Saturday, November 19, 2016

JANGAN DITIRU ARAB SPRING YANG MEMBAWA LEBIH BANYAK KEROSAKKAN.



Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman (gambar) berkata, perhimpunan haram yang dirancang lebih banyak membawa kerosakan dan jelas bercanggah dengan saranan Islam yang sentiasa menggalakkan amalan murni.

Katanya, Rasulullah SAW sendiri menuntut umatnya mengikuti adab mentaati nasihat pemimpin dengan tidak melakukan protes secara terbuka.


“Umat Islam wajar menghayati kembali nilai-nilai murni yang ditekankan dalam Islam berkaitan perkara mentaati perintah pemimpin dan undang-undang negara.


“Janganlah kita meniru apa berlaku di Asia Barat apabila kejadian ‘Arab Spring’ yang bermula dengan usaha menjatuhkan pemimpin hingga akhirnya menghancurkan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Dalam pada itu, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, penganjur perhimpunan haram sewajarnya mengkaji semula keputusan mengadakan perhimpunan yang jelas menjejaskan keharmonian negara.


Katanya, rakyat seharusnya menggunakan pelbagai saluran lain untuk mengeluarkan pendapat dan meluahkan perasaan sekiranya tidak berpuas hati dengan kepemimpinan sedia ada.


“Apa salahnya jika kita menggunakan kaedah syura dengan berunding dan berdialog secara profesional atas nama rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membangunkan negara,” ujarnya.

- Um.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik