Saturday, September 17, 2016

ALSSAN TERBAIK MAHATHIR DARI MENYATAKAN PENDIRIANNYA PADA KEMPEN BEBAS ANWAR.....

Ketika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah kata sokong kempen ‘Bebaskan Anwar’ sebaliknya Pengerusi,Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi bermain kata-kata untuk mengelak diri ‘ sangkut’ menyatakan pendirian beliau.

Ini nampaknya alasan ‘ terbaik’ dapat diberi oleh bekas Perdana Menteri itu yang dulunya berkali-kali kata beliau cukup yakin bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan meliwat dan salahguna kuasa seperti yang diputuskan oleh mahkamah pada 1998.

"Segala rancangan yang ingin dibuat oleh semua parti itu akan datang kemudian. Pada masa ini kita tidak boleh janji kerana kita tidak ada kuasa.

"Kalau itu kehendak semua takkan kita nak kata tidak boleh pula. Kita akan lihat kemudian mengenai perjuangan (bebaskan Anwar) itu," kata Dr Mahathir.

Beliau ditemui wartawan di luar Mesyuarat Tahunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) peringkat kebangsaan kali ke-55. di  Kuala Lumpur Khamis.

Semua orang tahu PPBM sedang hadapi tekanan untuk nyatakan pendirian pasal kempen Bebaskan Anwar dalam usaha untuk jalin kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

Anak Anwar,Nurul Nuha yang ketuai kempen 'Bebas Anwar' menuntut Dr Mahathir meminta maaf secara terbuka keatas apa yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu  terhadap bapanya.

Baru-baru ini beliau ke mahkamah untuk beri sokongan moral kepada Anwar dalam mempertikaikan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.Di situ mereka bersalaman setelah 18 tahun. 

Dr Mahathir juga berkata beliau belum membuat keputusan untuk menghadiri perhimpunan Bersih 5 dan tiada rancangan untuk berucap pada perhimpunan yang dijangka diadakan pada 19 Nov.

Sementara itu mesyuarat dua hari Perkim itu yang berakhir hari ini memilih calon Ahli Majlis Kebangsaan.

Dr Mahathir menang tanpa bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Perkim bagi sesi 2016-2019 dan Datuk Dr Abu Bakar Shaari kekal sebagai pengerusi tetap menewaskan calon dari cawangan Kuala Langat, Husain Anjang Pulau.

Dalam perkembangan berkaitan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjadi Naib Yang Dipertua Perkim Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kempen 'Bebaskan Anwar' tidak patut dijadikan agenda perjuangan dan jika ia dilaksanakan, maka pembangkang juga perlu memperjuangkan pembebasan tahanan lain di negara ini.

"Kalau nak bebaskan Anwar, kena bebaskan semua. Jika perjuangan nak bebaskan individu tertentu sahaja bagaimana pula nasib ramai lagi tahanan lain.

"Mungkin mereka (tahanan lain) kecil jadi mereka tidak dilihat," katanya.

- MYKMU.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik