Monday, November 21, 2016

MAHATHIR MANIPULASI DEMI PPBM.

SEBAHAGIAN peserta perhimpunan haram Bersih 5.0 mempromosikan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berjaya memanipulasi perhimpunan Bersih 5.0 semalam untuk kepentingan peribadinya dalam usaha menjatuhkan kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Dr. Mahathir dilihat mempermainkan pemimpin pembangkang dan rakyat yang selama ini membencinya apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinannya ‘merampas’ pentas utama perhimpunan haram itu. 


“Tahniah Dr. Mahathir kerana berjaya menjadikan perhimpunan itu sebagai kuda tunggangan dan saya melihat semua pemimpin pembangkang dipermainkan secara total oleh beliau.


“Mungkin seni politik Dr. Mahathir lebih canggih daripada pemimpin pembangkang dan semua peserta Bersih yang selama ini menentang beliau telah ditipu hidup-hidup oleh beliau semalam,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Konvensyen Anak Muda Bandar 2016, di sini hari ini.


Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, perhimpunan haram semalam merupakan himpunan kebencian terhadap Barisan Nasional kerana hanya mencipta populariti politik kepada Dr. Mahathir.


Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO pula mengecam tindakan segelintir ibu bapa yang menyertai Bersih 5.0 dengan membawa anak-anak yang masih kecil ke perhimpunan haram tersebut, semalam.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan ibu bapa tersebut boleh disifatkan sebagai melampau kerana ia cukup bahaya kepada keselamatan anak-anak mereka walaupun ia berlangsung dengan aman.


“Ini bukan klise setiap kali adanya perhimpunan haram tetapi sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini sehingga melibatkan anak-anak, siapa yang harus dipersalahkan? 


“Saya lihat semalam, ada yang mengendung bayi. Ini tidak wajar dan tidak boleh dikompromikan sama sekali. Kenapa anak-anak harus dilibatkan sama sedangkan demonstrasi jalanan bukanlah tempat yang sesuai untuk mereka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Gelanggang Mega Adinda anjuran Sayap Biro Politik Pergerakan Puteri UMNO.


- Um.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik