Saturday, October 8, 2016

FITNAH MENGAITKAN PENGARAH AIR SABAH DENGAN UMNO.


Usaha untuk fitnah UMNO dikesan rancak  dibuat menerusi media sosial ekoran kes salahguna kuasa sensasi melibatkan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah yang kini menjadi bahan bualan ramai.

Tanpa mempedulikan fakta itu betul atau tidak ada yang galak menulis di blog dan facebook mendakwa pengarah berkenaan Ag Mohd Tahir bin Mohd Talib ialah Bendahari UMNO bahagian Kimanis.

Ketua UMNO Bahagian Kimanis ialah Datuk Seri Anifah Aman yang juga Menteri Luar dan adik kepada Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman.

Sedangkan fakta sebenarnya Bendahari UMNO Bahagian Kimanis ialah Datuk Rizal Abdullah @ Raymond Godfrey yang tidak ada kaitan langsung dengan kes itu.

Dalam rekod UMNO tidak ada nama pengarah berkenaan pernah menyandang sebarang jawatan dalam UMNO amnya dan khasnya UMNO Bahagian Kimanis.

Dakwaan yang disebar kononnya selaku Bendahari bahagian,pengarah berkenaan melakukan kegiatan haram itu untuk mengumpul dana politik untuk parti.

Malah ada yang cuba mengaitkan timbalan pengarah dengan Ketua Menteri.

Anifah dalam satu kenyataan petang Jumaat kata dakwaan untuk mengaitkan pengarah dan timbalan pengarah itu dengan beliau dan UMNO Bahagian Kimanis adalah palsu dan keterlaluan.

Katanya UMNO Bahagian Kimanis dan beliau tidak langsung terlibat atau ada kaitan dalam kes yang sedang disiasat SPRM itu.

Anifah kata pihaknya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah ini berterusan.

Musa Aman dalam kenyataan Rabu lalu ekoran kes itu kata kerajaan negeri akan beri kerjasama penuh dalam siasatan SPRM.

Menurutnya kerajaan negeri juga akan kaji sistem dan prosedur tender dan agih projek di semua jabatan untuk kenalpasti kelemahan.

- ADaily.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik