Saturday, September 17, 2016

MAHATHIR SERAH DEKLARASI ADA TANDATANGAN PALSU PADA AGONG.

Pada 4 Mac lalu, 4 hari setelah bertindak meninggalkan UMNO buat kali ke 3 sepanjang karier politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melancarkan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia. Sasaran deklarasi ini adalah untuk mendapatkan tandatangan sejuta orang rakyat Malaysia yang mahu Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan.

Selepas deklarasi ini dilancarkan, hanya dalam masa 3 minggu, deklarasi berkenaan kononnya telah berjaya mendapat lebih 250 ribu tandatangan. Seminggu kemudian, kem Mahathir mengumumkan, telah berjaya mendapat lebih 1 juta tandatangan rakyat yang mahu Datuk Seri Mohd Najub berundur. Lebih melucukan, dua hari selepas itu, dari kem yang sama mengumumkan, mereka baru berjaya mengumpulkan 700 ribu tandatangan.

download-7

Ini menjadikan, deklarasi berkenaan sebagai bahan lawak jenaka kerana angka berkenaan tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-ubah. Lebih mengharukan apabila seorang juru komputer mendedahkan, dia diupah oleh orang tertentu untuk mendapatkan data rakyat Malaysia melalui senarai panjang yang terdapat pada daftar pengundi.

Dakwa Azharuddin, dia telah membekalkan lebih 1 juta nama dan nombor kad pengenalan kepada satu kumpulan cyber yang dipercayai dibayar oleh kem Mahathir. Hal ini terbongkar setelah Azharuddin tidak dibayar atas hasil kerjanya dan pendedahan ini dilakukan untuk menunjukkan, apa yang diperolehi menerusi Deklarasi Rakyat berkenaan hanyalah satu penipuan.

Setelah senyap seketika daripada isu ini, secara tiba-tiba, wujudnya sekeping gambar yang mendedahkan, Mahathir telah diterima menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang DiPertuan Agong di Istana Anak Bukit, Alor Setar, semalam. Hal ini turut disahkan oleh pengikut tegarnya, Datuk A Kadir Jasin yang turut menyebut, Mahathir telah mengemukakan Deklarasi Rakyat yang kononnya telah berjaya memperolehi lebih 1.4 juta tandatangan.

Persoalannya, benarkah deklarasi berkenaan tulen? Dari apa yang berlaku sebelum ini, jumlah tandatangan berkenaan boleh dipertikaikan. Ini kerana, menurut pendedahan yang dilakukan sebelum ini, 250 ribu tandatangan berkenaan adalah dikalangan orang yang sudah meninggal dunia. 300 ribu lagi merupakan anggota tentera dan polis dan 200 ribu lagi dari kalangan penduduk tetap.

download-8

Ini bermakna, sejumlah 750 ribu data nama yang dibekalkan secara haram oleh Azharuddin kepada kumpulan Pro Mahathir itu adalah tidak wujud dan tidak mendapat keizinan daripada pemilik nama dan tandatangan berkenaan. Bukankah itu tandanya Mahathir dan kuncu-kuncunya cuba menipu Kebawah Duli Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu?

Malah, Mahathir dan kuncu-kuncunya sendiri sehingga hari ini masih belum berani mengesahkan tandatangan berkenaan adalah tulen. Mahathir lebih senang mendiamkan diri dengan harapan, rakyat Malaysia akan lupa dengan kewujudan Deklarasi berkenaan sebelum diserahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

Mahathir juga sehingga kini tidak mengambil apa-apa tindakan perundangan bagi membersihkan namanya dan Deklarasi Rakyat yang kini dilabelkan oleh orang waras sebagai deklarasi penipu atau deklarasi Mahathir-Kit Siang.

images-5

Sewajarnya, pihak berkuasa menyiasat usaha penipuan yang dilakukan oleh Mahathir dan para pentaksubnya supaya institusi Istana yang sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat Malaysia tidak tercemar dengan kemaruk nafsu politik Mahathir dan kuncu-kuncunya.

- PRU14.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik