Sunday, September 4, 2016

SIAPA SIKITUL ALAF BARU?



Dalam sejarah Empayar Kesultanan Melayu Melaka,  peranan kepada keruntuhannya dimainkan oleh Si Kitol yang berketurunan Keling.  Dialah antara punca utama yang menjadi penyebab kepada kehancuran tamadun Melayu Melaka yang gah di mata dunia seketika dahulu.

Punca kekalahan Melaka  adalah kerana maklumat kekuatan tentera Melaka telah dibocorkan oleh pengkhianat Si Kitol. Natijah dari pengkhianatan ini tamadun bangsa hancur musnah, masjid-masjid dirobohkan, puluhan ribu nyawa umat Islam terkorban,  Melaka dan Tanah Melayu keseluruhan dijajah selama lebih 400 tahun.

Walaupun ketika itu bala tentera Sultan Melaka jauh lebih besar daripada soldadu Portugis yang menyerang Melaka. Tetapi bala tentera Melaka kalah. Kekalahan ini bukannya kerana jumlah sedikit atau banyak, tetapi kerana pengkhianatan pembesar-pembesar Melayu ketika itu yang tidak ada kesetiaan kepada tanahair.

Senario hari ini memperlihatkan beberapa pemimpin Melayu mempunyai ciri-ciri Si Kitol seperti yang dipaparkan dalam sejarah Melayu. Mereka menghasut dan memecahbelahkan orang Melayu kerana tamak dan rakus untuk menguasai tampuk pemerintahan. 

Tidak hairanlah jika ada diantara mereka sanggup bersekongkol dengan kuasa asing dalam usaha menyingkirkan kepimpinan negara. Sehingga sanggup menjemput kuasa luar untuk campur tangan dalam urusan negara.  Namun sedarkah kita, apakah matlamat kuasa asing ini memberi bantuan kepada sekelompok kecil pemimpin Melayu ini ? Sudah tentulah mereka sanggup memberi bantuan kepada segelintir pemimpin Melayu ini demi mencapai tujuan mereka untuk menguasai negara.  Pemimpin seperti ini jika memegang tampuk pemerintahan negara hanya akan menjadi boneka kuasa asing  dan akan bertindak mengikut kepentingan "tuan" mereka sahaja.
 
Pengkhianatan mereka tidak ada bezanya dengan Si Kitol yang membocorkan rahsia ketenteraan Melaka. Si Kitol moden ini lebih pintar dalam menyusun strategi pengkhianatannya kepada negara. Mereka sanggup berhabisan wang keluar negara menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara. 

Ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bangsa Melayu, " Janganlah Melayu lupa, di sebalik pertempuran hebat tentera Melaka dan Portugis, 'berdiri' si Kitol dan Raja Mendeliar. Dalam kalangan orang Melayu yang berpecah tiga ini pun, ramai lagi mempunyai watak  si Kitol dan Raja Mendaliar.
By: Friend of Kedaulatan.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik