Friday, December 23, 2016

BERSYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN.

Tak kala beberapa negara di dunia ini menghadapi pergolakan seperti peperangan, permasalahan kaum dan agama, Malaysia terus menerajui perpaduan, rakyat negara ini beruntung kerana walaupun berbilang kaum serta agama namun masih mampu hidup aman dan harmoni.

Malah disebalik siri peperangan di beberapa bandar raya di dunia, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak menegaskan Malaysia masih selamat dan turut memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan khususnya polis dan angkatan tentera bersiap siaga sepenuhnya menhadapi ancaman terhadap negara ini.

Jaminan itu sememangnya melegakan kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan ia seharusnya dihargai kerana nikmat keharmonian itu tidak datang dengan sendiri, kemakmuran Malaysia kini adalah hasil usaha pemimpin terdahulu yang banyak bekorban untuk mencapai kemerdekaan ia juga menifestasi keupayaan kerajaan ketika ini yang terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Namun dalam era globalisasi ini ancaman keganasan juga semakin berkembang jadi janganlah kita alpa dan memandang ringan faktor keselamatan negara ini kerana walaupun negara ini selamat namun ia masih belum bebas daripada ancaman-ancaman keganasan.

Sehubungan dengan itu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen. Tan Sri Raja Mohd. Afandi Raja Mohd. Noor berkata pihaknya sedang memantau rapi setiap ancaman dan cara serangan yang berlaku di Jordan, Turki dan German baru-baru ini.

Menurutnya ATM sentiasa bersedia dan mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani serangan penganas malah pasukan itu tidak akan mengambil mudah ancaman tersebut.

Sewajarnya usaha anggota keselamatan dalam membendung ancaman keganasan kepada negara ini harus dipuji kajiselidik unit pengurusan prestasi dan perlaksanaan PEMANDU menunjukkan 51% daripada responden berpuas hati dengan keseluruhan perkhidmatan polis dikawasan mereka.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak keselamatan telah berjaya menurunkan kadar jenayah antara 4.2% hingga 12.6% dari 2011 hingga tahun lepas (2015), manakala ketakutan tentang jenayah dikalangan rakyat Malaysia berkurangan daripada 80% pada 2015 kepada 61% pada tahun ini.

Terbaru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan 7 lelaki termasuk 4 warga asing yang di syaki terbabit dengan kegiatan keganasan ditahan di beberapa lokasi didalam negara antara 3 November hingga 16 Disember lepas, keseluruhannya polis telah menahan lebih 260 induvidu kerana terbait dengan kegiatan militan Daesh di negara ini sejak 2013 sahingga kini.

Jestru marilah kita memupuk dan memperkukuh semangat perpaduan sesama kita, ambi iktbar dari insiden keganasan yang berlaku di negara-negara lain agar ia tidak berlaku di negara ini, jangan mudah terpengaruh dengan dakyah serta propaganda pihak tertentu yang dilihat lebih membawa kesan negetif terhadap keamanan dan kemajuan negara.

-B1SK.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik