Sunday, November 20, 2016

BERSIH DIKUASAI PAKATAN PEMBANGKANG.

Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir melambai

Pakatan pembangkang yang diketuai DAP dilihat mendominasi demonstrasi jalanan Bersih 5.0 di ibu negara hari ini.


Senario itu menimbulkan persoalan kerana Bersih sering mendakwa gerakan tersebut bebas daripada pengaruh sebarang parti politik.


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seperti ingin menjadi ‘jagoan’ dalam demonstrasi jalanan kali ini apabila Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguasai pentas ceramah di lokasi berhampiran Menara Berkembar Petronas.


Mereka cuma mengulangi skrip lapuk dengan melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta menghasut rakyat menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.


Pemimpin-pemimpin PPBM yang hadir ialah Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Pemudanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.


Kepemimpinan PKR yang menyertai demonstrasi jalanan Bersih 5.0 termasuk Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar; Ketua Setiausaha Sekretariat pakatan pembangkang, Datuk Saifuddin Abdullah serta pemimpin-pemimpin kanan parti seperti Tian Chua, Shamsul Iskandar Mohd. Akin dan Zuraida Kamaruddin.


Antara pemimpin PAN yang kelihatan ialah Presiden, Mohamad Sabu; Timbalannya, Salahuddin Ayub dan Penasihat Umum, Ahmad Awang serta barisan kepemimpinan parti yang lain termasuk Datuk Husam Musa, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Suhaizan Kaiat.


Bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan aktivis propembangkang, Adam Adli Abdul Halim pula seperti dipinggirkan dan tidak mempunyai peranan penting dalam demonstrasi jalanan itu.

- UM.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik