Tuesday, October 18, 2016

BERJAYAKAH DAP BAWA IDEOLOGY ISLAM DEMOKRASI INDONESIA KE MALAYSIA?

dap1Bagi menghadapi cabaran PAS di Malaysia, DAP telah melakukan delegasi lawatan sambil belajar ke Indonesia untuk mempelajari ideologi Islam demokrasi yang diamalkan di republik itu. 

Delegasi DAP yang diketuai penasihat parti itu Lim Kit Siang selama empat hari pada bulan lepas telah menemui pelbagai tokoh Islam demokrasi yang diklasifikasikan sebagai penganut Islam Liberal.

Mereka yang ditemui adalah Haji Yahya Cholil Staquf (bekas jurucakap mantan presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, Nahdatul Ulama), Ahmad Syafi’i Maarif, Goenawan Mohamad, Ulil Abshar-Abdalla, Jalaluddin Rahmat, Irfan Abu Bakar dan lain-lain.

Menurut Kit Siang, hasil siri perbincanangan itu, wujud konsensus bahawa Islam yang inklusif, sederhana dan bertoleransi adalah diperlukan untuk masa depan dunia yang aman, harmoni dan adil.

Turut menemani Kit Siang dalam delegasi itu adalah Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP), Zairil Khir Johari (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan) dan Steven Sim Chee Keong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang).

Siri jelajah Kit Siang kali ini adalah lanjutan kepada lawatan ke Jordan dan Mesir April tahun lalu, diikuti lawatan ke Tunisia dan Turki pada bulan Oktober lalu.

50-tokoh

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaimanmengecam penganjur Peace Symposium 2016 di Kuala Lumpur yang menjemput tokoh Islam Liberal Indonesia, Zuhairi Misrawi untuk menjustikasikan hudud tidak perlu dilaksanakan di Malaysia.

simposium-ahmadiyya

Dalam program yang diadakan di Royale Bintang Hotel Kuala Lumpur, Zuhairi Misrawi dari Nahdatul Ulama Indonesia mendakwa hukum hudud tidak terkandung dalam Piagam Madinah.

Zuhairi Misrawi turut mendakwa Piagam Madinah adalah satu daripada rujukan untuk prinsip kenegaraan Indonesia, iaitu Pancasila.

Indonesia yang mempunyai populasi umat Islam teramai di dunia, tidak mempunyai kementerian khusus mengendalikan agama tersebut, sebaliknya Jakarta menubuhkan Kementerian Agama untuk menjaga semua agama.

Selain Zuhairi, pemikir DAP dari Penang Institute, Dr Wong Chin Huat juga turut dijemput salah seorang panel program tersebut.

Dr Wong juga merupakan salah seorang pengasas dan penggerak BERSIH.

“Adakah penganjur Peace Symposium 2016 ini ada hubungan dengan Komuniti Islam Ahmadiyya ? Sila rujuk link di bawah (sebelah): http://www.loveforallhatredfornone.org/

“Saya perasan sebab posting Pengerusi kepada Peace Symposium 2016 (Indrawan Muhammad Yatim) di Bukit Bintang hari ini (15 Okt) yang menjemput Zuhairi Misrawi (yang dituduh Islam Liberal di Indonesia?) memaparkan gambar imej “Love For All Hatred For None” yang mirip nama halaman Komuniti Islam Ahmadiyya itu. Betul ke?,” soal Huzir Sulaiman.

Twitter kumpulan Ahmadiyya, RabwahTimesmengesahkan bahawa program Peace Symposium 2016 dianjurkan oleh kumpulan Ahmadiyya.

ahmadiya

Ia turut disahkan oleh rakaman ‘Dialog Jalanan’ (di bawah) yang menyebut Indrawan Mohd Yatim di bawah kumpulan Ahmadiyya Singapura (rujuk di keterangan rakaman itu https://www.youtube.com/watch?v=qAfJMXgtpV8).

Rakaman ‘Dialog Jalanan di Singapura’ ditaja oleh Projek Dialog yang juga merupakan salah satu penaja Peace Symposium 2016.

Projek Dialog adalah suatu ruang wacana sosial kumpulan Islam Liberal Malaysia yang juga ada perkaitannya dengan Islamic Renaissance Front (IRF).

Penggerak utama Projek Dialog ialah Ahmad Fuad Rahmat yang telah mendapat latihan di sebuah institusi Jesuit di Universiti Marquette, Amerika Syarikat.

“Sebenarnya, dua orang saja penggeraknya (Projek Dialog), saya dan saudari Yana Rizal. Kita kebanyakannya bergantung kepada kerjasama kumpulan lain antaranya Justice for Sisters, Buku Jalanan Shah Alam, Radio BFM, SALT – satu gerakan pelajar katolik, Assajjad Movement – gerakan hak minoriti agama, dan kelompok Ahmadiyah,” kata Ahmad Fuad kepada organ DAP, Roketkini.

Menurut laman awam.org.my, Ahmad Fuad sebelum ini adalah Pengarah, Ketua dan Felo Penyelidik Islamic Renaissance Front (IRF) yang diketuai oleh Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa.

Dr Ahmad Farouk adalah abang kepada Mohd Faizal Musa (Faisal Tehrani) yang merupakan penasihat Projek Dialog bersama dengan Marina Mahathir (Sisters in Islam).

Selain itu, Dr Ahmad Farouk juga merupakan Naib Pengerusi BERSIH 2.0 yang diketuai oleh Maria Chin Abdullah dan salah seorang pengasas kumpulan G25 bersama-sama dengan Datuk Noor Faridah Arifin.

Perkaitan BERSIH, G25, Projek Dialog, IRF dan Penang Institute itu akhirnya menjurus kepada dalang sebenar yang menaungi semua kegiatan itu iaitu DAP.

- AIDC.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik