Saturday, October 8, 2016

MAMPUKAH PAS TOLAK PERANAN SEBAGAI "ANAK TANGGA".


SEMASA DAP bekerjasama “rapat” dengan PAS, semua pihak tahu bahawa DAP sekadar mempergunakan dan memperbodohkan PAS semata-mata. Namun pada ketika itu, PAS tetap mempertahankan hubungan mereka dengan parti yang menentang Islam tersebut.

Pada pertengahan tahun 2015,  DAP telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 juga telah meluluskan usul yang dibawa Dewan Ulama PAS pusat tanpa dibahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Presiden PAS terutama dalam isu hudud.

Bermula dari saat itu PAS seolah-olah baru terjaga dari “lena” yang panjang. Mereka “baru” sedar yang DAP merupakan penentang Islam yang tegar. Dengan itu PAS melaungkan bahawa polisi semasa mereka adalah menolak DAP dan mana-mana parti yang mendukung serta bekerjasama dengan DAP.

Walaupun sebelum itu PAS banyak beralah dengan DAP berkenaan isu penggunaan Kalimah Allah oleh pihak bukan Islam, laungan azan, murtad, penjualan arak dan sebagainya.

Kini bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua parti pembangkang termasuk PAS, DAP dan PPBM perlu duduk bersama dan membincangkan pembentukan pakatan pembangkang yang berdaya maju sedangkan sepertimana yang kita amat maklum bahawa PPBM dan PKR juga merupakan pihak yang sedang bekerjasama erat dengan DAP.

Adakah PAS akan bersama parti yang “bersaudara” dengan DAP walaupun mereka mendabik dada bahawa sifir mudah bagi mereka yang mahu bersama PAS ialah meninggalkan DAP dan datang kepada PAS dengan semangat setia kawan yang tinggi serta mematuhi syarat mudah iaitu menghormati prinsip perjuangan PAS dan tidak menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nampaknya semua parti pembangkang sedang memerhati dan menanti keputusan PAS. Adakah PAS akan membiarkan parti mereka dipergunakan oleh DAP dan sekutu-sekutu DAP sekali lagi?Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pun turut menzahirkan keyakinan beliau untuk menjadi orang tengah bagi menghubungkan PAS dengan parti-parti pembangkang lain.

PAS sedar  bahawa Umno adalah pilihan utama rakyat. PAS pula menjadi pilihan ke dua rakyat. Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa pembangkang yang lain tidak mendapat tempat di hari rakyat Malaysia pun. Persoalannya kini, masih berpeluangkah DAP menjadikan PAS sebagai anak tangga mereka sekali lagi? Perkara ini memang menarik untuk kita tunggu dan lihat sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.

  • PRU14.tv


     

    No comments:

    Post a Comment

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik