Friday, December 23, 2016

APA YANG DITAKUTKAN MADEY?

Menamakan seseorang Perdana Menteri dari kalangan parti politik yang ada di Malaysia bukan perkara asing dalam arus politik semasa. Dengan menamakan seorang bakala calon Perdana Menteri, segala gerak kerja parti dapat diselaraskan dan seterusnya merangka strategi ampuh untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

Namun begitu, perkiraan politik yang telah berlangsung sejak sekian lama, nampaknya begitu digeruni oleh Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam ulasannya sewaktu ditanya siapa bakal Perdana Menteri Pkatan Harapan, beliau menolak untuk menamakan satu nama pilihannya.

Beliau berkata, calon Perdana Menteri haruslah dinamakan sewaktu negara semakin hampir dengan Pilihan Raya, bukannya dinamakan sekarang. Ini kerana dibimbangi, nama berkenaan akan menjadi sasaran mudah Barisan Nasional dan seterusnya melemahkan Pakatan Harapan.

Katanya lagi, seseorang calon Perdana Menteri haruslah datang dari individu yang paling popular dikalangan kesemua parti gabungan Pakatan Harapan. Ini penting supaya kesemua parti gabungan akan bergerak seiring dengan apa yang dimahukan oleh bakal Perdana Menteri berkenaan.

Apa yang disuarakan oleh Mahathir ini jelas bertentangan dengan hasrat Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mahu nama Perdana Menteri dari Pakatan Harapan dinamakan dalam masa terdekat supaya semua parti di dalam Pakatan Harapan dapat memulakan gerak kerja mengikut kemahuan calon berkenaan.

Agak menghairankan, apa yang ditakuti Mahathir sebenarnya dalam menamakan bakal calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan? Bukankah ia adalah amalan lazim buat parti politik menamakan calon mereka sebelum ura-ura Pilihan Raya Umum di adakan? Adakah Mahathir takutkan bayang-bayang sendiri atau beliau tidak yakin dengan senarai nama yang ada dari Pakatan Harapan?

Sepatutnya, sebagai ahli baru Pakatan Harapan, beliau harus akur kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, bukan bertindak seperti maestro atau ketua dari kalangan semua ketua yang ada di dalam Pakatan Harapan.

Mudah untuk disimpulkan bahawa, Mahathir tidak yakin dengan nama yang bakal diketengahkan oleh Pakatan Harapan terutamanya nama bekas musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang beliau mahukan, calon berkenaan harus dari pilihannya sendiri dan semua pihak di dalam Pakatan Harapan harus bersetuju dengan pilihannya. Itu yang sebenarnya dimahukan oleh Mahathir.

-Samurai biru.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik