Sunday, October 23, 2016

BERSEDIA TINDAKAN PEMBANGKANG TOLAK BAJET 2017.

Sebaik selesai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober tahun lalu, pembangkang bertindak mempamerkan plakad ‘Mana RM2.6 bilion’ di dalam Dewan Rakyat.

Walaupun mereka tidak bertindak keluar Dewan, namun Bajet 2016 berdepan tentangan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang.

bajet-pembangkang-mo1-01Mereka merancang menolak bajet tersebut melalui proses undian selepas Bajet 2016 selesai dibahaskan.

Malangnya mereka hanya memperolehi 74 undi berbanding 128 yang diperolehi kerajaan.

Perdana Menteri yang dalam lawatan ke Turki, pulang ke negara pada hari pengundian bagi  memastikan pembangkang berputih mata.

Ternyata niat mereka mahu memalukan Najib dengan undian menolak Bajet 2016 tidak berjaya.

Namun, kebencian pembangkang terhadap Najib tidak pernah padam apabila mereka mengulangi kekecohan dan bertindak keluar Dewan ketika Perdana Menteri masih membentangkan Bajet 2017 pada Jumaat lalu.

Ini sekali gus memberi gambaran bahawa Bajet 2017 akan berdepan tentangan daripada ahli-ahli parlimen pembangkang apabila mula dibahaskan bermula Isnin.

2.6Pembangkang tentu lebih ‘garang’ dengan Ahli Parlimen PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berdiri bersama-sama mereka.

Untuk rekod, ketika proses pengundian Bajet 2016, Muhyiddin yang sudah digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2015 masih mengundi menyokong bajet berkenaan.

Lebih menarik, sebilangan besar ahli-ahli parlimen PAS berkecuali di dalam pengundian tersebut menyebabkan Pakatan Harapan mengecam wakil-wakil rakyat PAS serta mendakwa mereka bersekongkol dengan Najib.

Jumaat lalu, PAS sekali lagi menunjukkan politik matang mereka kerana tidak bertindak keluar meninggalkan Dewan seperti ahli-ahli parlimen PH dan PPBM.

Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ahli Parlimen perlu bersikap profesional, terutama ketika berada dalam pembentangan Bajet.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kekecohan yang berlaku ketika Najib membentangkan Bajet 2017 tidak sepatutnya terjadi kerana ia merupakan masa dan ruang yang diperuntukkan khusus kepada perdana menteri.

Dalam masa yang sama katanya, Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.

“Pembentangan Bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri  berucap membentangkan Bajet.

“Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,”katanya.

Sehubungan dengan itu, Nik Abduh mahu wakil rakyat yang diberikan peluang untuk membahaskan Bajet itu nanti menggunakan kesempatan yang diberikan dengan baik tanpa  perlakuan tidak profesional.

“Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.,”katanya.

Dalam erti kata lain, mana-mana ahli parlimen pembangkang yang menentang Bajet 2017, tidak perlulah mereka berbahas jika semata-mata mahu menimbulkan kekecohan.

Biarlah hanya ahli-ahli parlimen yang menghargai Bajet 2017 bagi manfaat rakyat berbahas tanpa gangguan seperti diharapkan Nik Abduh.

Namun dalam pada itu, kerajaan perlu bersedia berdepan kacau ganggu kemungkinan pembangkang merancang untuk bertindak menolak Bajet 2017 dengan undian pada akhir perbahasan nanti seperti berlaku tahun lalu.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik