Saturday, November 12, 2016

TINDAKAN PEMBANGKANG MUNGKIN UJUDKAN KERAJAAN SATU KAUM?

Ti-Lian-Ker-Mahathir-Mohamad-Najib-Abdul-Razak





Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mengelirukan rakyat Malaysia dan menyebabkan mereka fikir Pakatan Harapan ialah barisan yang bersatu, kata jurucakap MCA Ti Lian Ker.

Ahli jawatankuasa pusat MCA itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan pengerusi PPBM itu di konvensyen Pakatan Harapan yang gabungan pembangkang tidak perlu risau untuk menamakan calon perdana menteri bagi menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

“Anda perlu bertanggungjawab dengan rakyat apa yang mereka undi. Lebih penting, siapa yang akan jadi PM dan bentuk Kabinet? Kemudian anda boleh kata anda undi untuk perubahan,” katanya, dan mendesak pembangkang turut menamakan Kabinet bayangan.

“Tetapi jika anda mengundi untuk sesuatu yang tidak diketahui, jika mereka (parti pembangkang) tidak boleh memutuskan siapa bakal perdana menteri, anda hanya akan memilih kacau bilau,” katanya kepada FMT.

Dr Mahathir berkata penyokong Pakatan Harapan akan berpecah sekiranya gagasan itu mengambil langkah menamakan calon perdana menteri sebelum bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Ti berkata tidak mampu menamakan calon pengganti Najib menunjukkan kekurangan terhadap perpaduan dalam kalangan parti pembangkang, yang memang diketahui mempunyai perbezaan agenda.

“Ini sama saja seperti apa berlaku dengan DAP dan PAS. Ia akan membawa kepada kekecohan kerana agenda mereka berbeza, sama seperti Dr Mahathir selalu kata; parti wujud bersama tetapi dengan agenda berbeza.

“Tidak adil mengelirukan rakyat untuk percaya adanya barisan yang bersatu, untuk meminta mereka mengundi yang kemudiannya perpaduan itu berpecah,” katanya.

Beliau berkata apa yang Dr Mahathir kata hari ini PPBM akan juga memujuk PAS menyertai gabungan itu supaya tidak ada pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya umum.

“Dr Mahathir sering bercanggah,” katanya.

Beliau menjangkakan pembangkang akan berpecah jika mereka menawan Putrajaya dan akan membawa kepimpinan politik Umno, pemimpin PAS dan PKR ke atas.

“Ia akan berakhir dengan kerajaan satu kaum, jadi mereka boleh membentuk barisan kerana mereka ramai. Ini tidak adil kepada rakyat.

“Ia mungkin akhirnya kerajaan dominasi Melayu. Jadi kita memusnahkan keseimbangan kaum sedia ada untuk sesuatu belum pasti dipimpin PAS-Umno,” katanya - FMT.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik