Sunday, September 18, 2016

BOLEH PAKAI KER CAKAP MAHATHIR DAN MOHIDEEN NI?


Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tamrin Ghafar (3 dari kanan) dan 5 pemimpin parti pembangkang yang bertemu beliau di Putrajaya, hari ini. Tamrin mengatakan Dr Mahathir menolak menubuhkan parti baharu kerana ia tidak menambahkan kekuatan kepada perjuangan mereka.

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak sama sekali cadangan menubuhkan parti baharu selepas keluar Umno hari ini kerana negara sudah mempunyai terlalu banyak parti, kata Tamrin Ghafar. 
Bekas pemimpin Umno itu bertemu Dr Mahathir sebelum bekas perdana menteri berkenaan mengumumkan tindakan keluar Umno hari ini.

Menurut anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu, Dr Mahathir menolak menubuhkan parti baharu kerana ia tidak akan menambahkan kekuatan kepada perjuangan mereka.

"Tidak payah, kita sudah terlalu banyak parti.

"Umno berpecah hasilkan PAS, kemudian Tengku Razaleigh Hamzah keluar Umno bentuk Semangat 46, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar tubuhkan PKR, PAS berpecah lahirkan Amanah.

"Kita besar tetapi tidak kuat," kata Dr Mahathir kepada Tamrin dan rombongannya.

Dr Mahathir hari ini mengumumkan meninggalkan Umno kerana mengatakan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangannya.

Tamrin bersama 4 ahli Parlimen Amanah dan seorang daripada PKR bertemu Dr Mahathir di Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Amanah yang hadir ialah Datuk Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Mohamed Hanipa Maiden (Sepang).

Selain itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang yang juga ahli Parlimen Batu turut bersama.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir memberitahu beliau sudah mengumpulkan 40 pemimpin berpengaruh di negara ini dan akan menyiapkan satu memorandum rakyat.

"Antaranya Tun dicadangkan agar menyerahkan memorandum ini kepada Majlis Raja-raja," kata Tamrin

Tindakan Dr Mahathir mengumumkan keluar Umno hari ini yang merupakan kali ke-2 selepas keluar ketika parti Melayu itu dipimpin Tun Abdullah Badawi pada 2008.

Ketika Umno dipimpin Tunku Abdul Rahman pada 1969, Dr Mahathir pernah dipecat daripada Umno.

Ekoran itu beliau pernah menggunakan pentas PAS untuk menyampaikan pandangannya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir bertemu 2 pemimpin kanan PAS di rumahnya.

Ia dibuat atas pemintaan Dr Mahathir sendiri yang mahu bertemu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali.
- rezqeen hill.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik