Saturday, October 8, 2016

BERSIH 5.0 ADALAH REVOLUSI MENUMBANGKAN KERAJAAN.



Bersih 5.0 bakal diadakan tidak lama lagi,  road show sedang dilakukan di kebanyakan Bandar-bandar utama  yang mana mensasarkan jumlah penyertaan dari rakyat yang inginkan satu keadaan tidak stabil dalam negara ini berlaku.

Semua ini adalah bertujuan untuk memastikan DAP serta sekutunya dapat menumbangkan kerajaan  dalam demontrasi yang dikatakan amat demokrasi walaupun sebagaimana kita lihat  didalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0  banyak berlakunya kerosakan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pasukan keselamatan.

Di Malaysia NED telah menyusup masuk melalui proksi Anwar Ibrahim dan  telah menumbang dana  kepada Malaysiakini, SUARAM, BERSIH 2.0, IRI , – Disinilah pembangakang mendapat kekuatan dengan berpaksikan Yahudi atau dengan sokongan Yahudi termasuk PAS sendiri satu ketika dahulu dan kini telah digantikan dengan PAN yang menggunakan agama untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan bantuan NED.

Suaram dan Malaysiakini merupakan dua badan  yang disokong secara terang dan jelas dan mendapat bantuan kewangan daripada NED (National Endowment for Democracy ) yang berpengkalan di Barat. Bukti penyaluran kewangan ini ditunjukkan secara jelas dalam   The grant listings posted here are from the 2010 Annual Report, published in August 2015. Terdapat empat (4) badan yang mendapat penyaluran bantuan kewangan oleh NED yang berpaksikan kepada pergerakan  ideologi pembangkang.

Apa yang telah NED lakukan di luar negara, melalui organisasi penerima National Democratic Institute (NDI) atau Institut Demokrasi Kebangsaan dan juga melalui International Republican Institute (IRI) atau Institut Republikan Antarabangsa, sudah tentu sesuatu yang tidak sah di Amerika Syarikat.

NED telah menyuntik “soft money” atau wang pengaruh ke dalam pilihanraya dalam negara di negara-negara luar di atas permintaan satu-satu parti tertentu. Bayangkan apa yang boleh dilakukan dengan beberapa ratus ribu Dolar untuk membantu ahli dan parti politik di sebuah negara miskin di seluruh dunia?

Bersih ditubuhkan dengan tujuan untuk menumbangkan kerajaan, yang ditaja oleh  penyumbang dana dari luar negara. Kerajaan Barisan Nasional terus ditekan supaya membuat pertimbangan serius dalam merealisasikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Mengikut laporan rasmi NED yang telah dikeluarkan pada tahun 2015, terdapatnya pertambahan Geran yang dikeluarkan untuk NGO-NGO di Malaysia  sebagai pembiayaan untuk menentang dasar kerajaan.

Semua ini adalah helah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan yang sedia ada adalah tidak adil dan menindas hak-hak rakyat. Sebagaimana yang saya katakan tadi bahawa Anwar memainkan peranan sebagai pembela kemiskinan supaya mendapat tempat dihati rakyat.

Ramai yang telah menyangkal bahawa demontrasi Bersih yang dijalankan selama ini adalah bertujuan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada  dengan menggunakan tenaga muda yang  tidak memikirkan tentang hala tuju negara , malah menilai keruntuhan negara ini dengan “upah” untuk melakukan demontrasi.

Menumbangkan kerajaan  ini disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim apabila mengakui secara jelas mengatakan bahawa dia baru sahaja HAMPIR mengetuai sebuah REVOLUSI. Hampir!!. Anwar memang menghajatkan wujudnya revolusi agar jalan pintas untuk ke Putrajaya akan nampak lebih jelas dan menjanjikan.

Apakah  makna ‘REVOLUSI’ ? Bukankah revolusi bermakna menukar satu pemerintahan di Malaysia secara rusuhan kepada satu bentuk pemerintahan baru, ‘REPUBLIK’ yang tidak dipilih melalui sistem amalan demokrasi, pilihan raya yang diamalkan sebelum ini

Jadi bagaimana lagi untuk rakyat dari pembangkang mahu menafikan  bahawa demontrasi Bersih bukan  untuk meyampaikan maksud seperti Pilihanraya  adil dan bersih , dan termasuk isu-isu selain daripada itu.

Malah ianya lebih menjurus kepada apa yang berlaku di negara Telok yang mana menggunakan demontrasi sebagai jalan pintas untuk mencapai matlamat pertukaran kuasa  dengan cara yang dikatakan “halal” dari sudut pandangan “demokrasi”.

Sebenarnya semua kenyataan yang diberikan ini adalah berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Anwar sendiri yang mana bahawa  dia mengambarkan  negara ini sedang berada didalam satu situasi yang memerlukan pertukaran kerajaan berlaku tidak kira dalam apa cara sekali pun.

“Kita (sudah) tiada keyakinan (lagi) ke atas kerajaan jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius kita dekat dengan satu revolusi ” kata seorang pemimpin tertinggi PKR yang mengambarkan Malaysia kini sedang mengalami ketegangan kaum yang semakin meningkat. Justeru itu, Pemimpin ini juga  berharap golongan muda di negara ini akan menyambut baik hasratnya ke arah revolusi itu.

Menurut rekod, sejarah revolusi kebanyakannya dirujuk kepada revolusi Perancis yang berlaku pada tahun 1789–1799, dimana sistem pemerintahan beraja dan peranan agama dihapuskan dan diganti dengan sistem pemerintahan rakyat menjadi sebuah negara Republik Rakyat Perancis yang berteraskan cogan kata “Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan”.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan secara terus terang oleh  Che Gu Bard yang kini telah dibuang sebagai ahli PKR  yang mana telah mengistiharkan ancaman BERSIH 3.0  yang akan berakhir dengan Revolusi sebagaimana diakui oleh anwar sendiri.

Jadi telah nyata bahawa ancaman ini bukan sekadar  dalam bentuk ancaman biasa tetapi akan menyebabkan perang saudara  diantara  kelompok masyarakat jika ianya tidak dapat dikawal oleh pihak kerajaan.

Rakyat Malaysia harus ingat bahawa Dalam sejarah Asia Tenggara, rasanya Singapura dan Malaysia sahaja yang masih terselamat daripada REVOLUSI – baik jalanan; mahupun terpimpin oleh elit politik yang ada.

Pihak berwajib harus melihat perkara ini sebagai ancaman keselamatan negara. Ini satu perancangan yang amat serius, jangan sampai nasi sudah menjadi bubur baru nak ambil tindakan. “Kalau revolusi sudah berlaku di negara ini, menyesal pun sudah tiada gunanya lagi”.

  • PRU14.tv

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik