Sunday, October 2, 2016

4.2 JUTA RAKYAT ADA GANGUAN MENTAL?

MENTERI Kesihatan semalam mengesahkan bahawa seramai 4.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah mental (gila) dan peningkatan ini adalah perkara yang membimbangkan.  Mana tak bimbang, negara lebih kurang 30 juta orang, 30% darinya adalah gila.

Begitupun dari pandangan politik, statistik ini turut menjelaskan kenapa Mahathir dan pembangkang yang diketuainya masih ada penyokong.  Ikut logik, siapa nak percaya RM 42-RM50 billion wang negara hilang (bukan hutang) tanpa sedikit pun menjejaskan rakyat dan ekonomi, logiknya siapa nak percaya duit curi (bukan derma) masuk akaun peribadi tapi sebab ada jugak yang percaya, sekarang dapatlah jawapan – rupanya mereka gila.

Tambahan lagi, mutakhir ini pelbagai bentuk kegilaan dihidangkan kepada rakyat Malaysia.  Malah kelompok ini tidak pulak malu untuk menunjukkan kebodohan mereka di media sosial, rupanya bilangan mereka semakin meningkat di kalangan masyarakat kita.

Gila hari ini tidak semestinya bercakap sendiri atau jalan tidak berbaju seperti mana yang difahamkan orang-orang dulu, gila hari ini boleh terjadi dalam pelbagai bentuk.  Menduduki tangga teratas sudah tentulah gila meletak semua kesalahan (termasuk salah sendiri) kepada kerajaan dan Perdana Menteri.

Diikuti dengan gila menyebarkan perkara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya, gila menjadi hakim, gila nak jadi Perdana Menteri, gila nak anak jadi Perdana Menteri, gila menyorok belakang tiang dan segala gila yang lain.

Oleh yang demikian, penyokong BN yang mungkin terjejas dengan pelbagai simulasi palsu di media sosial kononnya Mahathir dan pembangkang semakin meningkat sokongan (tapi bila diadakan pilihanraya kecil/negeri, BN masih menang besar), bolehlah menarik nafas lega – mengetahui bahawa semua itu hanya palsu direka oleh mereka yang tak betul otaknya dan kalau betul pun, terdiri dari golongan yang ada masalah mental seperti yang disebutkan Menteri.

-mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik