataan dan pendirian Mufti Pahang ini akan berpuashati, kerana usaha untuk kononnya “menyelamatkan” kesucian dan kemurnian ajaran Islam telah berjaya!

Saya ingin menyeru kepada para pembaca yang budiman dan ummat Islam yang insaf dan sedar akan kedaulatan ugama ini:

“Ayuh kita bangkit dan BERSOLIDARITI BERSAMA MUFTI PAHANG!”

Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim malaysia

1 comment:

  1. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




    (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







    Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik