Sunday, September 18, 2016

MORE CONDEMNATION ON JEFF OOI...

jeff ooi

Kenyataan Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia

Tindakan kurang ajar Jeff Oii meluahkan kegembiraan atas kematian Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din dalam tweeternya menyerlahkan sikap sebenar DAP sehubungan dengan perkara yang menyentuh soal Melayu Islam.

Lebih malang lagi, kenyataan beliau ini tidak ditegur oleh mana-mana pemimpin tinggi Dap sedangkan sepatutnya jika Dap sebuah parti yang bermoral ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf bagi pihak Jeff di samping mengambil tindakan terhadapnya.

Bila ini tidak berlaku maka ia menampakkan pelbagai inisiatif Dap untuk memenangi hati orang Melayu Islam sebelum ini adalah satu tindakan hipokrasi semata-mata untuk matlamat politik semata-mata.

Perlu diingat, Dr Haron bukan milik Pas sahaja kerana pengikut dan penyokong beliau yang ramai itu merentasi parti politik meliputi hampir seluruh Melayu Islam, jadi bila Dr Haron dicerca maka cercaan ini menyentuh hati nurani semua mereka.

Tindakan ini seakan-akan membenarkan kenyataan Dr Haron sendiri sebelum ini bahawa Dap nyata adalah musuh Islam, dan bersahabat baik dengan musuh Islam kita akan jadi seperti mereka juga.

Pesan beliau dalam Utusan Malaysia Jun lalu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah.

Sehubungan ini, walaupun gesaan Dr Haron ini merujuk kepada tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan Dap, diharapkan episod ini akan menyedarkan Melayu Islam lain yang masih berada dalam Dap mahupun yang menyokongnya mengenai belang sebenar Dap.

Luahan Jeff ini adalah manifestasi kepada sifat kebencian maha hebat yang selama ini tidak dapat diluahkan secara terbuka kerana terpaksa disembunyikan demi kepentingan politik, tetapi syukurlah sedikit demi sedikit ia mula kelihatan.

Lebih malang lagi, pemimpin Dap seperti Jeff ini tidak akan sesekali mengakui kesilapan sebaliknya akan merekacipta pelbagai alasan seperti tweeternya dihack untuk melepaskan diri bila tersepit sedangkan reaksi awal beliau menunjukkan hacking tidak berlaku.

Disebabkan makin meluasnya tindakan bersifat luahan kebencian yang boleh menimbulkan kemudaratan kepada keharmonian hidup bermasyarakat ini maka sangat wajar jika individu seperti Jeff dikenakan tindakan undang-undang.

Kita boleh berbeza pendapat dalam politik, tetapi tidak perlulah perbezaan ini turut dibawa ke dalam kehidupan seharian secara tidak matang, khususnya bila ia menyentuh isu perkauman dan keagamaan, ini bercanggah dengan nama Dap sebagai parti demokratik.

Jika belum memerintah negara pun pemimpin Dap sudah menunjukkan sikap begini tidak dapat dibayangkan apa akan berlaku kepada Melayu Islam seandainya Dap berjaya memerintah Malaysia.

Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (or Institute for Malaysian Political Analysis, MAPAN),  Universiti Utara Malaysia

*****************************************************

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG NUSANTARA (PSSGN)

1. PSSGN menganggap penghinaan para pemimpin DAP terhadap almarhum Tuan Guru Dato Hj Harun Din sebagai amat biadab, kurang ajar dan melampaui sensitiviti umat Islam. Sebagai warganegara Malaysia ini mereka seharusnya belajar untuk memahami adat resam tempatan dan menghormati agama Islam dan adat resam khususnya umat MELAYU ISLAM yang menjadi TERAS negara ini. Tetapi apa yang dilakukan oleh Jeff Ooi dan segala suku sakat DAP memperlihatkan mereka sudah lupa yang negara ini majoriti rakyatnya Melayu beragama Islam. Kebiadapan Jeff Ooi dan semua yang bersikap kurang ajar itu semakin membuktikan mereka telah hilang rasa hormat kepada agama lain dan membuktikan sifat KAFIR HARBInya mereka.

2. PSSGN dengan ini mengutuk kebiadapan Jeff Ooi dan semua yang melakukan kebiadapan sedemikian rupa dan menuntut kemaafan terbuka kepada umat Islam negara ini. Penghinaan itu bukan hanya kepada almarhum Tuan Guru Dato Harun Din tetapi dirasai oleh semua orang Islam dinegara ini. Perlu diingat bahawa kami orang Melayu boleh berbeza dalam fahaman politik, tetapi kami tetap bersatu dalam hal agama iaitu ISLAM. Walaupun almarhum seorang pemimpin PAS, tetapi beliau seorang Islam yang mengamalkan Rukun Islam dan Rukun Iman yang sama. Melayu Islam PAS atau UMNO seperti cubit paha kanan terasa sakit paha kiri apabila menyentuh agama. PSSGN juga menegaskan segala fitnah dan kebiadapan terhadap YAB PM sebagai teraju kepimpinan negara juga segera dihentikan.

3. PSSGN ingin mengingatkan Jeff Ooi antara punca berlakunya Peristiwa 13 Mei adalah kerana kebiadapan DAP. Oleh itu jangan sampai peistiwa yang sama berulang kerana orang Melayu Islam ada had kesabarannya apabila bangsa dan agama dicaci dan dicela.

Sekian.

YM Dato’ Seri Utama DiRaja Prof. Dr. Tunku Mohammad Fairus Ibni YM Tunku Khairuddin Al-Haj.

Presiden merangkap Guru Utama & Waris Amanah Mutlak

Pertubuhan Silat Seni Gayong Nusantara  (PSSGN)  – Mantan Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Mantan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mantan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Mantan Exco Penerangan & Perpaduan Masyarakat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

*****************************************************

KENYATAAN MEDIA PERKASA MALAYSIA

Jeff Ooi….Mohon Maaf Dengan Segera Kepada Waris Tuan Guru Dato Harun Din

1. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa agar wakil rakyat DAP, Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi agar memohon maaf kepada kaum kerabat  Allahyarham Tuan Guru Dato Dr. Haron Din dan tidak mengulangi kenyataannya yang biadap dan tidak sopan dalam akaun peribadi twitternya.

2. Perkasa juga mendesak agar ahli Parlimen DAP Jelutong itu  memohon maaf kepada semua umat Islam atas ucapan penghinaannya atas berita pemergian Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din yang amat dihormati dan disegani dalam kalangan umat Islam sama ada pada peringkat nasional maupun antarabangsa.

3. Perkasa juga meminta semua pengguna media sosial termasuk Facebook dan Twitter agar memohon maaf dan memadam semua posting dan komen yang kurang sopan mengenai pemergian Allahyarham Tuan Guru yang mengejutkan semua umat Islam.

4. Jeff Ooi diingatkan agar tidak membakar sentimen umat Islam dalam negara ini. Perkasa memberi amaran keras kepada beliau yang sering dilihat menghina Islam dan umat Islam dalam negara ini dengan kenyataan kenyataannya yang biadab  dan sangat kurang ajar di Malaysia.

5. Sementalahan pula kenyataannya memanifestasikan sikap permusuhannya terhadap Islam dan ulama Islam yang terbuku dihatinya selama ini.

6. Cukuplah membuat kenyataan biadap yang menimbulkan kemarahan umat Islam. Perkasa tidak akan bertolak ansur lagi dengan telatahnya kerana buku akan bertemu dengan ruas.

7. Perkasa juga menggesa agar pengundi pengundi Islam agar tidak mengundi wakil wakil rakyat yang menghina Islam dan para ulamanya.

8. Jangan undi mereka yang menggunakan perkataan menghina, kurang ajar dan biadap. Ingatlah kita sebagai umat Islam mesti mempunyai maruah dan harga diri masing masing.

DR. AMINI AMIR ABDULLAH.

- Malaysia Today.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik