Sunday, October 16, 2016

HUKUM MENABUR FITNAH DAN MENYEBAR KEBURUKKAN ORANG.

Terang2 cakap, saya ni bukanlah ustaz... dan saya ni bukanlah sempurna...cuma apa yang saya rasakan betul dan ilmu yang saya dapat, saya sekadar berkongsi dengan uols. Hu hu hu... nak kata diri sempurna... masih belum lagi, dan x ada seorang pun manusia yang sempurna dalam dunia ni, sebab kita hamba Allah... kita bukanlah siapa2 nak riak, nak berbangga, or menunjuk2 kita orang baik... dan saya pun x nak mengaku yang saya baik sebab saya x boleh nak nilai diri sendiri dari sudut itu... Orang yang melihat, orang yang memerhati lebih tahu dari diri kita sendiri... bagi saya sendiri, dalam perjalanan hidup ni masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki dan istiqomah diri... saya masih belajar, mencari dan cuba memperbaiki diri... 

Sekadar perkongsian dari pembacaan seorang kakak yang telah lama saya kenal dari tempat saya pernah bekerja dulu...

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.

Ghibah maksudnya menyebut keburukan orang lain walaupun benar. Buhtan maksudnya memfitnah dan mengada-adakan keburukan orang. Orang yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah kecuali dia mengingkari dengan lidah atau menerima dengan hatinya (yakni tidak menyampaikan cerita itu). Bila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan yang lebih manfaat. 

Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, celaan, tulisan atau gelaran yang berbaur hinaan. Mendengar ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah. Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana ia boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akan dilempar ke neraka jahanam sejauh antara timur dan barat." ~ Riwayat Muslim

Perkataan "fitnah" berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Fitnah sering dimaksudkan dengan berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang. Al-Quran dalam surah al-Hujarat ayat 12 jelas menghuraikan persoalan fitnah. 

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan2 tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Rasulullah SAW ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab Baginda "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika Baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka." Baginda  menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".

Allah telah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firmanNya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara2 yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik2 sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang2 kafir?" ~ Surah az-Zumar ayat 32.

Allah berfirman bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan2 itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap2 pendusta yang berdosa, yang mendengar sungguh2 (apa yang disampaikan oleh syaitan2 itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." ~ Surah asy-Syuras' ayat 221-223. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup kecelaannya (hal2 yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindungi daripada seksa Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya." ~ Hadith Riwayat Ibnu Abib-Duanya. 

Hadis Rasulullah SAW diriwayatkan daripada Huzaifah RA katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka menabur fitnah."

Allah SWT meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: "... fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan..." ~ Surah al-Baqarah, ayat 217.
"Oleh itu, hidup ni janganlah asyik mencari keburukan orang jer, asyik suka memfitnah demi mencari kepuasan diri agar diri berkuasa dan ingin dipercayai. Kuasa di dunia xlah hebat...carilah keredhaan Allah SWT, jangan asyik dok nak fitnah sana sini jew ye! Peringatan ini khusus untuk diri saya dan juga kepada kawan2 di luar sana".

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik