Tuesday, October 25, 2016

MANA LEBIH BAHAYA, PERINGATAN MUFTI ATAU PENYOKONG HARBI?

AKI - Mufti Pahang telah menunaikan "AMANAH" Allah yang di berikan kepadanya

KENAPA MUFTI PAHANG MENYANGGAH DAP DAN KENAPA KENYATAAN BISHOP KHATOLIK BOLEH MENCETUSKAN PERTUMPAHAN DARAH?

Perlembagaan DAP.
Parti rasis cauvinis ini diasaskan pada Oktober 1965 dan didaftarkan secara rasmi pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang
[ “berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.” ]
Komen saya: Parti ini berterus terang tentang agenda perjuangan mereka yang bertunjangkan ideologi Sosialis, yang sudah pasti bercanggah dengan sistem hidup yang dibawa dan diwarisi oleh Islamelayu.
Slogan-slogan tentang “kebebasan”, “demokratik”, “keadilan”, “kesaksamaan sosial”, “kesaksamaan ekonomi” hanyalah sekadar slogan sahaja, dan tidak pernah berjaya dipraktikkan di alam nyata dalam mana-mana negara sosialis sekalipun. Sekiranya ada sekalipun, ia akan berjaya dilaksanakan setelah fitrah insan itu ditekan dan dibelenggu, sama ada melalui undang-undang atau sebaliknya..
Mana-mana sistem hidup atau ideologi yang bercanggah dengan fitrah insan (yang begitu dilindungi dan dimuliakan oleh Islam) tidak akan berjaya untuk satu tempoh yang berpanjangan.
“Institusi demokrasi berparlimen” hanyalah satu realiti politik yang terpaksa diambilkira dan digunapakai oleh parti rasis cauvinis ini sebagai satu strategi untuk men”candu”kan rakyat dengan slogan-slogan menarik gubahan pengarang-pengarang sosialis antarabangsa.
Parti ini juga gagal menterjemahkan retorik-retorik politiknya kepada perlaksanaan nyata di Pulau Pinang, negeri yang dikuasasinya selama dua penggal.
Baik, berbalik kepada Perlembagaan DAP yang disamakan dengan perlembagaan sebuah persatuan penduduk, apakah poin-poin penting yang terkandung di dalamnya?
FASAL II
MATLAMAT-MATLAMAT
Mukadimah:
[Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular yang mendukung prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, dan penghormatan kepada hak-hak asasi manusia serta merangkumi ideal-ideal kebertanggungjawaban, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia.]
Komen saya: Dari hari pertama lagi DAP telah meletakkan satu pentafsiran ke atas Perlembagaan Malaysia sebagai satu DOKUMEN SEKULAR. Bagi parti ini, sifat dan ciri-ciri sekular inilah yang mendasari kerangka dan rujukan bagi perjalanan dan pentadbiran negara. Justeru itu apabila kita mendengar atau membaca dari DAP tentang prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kedaulatan undang-undang, hak asasi manusia, tanggungjawab, kesaksamaan, keadilan dan pemeliharaan martabat manusia, SEMUA itu adalah berpaksi kepada fahaman dan ideologi sekular.
Dan apa juga dasar, polisi, blueprint, kerangka dan manifesto parti rasis cauvinis ini adalah bersifat sekular juga, biarpun kalimat Islam diselit dan disulam sana sini sebagai halwa telinga dan strategi pemasaran semata-mata.
[Prinsip-prinsip tersebut boleh memacu daya perpaduan dan penyatuan dalam masyarakat majmuk dari segi kepelbagaian kaum, agama dan budaya di tanahair kita dan juga di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.]
Komen saya: DAP sama sekali tidak akan menerima Islam sebagai asas, dasar dan sistem nilai yang dapat menjamin perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia . Pada hemat mereka, mereka hanya percaya kepada prinsip-prinsip sekular untuk menjayakan hasrat perpaduan dan penyatuan tersebut.
Seorang Muslim yang beriman akan memahami bahawa fahaman sekularlah yang menjadi ancaman dan musuh sebenar kepada perpaduan dan penyatuan. Ideologi yang telah mengeluarkan dan menyisihkan Pencipta dari urusan hidup makhluk (manusia) tidak akan berjaya membawa kebahagiaan atau kesejahteraan hidup, baik di dalam masyarakat majmuk mahupun sebaliknya.
DAP hanya melihat peranan “ugama” (atau Islam) yang perlu disudutkan di dalam aspek peribadatan peribadi atau upacara-upacara rasmi antara individu dan Penciptanya, tanpa boleh diberi peluang atau ruang untuk mentadbir atau menguruskan kehidupan manusia.
Sebab itulah mereka begitu tertekan dan pantang apabila melihat Islam di Malaysia makmur dengan sinergi antara institusi-institusi Islam yang berpengaruh, sistem kehakiman dan perundangan Islam, ekonomi Islam yang berkembang dan syi’ar-syi’ar Islam yang bersinergi antara satu sama lain.
Mereka akan menerima Islam, hanya setelah Islam diceraikan dari nadi dan jantung hidup masyarakat.
Sekular hanyalah nama lain kepada mengutamakan hawa nafsu dan menolak hidayah dan nikmat dari Allah (iaitu Islam).
[Berpandukan ideal-ideal tersebut, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke arah pembangunan demokrasi dan ekonomi yang seiring; kebebasan tanpa penindasan; kesaksamaan peluang diutamakan berbanding kesaksamaan hasil; kedaulatan undang-undang demi keadilan sosial; penjanaan kekayaan diiringi pengagihan secara saksama serta kemakmuran ekonomi tanpa gejala rasuah.]
Komen saya: Di atas hanyalah petikan-petikan buku teks tentang bagaimana sesebuah negara atau masyarakat yang berasaskan ideologi Sosialis harus berfungsi.
[Matlamat-Matlamat
1. …….
2. Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia;]
Komen saya: Sudah terang lagi bersuluh – DAP tidak akan bersetuju sama sekali dengan sebarang usaha untuk memertabatkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agenda sekular pada DAP yang bercirikan cauvinisma dan bersifat sekular hanya akan menerima Islam yang bersifat rasmi sahaja – dalam upacara, peribadatan, ritual dan urusan peribadi antara Muslim dengan Allah. Sebarang usaha untuk meletakkan Islam sebagai teras utama di dalam Perlembagaan atau memberi ruang dan kebebasan penuh untuk dominan akan tetap ditentang oleh DAP.
Mereka (yakni DAP) menghendaki negara Malaysia bersifat sekular, yang sepatutnya menjadi sistem undang-undang tertinggi negara. Nilai-nilai demokrasi dan hak asasi hendaklah tunduk kepada dan ditentukan oleh ideologi Sekular.
Mereka akan terus berjuang supaya Islam tidak menjadi sistem nilai dan kerangka dasar kehidupan rakyat dalam negara. Seolah-olah negara perlu “dipulihkan” dari pengaruh sistem hidup Islam yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu/Muslim turun temurun semenjak zaman-zaman sebelum Merdeka lagi.
[4. Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi;]
Komen saya: Apabila dan sekiranya sifat sekular berjaya dikembalikan kepada Perlembagaan, maka mudahlah DAP memperjuangkan kebebasan berugama di kalangan semua warganegara (oleh kerana Islam kini hanyalah sekadar satu ugama rasmi di antara beberapa agama rasmi yang lain di Malaysia). Hasrat ini sekiranya berjaya akan merungkaikan begitu banyak peruntukan mengenai Islam di dalam Perlembagaan, Enakmen ugama Islam negeri-negeri dan tidak ketinggalan juga beberapa akta mengenai penguatkuasaan undang-undang ke atas perlanggaran-perlanggaran mengenai ugama Islam, termasuklah di antaranya Akta Hasutan.
“Kebebasan berugama” telah dimasukkan di bawah “hak asasi manusia” di mana semua ugama lain (selain Islam) dapat diamalkan, dikembangkan, didakwahkan atau diajarkan kepada semua penganut ugama (termasuk umat Islam) tanpa sekatan, halangan atau tindakan undang-undang daripada “undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi”.
Salah satu kesan langsung kepada agenda cauvinis melampau ini ialah terbukanya jalan yang paling luas untuk ideologi Pluralisma bertapak dan berkembang.
Kesan kedua ialah tidak akan ada lagi halangan undang-undang untuk gerakan evangelisma dan Kristianisasi.
Kesan ketiga ialah mana-mana ajaran “ugama” yang diwartakan sebagai ajaran sesat kini akan bebas dari penglabelan tersebut dan tidak akan dikawal lagi penyebarannya. Tidak ada sesiapaun yang boleh disekat dari menjadi seorang Syi’ah Majusi atau seorang penganut Bahai atau Ahmadi atau seumpamanya.
Kita perlu bertanya kepada DAP: Apakah yang mereka maksudkan dengan “undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi”?
[5. Mempertahankan dan menjunjung kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal;]
Komen saya: Ini merupakan satu perangkap licik dari DAP. Hakikatnya tidak ada apa yang disebut sebagai Bahasa Malaysia, baik dari sudut Perlembagaan Persekutuan mahupun Akta Bahasa Kebangsaan atau Akta Pendidikan.
Apakah yang disebut oleh ketiga-tiga dokumen undang-undang berikut mengenai Bahasa Kebangsaan?
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN:
Perkara 152. Bahasa Kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
Dengan syarat bahawa —
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.
Akta Bahasa Kebangsaan:
AKTA BAHASA KEBANGSAAN 1963/67
Suatu Akta bagi menyatukan undang-undang berhubungan dengan penggunaan bahasa kebangsaan.
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), dipakai di seluruh Malaysia.
AKTA PENDIDIKAN 1996
17. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.
Jelaslah bahawa yang diperuntukkan hanyalah bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bukan Bahasa Malaysia.
Untuk makluman juga, sekolah vernakular (sekolah swasta Cina atau Tamil) tidak termasuk di dalam pengecualian daripada menggunakan bahasa selain bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (medium of instruction). Dalam ertikata lain, hanya bahasa Melayu sahaja yang boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan di dalam mana-mana sesi pembelajaran, kecuali pelajaran bahasa Inggeris, Tamil atau Cina.
Apa yang diperjuangkan oleh DAP ialah untuk “menjamin kewajipan dan hak untuk mempertingkatkan status, memperkembangkan, mempelajari dan menggunakan bahasa-bahasa ibunda yang lain, termasuk Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asal”.
Peruntukan tentang bahasa penduduk negara ini sudah sedia ada dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan beberapa akta lain. Apakah DAP cuba menuntut sesuatu yang di luar Perlembagaan atau peruntukan undang-undang sedia ada?
Sekolah-sekolah vernakular didapati tidak mematuhi peruntukan tentang pemakaian Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan di dalam institusi-institusi pendidikan yang berkaitan. Dan kita dapati bahawa DAP adalah antara pihak yang paling lantang mempertahankan amalan yang bercanggah dengan Akta Pendidikan ini.
Malah membangkang Akta Pendidikan Negara 1996 merupakan salah satu dasar DAP.
Mengapa?
[6. Menjadikan integriti, etika, keprihatinan sebagai nilai-nilai moral yang utama bagi mewujudkan ketelusan dan sebagai pendekatan yang liberal, saling menghormati dan pemahaman di antara tradisi kebudayaan dan kepercayaan agama yang berbeza;]
Komen saya: Sekali lagi, asas sekular juga yang diketengahkan oleh DAP apabila integriti, etika dan keprihatinan sebagai “nilai-nilai moral” untuk mengujudkan ketelusan. Keseluruhan perenggan di atas masih lagi berpaksi kepada fahaman sekular sebagai asas bagi sebuah pendekatan yang bersifat liberal dan kerangka bagi keharmonian antara budaya dan kepelbagaian ugama.
Di dalam ruanglingkup fahaman sekular, tidak ada apa yang dinamakan sebagai Kebenaran Mutlak. Ugama yang telah dikesampingkan ke sudut kepercayaan dan ritual peribadi tidak berhak menentukan nilai-nilai akhlak, etika dan cara berinteraksi antara manusia. Bahawa manusia bebas mentafsirkan sendiri apa yang baik untuk mereka tanpa campurtangan ugama.
Justeru itu tidak hairanlah amalan homoseksualiti yang pernah ditolak oleh masyarakat British satu masa dahulu kini telah menjadi satu amalan yang diterima, malah diberi hak dan perlindungan oleh undang-undang!
Umat Islam tidak akan lupa kepada usaha-usaha sebahagian pihak minoriti untuk mengembangkan amalan-amalan LGBTQ ke tengah-tengah masyarakat Malaysia yang majoriti penduduknya adalah umat Islam.
Parti melampau cauvinis ini jugalah yang paling lantang mempertahankan upacara minum arak besar-besaran yang dipanggil sebagai Oktoberfest satu masa dahulu.
Maka DAP tidak mempunyai “locus standi” untuk bercakap tentang nilai-nilai akhlak, etika atau murni!
[7. Memperkembangkan, mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka;]
Komen saya: Susunan ayat yang cantik akan tetapi tidak pernah dipraktikkan oleh parti rasis cauvinis ini. Sesiapa yang rajin meneliti ucapan, kenyataan dan pendirian dari pemimpin-pemimpin DAP tentang kedaulatan negara dan integriti Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka akan dapati bahawa DAPlah parti yang paling tidak patriotik.
Siapakah yang mencetuskan kontroversi tentang peranan anggota-anggota keselamatan negara dalam insiden Lahad Datu?
Siapakah yang memperlecehkan kedaulatan negara ketika mereka berada di luar negara dan di dalam aktiviti-aktiviti politik kepartian mereka?
Sekiranya negara diancam serangan dari negara jiran terdekat (Singapura atau Thailand contohnya), adakah para pemimpin dan ahli DAP akan sanggup turun padang dan segera bergerak ke medan pertempuran untuk sama-sama mempertahankan dan melindungi kedaulatan dan integriti negara?
[FASAL IV
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
1. Setiap ahli Parti mesti taat kepada matlamat Malaysia yang merdeka.
2. Setiap ahli Parti mesti menerima dan mematuhi perlembagaan, program-program, prinsip-prinsip dan dasar-dasar Parti].
Komen saya: Di sinilah kita melihat bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ahli parti DAP yang rasis cauvinis (termasuk bekas pensyarah undang-undang UIA itu) mahu tidak mahu terpaksa taat kepada pentafsiran DAP tentang “matlamat Malaysia yang merdeka”dan menerima sifat sekularnya DAP. Mereka perlu mematuhi perlembagaan, program-program, prinsip-prinsip dan dasar-dasar parti yang sekular juga.
Persoalan yang segera timbul ialah dari segi pertimbangan Syara’, bagaimanakah seseorang Melayu Muslim boleh merasionalkan tindakannya untuk menyertai parti DAP yang ideologi, dasar dan prinsipnya amat bercanggah dengan Islam?
Juga, bagaimana para pendokong dan penggeraknya (sekiranya mereka berugama Islam) tergamak mempertahankan DAP, apatah lagi menjadi benteng yang menyelamatkan DAP dari “serangan” umat Islam?
Hujah bahawa DAP itu kafir, tidak faham Islam, perlu lebih banyak berdakwah secara hikmah, harmoni dan sejahtera, not-yet-Muslim hanyalah satu alasan mudah untuk menjustifikasikan hasrat kamu semua untuk berdampingan dan mengejar pengiktirafan dari pihak musuh disamping menjayakan agenda politik sendiri.
Antara dasar Parti DAP:
[DAP menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang turut memperuntukkan Perkara 153 yang menjamin kedudukan istimewa Melayu serta mempertahankan hak-hak sah kaum bukan Melayu.]
Komen saya: Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan tentang kuota bagi orang-orang Melayu dan ANAK-ANAK NEGERI sabah dan Sarawak, bukan hak-hak sah “kaum bukan Melayu”. Perbezaan ini penting kerana tidak terdapat peruntukan (di dalam fasal ini) tentang keistimewaan yang sama untuk anak-anak Cina, Tamil atau seumpamanya. Peruntukan ini hanya khusus bagi anak-anak negeri Sabah dan Sarawak sahaja.
Bahasa ibunda juga adalah bermaksud bahasa yang dipertuturkan oleh anak-anak negeri di Sabah dan sarawak, bukan bahasa Cina atau Tamil.
Lihatlah kelicikan mereka (DAP) untuk memasukkan suatu elemen baru/asing ke dalam Perlembagaan, iaitu istilah kaum Cina dan Tamil sebagai satu pihak yang perlu juga diberi layanan dan keistimewaan yang sama dari segi kuota, permit dan sebagainya.
[Pada masa yang sama DAP terus berjuang untuk memastikan cita-cita peluang dan hak saksama di kalangan rayat Malaysia akan tercapai dalam semua bidang, tanpa mengira gender, kaum dan agama.]
Komen saya: Ini adalah salah satu manifesto perjuangan sosialis, yang diubahsuai mengikut realiti dan konteks diversiti rakyat Malaysia, akan tetapi secara tersirat membawa masuk agenda liberal sekali.
[Penghapusan pembahagian antara “bumiputera” dan “bukan bumiputera” dan pelaksanaan kesaksamaan etnik.
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar “merit dan keperluan”.]
Komen saya: Sekali lagi, parti rasis cauvinis ini cuba bermain silap mata dengan kalimah Bumiputera/bukan-Bumiputera dan etnik. Mereka tidak berani menggunakan perkataan Melayu bagi Bumiputera, namun itulah hasrat tersirat mereka, iaitu untuk menghapuskan keistimewaan Melayu (Bumiputera) dalam bidang ekonomi dan perlindungan Kerajaan khususnya. Orang-orang Cina dan India di Malaysia tidak termasuk di dalam kategori bukan-Bumiputera akan tetapi sebagai warganegara.
Ringkasnya, antara dasar perjuangan DAP ialah untuk menghapuskan hak-hak Melayu (Bumiputera). Oleh sebab itulah mereka meletakkannya sebagai salah satu dasar perjuangan DAP, supaya apabila keistimewaan dan hak-hak serta kuota Melayu dapat dihapuskan, maka tidak akan ada lagi sebarang sekatan untuk menguasai dan mendominasi sepenuhnya sektor-sektor kritikal negara.
Kesimpulan.
Saya berpandangan bahawa ulasan ringkas tentang Perlembagaan DAP ini sudah memadai untuk menyedarkan umat Islam dan bangsa Melayu akan merbahayanya agenda perjuangan DAP kepada jatidiri, kedaulatan Islam dan masa depan kita sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah. Mudharatnya bukan setakat mengesani umat Islam sahaja, malah keharmonian seluruh rakyat berbilang kaum dengan kepelbagaian adat resam, budaya dan tradisi ini akan terancam.
Di dalam perlembagaan DAP terangkum ideologi-ideologi Sosialis, Sekular, Evangelis, Liberal dan kesesatan-kesesatan lain. Mereka (DAP) menolak Islam bukanlah kerana mereka tidak faham, bahkan atas kefahaman yang jelaslah mereka secara konsisten menolak sebarang percubaan untuk mendaulatkan Islam, hatta dalam aspek yang belum menyeluruh sekalipun.
Bekas pensyarah undang-undang UIA itu mungkin tidak membaca perlembagaan DAP sebelum mengisi borang keahlian parti rasis cauvinis itu. Begitu juga dengan sebilangan orang-orang Melayu yang sangat teruja dengan parti yang kelihatan sofistikated ini. Ramai yang begitu naif terus meletakkan DAP sebagai alternatif terbaik bagi penyelesaian masalah-masalah politik negara, tanpa menyedari kesan dari tandatangan mereka di dalam borang keahlian parti.
Dalam situasi dan konteks ini, saya tidak mengerti kenapa terdapat orang Melayu/umat Islam begitu tergamak untuk memilih ideologi yang asing dan memusuhi Islam sebagai landasan perjuangan hidupnya. Saya lebih tidak mengerti mengapakah sebahagian kelompok umat dari kalangan aktivis dakwah dan kumpulan Islamis seolah-olah merasa bertanggungjawab untuk memikul amanah mempertahankan parti rasis cauvinis ini atas alasan-alasan yang cukup lemah dan tertolak dari segi logik mahupun kewarasan akal.
Perlembagaan adalah seakan-akan nyawa dan ruh kepada sesebuah organisasi atau parti politik.
Perlembagaan yang bernyawa dan bernafas dengan degupan Islam sudah tentu tidak sama dengan perlembagaan yang nafasnya (meskipun kelihatan bergerak) akan tetapi setiap degupannya terputus dari ikatan dengan Sang Pencipta.
Bukan satu jenaka atau kebodohan lagi apabila perlembagaan DAP disamakan dengan perlembagaan persatuan penduduk sesebuah taman.
Perlembagaan persatuan penduduk tidak men”sekular”kan sebuah negara!
Oleh Muhammad Luttfi Abdul Khalid
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana. Ia juga tidak mewakili pendirian Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).
Kenyataan yang dibuat oleh Bishop Katholik yang mengetuai kelompok rakyat minoriti di negara ini, seandainya dibalas dengan nada yang serupa oleh penguasa umat Islam Malaysia, sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang sangat dahsyat dalam bentuk bencana.

Bishop Katholik Kristian Bernard Paul yang pernah menyertai BERSIH 4.0 tahun lepas, menggesa rakyat Malaysia agar menyertai BERSIH 5.0 yang bakal diadakan pada 19 November nanti. Bahkan dia juga akan mengambil bahagian dalam demonstrasi tersebut.

Bishop Paul yang mengetuai gereja Katholik Melaka-Johor berkata, BERSIH adalah hak rakyat. Katanya lagi, para peserta BERSIH telah memperjudikan nyawa mereka. Konvoi penyokong BERSIH telah dipukul dan undang-undang menurutnya, berat sebelah. Selain itu, rakyat perlu lantang bersuara berbanding bersikap pasif sekaligus menyedarkan rakyat bahawa mereka perlu melakukan sesuatu untuk  menjadikan Malaysia lebih baik. ( RUJUK SINI )

Ironinya, Bishop Paul yang dengan bangganya menyatakan kehidupan agama dan kehidupan normal tidak terpisah barangkali terlupa sejarah agamanya sendiri dan tentang kelahiran SEKULARISME yang membawa kepada keruntuhan kuasa gereja Katholik di Eropah bermula di Perancis pada abad ke-16 dahulu.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Bishop Paul, dia sebenarnya memberikan isyarat tentang kecenderungan Katholik khususnya 'kariah' Melaka-Johor kepada DAP dan BERSIH. DAP merupakan dalang kepada BERSIH dan BERSIH sendiri mendapat dana dari luar yang bertujuan mahu menggulingkan Kerajaan Malaysia menerusi demonstrasi jalanan. 
Apabila BERSIH wujud buat kali kelima, maka wujudlah pula BAJU MERAH yang dipimpin oleh Jamal Mohd Yunos.
Bertentangan dengan BERSIH, BAJU MERAH diwujudkan untuk mempertahankan kerajaan yang wujud hasil daripada keputusan demokrasi yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah tentu mahu mempertahankan Artikel 3, 152 dan 153.
Bayangkanlah kalau para mufti dan majlis fatwa pula membuat keputusan untuk menyokong BAJU MERAH secara terbuka dan kemudian sebahagian daripada mereka menyertai KONVOI MERAH yang akan turun pada 19 November bagi berhadapan dengan KUNING (BERSIH).
Apa yang akan terjadi?
Isyarat apakah yang akan diberikan?
Bukankah ia akan membawa isyarat atau lebih tepat lagi pengisytiharan PERTUMPAHAN DARAH secara besar-besaran di negara ini?
Pemimpin-pemimpin minoriti seperti Bishop Paul seharusnya lebih berhati-hati untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan dagangan bagi membolehkan parti politik pujaannya berkuasa di Malaysia. 
Sejarah telah pun membuktikan, selama ratusan tahun Perang Salib dilancarkan di BaitulMaqdis. Beberapa kali juga tentera-tentera Salib Khatolik berjaya menawan BaitulMaqdis dan memerintah di kota ketiga tersuci dalam Islam itu, tetapi akhirnya yang menang pada 1948 adalah Zionis yang menjadikan umat Islam, bahkan Kristian tanpa mengira mazhab di kota tersebut sebagai hamba tebusan sehingga ke hari ini. Sedangkan Zionis tidak berada di barisan hadapan dalam setiap Perang Salib kecuali sebagai penghasut dan pembiaya. Dan Zionis menikmati kehidupan selesa semasa zaman pentadbiran Islam apatah lagi Kristian di kota tersebut.
Adakah Bishop Paul terlalu BODOH untuk melihat konsekuens tersebut semata-mata kerana mata dan fikirannya terlalu buta dengan dogma DAP? - The Saviour
Sedangkan Bishop Paul Terus membohongi pengikutnya.....kenapa?
Umat Kristian Kecewa Di Tipu Bishop, Sedangkan Jesus Sebenarnya Seorang Muslim.... Buktinya Jelas dan Nyata  
Seorang yang disebut muslim apabila dia sudah menjalankan kelima rukun Islam yaitu syahadat, shalat, puasa, zakat, dan haji. Dan bagaimana dengan Yesus? Benarkah Yesus seorang muslim? Apalagi fakta bahwa ternyata Yesus juga mengajarkan umatnya untuk bersyahadat, shalat, puasa, zakat, haji, dan melaksanakan ibadah kurban sebagaimana yang dilakukan umat Muslim. Mengapa umat Kristian yang percaya ajaran Jesus meninggalkan ibadah tersebut? Bahkan diperintah untuk bersujud sebagai ibadah tapi mereka menggantinya dengan beryanyi?
Kristien Keliru, Ternyata Jesus Muslim
Ini Adalah Bukti bahwa Yesus Muslim Menurut Kitab Injil 

1. Jesus mengajarkan umatnya bersyahadat 
Yohanes Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal dia, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus.{ Yohanes 17:3 }

2. Jesus mengajarkan umatnya Sholat dan bertobat 
Matius Sejak waktu itulah Yesus memberitakan : "Bertobatlah, sebab Surga sudah dekat!"
Maka Ia MAJU, lalu bersujud dan berdoa, Berkata: “Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan sebuah yang Engkau kehendaki.”{ Matius 4:17 }

3. Jesus sunat 
Lukas ketika sudah genap delapan hari dan Ia harus disunatkan, Ia diberi nama Yesus, yaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum Ia dikandung ibu-Nya.{ Lukas 2:21 }

4. Jesus puasa 
Matius Matius Dan setelah berpuasa selama empat puluh hari dan malam, akhirnya laparlah Yesus.{ Matius Matius 4:2 }

Matius berkata "Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya { Matius 6:16 }

5. Jesus mengajarkan untuk berbuat amal sholeh (berbuat baik) 
Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah engkau melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapa pun yang menampar pipi kanan dan kirimu. Dan kepada orang yang hendak mengadukan engkau karena mengingini bajumu, serahkanlah juga jubahmu. Dan siapa pun yang memaksa engkau berjalan sejauh satu mil, berjalanlah bersama dia sejauh dua mil. Berilah orang yang meminta kepadamu dan janganlah menolak orang yang mau meminjam ke padamu. Kamu telah mendengar firman, bahawa: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu.{ Matius 5:39 }

6. Jesus Mengucapkan Insya Allah 
Dalam perencanaan berkaitan dengan hal-hal yang akan datang kita diajarkan untuk tidak mendahului kehendak yang diatas dengan memastikan segala sesuatunya namun hendaknya kita mengucapkan Insya Allah. Ajaran yang sama telah disampaikan oleh Nabi Isa Almasih as/Yesus Kristus kepada umatnya {Yakobus 4:13-17} (kalimat "JIKA TUHAN MENGHENDAKINYA" pada ayat ke-15,dalam ALKITAB EDISI BAHASA ARAB, tertulis "INSYA ALLAH").

7. Jesus Mengajarkan Wanita Untuk memakai Jilbab 
PERINTAH MENUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.
"Tetapi PEREMPUAN YANG BERDOA ATAU MENUDUNGI DENGAN KEPALA sedangkan yang TIDAK BERTUDUNG, iyalah menghina kepalanya karena ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya. Sebab JIKA PEREMPUAN TIDAK MAU MENUDUNGI KEPALANYA,maka ia wajib menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan bahwa rambutnya dipotong, MAKA HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA."{ 1Korintus 11:5-6 }

8. Jesus Mengajarkan Bersuci / Wudhu 
"MUSA DAN HARUN serta anak-anaknya MEMBASUH TANGAN DAN KAKI MEREKA DENGAN AIR Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, MAKA MEREKA MEMBASUH KAKI DAN TANGAN - SEPERTI YANG DIPERINTAHKAN TUHAN KEPADA MUSA." {Keluaran 40:31-32}

9. Mengajarkan Mengkafani Jenazah 
"Dan Yusufpun mengambil mayat itu, MENGKAPANINYA DENGAN KAIN LENAN YANG PUTIH BERSIH."{Matius 27:59}

Tetapi,yang terjadi sekarang adalah umat Nasrani tidak meneladani Kesederhanaan Pemimpinnya sendiri. Mereka lebih cenderung kepada "MENGUBAH" Bibble mengikut kesukaan dan kesesuaian mereka. 
Begitu juga dengan pemimpin DAP yang sering menipu dan memenipulet PERLEMBAGAAN MALAYSIA mengikut kesesuaian mereka sedangkan dalam PERJANJIAN SOSIAL telah di meterai PERKARA 152 dan 153 jangan disentuh dan Perlembagaan DAP sendiri pun hanyalah setaraf Persatuan Penduduk.

Cuba lihat dan fahami apakata Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, Ahli Parlimen Raub merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Pahang ini.

roketkini.com
 - AmokanMelayu.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik