Sunday, November 20, 2016

BERSIH MENIPU TUNTUTAN PILIHANRAYA BERSIH DAN ADIL.

Sepanjang BERSIH menyebarkan propaganda mereka kepada rakyat, mereka mendakwa, mereka mahu menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil dilaksanakan di negara ini. Malah, BERSIH juga turut melaungkan betapa pentingnya sebuah kerajaan yang bersih dari unsur rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Sebenarnya, penganjuran demonstrasi haram BERSIH ini adalah satu penipuan semata-mata. Apa yang dapat disaksikan menerusi siri penganjuran BERSIH pertama sehingga kelima, tuntutan Pilihan Raya bersih dan adil itu hanyalah untuk mengaburi mata sebilangan rakyat Malaysia yang terlalu dangkal pemikirannya.

images-3

Lihat sahaja penganjuran BERSIH 4 dan 5 kali ini. Kerajaan telah lama memenuhi tuntutan BERSIH sebaik sahaja selesai penganjuran BERSIH 3 lagi. Namun, BERSIH tetap menganjurkan siri demo 4 dan 5 dengan melakukan tuntutan yang sama. Adakah tuntutan mereka pada BERSIH 3 yang lalu sudah tidak terpakai hari ini?

Boleh dikatakan, apa yang dilakukan oleh BERSIH 4 dan 5 kali ini hanyalah bertujuan politik semata-mata. Ketika ditanya kepada beberapa orang peserta BERSIh di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebentar tadi, secara terang-terangan para pemimpin BERSIH mahu melihat, kerajaan yang ada hari ini ditumbangkan menerusi demo jalanan.

Paling teruk lagi, walaupun secara retoriknya mereka mendakwa mereka akan akur kepada undang-undang, namun menerusi laungan mereka sebentar tadi, mereka akan tetap juga merempuh halangan pihak berkuasa asalkan hasrat dan tujuan mereka terlaksana. Disinilah timbul persoalan, di mana tuntutan Pilihan Raya bersih dan adil seperti yang mereka laungkan sebelum perhimpunan BERSIH 5 ini diadakan?

Dalam perkembangan semasa, terdapat peningkatan yang agak mendadak ditunjukkan oleh peserta BERSIH dengan beberapa lokasi masih lagi belum bergerak sepenuhnya ke Dataran Merdeka. Di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dianggarkan sekitar 1,000 orang telah berkumpul di sekitar persimpangan jalan berkenaan menuju ke Dataran Merdeka.

9b13debe-187f-44ff-a834-7a29222e27c9

Di sepanjang Jalan Pudu berhampiran Masjid Jamek, dianggarkan 1,400 orang telah berada di lokasi berkenaan dengan Masjid Negara mencatatkan kehadiran kira-kira 300 orang peserta. Di Menara Maybank Bangsar pula, dianggarkan kira-kira 2,500 orang telah berada di lokasi berkenaan dengan perarakan mereka mendapat halangan daripada pihak berkuasa.

Bagi Gerakan Baju Merah, diketuai oleh Exco Pemuda UMNO, Armand Azha Abu Hanifah, dianggarkan kira-kira lebih seribu peserta telah mula berkumpul di Padang Merbuk. Diberitakan, jumlah mereka akan bertambah sebaik sahaja kesemua peserta yang datangnya dari arah Sogo dan PWTC sampai di lokasi yang dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk berhimpun.

- Samurai Biru.

     

    No comments:

    Post a Comment

    Pengikut

    Tajuk-Tajuk Menarik