Saturday, September 24, 2016

POLITIK KEBENCIAN DIBAWA PEMBANGKANG TIDAK KEMANA.



Nak main politik kebencian seperti dibawa puak pembangkang bukan susah.Soalnya ia boleh membawa rakyat dan negara ini kemana?

Itulah persoalan yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bila beliau meminta pergerakan Puteri UMNO berusaha meyakinkan rakyat khususnya generasi muda bahawa UMNO adalah wadah yang lebih baik.

“Sebagai Presiden UMNO saya mahu Puteri UMNO terus berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya generasi wanita muda akan menganggap bahawa wadah perjuangan yang paling baik untuk mereka ialah wadah perjuangan dipelopori UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Puteri UMNO perlu menekankan bahawa UMNO dan BN mempunyai agenda yang lebih baik untuk wanita dan negara berbanding pihak di sebelah sana yang hanya memainkan politik kebencian dan memburukkan orang lain.

"Bila memburukkan orang lain itu senang walaupun itu dosa yang besar tetapi pada kita, mesti fikir memburukkan orang lain itu tidak membawa ke mana-mana. Kita mempunyai agenda yang lebih baik demi pembangunan negara," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Wanita Muda anjuran Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Sabtu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Festival Wanita Muda dianjurkan Puteri UMNO bertujuan menghimpunkan wanita muda yang berbilang bangsa dan agama dari seluruh negara.

Objektifnya adalah untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita muda dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara, sekali gus dapat menyemarakkan lagi semangat patriotism.

Perdana Menteri berkata bagi memastikan kejayaan generasi muda khususnya golongan wanita, ada dua tanggungjawab utama yang perlu digalas oleh Puteri UMNO.

"Kita mesti menyiapkan generasi muda, maknanya kita melangkaui soal politik, kita lebih idealisme daripada soal nak mendapatkan undi sahaja.

"Tetapi tugasan kita menyediakan wanita muda menghadapi segala cabaran masa depan dengan kita memberi kekuatan ilmu, kerohanian, kemahiran insani, kepimpinan, rangkaian dan segala-galannya kita sertakan untuk melahirkan generasi muda yang sahut cabaran masa depan," katanya.
by: LUKMAN ABDULLAH

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik