Saturday, November 19, 2016

OPS CUCI LONGKANG HALANG KOTORAN.

bersihlongkang

Ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah siap disediakan tetapi sayang sungai tidak mengalir air, begitulah tindakan pantas polis terhadap kumpulan Bersih bagi menjalankan tanggungjawab menghalang sebelum mereka bertindak meneruskan himpunan yang dirancang akan dilakukan hari ini.

Kumpulan Bersih yang merancang untuk menganjur perhimpunan walaupun tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa dan berkeras mahu meneruskannya walaupun mendapat bantahan dari banyak pihak termasuk kumpulan Baju Merah, malahan ada pertubuhan peniaga-peniaga dipersekitaran kawasan berkenaan yang turut membuat bantahan.

Polis bertindak bijak apabila mula menjalan operasi menahan kepala-kepala penganjur yang tidak faham bahawa dan merasakan mereka mengatasi segala undang-undang yang tertulis, tindakan pihak polis yang melakukan penangkapan harus mendapat sokongan seluruh warga Malaysia, tidak perlu dikecam akan tindakan pihak berkuasa ini.

Dalam penahanan semalam beberapa kepala besar mereka diantaranya Maria Chin Abdullah, Anthony Loke, Ronnie Liu, S Arutchelvan, Jimmy Wong, Lee Khai Ming, Luqmanul Hakim Zul Razali (aktivis pelajar) telah ditahan dan dijangkakan akan ramai lagi akan ditahan bagi mengelakkan berlakunya ketidak tenteraman awam.

Perkara yang sama juga pernah berlaku ketika era kepimpinan Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri ketika itu yang telah melancarkan Ops. Lalang, apa pun alasan yang diberikan ketika itu ianya adalah semata mahu menenangkan keadaan yang sedang bercelaru didalam politik negara dan kesemua pemimpin yang terlibat masih hidup lagi pada hari ini dan sudah pasti akan mengimbau kembali sejarah Ops. Lalang ini.

Jadi tindakan pihak berkuasa menahan kepala-kepala penganjur Bersih perlu dilihat sebagai tindakan mencegah dan menghalang kerosakan yang lebih besar dari berlaku, apalah sangat jika pihak berkuasa menahan kepala-kepala pembuat huru hara jika dibandingkan keamanan berjuta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan mahu hidup dalam keharmonian didalam kelompok yang berbilang bangsa.

Bersih yang bergerak berlatar belakangkan sebagai sebuah NGO tetapi hakikatnya mereka dibayangi oleh parti-parti politik pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak, kini sudah memasuki fasa kelima tindakan mereka, tetapi kerajaan Barisan Nasional pinpinan Dato’ Seri Najib masih kekal bertahan, kerana kerajaan ini dipilih melalui sistem demokrasi dan bukan melalui jalanan.

Cuma yang menariknya kini kumpulan Bersih telah di turuti bersama oleh Mahathir Muhamad yang dulunya cukup membenci kumpulan perhimpunan walau atas nama apa sekali pun, tetapi hari ini telah terjebak menuntut orang ramai agar berhimpun dijalan raya bagi menjatuh kerajaan dan menyelamatkan Malaysia.

Selamatkan Malaysia dari apa tidak lah di ketahui, sepatunya Mahathir yang perlu diselamatkan dari terus terjelepok ke lembah kehinaan dihujung usia yang sudah pun berpenghujung, tapi dimaklumkan Mahathir tidak akan bersama Bersih 5 ini kerana sedang bercuti di luar negara walaupun sebelum ini beliau menyeru agar rakyat turun berhimpun dijalan raya.

Malah di maklumkan beberapa orang bekas ahli UMNO yang telah di pecat dan menubuhkan sebuah parti politik baharu dijangka akan turut serta didalam perhimpunan haram pada hari ini, jika dahulu mereka serta pengkut mengutuk tindakan penganjur kumpulan Bersih ini, tetapi segalanya berubah apabila kini mereka turut serta bersama kumpulan Bersih untuk berdemo dijalanan yang mungkin boleh berlakunya keganasan.

Apa pun alasan yang puak ini berikan, himpunan jalanan Bersih ini perlu dihalang dengan apa cara sekalipun, kepetingan kehidupan rakyat awam adalah lebih utama dari memenuhi nafsu segelintir pemimpin yang sedang menangguk di air yang keruh.

-B1SK.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik