Monday, November 7, 2016

DAP MENYELINAP DALAMPARTI LAIN UNTUK HANCURKAN MELAYU - ANNUAR MUSA.

annuar-musaDAP_600Umno yakin DAP sedang berusaha memecahbelahkan orang Melayu dengan menghantar wakilnya “menyusup” masuk ke dalam parti pembangkang lain.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menegaskan strategi berkenaan adalah usaha DAP untuk memerintah negara secara senyap sekali gus menjadikan pemimpin Melayu sebagai boneka.

“DAP akan cuba letak calon Melayu (dalam PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM) sebagai satu strategi untuk mereka mempunyai jumlah kerusi lebih besar berbanding rakan lain.

“PKR, Amanah dan PPBM akan jadi junior partner. DAP berjaya menyusup masuk dalam parti rakan kongsi mereka. Mereka infiltration dalam PAS dan pecahkan PAS.

“Dalam PKR ada DAP dan saya percaya mereka akan infiltration Bersatu kerana ia adalah kaedah politik DAP,” katanya semasa sidang media sempena himpunan penerangan Umno Selangor hari ini.

Katanya, tindakan pemimpin DAP dilihat mesra dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu juga antara usaha dengan tujuan yang sama bagi memudahkan mereka menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

“Untuk memastikan orang Melayu berpecah, DAP terima Tun Mahthir, Anwar dan Mat Sabu walaupun DAP tahu ketiga-tiga individu ini mempunya DNA dan asas yang berbeza,” katanya.

Annuar juga mendakwa DAP turut memecahbelahkan Cina MCA dengan menarik seberapa ramai ahli menyertai mereka.

Nada sama disuarakan Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menyifatkan DAP hanya memperkudakan pemimpin Melayu.

“DAP pecah belahkan Melayu dan perkudakan pemimpin-pemimpin Melayu kerana perjuangan DAP yang mahukan kesamarataan.

“DAP akan terus tidak berpuas hati dengan apa yang juga peruntukan dalam Perlembagaan terutamanya hak-hak orang Melayu, kedudukan agama Islam dan beberapa klausa khususnya di Selangor yang diberi keutamaan pada orang Melayu,” katanya.

Awal tahun lalu Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkataorang Melayu tetap kekal berkuasa di negara ini dan sama sekali tidak akan kehilangannya.

Katanya, perkara itu jelas berdasarkan bilangan kerusi Parlimen, yang mana 114 kerusi adalah majoriti Melayu daripada 162 kerusi di Semenanjung.

Kit Siang berkata, kerusi Parlimen yang didominasi kaum Cina hanya sebanyak 22 sahaja dan 29 kerusi lagi adalah bercampur dan tiada kerusi Parlimen didominasi komuniti India.

- FMT.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik