Tuesday, November 22, 2016

TAKTIK LICIK "SAPU BERSIHKAN" PERPADUAN MELAYU...

PERHIMPUNAN BERSIH 5 yang diadakan hujung minggu lalu di ibu kota Kuala Lumpur menyerlahkan betapa segelintir orang Melayu terpadaya dengan gerakan politik pihak berkepentingan.

Kumpulan tersebut yang menamakan sebagai kumpulan bebas menuntut pilihan raya yang adil dilihat secara keseluruhannya ‘ditakluki’ oleh peserta bukan Melayu.
Ribuan perserta baju kuning yang bukan Melayu begitu megah menzahirkan kemarahan dan kebencian mereka kepada kerajaan terutama pemimpin UMNO.

Perserta Melayu yang hanya segelintir itu sekadar menjadi pak turut dan tukang sorak apabila bertembung dengan satu lagi kumpulan yang menggelarkan mereka baju merah.

Walaupun tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku, tetapi sikap dan tingkah laku perserta baju kuning yang bukan Melayu ternyata terlalu biadab.

Orang Melayu yang berfikiran waras amat sakit hati dan menahan marah melihat sikap kurang ajar peserta bukan Melayu yang megah memakai baju kunging menghina dan mempersendakan ketuanan Melayu.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang serta lukisan karikatur yang memaki-hamun dan menghina kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peserta Cina kelihatan begitu bangga dan bersemangat melaungkan kutukan terhadap kerajaan yang mana UMNO sebagai tulang belakang.

Mereka kutuk UMNO samalah mereka mengutuk orang Melayu kerana bangsa Melayu sebilangan besarnya menjadi penyokong setia UMNO.

Segelintir orang Melayu yang memakai baju kuning bertepuk tangan dan turut memaki hamun pemimpin Melayu.

Kesimpulannya amat ketara betapa segelintir orang Melayu mudah sangat dijadikan perkakas oleh bukan Melayu terutama DAP untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Melayu yang bersekongkol dan menjadi ayam taruhan Cina DAP untuk menyerang pemimpin UMNO tidak ubah seperti menjual maruah bangsanya sendiri.

Saya teringat catatan sejarah ketika insiden 13 Mei 1969 bagaimana kumpulan bukan Melayu yang anti-Melayu melaungkan slogan ‘sapu Melayu’.

‘Sapu Melayu’ bermaksud menghapuskan atau melenyapkan etnik Melayu di negara ini dan bukan Melayu mahu mengambil alih kuasa pemerintahan negara.

Walaupun kerajaan pada ketika itu berjaya dengan pantasnya menangani insiden 13 Mei 1969, tetapi kesan dan pengajarannya masih dirasai sehingga sekarang.

Memori 13 Mei 1969 masih menghantui orang Melayu yang sedar betapa tanahair ini perlu dipertahankan oleh mana-mana anasir jahat.

Orang melayu perlu berwaspada bahawa gerakan politik bukan Melayu terutama DAP secara jelas dan terbuka mahu meruntuhkan institusi UMNO kerana dengan cara itu kekuasan orang Melayu boleh dihapuskan.

Oleh sebab itu, saya melihat perhimpunan ‘BERSIH’ yang dianjurkan oleh pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo)  yang diberlatarbelakangkan kepentingan politik Cina DAP jelas membawa maksud ‘sapu’.

Apa motifnya BERSIH? Kalau sekadar mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan sistem kerajaaan yang adil, bukan begitu caranya.

Mereka tidak perlu berarak dan berhimpun secara haram di jalanan. Tidak perlu memaku hamun kerajaan dan UMNO.

Kumpulan ini boleh menggunakan saluran PRU untuk menukarkan kerajaan kerana cara itu dibenarkan oleh perlembagaan dan menjadi amalan demokrasi.

Rakyat Malaysia sejak pra-merdeka sehingga PRU ke-13 tidak pernah dihalang atau dipenjarakan supaya tidak keluar mengundi untuk memilih parti mana yang boleh diberikan kemenangan untuk membentuk kerajaan.

Malah kerajaan BN menggalakan rakyat supaya keluar mengundi kerana satu undi itu penting untuk membentuk sesebuah kerajaan.

Jadi, apa faedahnya untuk BERSIH menjerit-jerit supaya sistem pilihan raya negara ini bersih kerana rakyat diberikan kebebasan mutlak untuk mengundi.

Jelas mereka menipu dan berbohong. Jika amalan pilihan raya di Malaysia tidak bersih, mengapa negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan jatuh kepada pembangkang?

Kalau sistem demokrasi di negara ini kotor dan tidak bersih, mana mungkin mereka (pembangkang) ada kira-kira 90 wakil rakyat di parlimen.

Pembohongan tersebut membuktikan penggerak BERSIH ada matlamat dan agenda untuk merosakkan kestabilan politki dan ekonomi negara.

Alat kepada gerakan BERSIH ini adalah dengan menjadikan segelintir Melayu yang kecewa dan yang tidak tahu apa-apa sebagai perkakas di barsian depan.

Ini bermakna, BERSIH mempunyai niat lain. Ada muslihat dibelakang tabir kerana hasrat mereka adalah ‘MemBERSIHkan’ perpaduan orang Melayu atau satu cubaan untuk ‘menyapu bersih’ orang Melayu.
Inilah sebenarnya yang saya amat bimbang dan khuatir agenda terancang ini menajdi satu musibah kepada masa depan rakyat terutama orang Melayu dan negara ini.

Benar, kita mahu melupakan tragedi pahit insiden 13 Mei 1969, tetapi laungan ‘sapu Melayu’ yang kini seakan-akan bertukar kepada ‘BERSIHkan Melayu’ amat menakutkan.

Segelintir Melayu yang jadi tukang sorak dan perkakas kepada DAP mengadakan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur baru-baru ini sepatutnya insaf dan sedar taktik licik pihak berkepentingan.

Kumpulan ini yang didakwa mendapat sokongan termasuk dana kewangan dari negara luar amat berbahaya kepada sistem nilai dan keamanan negara.

Kita tidak mahu kerana hanya marahkan nyamuk habis rumah di bakar dan akhirnya orang Melayu menangis di tanahairnya sendiri.

Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan tindakan pantas dan tegas pihak polis menangani perhimpunan haram yang dianjurkan oleh BERSIH.

Jangan kita pertikai tugas da tanggungjawab pihak polis kerana mereka lebih arif dan tahu selok-belok aspek keselamatan dan sebarang ancaman.
- SAA.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik