Saturday, December 24, 2016

BILA HILANG BUDI BICARA.

Antara insiden paling hangat diperkatakan sehari dua ini adalah berkenaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato’ Jamal Yunos, yang mana resort miliknya ditutup pihak PBT Sabak Bernam selepas insiden beliau ‘bertuala’ dan ‘mandi ratu’ di depan rumahnya.

Beberapa pihak mendakwa tindakan terhadap resort milik Jamal itu berunsur ‘dendam politik’ dari seorang Menteri Besar. Namun pihak PBT menjelaskan tindakan itu diambil ekoran resort milik Jamal itu tidak berlesen.

Khabarnya, Jamal sudah memohon lesen sebelum ini. Namun permohonan beliau masih belum diluluskan hingga kini walau difahamkan beliau menepati syarat yang ditetapkan. Katanya, Jamal sudah panggil peguamnya untuk tindakan susulan…

Pada pandangan penulis, dari sudut perundangan, mungkin PBT berhak mengambil tindakan terhadap resort Jamal ekoran ia beroperasi tanpa lesen. Undang-undang tetap undang-undang dan ia tidak wajar dinafikan atas apa matlamat sekalipun.

Namun begitu, apa yang dikesalkan adalah cara tindakan yang diambil dan konsep ‘budi bicara’ yang seolah-olah tidak dipedulikan. Dengan kehadiran jentolak dan merobohkan sebahagian premis, ia seolah-olah tindakan yang terlalu keras, bagai Jamal melakukan jenayah besar dan tidak bermoral di premis tersebut.

Apatah lagi permohonan rasmi telah pun dibuat Jamal mengikut prosedur sebelum ini, maka pada pandangan penulis, sewajarnya pihak berkuasa menggunakan budi bicara sebaik mungkin dan tidak bertindak memusnahkan sebahagian resort tersebut sewenang-wenangnya.

Timbul juga persoalan, mengapa baru sekarang diambil tindakan terhadap resort itu? Mengapa selepas berlaku insiden Jamal ‘bertuala’ meminta air? Mengapa pula ia berlaku selepas insiden ‘ratu’ sejenis spesis ‘haiwan mitos’ dimandikan?

Seperti yang kita maklum, Selangor merupakan sebuah negeri yang ‘kaya’ dengan pusat-pusat hiburan. Khabarnya, banyak yang tidak berlesen. Bukan setakat pusat hiburan, katanya pusat judi haram dan pusat maksiat melibatkan aktiviti tidak bermoral pelacuran pun berlambak-lambak.

Malah media pun sering melaporkan pusat-pusat ‘rosak akhlak’ itu diserbu pihak berkuasa di negeri tersebut. Peliknya, walaupun beroperasi secara haram dan tidak berlesen, khabarnya tidak ada satu pun premis yang dirobohkan. Jika disita sekalipun, kemudian ia beroperasi semula? Benarkah?

Baru saja memerintah di sebuah negeri, nampaknya puak-puak Pakatan Harapan sudah tunjukkan ‘maha-kuasa’ mereka terhadap rakyat yang cuba mencari rezeki yang halal dan bermoral? Begitu rupanya cara Pakatan Harapan ‘berkuasa’?

Penulis tidak menyalahkan pihak berkuasa dalam hal ini. Selalunya, bila ada aduan atau arahan, maka pihak berkuasa akan bertindak. Siapakah yang mengadu tentang resort Jamal dan siapakah pula yang memberi ‘arahan sepantas kilat’ itu?

Dan mengapa tindakan yang diambil terhadap resort milik Jamal itu bagai tiada budi bicara? Dia buka premis judi? Pusat urut yang menggajikan pelacur? Atau resort milik Jamal itu disyaki pusat pengganas atau maksiat terlampau?

Atau hanya sekadar resort yang memeriahkan sektor pelancongan dan memberi pulangan kepada masyarakat sekitar Sekinchan dengan menambah baik ekonomi tempatan? Cuba fikir balik dan gunakan budi bicara yang rasional…

-Mykmu.

 

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik