Sunday, October 16, 2016

KENALI "BERSIH"....

U
DALANG sebenar BERSIH tidak semestinya memakai baju kuning; iaitu simbol warna untuk Malaysia Spring. Revolusi Warna ini diperkenalkan seperti Revolusi Oren di Ukraine, Revolusi Biru di Kuwait, Revolusi Unggu di Iraq dan Revolusi Baldu di Czechoslovakia. 

REVOLUSI WARNA ini adalah satu kaedah yang diperkenalkan oleh Yahudi dengan menggunakan NGO-NGO yang di belakangnya parti-parti politik pembangkang, untuk memimpin rakyat supaya menjatuhkan pemerintah. 

REVOLUSI WARNA diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2005, tapi pada 2007 baru dilaksanakan. Ianya diusahakan oleh 'REFSA' iaitu nama singkatan kepada (Research for Social Advancement) sebuah badan pemikir DAP. 

KETIKA bengkel BERSIH dilancarkan, Anwar Ibrahim masih menetap di Amerika Syarikat dan terlibat secara langsung dengan 'NED' yang mendapat tajaan tahunan daripada USAID (United States Agency for International Development). 

BERSIH buat pertama kalinya mengadakan perhimpunan jalanan pada 10 Oktober 2007 jam 3.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Anwar Ibrahim ditonjolkan sebagai ketua perhimpunan BERSIH tersebut. Manakala Peneraju utama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta YB Chin Tong adalah pemikir sebenar BERSIH. 

PENANG INSTITUTE ditubuhkan selepas DAP berjaya mengambil alih negeri itu dan Guan Eng dilantik Ketua Menteri. Penang Institute adalah badan pemikir rasmi kerajaan DAP Pulau Pinang dan diketuai oleh YB Chin Tong - Parlimen Bukit Bendera. 

DAP dan Kit Siang melancarkan misi menawan Johor pada pru13 dengan Chin Tong dipindahkan dari Parlimen Bukit Bendera ke Parlimen Kluang, Johor. Chin Tong diberi laluan mengetuai DAP Johor dan pengerusi DAP negeri yang lama diketepikan. 

INILAH juga rahsia kenapa Chin Tong mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP pada 2013/ Pemilihan Haram DAP! 
- PanglimaHarimau.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik