Wednesday, August 10, 2016

KESAN BURUK PEKERJA ASING.

SAYA ingin mengulas isu pergantungan Malaysia kepada khidmat pekerja asing sejak 1980an.


Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta orang. Majoriti mereka datang dari negara-negara Asia seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.


Tidak dinafikan kebanjiran pekerja asing sama ada secara sah ataupun haram mempunyai banyak keburukan kepada negara. Antaranya, akan timbul masalah kekurangan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya sektor perkilangan dan buruh kasar.


Boleh dikatakan banyak peluang pekerjaan sudah dimonopoli oleh pekerja asing lebih-lebih lagi dalam dua sektor terbabit. Hal ini disebabkan kerancakan ekonomi Malaysia dan pentadbiran politik bersifat terbuka yang menjadi faktor menarik perhatian mereka.


Kebanjiran pekerja asing telah memberi impak negatif terutama dari sudut moral. Sebagai contoh, terdapat banyak kes jenayah melibatkan warga asing seperti samun, pecah rumah dan pengedaran dadah.


Perbuatan pekerja asing itu telah mencemarkan imej Malaysia sedangkan masalah berkenaan bukan berpunca daripada sikap buruk rakyat kita sendiri.


Selain itu, kedatangan pekerja asing, khususnya yang masuk tanpa izin turut mendatangkan masalah perumahan. 


Mereka akan membuka kawasan setinggan. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.


Kawasan setinggan berkenaan tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan yang sempurna. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku.


Imej negara kita juga akan terjejas kerana wujud persepsi salah bahawa kewujudan kawasan setinggan itu berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi tidak seimbang.


NOOR MAIZATUL AMIRA HAMDAN

- 10.8.2016.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik