Wednesday, November 2, 2016

DAP DALANG YAHUDI MELALUI BERSIH HANCURKAN ISLAM DI MALAYSIA....




Jamal Dedah Soros Taja BERSIH RM3.2B Sejak 2010

Pemimpin gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos, mendedahkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mendapat tajaan RM3.2 bilion (US800 juta) daripada pertubuhan Open Society Foundations (OSF) yang dikelolakan oleh George Soros sejak dari tahun 2010.
Katanya, beliau mendapat maklumat ini daripada kebocoran dokumen dalaman Open Society Foundations (OSF) yang digodam oleh aktivis Wikileaks beberapa minggu lalu.

“Paling mengejutkan kita jumlah dana tersebut adalah terlalu besar sehingga US800 juta (dan) berjumlah RM3.2 bilion. Perkara-perkara ini mereka tidak dedahkan tapi apa yang berlaku mereka cuba mendedahkan perkara-perkara yang dusta pada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Melalui rujukan dokomen (OSF) menjurus kepada Malaysia yang diberi nama Malaysian Program. Program tersebut menyatakan agenda campur tangan Soros ke arah pilihan raya yang bebas dan bersih di Malaysia. Dan mengesahkan pembiayaan Soros kepada BERSIH,” katanya ketika dihubungi Antarapos 

Dokumen yang dibocorkan itu merupakan minit mesyuarat bertajuk “Program Malaysia – Portfolio Ringkasan Hasil Kajian Semula” pada Jun 2015 berkaitan usaha OSF untuk menyokong masyarakat awam dan Orang Asli, belia, wanita dan warga luar bandar untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Ia dihadiri Presiden OSF, Christopher Stone dan Pengarah Penyelidikan Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Dokumen itu mendedahkan sokongan OSF khususnya usaha untuk menggembeling penyertaan golongan muda.

Menurut dokumen itu, Malaysiakini dan Kini.tv adalah pihak yang mendapat pembiayaan Program Malaysia untuk membantu mewujudkan suasana pilihan raya yang bebas dan adil.

Dokumen itu juga memaklumkan cabaran yang dihadapi OSF, antaranya kesukaran mewujudkan jaringan, mendapatkan jurucakap dan kritikan media tempatan terhadap Soros.

“Tindakan media tempatan mencerca Soros menyebabkan kami terpaksa melaksanakan tugas dengan senyap dan mengurangkan pendedahan awam. Kakitangan hanya menghadiri majlis awam, bukan program tertutup.”
Pembiaya lain yang turut bekerjasama dengan OSF adalah Asia Foundation dan Institut Antarabangsa Republikan yang dipengerusikan Senator Amerika Syarikat, John McCain.
soros
soros1
soros2

Usaha terancang pengaruhi 
keputusan pilihan raya

01 November 2016 
KUALA LUMPUR 31 Okt. – Penganalisis politik berpendapat kebimbangan utama dalam isu melibatkan hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros, bukannya Bersih yang dikatakan antara penerima sumbangan itu, sebaliknya perkara yang perlu diberi perhatian adalah usaha terancang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang. 
ALOR SETAR 14 Mei 2013 - Naib Canselor Universiti Utara Malaysia,
Mohamed Mustafa Ishak
Ini kerana menurut Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, dokumen-dokumen Open Society Foundation (OSF) yang digodam menunjukkan Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam ‘Malaysia Program’ apabila meningkatkan fokus dalam program itu.

Katanya, beliau bukan setakat membiayai organisasi tempatan, malah menurut dokumen itu Soros turut melibatkan pelbagai rangkaian termasuk syarikat perhubungan awam dan melobi kerajaan AS untuk menjauhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya percaya tindakan ini ada udang di sebalik batu. Soros menggunakan Bersih untuk mengaburi mata rakyat dalam usahanya mempengaruhi keputusan pilihan raya.

“Bersih pula bertindak sebagai ejen yang merosakkan sistem demokrasi di negara ini. Tindakan mereka mengizinkan campur tangan asing seakan-akan mahu membunuh demokrasi yang subur di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementar itu Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, pasukan keselamatan perlu menggunakan undang-undang yang ada untuk menggagalkan sebarang usaha membawa Malaysia ke arah kemusnahan.


Siasat dakwaan George Soros biaya Bersih
31 Oktober 2016 
George Soros
George Soros.
KUALA LUMPUR - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.    


"Soalnya bukan "siapa" dibiayai dan "kenapa". Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.
"Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu," katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk 'Being Abdullah Badawi', di sini hari ini.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

"Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagai mana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan," katanya. - Bernama

Siasat dakwaan 
Soros biaya Bersih 

Penglibatan pihak luar terhadap politik negara – TPM

01 November 2016

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR 31 Okt. - Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, perkara itu harus disiasat secara emperikal iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan ‘siapa’ dibiayai dan ‘kenapa’. Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

“Ini kerana politik Malaysia mengikut acuan yang sesuai dengan politik negara kita. Tidak perlulah, jika benar melibatkan pihak luar apatah lagi pembiayaan aktiviti politik sama ada menentang atau menyokong mana-mana organisasi atau individu,” katanya kepada pemberita pada pelancaran buku bertajuk Being Abdullah Ahmad Badawi: The Authorised Biography, di sini hari ini.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan hartawan George Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai gesaan beberapa pemimpin tempatan supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi yang terlibat, Ahmad Zahid berkata, ia akan dilakukan sekiranya terdapat laporan polis.

“Biar laporan polis dilakukan. Kita juga akan lakukan tindakan sebagaimana saranan itu. Kita tidak tertakluk pada sebarang spekulasi atau saranan,” katanya. – BERNAMA

Dokumen Soros Dedah Topeng BERSIH

soros1AIDCNews -31/10/16 –Dokumen minit mesyuarat Program Malaysia Open Society Foundation (OSF) bertarikh 22 Jun 2015 dibocorkan oleh penggodam DC Leaks menyebut secara jelas pengasas OSF, George Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya di Malaysia.
OSF adalah nama lain kepada yayasan Soros yang dikenali ramai iaitu Open Society Institute (OSI).

Selalunya yayasan Soros mudah dikenali dengan adanya kata kunci ‘Open Society’, namun nama itu boleh diubah mengikut kesesuaian operasi di sesebuah negara negara, misalnya; Open Society Fund (Bosnia dan Herzegovina); Fund For An Open Society (Serbia); International Renaissance Foundation (Ukraine) dan Stefan Batory Foundation (Poland)

soros-2
Ibu pejabat OSF/OSI terletak di 224 West 57th Street, New York, Amerika Syarikat yang menjalankan operasi di enam wilayah negara di seluruh dunia iaitu Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Caribbean, Afrika dan Asia.

Operasi OSF/OSI di Asia pula dipecahkan kepada tiga wilayah iaitu Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Malaysia juga salah satu target OSF/OSI di kawasan Asia Tenggara di mana pusat operasinya berpangkalan di Burma di bawah Pengarah programnya, Maureen Aung-Thwin.

Sebab itu dalam minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ pada 22 Jun 2015, yang bertujuan untuk mengkaji semula sokongan terhadap pilihan raya bebas dan adil bagi meningkatkan penyertaan masyarakat sivil dalam tadbir urus baik sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2018, dihadiri oleh pelbagai pihak yang strategik.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Christopher Stone (Presiden OSF/OSI pusat), Martin Hala (Pengurus Wilayah, Pejabat Serantau Asia Pasifik), Mary Agnes James (Penolong Pengarah Program Malaysia) dan Ibrahim Suffian (Pengarah Merdeka Centre Malaysia).

Turut hadir adalah Binaifer Nowrojee: Pengarah, Pejabat Serantau Asia Pasifik; Sana Ghouse, Pegawai Program, Pejabat Serantau Asia Pasifik dan Hatia Jinjikhadze: Timbalan Pengarah, Open Society Georgia Foundation.

“Semakan portfolio itu membangkitkan persoalan bagaimana Program Malaysia akan terus menyokong penglibatan masyarakat sivil dalam urus tadbir yang baik dan keutamaan ke arah pilihan raya umum 2018,” kenyataan dokumen itu dipetik.

Dokumen itu menyebut dengan sokongan OSF/OSI ia telah berkesan menggerakkan penyertaan golongan muda, dengan ratusan ribu anak muda.
Namun, Ibrahim Suffian memberitahu mengikut tinjauan Merdeka Center, ia masih tidak mencukupi dan mencadangkan agar Program Malaysia menggerakkan lebih ramai pengundi yang beragama Islam. 



Dokumen itu juga turut menyebut secara khusus berkaitan penglibatan Pengarah SEAI (Southeast Asia Initiative/Inisiatif Asia Tenggara), Maureen Aung-Thwin.

“Kami terkejut dengan tahap penghinaan terhadap George Soros (dan OSF serta sekutu) dalam media rasmi. Walaupun tidak dijangka selepas lebih daripada satu dekad permusuhan rasmi, peningkatan dan intensiti serangan masih lagi dilakukan sebagai kejutan.

Maureen Aung-Thwin
Maureen Aung-Thwin
“Akibatnya, kami terpaksa bekerja dengan tenang dan mengurangkan pendedahan awam berkenaan kita. Kakitangan kami hanya menghadiri acara awam dan bukan lagi mesyuarat tertutup.

“Pengarah SEAI, Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas Julai 2011 selepas perhimpunan BERSIH di mana blog melaporkan perhimpunan itu telah dibiayai OSF/OSI,”kenyataan dokumen dipetik.
Pada 5 Julai 2011, AIDCNews menyiarkan kenyataan daripada Presiden JUST (Gerakan Keadilan Sedunia), Dr. Chandra Muzaffar yang mendedahkan Maureen Aung-Thwin dalam perhimpunan BERSIH pada tahun itu.

“Menurut sumber sahih, seorang pegawai daripada sebuah pertubuhan diasaskan dan dibiayai oleh spekulator kewangan, George Soros berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti politik dan NGO yang menganggotai BERSIH.

“Pegawai tersebut, Maureen Aung-Thwin merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ yang dikendalikan Open Society Foundations (OSF) berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai, 2011.

“Pertubuhan Open Society Foundations digunakan oleh Soros bagi membangunkan program-program membina keupayaan di atas nama demokrasi di beberapa bahagian dunia.

“Sebenarnya program-program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar Amerika Syarikat bagi memperluaskan kuasa global dan pengaruhnya dengan alasan untuk memampatkan demokrasi.

“Saya berharap kerajaan akan menjalankan penyiasatan terperinci pembabitan OSF yang didalangi Soros dalam pergerakan BERSIH. Pembabitan OSF perlu dikaji dalam konteks dakwaan pembabitan NGO-NGO Eropah dan Amerika Syarikat dalam aktiviti-aktiviti BERSIH dan kumpulan-kumpulan berkaitan dengannya,” dedah Dr Chandra.

Tambah Dr Chandra, semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, wakil Soros itu juga telah datang menemuinya untuk menawarkan bantuan dana.

“Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.

“Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihan raya.

“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia.

“Saya memberitahu Maureen, Keadilan tidak akan menerima bantuan kewangan daripada mana-mana sumber luar, dan persoalan penerimaan dana daripada Soros atau sesiapa saja bagi membiayai kempen pilihan raya tidak timbul sama sekali.

“Pada sebelah petangnya saya memaklumkan kepada Presiden, Dr. Wan Azizah Ismail mengenai pertemuan saya dengan Maureen dan memohon supaya beliau bertanya kepada Anwar sama ada apa yang disampaikan oleh Maureen kepada saya itu benar.

“Menurut Wan Azizah, Anwar menafikan sebarang pengetahuan mengenai permintaan mendapatkan bantuan daripada Murdoch serta pembabitan Soros. Saya percaya kepada Anwar dan membiarkan perkara tersebut berlalu.
“Bagaimana pun, beberapa perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dan Anwar meyakinkan saya Anwar sebenarnya berbohong.

“Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH.
“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros,”kata Dr Chandra lagi.

Setahun selepas pendedahan Maureen Aung-Thwin itu, Dr Chandra sekali lagi melahirkan perasaan terkejutnya dengan pendedahan bahawa seorang wakil Soros juga menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Mkini (Portal Malaysiakini).

“Ini adalah pendedahan yang sangat penting,” kata Dr Chandra.
Beliau mengulas laporan The Star yang mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel dikaitkan dengan Soros telah dilantik sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini pada Julai 2011.
Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.

“Orang asing tidak mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.
Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.

“Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi,” katanya.

“Saya amat terkejut bahawa individu dari SUARAM dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan ‘pakaian’ yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dr Chandra berkata mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.

Suntikan Jarum Yahudi Melalui BERSIH Untuk Hancurkan Islam

 
AIDCNews -29/10/16 –Asal usul BERSIH bermula dari tahun 2005 yang digerakkan yayasan dana Yahudi, NED (National Endowment for Democracy) melalui tiga NGO Malaysia, kata Norman Toha, Ahli Majlis Syura Pertubuhan Jati Malaysia.


“NED atau National Endowment for Democracy yang beribu pejabat di Amerika Syarikat, badan yang digunakan untuk menguasai aliran pemikiran rakyat di dunia ini supaya cenderung kepada polisi antarabangsa yang dibuat Amerika Syarikat di serata dunia,”katanya.

Menurut Norman, tiga NGO Malaysia yang diresapi elemen Yahudi itu adalah SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (Women’s Development Collective) dan WAMI (Writer Alliance for Media Independence) menubuhkan ‘Joint Action Committee for Electoral Reform’ atau Jawatankuasa Bertindak Bersama Bagi Reformasi Sistem Pilihanraya. 

“Inilah NGO-NGO yang mula-mula menaja jawatankuasa (‘Joint Action Committee for Electoral Reform’), pada Julai 2005 sehingga tahun 2006, secara rasmi BERSIH diwujudkan.

“Agenda mereka bukan setakat anti kepada Islam, juga anti kepada mana-mana kaum dan bangsa yang menjadi penegak agama yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW yang datangnya daripada Allah swt,”katanya lagi.

Pada 24 Dis tahun lalu, AIDCNews mendedahkan tiga NGO yang disebut Norman itu, iaitu SUARAM, WDC dan WAMI yang menjadi Jawatankuasa Penaja BERSIH sebenarnya bernaung di bawah badan pemikir DAP, REFSA (Research for Social Advancement).

REFSA diterajui oleh aktivis DAP, Liew Chin Tong yang merupakan bekas penyelidik pelawat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Singapura.
Chin Tong dan badan pemikirnya, REFSA telah berkerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED mengadakan bengkel pembaharuan pilihan raya pada Julai 2005.





Ketika itu, Chin Tong dan badan pemikirnya REFSA merupakan pemikir utama DAP khususnya kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bengkel REFSA-NDI itu telah membuka jalan kepada pembentukan jawatankuasa pemandu BERSIH oleh tiga NGO, SUARAM, WDC dan WAMI pada September 2006 seperti mana yang dijelaskan di atas.

Hakikatnya, ketiga-tiga NGO itu juga pro DAP, kerana NGO-NGO itu telah dikenal pasti dan dipilih oleh Chin Tong sendiri; di mana SUARAM diterajui oleh Dr Kua Kia Soong, bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya 1990-1995; WDC diterajui oleh Maria Chin Abdullah dan WAMI diterajui oleh Dr Wong Chin Huat yang sekarang ini merupakan penganalisis sosial dan politik badan pemikir DAP untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute.

Add caption
Selepas BERSIH yang dinaungi REFSA, SUARAM, WDC dan WAMI berjaya mengadakan perhimpunan BERSIH 1.0 di Kuala Lumpur pada 10 Nov 2007, Chin Tong telah dipilih oleh Guan Eng menjadi calon DAP di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12) pada tahun 2008 impak daripada perhimpunan BERSIH 1.0 mengakibatkan Pulau Pinang jatuh ke tangan DAP yang memberi peluang Guan Eng dilantik sebagai Ketua Menteri.

Di atas sumbangan besar itu, Guan Eng melantik Chin Tong sebagai Pengarah Eksekutif Penang Institute, badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

liew-chin-tong

Dalam politik pula, Chin Tong telah dilantik sebagai Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, kemudian dihantar ke Johor untuk dilantik sebagai Pengerusi DAP Johor yang baharu.
















Dr M dakwa dana Soros untuk jadikan Anwar PM

   24 Sep 2012
 
mahathir and george soros meet 151206 shaking hands
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. 

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab. 
Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros. 

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, untuk menyokong Anwar. 

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? 

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar. 

mahathir and george soros meet 151206 smiles"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. 

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara. 

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak 
pilih orang dia jadi PM," dakwanya. 

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan. 

"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan. 

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi. 
Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan". 

malaysiakini tv report mahathir and george soros 151206Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini. 
Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini. 
Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3 , yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi. 
Bagaimanapun, CEO Malaysiakini menjelaskan bahawa pebiayaan berkenaan adalah untuk projek Southeast Asia Centre for E-Media (Seacem) dan pelbagai projek untuk mempromosi kebebasan media. 
Mahathir sebelum ini menggelarkan Soros sebagai seorang tolol dan turut menyalahkan jutawan berkenaan atas krisis kewangan yang melanda Asia pada 1997. 
Namun, Mahathir berbaik semula dengan Soros dan mengadakan sidang media bersama pada 15 Disember 2006. 
AMUKANMelayu - Kita ditipu dan dipergunakan oleh semua pihak....baik PEMBANGKANG mahupun KERAJAAN hanya kerana "KUASA" dan mereka menjadi alat kepada KAFIRUN.
 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik