Friday, September 2, 2016

APABILA HARI KEBANGSAAN PUN DIPOLITIKKAN MAT SABU......

Apabila negara memasuki tarikh 31 Ogos pada setiap tahun, ianya menandakan hari Kemerdekaan mutlak negara daripada tangan penjajah. Umum menyedari bahawa Malaysia telah dijajah selama lebih 446 tahun oleh penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Pada detik 31 Ogos inilah petanda bahawa negara telah bebas daripada tangan penjajah dan membentuk pemerintahan sendiri.

Selama lebih 50 tahun, tiada siapa yang pernah memperlekehkan sambutan hari Kebangsaan ini samada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Namun, apabila usia kemerdekaan negara mencecah angka 59 tahun, munculnya Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mat Sabu yang sudah mula mempertikaikan sambutan besar-besaran hari Kebangsaan ini.

14125569_279488762434788_2799133149834779652_o

Memetik kenyataan Mat Sabu menerusi salah sebuah portal pro pembangkang, KiniTV, beliau berkata “Sambutan Merdeka hanyalah sambutan ulangtahun UMNO. Tidak lebih daripada itu”. Menghairankan, apakah Mat Sabu sudah hilang jati diri sehingga tergamak menghina sambutan kemerdekaan negara?

Secara ringkasnya, UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn Jaafar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Sejak dari penubuhannya, UMNO menerusi beberapa pemimpinnya begitu giat menuntut kemerdekaan negara sehinggalah ianya direalisasikan pada 31 Ogos 1957. Bermula daripada itulah, saban tahun, negara akan meraikan tarikh ini sehinggalah hari ini.

Namun, bagi pemahaman Mat Sabu, sambutan Hari kebangsaan ini tidak lebih daripada sambutan ulangtahun UMNO. Jika benar dakwaan Mat Sabu ini, apa relevannya segala kelengkapan tentera dan semua agensi kerajaan berarak di Dataran Merdeka dan semua lokasi sambutan pada tarikh ini? Apa makna sebenar kemerdekaan dalam diri Mat Sabu?

Sepatutnya Mat Sabu harus menyemat dalam dirinya perasaan bangga kerana negara kini sudah mengecapi kemerdekaan untuk kali ke 59 tanpa memperdulikan fahaman politik. Namun, akibat kemaruk politik, beliau senggup mengenepikan semua ini asalkan dirinya nampak “mulia” pada kacamata DAP. Inilah yang menjadikan Mat Sabu sanggup mempolitikkan Hari Kebangsaan dengan dakwaan bodohnya.

download (13)

Ini bukan ulangtahun UMNO kerana usia UMNO sudah mencecah 70 tahun dan ianya khusus untuk ahlinya sahaja. Tetapi Hari Kebangsaan ditujukan terus kepada 31.2 juta rakyat Malaysia untuk dinikmati dan diwarisi. Tanpa tarikh 31 Ogos ini, usah katakan rakyat Malaysia, malah Mat Sabu sendiri tidak akan mungkin dapat bersuara seperti ini. Malah, tidak akan mungkin beliau dapat menubuhkan parti politiknya sendiri.

Inilah fakta yang harus Mat Sabu dan kesemua pemimpin pembangkang sedar. Bukan semua perkara boleh dipolitikkan dengan sewenang-wenangnya. - PRU14.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik