Friday, September 30, 2016

SEDIH...... PEMBANGKANG TAK "TUMPANG SEMANGKUK" KEJAYAAN MALAYSIA.

TERLALU sibuk pakatan pembangkang mendakwa macam-macam terhadap kerajaan. Mengatakan kononnya Malaysia akan bankrap. Pelabur tarik pelaburan mereka keluar dari negara ini.  Ringgit jatuh disebabkan  kerajaan tidak mampu menguruskan kewangan negara. Bukan itu sahaja, harga minyak dunia jatuh pun kononnya kerana pentadbiran kerajaan Malaysia yang `kurang cekap’.

Eh! pelik, tidak ada kaitan pun dengan negara-negara dunia lain. Macamlah Malaysia pemain penentu pasaran minyak dunia. Dan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan  bahawa Motorola Solutions Inc. memutuskan akan memindahkan  pusat operasinya ke Malaysia baru-baru ini, mengapa pembangkang diam. Ke mana perginya suara dakwaan bersahut-sahutan  tadi?

Kalau perkara molek dan positif di pihak kerajaan, pakatan pembangkang terutama dari DAP buat diam kematu sahaja. Tetapi jika pihak asing terutama media mereka `usik’ kerajaan, pembangkang akan `tumpang semangkuk. Bukan itu sahaja sanggup pula bersekongkol bersama mereka menghentam kepimpinan kerajaan.

Bercakap mengenai komitmen Motorola, Ahmad Zahid memberitahu, beliau dimaklumkan perkara itu oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Motorola Solutions Inc., Greg Brown dalam pertemuan New York beberapa hari lalu semasa menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71.

“Motorola memberi jaminan kepada Malaysia bahawa mereka sedang berusaha untuk melakukan pemindahan teknologi dengan menterjemahkan program offsett dan juga melatih tenaga kerja separa mahir, berkemahiran dan ahli profesional di pusat kemudahan mereka di Pulau Pinang.

“Ini memperlihatkan kebolehpercayaan Motorola  kepada Malaysia yang  yakin melalui usaha untuk menjadikan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA sebagai satu realiti adalah agenda yang harus diberi manfaat kepada Malaysia,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Mengapa pembangkang tidak berkongsi kegembiraan dengan kerajaan atas komitmen Motorola itu? Sebabnya, matlamat pembangkang tidak ada lain - melainkan untuk memburuk-burukkan negara dan kepemimpinan Perdana Menteri.
By: KLXpress.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik