Wednesday, October 19, 2016

BERSIH UNTUK BURUKKAN KERAJAAN SEMATA-MATA,

Rakyat sedang memerhati bagaimana DAP membohongi minda rakyat Malaysia dengan slogan-slogan yang  memburukkan sistem dalam kerajaan  dengan mengatakan ketidaktelusan berlaku, ketidakadilan berlaku dan  macam-macam lagi.

Namun pada masa yang sama mereka menikmati sistem yang sedia ada dengan  apa yang mereka percayai, dan mereka sendiri akur dengan  apa yang ditetapkan oleh kerajaan  dalam memastikan keadilan dapat dikecapi bersama.

Begitu juga dengan proses pilihanraya yang mereka katakana tidak telus dilaksanakan oleh kerajaan dan berat sebelah. Semua ini hanya retorik dan DAP cuba menimbulkan persepsi yang buruk terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dengan fitnah yang mereka lemparkan.

Secara dasarnya semua itu untuk membangkitkan perasaan marah kepada penyokong yang mudah terhasut dengan slogan-slogan yang mereka lancarkan. Sedangkan pada masa yang sama  mereka mengakui bahawa sistem pilihanraya yang diamalkan di Malaysia adalah yang terbaik dan telus.

Perkara ini telah diakui sendiri oleh pemimpin DAP dan juga Pakatan dimana apabila mereka dapat memenangi banyak kerusi pilihanraya. Apakah ketelusan dan keadilan akan wujud apabila hanya kerana mereka beroleh kemenangan  sahaja?

Setiap kali demontrasi bersih dilancarkan slogan  menghentam SPR dilakukan tanpa   memikirkan bahawa mereka telah mengiktiraf ketelusan yang diamalkan dalam pilihanraya.  Dalam bab rasuah juga mereka mewar-warkan bahawa  untuk menghapuskan isu rasuah, tetapi pada masa yang sama mereka adalah pengamal rasuah yang terhebat.

Perkara ini dapat dibuktikan dimana seorang Ketua Menteri yang sedang didakwa kerana pengamalan amalan rasuah yang berkepentingan diri sendiri. Sepatutnya DAP menghapuskan amalan rasuah dalam parti mereka dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain.

Sebagai contahnya Guan Eng dan semua pemimpin pembangkang yang memernangi pilihanraya , tidak ada sepatah pun diantara mereka mendakwa bahawa amalan pilihanraya yang diamalkan itu tidak adil, malah pujian melangit diberikan kepada SPR tanpa ragu-ragu.

Tidak timbul juga hal yang berkaitan pengundi hantu di Pulau Pinang, sedangkan pada masa yang sama “kehilangan pelancong China” telah dilaporkan berlaku dan adakah mereka ini yang dikatakan pengundi hantu yang memenangkan calon DAP dalam pilihanraya?

Begitu juga  jika pilihanraya tidak teluas dan adil, bagaimana pula DAP dapat memerintah di Pualau Pinang dan PKR di Selangor- Itu lah ragam dan perangai pembangkang dalam negara ini.

Skandal-skandal didedahkan oleh mereka adalah untuk menutup salah laku  penyelewengan yang mereka lakukan dimata rakyat. Kegagalan  untuk membangunkan negeri yang diperintah oleh mereka juga ditutrup dengan menimbulkan isu  yang seakan sama  dari pihak kerajaan.

Sedangkan saban tahun saban hari terdapatnya pembangunan dan penyelesaian masalah rakyat dilakukan dan dilancarkan oleh kerajaan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terbela. Tetapi jika kita lihat  berapa banyak kah pembangunan dilakukan  oleh kerajaan Pakatan terhadap negeri yang mereka perintah.

Kita sedang melihat bagaimana sebuah negeri yang maju se4perti Seolangor sedang menghadapi masalah demi masalah dan seakan sebuah negeri yang terbiar dari segenap sudut pembangunan dan pembelaan dari kerajaan negeri.

Bersih 5.0 akan diadakan tidak lama lagi, kebanyakan pemimpin DAP, PKR , PAN dan PPBM sedang cuba membawa rakyat dijalanan  untuk melakukan penentangan  terhadap kerajaan dengan isu-isu yang sama sejak dahulu lagi.

Di Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Phee Boon Poh mengedar risalah BERSIH 5 kononnya pilihan raya tidak bersih sedangkan dia sendiri menang di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Pulau Pinang.

Di Pulau Pinang, DAP menang 19 kerusi DUN manakala PKR menang 10 dan PAS 1. Pakatan Rakyat telah menang 30 dari 40 kerusi DUN dalam Pilihanraya yang mereka dakwa tidak bersih.

Jadi jika rakyat masih lagi tidak faham agenda Bersih ini, ianya hanya untuk memburukkan kerajaan semata-mata, dan bukan pada isu yang sebenarnya, sedangkan mereka mengakuinya ketelusan  yang menjadi amalan SPR selama ini.

  • PRU14.tv


     

    No comments:

    Post a Comment

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik