Friday, August 26, 2016

TUKAR PASANGAN.


Tukar pasangan, kekadang dirujuk sebagai gaya hidup bertukar pasangan, ialah "kegiatan seks bukan monogami yang boleh dihayati oleh sesuatu pasangan dan yang diperlakukan hampir serupa dengan mana-mana kegiatan sosial yang lain". 
Fenomena penukaran pasangan boleh dilihatkan sebagai sebahagian revolusi seks pada dekad-dekad kebelakangan ini yang berlaku selepas kenaikan mendadak kegiatan seks yang dimungkinkan oleh amalan hubungan seks lebih selamat pada waktu yang sama.
Bertukar pasangan dahulu dikenali sebagai tukar bini atau tukar suami.
Penyelidikan saintifik yang subjektif telah dijalankan di Amerika Syarikat sejak akhir 1960an. Satu kajian berdasarkan soal selidik dalam talian yang ditujukan kepada pengunjung tempat  berkait penukaran pasangan mendapati bahawa penukar pasangan adalah lebih bahagia dalam hubungan mereka berbanding dengan norma. 
Sekitar 60% daripada mereka mengatakan bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka, manakala 1.7% berkata bahawa penukaran pasangan mengakibatkan hubungan mereka kurang bahagia. Sekitar 50% daripada mereka yang menilai hubungan mereka sebagai "sangat bahagia" sebelum menjadi penukar pasangan mendesak bahawa hubungan mereka telah bertambah lagi bahagia. 90% daripada mereka yang kurang bahagia berkata bahawa penukaran pasangan memperbaik hubungan mereka. 
Tentang soalan yang berkenaan dengan masalah kecemburuan.:
·        hampir 70% daripada penukar pasangan menjawab bahawa mereka tidak mengalami sebarang masalah;
·        kira-kira 25% menjawab bahawa masalah mengawal kecemburuan sewaktu penukaran pasangan adalah agak benar; dan
·        6% daripada penukar pasangan memilih jawapan "ya, sangat benar".
Tentang soalan kebahagiaan dan keterujaan:
·        59% daripada penukar pasangan memilih jawapan "sangat bahagia", berbanding dengan 32% yang bukan penukar pasangan; dan
·        76% daripada penukar pasangan memilih jawapan bahawa kehidupan mereka telah menjadi "lebih menguja", berbanding dengan 54% yang bukan penukar pasangan.
Tidak terdapat banyak perbezaan antara jawapan lelaki dan jawapan wanita, walaupun lebih banyak lelaki (70%) menyertai kajian itu.
Biarpun kajian itu tidak diakui tepat sepenuhnya, hakikatnya ia semakin berkembang.  Perbuatan menyalahi tabie itu tidak seharusnya dilakukan biarpun apa alasan yang diberikan.  
Institusi perkahwinan hanya menghalalkan hubungan suami isteri dan bukannya bertukar dengan pasangan lain. Jangan amalkan budaya dunia haiwan ini.  Manusia punya akal untuk menolak betapa amalan tukar pasanan ini amat jelek dan melepasi kewarasan fikiran yang normal.
Kebahagiaan rumahtangga boleh dicapai dengan rasa lebih menyangi antara satu sama lain.  Hormat hak dan beri layan terbaik kepada pasangan sama ada zahir mahupun batin.   
Perkahwinan amat dituntut oleh Islam.  Ia adalah ikatan halal yang membolehkan lelaki dan perempuan menjalani kehidupan mengikut keinginan dan keperluan mereka.  
Melalui perkahwinan lelaki dan perempuan akan mengecapi nikmat hidup yang lebih bermakna.  Secara tabie, lelaki dan perempuan saling memerlukan bagi melengkapkan kehidupan sosial dan seks.
Firman Allah bermaksud: “Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang.” – (Surah ar-Rum ayat 21).
Institusi perkahwinan membentuk sebuah keluarga, mengandungi suami dan isteri, kemudian kelahiran anak-anak.  Rasulullah gembira dan menggalakkan umatnya berkahwin serta mempunyai anak.  Sabda Rasulullah bermaksud: “Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”
Justeru, Baginda menganggap mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin tanpa alasan syarie sebagai bukan di kalangan umatnya.  Sabda Rasulullah bermaksud: “Bukan di kalangan umatku mereka mereka yang tidak ingin berkahwin.”.  
Ini bermakna umat Islam ‘wajib’ berkahwin agar tergolong sebagai umat Rasulullah di akhirat.  Umat Rasulullah mempunyai banyak kelebihan di akhirat berbanding umat-umat nabi lain.  Antara kelebihan umat Rasulullah ialah awal dihisab sebelum umat lain.  Selain itu syafaat Rasulullah amat besar maknanya.  
Bagainda pernah melahirkan rasa sedih apabila mengetahui seorang sahabat meninggal dunia ketika masih bujang.  Sahabat itu dikatakan mendapat kurang martabatnya di sisi Allah, biarpun semasa hayatnya dia tergolong mereka yang kuat beribadat dan taat kepada perintah Allah dan Rasulullah.
Sebagai memperakui kepentingan berkahwin, balasan kebaikan bagi mereka berkahwin digandakan dan tambah dengan rahmat Allah.  
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila seorang isteri mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta menutup aurat dan taat kepada suami, lebih berhak baginya masuk ke syurga dari sebarang pintu yang dia kehendaki.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Islam membenarkan lelaki beristeri sehingga empat pada satu masa.  Beristeri lebih daripada satu pada masa yang sama dipanggil berpoligami.  Berpoligami juga sunnah Rasulullah.  Bagaimanapun konsep poligami Rasulullah dilakukan atas kepentingan agama dan bukannya kepada tuntutan nafsu.  Setiap sunnah Rasulullah ada hikmahnya.  
Justeru, lelaki yang ingin berpoligami perlu menimbangkan baik buruknya.  Jangan jadikan  hukum dan sunnah sebagai alasan untuk berpoligami dengan sewenangnya.  Jika ia benar ‘perlu’, maka lakukan ia dengan asas takwa agar tidak berlaku perkara mendatangkan keburukan akibatnya.
Hakikatnya, ramai suami tidak terlayan isteri yang seorang, inikan jika berkahwin lebih daripada seorang. Justeru beristeri seorang lebih baik, jika ditakuti tidak dapat berlaku adil.  Sambungan dari ayat 3 surah an-Nisa bermaksud: “Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinlah seorang sahaja.  Yang demikian itu adalah lebih baik kepada tidak berbuat aniaya.”
Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu bersekedudukan berumahtangga (dengan penuh mesra dan kasih sayang) dengan perempuan (yang kamu kahwini) itu dengan demikian kamu telah mengambil satu perjanjian yang amat berat.” (Surah an-Nisa, ayat 21).
Perjanjian dimaksudkan ialah kesediaan menjalankan tugas sebagai suami; pemimpin, penjaga dan pengawal.  Sebagai pemimpin lelaki bertanggungjawab memastikan isteri melakukan kebaikan dan menjauhkan larangan Allah.  
Sesungguhnya setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang kepentingannya.  Apa dilakukan oleh orang di bawah pemimpin akan memberi kesan baik dan buruknya kepada pemimpin.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah at-Tahrim, ayat 6).  Manakala maksud sabda pula: “Setiap pemimpin akan ditanya tentang apa yang telah dilakukan.”
By: Lokman Ismail.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik