Monday, September 19, 2016

"ADIOS HARON DIN".... PAS SIFATKAN AHLI PARLIMEN DAP PALING KURANG AJAR....



'Adios' dalam bahasa Spanyol bermaksud 'Selamat Jalan'.Kita selalu dengar 'Adios' dalam filem-filem koboi dan gengster.
Walaupun 'Adios' membawa maksud itu.Bunyinya agak kasar.
Maka dalam kontek memberi ucapan kepada orang yang meninggal dunia ia tentu agak menguriskan hati.
Sebab itu PAS merasa marah bila Ahli Parlimen DAP Jelutong,Jeff Ooi (gambar atas - tengah) tulis di twitter mengenai kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din Jumaat ....'Adios Harun Din. Let there be peace' .
Dari segi pemahaman orang politik ia dilihat ada maksud lain.
Sebelum itu twitter Jeff Ooi itu telah mendapat teguran dari penerimanya sendiri.
Beliau kemudian telah padamkan tulis twitter berkenaan.
Jeff Ooi kemudian menjelaskan di twitter itu untuk pertahan dirinya maksud 'Adios' dalam bahsa Spanyol ialah 'farewell'  atau dalam Bahasa Malaysia ' selamat jalan'.
Namun di twitter itu juga sebelumnya ,Jeff Ooi ada tulis : 'Went through news archives about #HaronDin's role and stand that caused Pakatan Rakyat to finally breakup. He influenced Hadi or vice versa?'
Beliau jelas mengungkit dakwaan Haron Din main peranan dalam memecahkan Pakatan Rakyat.
Jadi bila campur dua twitter itu,kita boleh buat andaian sendiri mengenai maksud di hati.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat,Ahmad Fadhil Saari dalam kenyataan keras pagi Sabtu menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai.
Beliau mendakwa ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam:
BERIKUIT IALAH KENYATAAN PENUH :
KENYATAAN BIADAP: JEFF OOI SERLAHKAN SIKAP ANTI-ISLAM DAP!
1.    Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din di atas kenyataan biadapnya di Twitter berhubung kematian Al-Mursyidul PAS tersebut semalam. Jeff Ooi di dalam kenyataan tersebut menulis “'Adios Harun Din. Let there be peace'’ sekaligus membayangkan kebenciannya kepada pimpinan PAS tersebut selama ini.
2.    DPPM menyifatkan bahawa Jeff Ooi seorang Ahli Parlimen yang paling kurang ajar di negara ini apabila sanggup mengeluarkan perkataan tersebut pada waktu sangat tidak sesuai. Ia sebenarnya sekaligus membayangkan wajah DAP yang merupakan parti yang diwakilinya apabila tidak ada sebarang teguran dari pimpinan parti terhadap sikapnya.
3.    Suka diingatkan bahawa ini bukan kali pertama Jeff Ooi berlaku biadap seperti ini. Pada tahun 2013, dia pernah menggelarkan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap. Sikapnya ketika itu ditegur oleh Mendiang Karpal Singh di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.
4.    Penggunaan perkataan-perkataan kurang ajar dan biadap seperti ini sebenarnya sudah menjadi kebiasaan manusia bernama Jeff Ooi ini. Terdahulu sebelum ini beliau pernah menggunakan ayat bahawa orang Melayu “showed their middle-fingers at their rulers..” (menunjukkan jari tengah kepada pemerintah mereka) apabila merujuk kepada instituti Istana di Perak pada tahun 2009.
5.    Dalam isu kematian Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din ini, Jeff Ooi tidak cukup hanya sekadar wajib memadamkan kenyataannya di Twitter semata-mata, bahkan wajib mengemukakan permohonan maaf kepada ahli keluarga Allahyarham bagi menunjukkan dia benar-benar kesal dan menarik balik kenyataan tersebut.
6.    Realitinya, inilah wajah sebenar DAP apabila berdepan dengan isu-isu melibatkan agamawan yang dilihat tidak selari dengan ideologi perjuangan sekular mereka. Buktinya, tiada pimpinan DAP yang menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan biadap Jeff Ooi tersebut.
Sekian.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).








No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik