Sunday, November 13, 2016

PAS ADA MATLAMAT TERSENDIRI, TIDAK PERLU TERPENGARUH PARTI LAIN.

hashim-jasin-pasPAS mempunyai matlamat tersendiri dan tidak perlu ikut telunjuk atau terpengaruh dengan mana-mana pihak pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Hashim Jasin.

Mursyidul am PAS itu berkata demikian sebagai menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya PAS tidak menyertai Pakatan Harapan kerana makan “dedak” dengan menyokong Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Itu pandangan dia (Dr Mahathir), saya ada pandangan saya tersendiri, tidak semestinya PAS kena ikut apa Mahathir kata, sebab saya sendiri ada jalan yang tersendiri.

“Tak semestinya kita tak sokong Pakatan Harapan, bermakna kita sokong Najib. Tapi kalau mahu lihat perkara sebenarnya, kita lihat pada PRU akan datang,” katanya pada sidang media selepas menghadiri himpunan Ledakan Suara Rakyat (Lasak) hari ini.

Semalam, Dr Mahathir ketika menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan, berkata, mana-mana parti yang menghalang matlamat pembangkang menewaskan BN – realitinya ia adalah penyokong kerajaan Najib.

Bekas perdana menteri itu yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagaimanapun tidak menamakan parti mana, namun PAS belum bersetuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN pada PRU14.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata, PAS sedia berbincang dengan parti lain, termasuk BN dan PPBM berhubung apa jua isu, namun beliau menggesa mana-mana pihak supaya tidak menuduh mereka bersekongkol dengan BN.

“Dalam PAS, walaupun dia tu musuh, agama tak larang berjumpa dan berbincang.

“Jadi, sekarang ini, dia (BN) nak bincang dengan kita apa-apa persoalan kita sedia dengar dan dia (BN) juga patut sedia dengar apa yang kita nak kata dan kita timbanglah.

“Ya, (PAS sedia bincang) tapi jangan tuduh PAS masuk BN, yang itu kami dah buat keputusan,” kata Hashim menjawab soalan sama ada PAS pernah berbincang dengan PPBM mengenai isu kerjasama.

- FMT. 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik